salam.
hi!
saya sekarang berada di dalam library, menyetadi subjek dental anatomy iaitu subjek terpaling gemar saya setakat ni. ye la, dah nama pun amek pergigian maka perasaan chenta terhadap subjek berkaitan perlulah disemai kan kan? mak cakap sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. motif? he he he saya pun taktau.
performance saya dalam block pertama ini mungkin tidak begitu bagus tapi saya tetap happppy sebab saya survive dan alhamdulillah, masih aman bahagia. masa buat ib dulu pun panadol actifast merupakan sahabat sejati tapi saya tak pernah makan lagi walau seketul kat sini.
sekarang kawan baik saya ialah nescafe buatan supermiyn.
haritu membuat bleaching untuk kali pertama. agak seronok sebenarnya sebab doktor2 berkerumun. campur saya, doktor tu baru 2 kali buat bleaching, itupun dulu dia buat kat seketoi gigi je. saya dengar dia bergosip dgn doktor lain, dia cakap dia tapaham kenapa budak ni nak jugak buat bleaching kat semua gigi depan dia. rimas jugak jadi tontonan umum. mungkin itu perasaan cadaver yang kita tak pernah mengerti..
lepas je siap, doktor tu cakap "you shine like a starrr! now u can smile to the world!" saya mcm errrr doktor ni sihat tak? sebab saya tgk takde effect pun..tapi saya sedekahkan je la senyuman bintang saya kepada dia sebanyak 7 saat.
dan haritu jugak saya minum 4 gelas coffee. kopi dh jadi mcm air mineral, rasa sunyi hidup kalau sehari tak minum. lagi-lagi pulak kalau supermiyn yang buat, perghhhh! selain itu saya jugak menggemar kopi kat kedai belakang block sharada tu sebab dia buat pakai susu asli. dan bos kedai tu smart. ok takda kaitan.
saya ada lg beberapa appointment bleaching tapi rasa mcm xseronok dah nak pegi sebab hari jumaat. maka saya kena ucapkan selamat tinggal kepada friday talk. rasa mcm pelik sebab tak pergi sebab, entah. rasa pelik bila sorang2 je yg tak pergi di saat semua org lain pergi. tapi takpe, nnt saya sedekahkan senyuman bintang saya kepada awak, ok? heeeee..
saya sebenarnay memblog mengguna phone ni. tengok eja pun sengetsenget pastu kenapa tah takboleh buat huruf besarr tapi saya bosan jadi saya luangkan masa jugak demi awak. siapa awak? awakla, yg tengah membaca ni..
ok nak sambung study gigi.
kepada kawan-kawan medic, saya doakan kejayaan semua :))