Saturday, March 28, 2009

L.O.V.E in Cambodia Part III

Kampung Juminik tu membuatkan aku terasa malu dengan diri sendiri. Malu sebab aku tak pernah hargai apa yang aku ada dalam hidup ni, jauh sekali nak bersyukur. Yang aku buat cuma komplen, komplen dan komplen. Aku cuma tengok apa yang aku takde. Tak pernah pun nak tengok apa yang orang lain takde.





Hari yang kitorang kena ajar budak2 tu English buat aku rasa takut sangat. Aku taktau cara nak cakap dengan dorang. Buatnya nanti budak2 ganas, gaduh2 ke, sapa nak kawal dorang?


Jadi, sesuai dengan sifat manusia yang kadang2 pentingkan diri sendiri, aku pun amek kelas yang paling sikit budak. Tu pun budak2 dia dah tau basic ABC dengan 123. Sebab aku memang tak reti main dengan budak2 kecik yang ada kat kelas sebelah. Dahla ramai, bising pulak tu. Takut takut takut. Teruk kan aku?


Budak2 aku baek sangat. Mata semua pasang, semua taruk dengan aku, Efa, Elly dengan Adnin yang dah ditugaskan ajar kelas tu. Terkebil-kebil mata dorang. Aku pun cakap ‘helllo! Haiiiiii!” Tapi takde respon. Malu kejap.


Naseb baek ada ustad comel tu dalam kelas aku. Aku taktau apa nama dia. Tapi aku suka dia sejak hari first lagi. Sebab dia sangat2 suka menolong dan dia asyik senyum je. Muka dia tenang dan Nampak bahagia; wajah tipikal sorang penduduk kampong yang suci bersih hati dia. Ustad tu boley cakap Melayu sikit2. Dia la yang tolong jadi tukang penterjemah aku. Alhamdulillah, naseb baek ada dia.



Sekolah dorang buruk sangat. Sangat sedihhhhh tau tak. Meja pun dah goyang sana sini. Sempit. Kipas angin pun takde. Kelas cuma ada 4. Betapa daifnya dorang.


Budak2 tu memang sangat cepat belajar. Otak dorang dah memang diciptakan bijak. Tak payah ajar banyak kali, dorang dah ingat. Aku pun terkejut. Hebatnyaaa budak2 ni! Masalah yang ada pun Cuma 1, malu. Malu dorang sangat extreme sampai aku pun tak paham. Okla, kita kena letak diri dekat tempat dorang kan kan. Mungkin dorang malu dengan orang asing.


Tapi lama2, semua dah ok. Aku sangat suka Ramza, Frida, Hasan Basri, Ariffin, dengan Umrai. Dorang yang paling sporting, paling comel, paling mata terkebil-kebil, dan paling macam2 lagi. Ekceli tu semua budak2 aku la. Kitorang dah bagi sorang sikit. So, aku dapatla budak2 tu.




Kitorang cuma ajar benda2 basic macam:

. what is your name? my name is Miyn si Baek.

. how old are you? I am 19 years old.

. How are you? I’m fine, thank you.

. colour in English.

. nombor besar2.

. anggota badan


Sesi English ni ada 2 hari. Hari kedua, aku dapat semua budak laki dan kali ni lebih ramai sebab sekolah kebangsaan cuti. Kadang2 ada budak2 mengintai dari luar. Aku pun panggil dorang join sekali. Tapi kebanyakannya duduk sekejap, malu then lari hilang p mana tatau. Aku pun taktau sebab apa. Tapi budak2 aku kali ni dah maken pandai. Entah kenapa, ada satu macam perasaan bila ajar dorang. Dengan mata terkebil-kebil yang sangatla comel tu, muka yang penuh mengharap, muka berkerut-kerut sebab cuba ingat semua benda. Ya Allah, seronoknya perasaan tu.



Budak2 tu semua pandai. Semua ada potensi. Sayanknya, takde peluang nak belajar tinggi sebab masalah kewangan. Bila aku tanya dah besar nak jadi apa, kebanyakannya cakap taktau. Dorang takde cita2. Budak2 tu dah besar, dah 15 tahun. Tapi masih taktau hala tuju masa depan masing2.


