Dulu aku selalu rasa. bestnya kalau boleh jadi macam dalam filem. Terpengsan kat tempat lain, pastu orang bawak gi tempat lain, then bila sedar je, macam "Eh, aku kat mana ni?"
Secara tak sangka Allah makbulkan impian kanak-kanak aku tu. Sabtu lepas (16 March 2013) aku dimasukkan kat Putra Specialist Hospital, Melaka.
Sebelum tu, aku pergi Klinik Bukit Beruang. Doktor dah bagi antibiotik untuk 4 hari tapi tak berkesan. Jadi dia refer aku kat Orthopaedic iaitu Dr Z. Beliau satu-satunya doktor Muslim dalam bidang tu kat Putra Hospital. Alhamdulillah la doktor kat klinik tu memahami :) kalau kebetulan pun taktaulah tapi aku bersyukur je.
Jumaat, lepas kelas pagi aku ajak Dawa hantar aku ke hospital tu. Lepas register, kitorang pergi ke bilik Dr Z. Fuyyyoh! Lawa gila bilik dia baqheangggg. Dah macam hotel dah dengan lampu oren dan interior design yang memang ohsem la. Doktor tu cakap, antibiotik yang doktor klinik bagi tu tak kuat. Dia nak try masukkan antibiotik lain secara IV (intravenous).
"Masuk ward la eh? Ada insurans?"
Gulp. Ketaq lutut bila dia cakap kena masuk ward. Dah terbayang dah dalam kepala nanti jadi loner kat katil, orang lalu lalang, ditinggalkan sorang-sorang. Ho mai! Aku pun tunjukkan kat dia kad insurans kolej aku. Aku mintak tangguh nak masuk hari esok. Aku janji nak datang pukul 10pagi.
Esoknya, lepas dah siap packing barang, Myra hantar aku gi hospital. Tapi ramai sangat orang, so dalam pukul 10.30am baru habis registration. Lepas akak tu call kan insurans dan confirmkan semua, aku pun jumpa Dr Z.
"Laaa, makin teruk. Tu laa, degil semalam taknak masuk."
*sengih gaya kambin*
Agak lama nak tunggu admission tu. Around 11.45pm kot baru aku dibawak naik tingkat 8, wad perempuan. Aku dapat bilik 3-bedded. Takut gila. Myra pun macam blur taktau macam mana nak tinggai aku. Huuuuu. Aku tengok tv tu dah dipusing tala kat orang katil hujung belah sana. Sebelah tu auntie Cina. Family dia tak putus-putus datang. Stress dah aku. Takleh tanggal tudung la nampaknya gini.
Tak lama kemudian, nurse datang.
"Adik, sorila akak taktau yang awak ni patutnya bilik single. Tapi sekarang semua full. Awak sabar kejap ye.."
Hoyeah? Aku pun taktau. HAHA. Siapa yang tentukan aku bilik mana? Blurr. Sepanjang aku atas katil tu, aku cuma main Word Search dalam buku RM4.90 yang aku beli guna baucer buku. Sobs.
Petang sikit, lepas aku makan, nurse datang. Dia ajak pindah bilik. WEEEEEE !!!
So, this is
my rooooom :) I'm so very the happy finally got this room baby! Ada tv,
ada almari, cermin muka,toilet lawa, pemandangan ohsem bandaraya Melaka dan paling penting PRIVACY all for
myself.
So, for the first 3 days, aku cuma makan tido, dan tunggu injection antibiotik through branula kat tangan kiri ni. Aku bajet nak tunjuk pandai la, aku tanya nurse tu, 'ni jarum berapa gauge kak?' tapi dia pulak yg blurr. Dia kata jarum ni yang paling kecik. Sekali dia cucuk kat pergelangan tangan :( Maka susahla aku nak gerakkan tangan. Dia dah bagi warning..
"Kalau awak gerak banyak, nanti bengkak. Kita terpaksa cucuk tempat lain pulak"
Makanan kat sini sedap-sedap. Cukup masin dan minyak hihi. Takde ghupe makanan orang sakit pun. Everyday, dia akan bagi kita pilihan menu untuk hari esok. Kat bawah ni tomyam ayam, dengan ayam masak merah.
Sebenarnya, aku malas nak bagitau sebab apa aku masuk hospital. Satu, sebab aku sihat walafiat tak terburai atas katil. Dua, aku sendiri rasa macam takde mende punnn. Selalunya, kawan-kawan yang terchenta mai melawat, usually at night after class. Aku pun ok je kalau tak mai sebab aku faham, penat pergi kelas kan. Tapi rasa sebak jugak bila nurse asyik tanya, takde orang jaga ke? Takde orang teman ke? :(( Nasib baik ada tivi tolong temankan.
Setiap pagi, doktor Z akan datang tengok. Hari Isnin tu, dia buat keputusan..
