Monday, February 28, 2011

Hari Pertama Blok Tiga

Salam.

HAI !


Amazing. Ming bangun pukul awal pagi.

Awesome. Disebabkan bunyi tempe (local Indians) main bam bam bola kat court.

Dasyat. Lepas Subuh tidak mengantuk balik pula.

Tapi kuciwa. Result tidak begitu memberangsangkan.

Syukur. Sudah berusaha sehabis baik :)




Pagi tadi aku bangun dengan bersemangat waja. Rutin blok 1 aku ulang. Masak air, nak bancuh nescafe. Lalu ku bukak tapawe hanya untuk mendapati serbuk kopi semua telah mengeras. Frust. Maka terpaksa la bancuh milo. Kurang cool sikit tapi takpela. Sementara menunggu milo menyejuk, aku baca nota 'Regression of Age Changes'.

Gigi boleh terhakis kalau kau makan buah citrus lebih dari sekali sehari.

Gigi boleh terhakis dengan mengunyah vitamin C.

Gigi boleh terhakis kalau kau kerap berenang.



Kau rasa boleh percaya kah?


Hari ini berakhir dengan baik. Saya suka :) Semua orang balik cepat please. Tak seronok lah. Dah tak nampak orang bertudung dahhhh.

Wednesday, February 23, 2011

India Tour : Mumbai

Train ke Mumbai makan masa sebanyak 9 jam dan kami sampai Lokmanyatilak (LTT) station pukul 6.30 pagi. Kat Mumbai, aku dah book guide dari travel agent (Mumbai Magic) yang aku jumpak kat tenet. Sorang bayar RS1500 saja. Dan mereka sangat baik nak provide pickup service ke hotel walaupun takdak kena mengena dengan mereka. Takdak charge pulak tu. Woah! Turun-turun je train, datang sorang laki , "are u Amina?" dan dia bawak kitorang keluar dari station tu. Sampai kat kawasan auto, tengok-tengok bas besar gedabak tengah tunggu! Semua kanak-kanak bersorak keriangan sebab peghak tengok bas, heeeee.



Hotel yang Isma book bernama Gulistan hotel, tauke dia Muslim. Tapi orang kat sini kan degil, bila kitorang sampai, bilik tak available pun, dan terpaksa tunggu sampai pukul 8. Pakcik Sally (org yg uruskan transport) tu baik, dia tunggu kat hotel tu sampai kitorang selamat masuk bilik. Sebelum tu, kami pergi hantar dobi dulu kat receptionist. Dah masuk bilik, benda pertama semua org buat ialah charge phone! Lagi-lagi untuk pengguna Blackberry yg suka telan battery mcm ayaq ni la aishhh~

Tips #6 : Make sure bawak extension + adapter bagi mengelakkan perebutan plug.

Pukul 9, guide kitorang sampai. Nama beliau Mehrukh. A nice lady she is. So, destinasi pertama, jalan-jalan keliling kota Mumbai sambil story-story sikit, guna bas yang sama kitorang naik tadi.


Satu info pasal Mumbai - kat sini takdak auto. Cuma ada teksi dengan bas ja. Mumbai ialah ibu negeri Maharashtra dan dulu pernah dipanggil Bombay. Aku baru wiki dan rupanya dia ni negeri kedua kat dunia yg paling sesak - 14million orang! Kitorang sampai sini hari Ahad dan Alhamdulillah, ni la hari terbaik kalau nak datang sini sebab lengang ja jalan2 dia. Bandar dia bersih, aku suka :)






Pagi Ahad, antara suasana yang paling menarik ialah semua orang keluar beriadah. Ada banyak padang luas dan orang datang main apa-apa ja jenis sukan yang dorang nak. Tapi paling popular kriket la kan. So, ada banyak group dalam satu padang yang main game masing-masing. Dancerobik pun ada. Aku macam nak join tapi aku kan dalam bas. Jadi tengok saja lah.





Yang bestnya pasal tempat ni, banyak bangunan-bangunan tinggalan British. Sangat cantik! Okay, now let the pictures do the talking yerp~

India Gate. Berdepan dengan Taj Palace.