Aku rasa sedih sangat. Kalaula mak ayah aku kaya, aku nak suruh ja bawak dorang tu datang Malaysia, sekolahkan elok2. Aku cuba bandingkan dengan budak2 Malaysia sendiri, ataupun diri aku sendiri dah cukup. Betapa aku malas pergi sekolah. Aku rasa sekolah tu membebankan dan membuatkan hidup aku terseksa. Lagi2 bila kena marah sebab tak pandai. Kena marah sebab tak buat homeworks. Aku pernah fikir, apa motif aku pergi sekolah? Bukannya mati pun kalau tak pegi sekolah.


Ya Allah, jahilnya aku masa tu. Budak2 tu sanggup buat apa ja untuk belajar. Sedangkan aku yang ada peluang, aku tak guna elok2. Pergi sekolah tido. Pergi sekolah main2. Duit mak ayah bagi, kerajaan bagi, guna untuk beli barang2 takde faedah.


Dekat situ ada beberapa orang budak yang belajar English. Sayangnya, Cuma ada 10 orang dalam kampong sebesar tu. Bila aku Tanya sebab apa sikit sangat? Dia cakap dorang tak mampu, mak ayah dorang tak kaya macam mak ayah kitorang.


Tapi nak tau apa yang paling menyedihkan? Satu sesi kelas English selama sejam, HARGANYA CUMA LEBIH KURANG RM1.


Apa yang korang buat dengan RM1? Beli burger? Beli dadih? Bayar duit dobi? Beli rokok? Bayar tol? Itupun kebanyakann kita pandang sebelah mata ja RM1 tu.


Dan sekarang aku sedar betapa besarnya nilai RM1. RM1 MAMPU UBAH HIDUP SESEORANG.


Betapa bijaknya otak yang Allah kurniakan dekat dorang sampaikan budak lelaki 17 tahun tu Cuma ambil English selama 3 bulan, tapi dah boleh speaking lagi hebat dari aku. 3 BULAN JE. Aku? 12TAHUN.


Aku rasa macam nak bagi ja duit aku kat dia. Bukan nak berlagak kaya, tapi masa tu aku ada cash yang lebih banyak daripada tabungan dia selama beberapa tahun. Ya Allah, betapa tak bersyukurnya aku…



Kalau ada antara korang yang masih bersekolah, tengah belajar, tolonglah belajar elok2. Sedarlah berapa ramai manusia yang nak sangat berada kat tempat korang, tapi tak ada peluang. Tolonglah sedar yang pergi ke sekolah dan tuntut ilmu tu merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat berharga…

TALENTIME - a yasmin ahmad's movie

Untuk sesapa yang belum tengok filem ni, tolonggglahhh tengok secepat yang mungkin. Siries.



Tadi saya berasa sangatt kebosanan, lalu saya membuat keputusan untuk menshopink kasot Momoe di Jaya Jusco, Seremban II. Tifa ajak g KL, tapi keja umah banyakla, lagipun nak g KL makan masa banyak jam tonggeng2 atas KTM penuh dengan orang busuk, lagi2 pulak hari ni public holiday. Ko nak cari nahasssss ke?

Jadinya, saya berjaya mengajak Elly, Ifa dan sahabat si toekku sayank Myra Innessa anak Pak Azmi untuk g JJ menjimatkan duet teksi yang berharga RM15 (saya sembank byk dgn pakcik tu dgn harapan dia bagi murah tapi hampesssss!)

Ok. Ini macam sudah lari dari topik. (miyn, tolong fokus sikit miyn. tolongggla...)

* * *

Talentime ni mengisahkan tentang sebuah sekolah kat Ipoh yang membuat Talentime dekat skolah dorang. Orang kuat Talentime ini ialah Cikgu Adibah (Adibah Noor yang super hebat dan super menarek lakonan dia, I laikkkk!). Mula2 cekgu2 dekat sekolah tu kena cabut undi sebab 7 orang ja yang dibenarkan buat persembahan sempena ulang tahun ke-7 Talentime tu sendiri. Hadiah utama ialah anda berpeluang menjadi kaya dengan mendapat duet sebanyak RM1000.