"Kita excise la. Esok pagi, 8.30. Under GA, boleh?"
Takuitnyaa! Dahla aku ditakutkan dengan post-op effect GA yang sangat dahsyat. Muntah, pening, etc. Dia kata, kalau taknak GA, kita buat spinal anesthesia. Ah sudah, tak pepasal aku kena mendedahkan body belakang pulok. Confirmla sakit. Aku kan keding.
Esok pagi, aku dah siap mandi dan pukul 8, nurse datang bawak baju dan topi. Lepas tukar, aku tengok dah ada katil sedia menunggu aku dalam bilik. Baring. Dan ditolak ke dalam lif. WALAWEY mcm dalam Grey's Anatomy pulok. Har3. Sampai kat dalam Operation Theatre, dah ada team surgery sedia menunggu. Aku diangkat ke katil yang lain. Auww! Bilik OT sangat sejuk, menggigil aku dalam tu.
Tak lama lepas tu, datang Dr K, pakar bius. Dia tak tanya apa pun, terus bagitau nak guna GA. Dia tengok branula aku...
"Dah lama ni, kecik sangat. Kita buat baru lah. Cepat2!"
Ngeee. Now kiri kanan tangan aku dah ada jarum. Nice. Aku baru tau rupanya branula ni color coded. Hijau ni cuma untuk anesth. Dan jarum plastik dia besar gaban!
Aku rasa macam ada 8 orang bermain dengan body aku. Sorang sapu solution apa entah kat kepala, belakang telinga. Sorang betulkan tangan. Sorang pelekat sticker (huu?). Semuanya terlalu laju.
"Ok Aminah. Baca Bismillah, selawat 3x, baca Al-Fatihah ye..."
Aku cuma nampak dia inject solution warna putih dan Poooof! The next thing, aku dah ada dalam observation room tingkat 8 :)
Malam berikutnya, semua gadis-gadis melayu BDS II datang melawat. Terharu ;')
Hari Rabu, Dr Z datang tengok wound. Dia cakap, Jumaat ni kita jahit lah. Under GA. AGAIN???
"Kita kena undermine lagi. Sakit. Tak boleh buat under LA"
Haihs. Maka sementara tunggu hari Jumaat tu aku habiskan la dengan makan tido macam biasa. Nurse-nurse kat situ sangat baik. Aku suka cara dorang kerja, cara dorang borak. Nampak macam dorang pun enjoy je buat kerja, nampak semua macam dah expert. Takde yang garang macam kat tempat yang kitorang wajib pegi setiap hari Khamis tu...errr hehe.
Sepanjang stay aku kat situ, blood pressure aku sangat low. Nurse dah risau aku akan pitam. Aku cakapla , aku okay ja. Cuma 1 pagi tu aku memang rasa nak pitam. Lepas tu terus aku muntah. Mungkin sebab aku tak makan apa-apa lepas surgery tu. Perut masuk angin. Tapi effect lepas GA tu biasa ja. Takde demam, takde pening, takde loya, nothing :)
2nd time nak masuk OT, perkara yang sama la kena buat. Salin baju, baring atas troli, masuk bilik sejuk. Cuma kali ni Dr S pulak yang biuskan. Dia cakap dia guna kaedah inhalation. K, sure hudoh gila muka aku ternganga masa surgery tu berlangsung kan. Sobs. Sebab dia memang letakkan something bawah bahu untuk buatkan kepala kita jatuh so that dagu kita terangkat dan airway terbuka.
Bila aku sedar, aku dah ada dalam observation room. Sepatutnya tunggu Dr Z datang dulu, tapi sebab ramai sgt orang buat operation, katil tak cukup so aku boleh balik bilik sendiri awal :)
Dari Jumaat tu sampaila Sabtu, aku asyik merayu kat Dr Z, nak balik hari Ahadddd. Dia mesti penat dah layan aku. Doktor kat sini takde yang pakai labcoat so dorang macam extra hensem sikit. Ok taktau apa kaitan.
Pagi Ahad (24 March 2013), aku excited dah tunggu Dr Z datang. Lepas dia datang tengok jahitan, dia pun cakap,
"Ok, dah boleh balik tengah hari ni!"
Dan aku pun terjerit, YEAYYY! Terus dia buat gaya nak pukul luka aku. Ngeh3.
"Selamat balik, jangan nakal-nakal, Assalamualaikum!" kata beliau masa nak keluar bilik, macam biasa.
Atas ni muka excited tunggu Fana datang ambek. Thanks semua orang yang wish, yang datang, yang concern dan sebagainya. I really appreciate it :) Dan thanks to Matpau yang boleh dikatakan teman aku secara 'virtual' most of the time walaupun jarak kita jauh beribu batu aceywah!
p/s : Gambar atas macam gemok kan? Tapi aku still 41kg. Ehem :p