Masa kitorang dalam bas, kami lalu satu bangunan yang sangat buruk macam dah nak kena roboh dah. Auntie ckp itu pernah jadi hotel mahal untuk golongan atasan ja. Ada sorang laki ni nak masuk, tapi takleh. Last-last dia buat apa? Dia bina Taj Palace - antara hotel termahal kat India :)



Area ni nama dia The Queen's Necklace. Sebab bila malam, lighting dia lawa sangat,
berkilau kilau mcm rantai :D



Victoria Terminus

Nice kan? Tengah-tengah town tiba-tiba ada pantai..



Presenting, rumah orang terpaling kaya kat Mumbai ! Macam lego. Takdak cukup space jadi rumah semua org ialah jenis bertingkat-tingkat ye. Termasuk la rumah SakRukKhang yang aku tak terpergi sebab dia tinggal kat utara Mumbai bersama artis kaya yg lain. 6 tingkat tuh~


Dalam post lepas-lepas, aku ada cerita pasal Haji Ali Mosque kan? Tempat orang p mintak hajat kat makam tok ali tu. Ni la dia. Tengok betapa panjangnya orang pegi. Padahal berdoa kat Allah mana-mana juga boleh, tak perlu beratur :)


Dobi terbesar di Mumbai. Malas turun bas so ini saja gambar yang saya mampu sajikan. Nampak macam telekung bersidaian tapi takkan lah kan. Aku cuba cari baju yang aku hantar dobi tadi tapi tak jumpa pulak.


Lepas tu kami naik bot ke Elephanta Cave (bot lagi?) Ni muka excited lepas sejam lebih naik bot.

Beza over sangat kan untuk Indian dgn non-indian?



Kat dalam Elephanta Cave ni, takda gajah ye walaupun seketoi. Tapi keliling banyak kera. Dalam gua ni, ada banyak panel yang ada cerita tersendiri. Ni salah satu panel tu. Dan ni muka salah seorang Tuhan Hindu yang aku dah lupa nama.



Cuba teka ni apa? Kalau aku cakap jangan terkejut okay? Ni ialah replika testis lelaki. Yerp, itu salah satu simbol kekuatan (tuhan ke mereka ke aku tak pasti). Siap ada satu bilik khas lagi. Wuow.




Lepas tu, kami pergi shopping kat entrance Elephanta Cave ni. Tukang jual tu lawak. Ada ka dari Rs700 boleh turun sampai Rs150?


Tips #7 : Katakanla dia tawar Rs500, korang mintak terus Rs100. Kalau dia tak bagi, sila beransur pergi secara perlahan-perlahan nanti dia sure panggil balik. Time tu berasalah anda kemanisan shopping yang jitu, ah! ok takda kaitan.

Lepas turun bot, MAKAN!

Menu wajib yang akan datang dengan setiap hidangan di mana-mana saja. Bawang. Pickles. Kawan aku DJ dah pandai makan bawang dengan nasik woh, tepuk sikit. Aku still tak mampu. P



Auntie Mehrukh cakap Mumbai ni selamat, sebab orang dia dah open-minded sikit, jadi itsokay untuk kitorang keluar malam nak tengok-tengok lagi. So, malam tu kitorang g fair apa tah yang tengah berlangsung kat tengah2 town tu. Hajat hati nak naik bas, tapi bila bas tu berenti kt bus stand, dia tak kasi kitorang naik sambil cakap dalam bahasa Hindi yang konfem2 aku tak paham. Sabar je la.

Kat Mumbai kitorang bermalam, dan esok pagi naik train dari Mumbai Central ke next port - Ahmedabad :)


Beberapa saat sebelum aku muntah tengah jalan, HE HE HE.
Train ke Ahmedabad ada aircon, suka!




Ok see u in the next post. Bye.

Monday, February 21, 2011

India Tour : Pengenalan dan Goa


Salam.


HAI !

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kolej. Ikutkan last post, aku dah janji nak tulis post yang proper sikit untuk cerita pasal pengalaman aku sepanjang trip ni kan? Dalam entries nanti, aku selit sikit tips-tips (especially utk group besar) kot-kot ada junior ke or sesiapa nak tour India jugak satu hari nanti, itupun berdasarkan experience aku sendiri la.


Tarikh : 5-21 Februari 2011 (cuti midsem first year)
Bilangan : 14 perempuan


Kitorang travel bukan under any agent. Sebab kitorang tak kaya HA HA HA ok serius sikit please.