Tapi sesi tu terpaksa batal dan digantikan dengan persembahan oleh budak2 sekolah tu sendiri. Jadinya, sebelum 7 orang budak boleh buat persembahan pada malam tu, dorang kena buat ujibakat tu dulu la. Antara yang terpilih ialah sorang laki Melayu, sorang laki Cina dan sorang fomfuan Melayu Tingkatan 6 Atas.

Hafiz (Mohd Syafie Naswip) ialah sorang student yang sangat pandai dan ada sorang ibu yang sakit tenat sebab ada brain tumor (Azean Irdawaty). Dia ada bakat maen gitar dalam muvie ni dan muka beliau comel sekali. Oh ya, aku mmg minat sangat dekat beliau sejak tengok Mukhsin. Sebab dia pelakon yang natural dan dia tapayah buat2 hensem. Muka dia takdela hensem sangat tapi menarek bagi aku.

Hafiz ni anak yang sangatla baek. Tiap-tiap hari lepas kelas dia akan melawat mak dia kat hospital. Ayah dia dah tinggalkan mak dia sejak dia dalam perut mak. Kesian kan? Motif kena tinggal tidaklah diketahui.

Klasmet Hafiz, Kahoe (Howard Hon Kahoe) pulak sorang budak Cina yang slalu top dalam kelas. Tapi sejak Hafiz masuk skolah tu, dia takleh trima hakikat Hafiz ni lagi pandai dari dia. So, dia g repot kat cekgu yang Hafiz ni tiru dalam ujian. Tapi tengok2 Hafiz ni mmg betul2 pandai dan dia pun tak puas hati la. Hafiz pandai maen alat muzik Cina dalam crita ni. Sorila aku taktau apa nama benda tu. Ala, yg mcm violin comel tu...

Melur (Pamela Chong, adik Vince Chong) pulak merupakan sorang pelajar Tingkatan 6 Atas yang ada bakat maen piano sambil nyanyi. Slain tu, dia sangat minat tules English poem. Ada 2 orang adik fomfuan yang sangat kiut. Family dia pun best. Well, dalam filem Yasmin ahmad semua ada family2 yang best2 kann..

Ok. Macam mana dorang tau yang dorang ni berjaya masuk Talentime? Tenggg tenengggg! Budak2 laki yang ada moto kena la membagi surat keputusan dekat dorang masa malam ujibakat tu sendiri. So, malam audition tu, Mahesh (Mahesh Jugal Kishor) ditugaskan bagitau Melur ni kat umah dia. Selain tu, Mahesh ni jugak akan amek dan jemput Melur tu untuk g berlatih kat sekolah tiap2 petang dann bila waktu cuti sampaila malam Talentime tu nanti. Satu benda ja aku tertanya-tanya sikit, sekolah tu bayar tak duet minyak budak2 tu? Ho ho ho..

Mahesh ni budak India paling hensem penah saya melihat. Dia ni pekak dan bisu tapi boleh faham apa orang cakap. Ayah dia dah mati dan dia ada sorang pakcik yang sangat sayang kat dia dan family dia. Tapi pakcik dia meninggal dalam pertengahan crita ni. Dia jugak ada sorang kakak, Bhavati (Jaclyn Victor) yang sangat kiut dalam cita ni. Menarek kot Jaclyn tu. Siries, tak nampak macam Jaclyn langsung, nampak mcm fomfuan India Malaysia tulen bagi aku.


Ofkosla, bila dah hantar Melur tu g sekolah tiap2 hari, mestila jantung berpongpang-pongpang di saat2 mempakaikan topi keledar dan melihat wajah Melur yang sangat cantek tu kan. Jadinya, dorang ni telah berjaya jatuh cenntaaa dan maka berkawanla mereka. Walaupun Mahesh tu pekak bisu, tapi watak dia sangat menarek sebab dia tau memainkan mata dia yang sangat mahal tu. Ha ha ha, kuyu semacam ja pastu macam sedikit kasihan. Dengan lagak beliau yang sangatla sopan, mestilah mana-mana ibu dan gadis pun akan tertarik. Ok, lari topik dah ni.

