Saya betul betul ditinggalkan hari ni. Rumet saya yang tersatu itu balik rumah nenek la pulak. Dan disebabkan saya cuma ada sketoi rumet, malam ni saya bakal tido sorang la. Sangat menakotkan ok. Sebabnya bilik masih tak ada langsir. Dan tingkap pulak seperti mengong, tak boley tutup rapat. Dahtu, belakang ni ada banyak pokok buah. Segala bagai binatang pernah menapakkan kaki mereka dalam bilikku yang aman bagaikan berada di rumah ni.
Pagi tadi ada lebah. Hari tu ada lipas pelik besaq macam tapak tangan. Dulu dulu ada kumbang kot, kaler coklat pastu ada bijik bijik putih melekat dekat langsir sampai rumet saya hampir menangis. Nasib tak penah ada katak. Kalau ada, saya sendiri yang nangis. Ai benci ok katak ni. Siries tak kiut. Pastu macam menggelikan, kalau dia lompat lagila menakotkan.
Tapi kalau tuan umah tu sedekah durian ka mempelam sketoi dua, saya tak kesah kot katak tu. Ha ha ha ha! Tapi sedekuts la beliau. Cuma bagi kami melihat saja ketika menyidai baju. Kalau ikutkan hati jahat ni, ambek dengan tangan pun boley. Tapi saya dididik oleh ustazah bahawa mencuri itu berdosa, apatah lagi membuat perangai seperti monyet perlu memanjat tembok dan menjangkau tangan menggapai pelam di langit. Dahtu makan pulak tanpa rasa bersalah.
Tapi saya tak penah la buat. Yang saya selalu buat cuma satu je. Lepas makan buah yang saya ambil dari Dewan Selera, saya membaling di rumah beliau TANPA RASA BESALAH. Kah kah kah! Itu namanya membuat baja kompos. Kalau buang dalam tonsampah nanti membazir. Baiklah sekiranya saya membuat baja. Boleh jugak melebatkan lagi buah durian beliau dan seterusnya meramaikan bilangan chipmunk atau tupai kiut yang bergayut di pokok pokok pisang itu. (Agak agak dia tekejut tak tiba2 tengok ada buah epal dengan oren dekat dusun beliau? muahahaha!!)
Ekceli segala macam pokok buah buahan pun ada. Tapi pokok buah naga takde. Itu nanti saya yang akan wujudkan. Ngeee, tak sabar tak sabar. Mari Kelab Entrepreneurship kita bersatu!
Secara tekejutnya, saya mendapat berita yang saya mendapat keputusan yang agak baik dalam periksa semester I tahun lepas. (ce ce ce, bajet macam lama gila, ok la, bulan lepas). Dan entah kenapa, walaupun saya sangat sangat bersyukur, saya tertiba terwujudkan perasaan yang, seperti bersalah.
Bersalah dengan orang lain kot. Sebab saya tau saya stadi macam tidak seperti mereka. Saya tido 14 jam sehari. Saya baca buku kurang dari sejam sehari. Dan saya mendapat bonus yang melampau untuk subjek Kimia. Sekali daripada 4 point naik jadi 5. Tak ke melampau? Untuk BM pun, ternaik jugak. Okla, saya consider itu markah sedekah ujian lisan yang dulu dulu. Sekurangnya ada jugak terbuat sesuatu untuk BM.
Tapi macam mana pun, dengan keputusan itu saya tidak akan dibenarkan pergi bertemu Sak Ruk Khan kekasih hati sebab Maths saya terdapat point yang tidak cukup. Dalam stended SPM kira macam dapat D la. Ha ha ha ha! Seumur hidup tidak pernah terdapat D. Macam lawak je. Tapi tak kesahla. Sebab saya gelak macam nak terputus urat pusat bila dapat kertas hari tu. Sebab ada 5 telur ikan buntal untuk 5 soalan. Yang ada 10 soalan je. Sheee sheeee, betapa kurang bijaknya saya.
Tapi takpela, syukur saja. Alhamdulillah.
Nampaknya ada 2 orang yang saya perlu membelanja. Seorang di KMB, seorang di KMS. Yang di KMB saya menjanji Secret Recipe. Yang di KMS saya menjanji makanan di Dewan Selera saja. Ha ha ha!
Dahla tengah kopak.
Harapan tahun baru : Semoga malam ini tidak digoda oleh hantu.
Hoho... aku pon ade gak terasa besalah kalo result elok. Tido kekadang lebih 12 jam sehari. Study malas.
ReplyDeleteLagi2 result physics. Study SATU MALAM JE pon leh dapat result ok.
asal post tade tajok?
ReplyDeletesile tambah sorang lagik dlm list utk anda blanje..
..kalau tdk abesla tok moh antaw antu pegi goda anda malam inih... har har harr
saya pun rasa bersalah.... tp bukan salah saya. kenapa kegembiraan xleh dikongsi, tp kesedihan harus dikongsi. ah mrapu.
ReplyDelete