Tips #1 : Kalau nak save bajet, travel takyah pakai tour agent. InsyaAllah kat setiap tempat boleh je cari guide on the spot. Keburukan : semua kena uruskan sendiri la. Kelebihan : Puas hati.

Tips #2 : Train kena book at least sebulan awal bila dia dah bukak kaunter. Paling cikai pun 2 hari sebelum, tu pun tak gerenti ada. Takdak tiket on-the-spot melainkan local train.

Tips #3 : Make sure semua orang alert dengan jadual perjalanan dan tak tertanya-tanya.



Destinasi pertama - Goa! 5 Feb malam pukul 10.00, semua 14 orang dah berkumpul depan foodcourt dengan beg sebesar gajah kat belakang. Muka semua excited sangat, walaupun petang tu aku tak berapa ada mood sebab tak reti packinggggg. Semua baju pun rasa nak bawak, tak masuk lagi dengan barang penjagaan diri ; lotion (takut kulit kering) hand sanitizer (pencegah kuman terhebat) baby wipes (takde air) bla bla..

Tips #4 : Baju bawak 3 helai pun cukup. Nanti bila jalan, beli je baju along the way. And dobi ada kat setiap hotel so takyah risau :)

Tips #5 : Baby wipes penting, in case takdak air. Hand sanitizer jugak penting sebab penyakit senang merebak melalui tangan. Lagi satu - Vaseline untuk mencegah kekeringan bibir yang dasyat.



Lepas ambil gambar, auto datang dan kitorang pun bergerak pergi stesen ketapi Udupi, yeyyyyyy!!


Siap dengan banner :)


Kitorang sampai 30min awal dan train sampai pukul 11.58pm. Tepat-tepat pulak tu! Masa train sampai, semua orang blurr. Aku pulak tak tau nak tengok no coach kat mana. Tengok-tengok je semua orang lari-lari. Pastu kawan aku yang tidak dapat dipastikan siapakah menjerit "coach kita depan lagiiiiii depan lagiiiii!!". Sambil aku lari terkedek-kedek dengan beg sebesar Shrek, aku tanya "macam mana hampa tengok no coachhhh, tak nampakkk macam mana niiiii?"

Boleh jadi scene dalam movie Hindustan.

Bila kitorang masuk ja dalam train, lampu tak bukak la pulak. Haiyo! Dahla sempit, beg pulak cukup-cukup makan ja. Kitorang stuck sebab taktau nak cari tempat. Taktau kat mana no seat. Bunyik orang berdengkur menyinari suasana. Semua orang berbalut dalam selimut dengan tangan kaki terkeluar sana sini, ngeee! Kitorang blur, semua diam. Semua taknak naikkan sleeper bed tu sebab terkejut kejap dengan keadaan train. Disebabkan :

. gelap
. orang berbalut macam mayat
. bunyi berdengkur
. tangan kaki terkeluar sana sini

...kitorang rasa train tu sangat scary. So kami share satu sleeper bed tu 3 orang sampaila train tu stop kat Goa around pukul 4 pagi.

Bila dah sampai, semua orang excited balik. Perjalanan pertama, passed!

Group Ming - Isma, Myra, Ming, Fana, DJ


Next, tunggu pickup dari orang hotel. Orang in charge hotel kat Goa ialah Dawa. Ada berlaku sedikit kesulitan sikit sebab orang guest house tu nak charge kitorang mahal untuk pickup service. Melampau. Time ni aku diam je sebab tak reti melawan lagi. Tapi bila dah sampai rumah, semua lega tak kisah apa dah.



Pukul 9 pagi, kitorang keluar nak pergi Colva Beach yang kononnya 'within walking distance', tengok-tengok dah dekat 5km jalan-jalan tapi tak nampak rupa pantai punnnn.

Saya ada kedai sendiri! Hihi..


Bila dah sampai, aku cuma nampak sampan ikan. Ikan tepi pantai. Ikan dalam bakul. Orang jual ikan. Makcik beli ikan..ikan ikan ikan..rasa macam kat Kuala Kedah pulak..




Disebabkan dorang nak main game-game pantai, kitorang pun plan nak gi satu pantai yang femes kat Goa - Calangute Beach. So, kitorang pergi cari auto atau kereta sewa yang murah. Alhamdulillah, jumpa pakcik van yang boleh bawak kitorang jalan-jalan keliling Goa dengan harga hebat. So, destinasi pertama - Dolphin Trip!