Agak2 korang apa yang jadi dekat Mahesh sama Melur? Boley ke dorang bercinta sampai ke jinjang pelamin? Dan apa bakal jadi dekat mak Hafiz? Kahoe tu, agak2 apa yang dia akan buat dekat Hafiz? Dan kenapakah pakcik Mahesh kena mati?

Nak tau silalah pergi ke panggung wayang yang terpaling dekat. Gunalah apa jua cara sama ada naik kereta (kalau anda cukup kaya), naek moto (pinjam moto bapak pun boley), naek basikal (kalau panggung wayang tu berada dalam kampung anda), naek public transport (cara biasa yg digunakan oleh manusia kurang berduet seperti saya), ataupun jalan kaki (jangan risau kalau berpeluh sebanyak sebaldi sebab dalam cinema ada ekon).





Sinopsis dia macam bosanlah bukan? Jadi, apa yang menarek sangat pasal filem ni?

Sebenarnya korang kena tengok sendiri. Sebab Yasmin Ahmad punya cerita punya sinopsis memangla bunyik macam super bosan tapi bila tengok, perghhhhhh! Dia sangat tau macam mana nak mainkan setiap watak tu bagi nampak menarek. Dan ada maksud tersirat yang kita kena faham. But the concept of simplicity is there. So, takde apa yang susah nak faham pun ekceli. Cuma perlu tengok dan hayati.

Tapi yang paling best pasal movie ni ialah lagu-lagu yang dia guna. Takde yang bosan langsung. Saya suka semua.

Dan betapa hebatnya lagu dia sampai boley membuatkan saya menanges terbanjir-banjir dan soksek soksek secara extreme. Dahla lagu Hindi pulak tu (ok, terpaksa mengaku saya sangat minat Hindustanggg). Tapi siries bestttttt..



I just love the lyrics and the song itself. Omaigodddd...


"If the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun do the same at night?" -Melur-



The best Yasmin Ahmad's movie so far. Lepas ni saya nak carik DVD dia pulak.

Friday, March 27, 2009

Syukur : Cerita Tentang Kemboja

Assalamualaikum.

Tadi saya disuruh bercakap pasal pengalaman di Kemboja masa sesi Fardhu Ain. Sesi Fardhu Ain tu sesi mendengar usrah ataupun mengaji bila budak laki semua p sembahyang Jumaat.

Masa Aisyah mesej semalam, saya cuma jawab, ok, tak kesah. Bagi gambar sikit, sebab nak tunjuk dekat orang. Jadi saya carik gambar2 yang berkenaan dengan tajuk syukur. Makanan dorang, tempat tinggal dorang, pakaian dorang.

Bagi talk pasal pengalaman dekat Kemboja. Bunyik macam senang kan?

Tapi once Aisyah pass mic dekat saya, saya macam, clueless. Terdiam. Saya pandang Syasya. I could feel something from the look of her eyes but I couldnt explain it. Saya pandang semua orang. Semua mata tengok Nur Aminah. Ok, apa yang aku nak cakap ni?

To be honest, sebelum tu saya dah susun ayat sikit2 nak cakap apa lepas apa. Nak share semua benda dengan dorang, so that dorang boley rasa apa yang saya rasa, perasaan yang saya taktau nak cakap macam mana. Saya nak dorang bersyukur dengan apa yang dorang ada, dan cuba ubah diri pelan2.

Tapi saya cuma berjaya cakap sikit. Sebab pipi dah panas. Badan dah menggigil. Lagi-lagi bila tengok gambar. Tak tahan sangat-sangat. Tapi terpaksa kontrol. Sebab ada ustazah dengan sinier dengan kawan2. Saya tak sanggup nak buat drama pukul 1 petang. Walaupun itu bukan drama tapi kenyataan. Paham tak betapa dasatnya effect Kemboja dekat diri semua orang yang pegi tu?

Macam mana pun, Alhamdulillah sebab at least Aisyah, Syasya and I delivered our best. Even though susah sangat2. Tak penah saya rasa susah macam ni nak cakap depan orang.

Dan saya taktau sampai bila saya akan terus teringat-ringat dekat orang sana. Mungkin sampai saya mati.

L.O.V.E in Cambodia Part II

Ok, hari ni kita sambung cerita pasal Kemboja lagi (senyum besarr besarrr). Sorila sebab amek masa lama nak update. Tenet entah kenapa tetiba jadi sedikit bengong. Aku cuma boley baca blog tapi nak update tak buleh pun. Malam ni ajaib betul, tiba2 ja boley. Alhamdulillahh..

* * *

Masa mula2 sampai dekat Kampung Juminik, sebuah kampung Islam (tempat tuju
an kitorang la tu), boley dikatakan kebanyakan penduduk kampung dah sedia tunggu, terutama yang makcik2. Semuanya senyum, semuanya suka. Tapi dalam hati kitorang time tu terasa dupdapdupdap yang amat sangat. Macam2 ada dalam kepala; cena nak cakap ngan makcik2 ni? nak terus angkat beg ke nak buat benda laen dulu? bagi salam je boley tak?

Muka dorang takde beza sangat dengan kita, tapi aku rasa kebanyakan dorang cantek dan hensem. Siries. Hebat kan? (ok, ekceli takde kaitan dengan hebat pun tapi takpelah)

Dorang sangat hepi tengok kitorang datang. Ada makcik yang dah tua macam nenek aku pun, offer untuk angkat beg kitorang yang berat tu. Aku pulak asyik terlupa yang dorang tu tak paham bahasa Melayu, aku cakap "tak payah angkat, jangan susah2." Dorang cuma terkebil-kebil. Pastu baru sedar, laaaaaaa, macam mana la buley lupa yang dorang tak paham apa aku cakap niii..
Naik je atas rumah, makcik2 tu buat isyarat suruh sembahyang. Nanti lepas lelaki balik sembahyang Jumaat, nak g makan pulak. Tapi atas rumah tu, makcik2 tu ada kat mana2 ja. Dorang cuma duduk dan tengok kitorang. Nak bukak tudung dan landing2 pun macam segan. Ye la, takkanla ada orang tua dengan kita, kita nak tonggeng sana sini kan. Tak beradab namanya tu. Lagi pulak nak sembang pun tak reti. So, macam jadi bahan pameran sekejap. Tapi lepas tu, terpaksa buat macam dorang takde la. Kena jugak terus sembahyang dan kemas2 barang. Dorang asyik tengok, tapi buat2 tak nampak je lah.



nak tau x? MAKANAN DORANG SEDAPPPPPP LA YANG TERAMAT SANGAT!~

Aku tak penah expect akan dapat makan sesedap tu kat sana. First day lagi tu. Wohooooo, makanan dia simple ja; ikan kukus, kuah sup ikan, ulam, sos masam. Tapi sedapnya Ya Allah, taktau nak cakap macam mana. Apa lagi, terpaksala tambah nasik banyak2 sebab makcik tu suruh, kang terasa hati pulak kannn (taaakkk, taaak, saya bukannya muka tak malu ok, rezeki orang tua cakap jangan tolakkk). Desert dia tak payah cakapla, sampai kembung2 perut semua orang makan.

Petang tu, pergi tengok sekolah yang kitorang bina. Err, ekceli duit sumbangan dari pelbagai pihak tu, kitorang bagi dan dorang bina 2 kelas guna duit tu.



Pastu, naik perahu! Mula2 rasa takut sangat nak naik, sebab dia flat dan takde jaket. Aku pun tak hebat berenang, so fikir banyak kali jugak ekceli. Tapi lastly naik jugak sebab bukan selalu nak ada peluang macam tu. Lagi pulak naik dengan cikgu, dengan kawan2, duduk sempit2. Perahu tu senget jugak sana sini, memang menakutkan betul. Dalam hati tak habes2 doa, Ya Allah tolonglah jangan bagi aku jatuh. Kang tak naik2 kanggg..
Tapi alhamdulillah, bila sampai seberang tu dah kurang takut sikit. Bestttt kot. Angin berderu-deru ja masa naik tu. Habes menggerbang segala bulu kenin aii u noe, KAH KAH KAH. Dahla time nak balek tu time senja. Rumentikkk betul matahari time tu, he he he.