Naik bot dah macam wajib dah kat mana-mana pun, heee.

Satu je, jadi la~


Lepas tu, kitorang p lunch kat tempat orang kaya and then pergi satu private beach sebab Calangute Beach superbanyak orang sangat. Kat situ ada rumah bos Kingfisher (salah satu airline India). Tengok dari luar nampak biasa je. Tembok pun tak cantik. Tapi kat dalam dengar cerita ada golf course, wow!

Kat Goa, kita boleh sewa scooter, basikal atau moto Awie dan ronda-ronda satu pulau. Menarik kan? Rasa macam kat kampung sendiri, dengan pokok-pokok kelapa yang sangat banyak. Guide tu cakap nak explore Goa kena amek masa at least 3 hari, lagipun Goa femes dengan tempat hiburan. Tapi since aku bukan peminat beach, aku rasa beberapa jam pun dah cukup.

Kapal kat belakang tu dah berpuluh tahun tersadai kat situ. *sila tgk kapal ok*


Kat sini budak-budak tu excited sangat. Sebab boleh main jetski+parasailing+banana boat dengan harga Rs1000. Around RM70 ja! Aku cuma main jetski sebab malas nak basahkan baju, tapi abang tu bawak jetski dasyatttt gila sambil gelak jahat. Dia usung aku sampai kat kapal tersadai tu. Dari dekat macam Titanic oh. Basah jugak semua baju aku last skali :(

"YOU WANT MOREEEE? YOU LIKE IT? OPEN YOUR EYESSS! YEAHHHH!!"

Crazy. But cooooool!



Lepas habis semua, balik rumah, kemas barang dan pergi destinasi seterusnyaaa ; Mumbaii :)


Sunday, February 13, 2011

Travel blog?


some people requested me to write a proper post about my experience all over india. so im writing it right from the beginning, in a more, errr mature way :)

after i get back to college.

Tuesday, February 8, 2011

Jelajah India : Udaipur

salam.

train ke udaipur takda , jadi kami tepaksa naik bas. lebih kurang pukul 5 pagi, kami sampai kat station udaipur.

walaupun aku memang off phone masa perjalanan untuk save battery, dia tetap habis jugak. susah! sebab aku kena contact agent yang sepatutnya amek kitorang kat train station udaipur pukul 8 pagi. jadi masa aku tgh tertonggeng-tonggeng intai2 hotel yang ada plug, datang sorang laki..

"mam, what are u searching for? toilet?"

"no, i wanna charge my phone.."

"come, follow me.."

selepas memastikan ada beberapa anak buah tau aku nak pegi mana, dan setelah memastikan aku ditemani 2-3 org, aku pun ikut laki tu pergi hotel dia kt ceruk mana tah. nama hotel tu bermula dgn huruf w.

kat sana, laki tu cuba nak promot kitorang tinggal kat hotel dia lalu dia ajak aku tgk bilik2 kat situ. scary! mcm bilik kat hotel murahan sing tak sing kat aloqstaq wehhhh!

pastu dia tanya kitorang dari mana. aku lebih suka ckp dari manipal daripada malaysia. sbb bila dorang assume kita local indians, dorang cm tak overexcited sgt. oh nak tau tak byk org ckp kitorang nampak mcm orang assam (satu part kat india). siap ada org tanya "is your language assami?"

t_____t"

nnt balik aku nak google.

pastu dia tanya alamat aku! dia tanya no phone aku! dan paling takleh blah dia tanya facebook aku.

"im too busy to have a facebook account"

sambil gelak-gelak, aku nampak dia search nama aku kat facebook. scary tak?

nasib baik pastu org dari travel agency tu dtg. kachak. sejuk sikit hati he he he ok takda kaitan. dan kat hotel, sebelum dia tinggalkan kitorang dalam keadaan selamat, dia pesan kat aku..