Bila malam, baru terasa betul2 seronok. Sebab takde elektrik dekat kampung tu. Dekat rumah tu ada la, sebab guna bateri kereta. Itu pun lampu cuma 1, kipas 1. Macam malap2 sikit, again, rumentik (i laikkk this u noeee). Pastu bila nak g makan dekat rumah orang tu, kena redah malam gelap2. Heee, bes sangat2. Adventure betul. Pastu jalan secara takut-takut sambil tarik orang sebelah sebab takut tepijak taik lembu ke, taik kuda ke, sebab kat situ memang banyak. Yang hot from oven pun banyak. HA HA HA. Tapi lama2 dah tak kesah dah. Lagipun binatang tu kan makan rumput je, apa hal la sangat kalau tepijak kan kan.
Aku sangat suka malam-malam kat sana. Sebab sangat sejuk, tidur dengan open air. Besstttt sangat sangatt. Pastu esok bangun gigil gigil macam tidur atas ais je.




Heee...
Itu first day. Semuanya fun. Gelak gelak je manjang. Lepas ni aku akan cerita something yang sangat2 susah untuk aku cerita. Sebab? Well, tunggu je la k.

Tuesday, March 24, 2009

L.O.V.E in Cambodia Part I

Alhamdulillah, dah sampai Malaysia dengan selamat. (HOOOREYYY!! *nanges leleh leleh*)

Balek dari Kemboja, aku dah berjaya bawak balek kaseh sayang yang melimpah ruah. Sumpah. Terbanjir-banjir dah sebab terlalu banyak. Lagi pulak taktau nak bagi kat sapa (anda nak?) Rasa seronok dengan perasaan baru ni. Baru sedar rupanya Miyn ni sangat penyayank, cuma takd
ak kesempatan nak tunjuk before this (ceywahh!).

Selain kaseh sayank, saya jugak membawak balek beberapa ketul jerawat yang mengindahkan lagi wajah saya. Tak kesahlah pasal tu. Cuma tolonglah jangan sapa2 cakap apa2. Buat tak nampak cukup. Hari tu Isyam suruh saya pe
rgi buat facial. Heeee, terasa tawuuu. Sayank jerawat ni, value tinggi. ZITS; MADE IN CAMBODIA.

Ekceli banyaaaaaakkkk sangat aku nak cerita. Tapi kali ni aku bagi korang tengok dulu gambar2 kitorang tengah suka suki. Maksudnya, kitorang as a whole. Tak involve lagi aktiviti sosial yang jadi objektif utama misi kitorang ni (hebat bunyik tu.
M.I.S.I. I laikkk!)

Entri lepas ni, I'll try to be more serious and mature ok. (terima hakikat la Miynamin mmg tak matang dalam teknik penulisan ho ho ho). Sebab Kemboja punya thingy ni antara benda terpaling best dan penting yang penah jadi dalam hidup aku. Takde sikittt pun rasa menyesal, ataupun nak komplen apa2. Semua penat kat sana dah tak terasa. In fact, aku macam nak duduk lagi lama2 kalau ada peluang. Syukur kat Allah sebab aku dapat peluang pegi sana dengan yang lain2.

*senyum besar besarrrr*


Before we leave...Kolej Mara Seremban students + Paklan + Cikgu Ikhwan


Dah sampai Phnom Penh Airport! Yeyyy!

Luggage kitorang yang sangat dasat dan extreme ho ho ho..


The girls, playing with the kids


Miynamin atas perahu. Siries takut. Dahla flat, takdak life jacket. Berenang pun tak terer.


Boys, buat macho. Well, jadila kot macho tu. Ha ha ha.


On the way nak naek perahu. Tapi bukan yg ni pun..


Miynamin kat seberang sedang membuat comel. =P

One of my fave pics.

I FEEL LIKE A CAMBODIAN NOW, he he he.

Wednesday, March 11, 2009

Before I Leave for Cambodia~

Assalamualaikum...

Pada hari Khamis ni, 12 Mac 2009, pukul 4 petang (kot), saya akan berlepas ke Kemboja untuk menjalankan misi kemanusiaan saya. (bunyik seperti gempak hell lah bukan?) Saya cuma akan kembali ke Malaysia pada 19 Mac, dan selepas itu saya akan terus balek ke Kedah (yey!)

So before I leave, I would like to thank each and every one of u who have been supporting me up until now. Yang baca blog virgin-virago ni, whether korang tu silence readers ke, readers yang menayang muka secara terang-terangan ke, especially yang bagi komen2 menarek yang membuatkan saya rasa seperti disayangi tu. Terima kaseh sangat2.

Dan mintak maaf banyak2 kalau saya ada menggunakan bahasa yang kasar, yang mungkin dah menyinggung perasaan sesetengah pihak secara tak sedar. Humans are fallible and since I'm one of them, I cant just simply avoid from making mistakes. Saya sangat bersyukur kalau korang boleh maafkan saya.

Dan kepada sesiapa yang penah membuat saya sakit hati, menyampah, meluat ataupun sedih, saya dah maafkan dah.

Doakan keselamatan saya dan orang lain. Semoga Allah memberkati usaha kami semua. Semoga kami selamat pergi dan selamat kembali ke sini dalam keadaan yang baik, InsyaAllah.




Friday, March 6, 2009

Semalam Kat Umah

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke KL jugak setelah mengalami penderitaan zahir dan batin serta penderaan mental secara extreme.

Saya penat. Sangat sangat penat. Kepenatan saya tidak boleh dibandingkan dengan penatnya saya apabila menaik tangga Harry Potter di blok akademik sebanyak tiga tingkat kerana takut terlambat ke kelas Bio. Tak boleh jugak dilawan dengan kepenatan menghabiskan seketoi pizza Domino yang sangat sedap hingga hampir meletup perut. Dan sangat tidak boleh diibaratkan seperti penat menahan marah di kala orang mempinjam barang saya dan tak bagi balek dalam keadaan asal.

Penat. Titik.

Semalam saya balik dari kelas pukul 9.40 pagi. Lepas mintak izin dari cikgu dan inform semua guru, saya pun balek la ke hostel. Sampai ja depan pintu blok, tengok2 pintu kunci. Dalam hati dah terasa sangat gawat, sebab saya takut tertinggal bas. Saya taknak call ustaz yang merupakan warden, sebab saya rasa lately ustaz pandang serong dekat saya sebab dia selalu mengkantoikan saya di saat saya sedang kelihatan kurang manis (tanak cerita, taknak ingat, sedih!) Pastu saya teringat dekat seseorang; Pakcik Rahman! Penyelamat hidupku!

Saya pun lari ke bilek beliau tapi yang terjumpak ialah Kak Sarina (err, ye ke tu nama dia?). Dia pun bagi saya masuk sambil pesan jangan bagi org laen masuk (almaklumla baru2 ni hostel kena kopak pencurik saiko). Lepas bermekap dan mensantekkan diri serta mengemaskan bilek dan meninggalkan nota cinta buat rumet tersayang, saya pun beredar dengan teksi dan mintak dihantar ke Terminal 2.

Bas yang p Alor Star dari Seremban sangat tak best tau tak. Dahla kurang selesa, pulak tu manusia dia sangat menakutkan. Saya mendapat tempat di sebelah apek. Dia duduk ganas ganas. Kaki dia bukak besar besar. Dia cakap kuat kuat. Dan dia sangat tidak wangi (penyeksaan teragung abad ini). Saya rasa macam nak meninggal masa duduk kat situ. Dekat seat sebelah pulak ada mamat saiko asyik pandang orang macam nak baham burger je. Tak selesa tak selesa! Saya baru plan nak tido. Dan saya sangat marah! Saya punya seat 6A iaitu tepi tingkap. Yang apek bongok tu 6B tapi gagah jugak nak amek tempat saya kenapa?? Sapa kata first come first serve? Tak belajar sivik ke?

Ok. Stop cakap pasal apek.

Masa sampai rumah, hati saya sangat gembira sekali walaupun mak saya tak balik lagi. Saya tertidur dan pukul 9 baru mak sampai rumah. Lepas mandi apa semua, saya berdeting sekejap dengan mak. Entah kenapa perasaan balik rumah kali ni lain macam. Saya rasa macam dah lama sangat tak jumpak mak. Muka dia sangat penat. Dia cakap hari ni sebok handle group passport untuk students dia. Dah balek kerja pun duduk depan komputer lagi. Rasa macam nak buamg dalam tonsampah je semua dokumen2 tu.