"please dont trust if some people tell u they can give u this and that. anything, u can contact me ok? anytime, because im from your company, i will help u.."

baiknyeeeeeeee!

satu benda mcm lawak sikit, guide panggil kitorang "amina grouppp". nanti kejap-kejap, aminaaaa! pastu aminaaaa!

lol.

nasib baik ni semua orang baik-baik dan tak scary. kecuali pakcik yg hotelnya bermula dgn huruf w.

walaupun dh habis tour, org dari agency tu akan call tanya kalau kitorang ada masalah along the way. alhamdulillah, semua ok dan org baik ada di mana-mana. baik yg super sampai menakutkan kadang-kadang.

till then, bye!

Monday, February 7, 2011

Jelajah India : Goa + Mumbai + Ahmedabad


€€manipal

petang, hantar scooter kat hazman. malam, pergi dinner dengan budak2 medic kms. terharu sebenarnya sebab aku baru tau dorang ada spotters exam esok tu. pukul 9.30malam, aku dan 13 org gadis bds lain dah terpacak depan foodcourt dengan beg yang besarnya mcm shrek. tak lama kemudian, shahirah datang dari library. pastu fatin pulak datang. dan paling aku tak sangka, ping pun datang, dengan basikal siap, all the way from greenwood apartment! terharuuuu lagi. trip ping pukul 2 pg, entah sapa la yang babai dorang. lepas tangkap gambar beserta banner yang hebat bermotokan "backpackers teragung abad ini" (ok tipu), 7 auto pun datang berduyun-duyun.

maka bermulalah perjalanan kami secara convoy ke utara india.
14 orang gadis.
11 lokasi.



train ke goa.

kitorang taktau nak tengok no coach. pastu pakcik guard bagitau suruh "cepattt! cepattt!" dalam bahasa omputeh menyebabkan kitorang lari-lari dengan beg sebesar shrek sepanjang train tu. memang mcm cerita bollywood dah la.

bila masuk train, keadaan gelap gumpita. semua penumpang tido dengan kaki+tangan terkeluar-terkeluar membuatkan aku rasa mcm dikelilingi cadaver. serious! malam tu takda sapa berani turunkan katil sbb semua belum berani. jadi kitorang duduk je dan tido mengerekot. sejuknya tuhan saja yang tau. fana buat lawak, dia ckp "aku faham skrg mcm mana perasaan org yg mati kesejukan.."


train ke mumbai
okay, sekarang semua orang otomatik turunkan katil bila masuk train. dah tak takut dah. tapi group aku ada gaduh sikit dengan local indians sebab dorang degil taknak dgr cakap. dorang ambil tmpt sorang pakcik yang tepaksa amek tempat kitorang. pastu dorang cakap "biar je la kat pakcik tu, pergi tmpt kau duduk diam-diam sudahh.." bila 3 orang gadis lawan cakap secara besar-besaran baru dorang nak mengalah, sikit. toek kan?

benda plg annoying dalam train ialah bila penjual chai (tehsusu+halia) dan kopi naik atas. suara dorang dahla monotonous pastu sama je utk setiap org. ini la apa dorang ckp ;

"chaichaikofikofichaikofiiii.." sambil jln mcm robot dari hujung sini sampai hujung sana.

malam sangat sejuk! nasib baik bila sampai mumbai, pakcik agent tu dah tunggu dengan bas besar gedabak dan dia tlg handlekan hotel kitorang smpai semua dah settle walaupun tu bkn kerja dia.



mumbai

makcik tour guide tu baikkkk sangat. macam mak-mak. kitorang just pusing satu mumbai kecuali bahagian north sambil beliau terang pasal sejarah-sejarah mumbai. ada yg masih taktau yang nama lama bagi mumbai ialah bombay.

antara cerita plg menarik perhatian aku ialah :
haji ali mosque - hari itu saja aku agak adala dekat 5000 orang pergi makan haji ali tu nak mintak hajat. aku igt ini ialah masjid, tapi bentuk je masjid padahal jadi tempat orang islam dan orang agama lain sembah kubur haji ali tu sebab dia kata nnt hajat tu termakbul. gila tak? bukan ke dah jatuh tahap murtad dah sebab menduakan allah?

tower of silence - ini dibina khas utk penganut satu agama yg dibawa dari parsi. bila dorang mati, mayat dorang akan ditebarkan atas tower ni utk proses "dehydration" dan jugak utk dimakan oleh burung apa tah, aku dh lupa nama dia. dorang percaya itu lah sumbangan terakhir dorang. dan dorang tak tanam sbb dorang ckp nnt mencemarkan alam sekitar. ngeri! dahla guide tu pun menganut agama ni. tp dia ckp skrg burung tu dah takde so dorang bina solar panel je.

mumbai bandar yang menarik sbb ada byk tinggalan british. org dia baik dan byk komuniti muslim yg sentiasa ada utk tolong. nk bawak mak, bolehla bawak g mumbai. hari ahad tak ramai org :)


train ke ahmedabad

hari ni hari pertama aku muntah setelah 12 tahun. aku tatau silap kat mana. mungkin daging kambing yg aku makan malam tu terlalu extreme utk perut kampung aku ni.

kali ni kitorang masuk train cukup-cukup time je. kalau lambat sikit mesti dia dah jalan. nasib baik ada yg tanya platform sebenar sbb kitorang tsilap platform. syukurrr tuhan tolong.

oh ya, kali ni kitorang naik train yang berhawa dingin yang semestinya mahal sikit dari train biasa. aku suka train niiii! sebab org2 yang naik tu nampak educated, dorang cuma duduk baca buku dan tak kacau org dan dorang tak tido sangat. penjual chai+kopi pun mcm bertamadun sikit. dorang tanya baik-baik "chai??" "kofii?"

satu benda yang mengejutkan ialah tandas dia yg tembus sampai ke railway track. aku dah tau hakikat ni tp bila tgk sendiri depan mata, rasa pelik gila. jadi, bila aku muntah, semuanya pergi ke railway track he he he. nasib baik duduk coach mahal, jd kondisi toilet agak okay dan kurang berbau. kalau tak, aku rasa dengan small intestine aku pun keluar sekali sebab kegelian.



train ke udaipur

takde train! nasib baik syasya+kappa pegi sembang dgn pakcik mana tah, dia bagitau train dah 15 hari takda. time ni dah pukul 8.30 dan bas ke udaipur pukul 9.30. so kitorang rushing pergi mintak refund duit train dan nak berkejaran utk ke bus station.

pakcik baik tu cakap takpe. dia bawak kitorang g makan kat restoran halal dulu, dan dia bawak kitorang g icici bank upon request. rasa seronok sgt sebab walaupun ada kecacatan kat scedule, tapi ada orang2 baik yg sentiasa nak tolong.


sekarang aku dalam sleeper bus. aku cuma boleh bau lembu sebab ada 50lembu kot kat luar. seharian aku takut nak makan sebab takut muntah lg. bas manada toilet wey. mari berdoa semoga aku takkan muntah dah okay?

bas ni lambat sejam. aku tatau samada aku lg rela duduk dalam train on time tapi sejuk mcm nak meninggal tu, ataupun bersabar dengan bas yg tak tau tepati masa ni.


tapi ni india, apa nak expect kan?



aku blog pakai bb jadi sebab tu tak teratur sikit. maaf ye.

selamat jawab exam kat kawan2 saya yang saya sayang :)
nnt aku update lg. bye!

Wednesday, February 2, 2011

Setengah tahun sudah.


Salam.

HAI !

Hari ni hari terakhir untuk Block II. Alhamdulillah dah habis pun 6 bulan kat sini. Exam okay tak? Well, ok untuk sesetengah subjek. Ada yang macam toek tapi tak kesah la yang penting dah buat yang terbaik.

Block II rutin saya sama sahaja hari-hari. Pukul 8-5 pergi kelas. Balik tu basuh baju pergi bersiram apa semua, tak sempat nak letak ponggong atas katil, dah pergi library pukul 7.30. Nak kata study macam orang gila tak jugak. Tapi bagus la dari duduk dalam bilik pastu berangan takpun tengok orang main kriket dari atas. Dan muka aku memang muka tak reti study bilik lagi-lagi kalau mendapat godaan dasyat daripada katil yang tak la berapa empuk tapi cukup la nak kasi aku mimpi orang kachak setiap malam WA HA HA HA ok tak lawak.

Rasa jeles pulak dekat classmates yang balik Malaysia. Haaaaaa, tapi peliknya saya tak rasa pulak macam nak ikut balik sekali. Rasa normal lagi. Pleasela please jangan nak start homesick nanti apa pun tak jadi.

Ok, nak makan pil Filiriasis apa entah yang warden kasi tu, pastu nak bom bom. Tata!