Pagi ni, ummi gerak bangun Subuh. Ummi dah siap santek2. Dia p Hatyai hari ni dengan students dia. Masa saya terbangun tu, entah kenapa terus rasa nak menangis. Saya tak sempat buat apa pun dengan dia. Saya cuma salam ummi dan hantar ummi pergi. Dalam hati marah dekat students dia sebab curik mak saya tanpa kebenaran anak2. Pastu masuk bilek sambung nanges.

Saya nak duduk rumah lama-lama. Saya taknak balek KL lagi. Saya taknak pergi meeting Kemboja tu. Saya taknak sekolah dah. Saya rasa macam nak duduk rumah je teman ummi sampai saya besar nanti. Pastu kawen dengan orang kaya, suruh dia buat mahligai super besar untuk mak saya.

Tapi tak boleh. Saya dah ada banyak tanggungjawab. Dah tak boleh nak mengada-ngada tak tentu pasal. Masa naek cab tadi pun rasa nak panas pipi. Dekat stesen bas sementara nak tunggu bas datang pun, saya tahan-tahan dengan kuat. Ummi pulak call dan bagi pesanan kasih sayang. Lagila saya terseksaa. Time tu rasa macam nak patah balek rumah ja. Kenapala sekejap sangat saya boleh balek?

Masa naik atas bas, saya dah tak berperasaan dah. Ingatkan dapat seat sebelah perempuan, takpun sebelah sorang lelaki yang nice and clean tu, tapi rupa-rupanya saya dapat sebelah pakcik besar. Besar sangat sampai takut. Kenapa entah malang sangat naseb saya, asyik dapat sebelah lelaki je. Tapi nasib baik ada divider, jadi body contact tidak berlaku. Pakcik tu suka tido, jadi saya hepi sikit sebab boleh tonggeng sana sini tanpa dilihat oleh beliau.

Seat Maraliner tu menyebabkan tengkok saya hampir patah. Sakit yang amat. Terseksa kepala hotak duduk dalam bas tu. Bosan dan sedih bercampur sakit jiwa = feelingless. Ni perjalanan paling bengong penah saya buat. Pastu bila sampai dekat stesen Putra, call abah tak angkat2. Patutnya wujud perasaan marah, tapi pelik bila saya takde perasaan tu. Saya cuma tunggu macam orang bodoh. Tak buat apa2 pun. Tunggu dan tengok orang.

Lepas 2 jam tunggu, baru Abah datang. Abah tak penah macam ni. Bila sampai ofis baru saya tau kenapa Abah jadi macam tu. Sebab kawan2 dia dari utara datang. Benci betul.

Tak sabar nak duduk dengan kakak esok. Tak bestnya duduk sini. Tak rasa home langsung.

Ya Allah, rindunya dekat mak~

Wednesday, March 4, 2009

Perempuan (tajuk tak stai langsungg, haha!)

Saya tak pahamla macam mana seorang perempuan itu boleh menjadi sangat ayu dan sopan dan lemah gemalai dan manis semanis eskrim pop serta boleh pulak bercakap pelan-pelan diselangi senyuman manja dan malu-malu yang membuatkan hati sesiapa saja tertawan dan tergoda.

Hoi! ko laki ke feremfuan haaaa??

Err, sudah terang lagi nyata la saya ni fomfuan cik abang oi. Cuma saya memang tak paham. Dorang tak penat ke jalan lembab lembab? Saya ni dahla pantang sekali orang berlembab lembab secara fizikal ni. Kalau otak tu saya tak kesah sebab otak saya pun tak mencapai tahap power root lagi. Yang cakap pelan pun satu kes. Macam nak cakap kat dia je, "apa kata ko tulih atas ketas, meh aku tlg cakapkan, boleh?" Sebab tak tahanla nak menadah telinga mendengar beliau cakap, tapi last2 tak paham apa jugak.

Walau bagaimanapun (wah! penanda wacana!) saya maseh respek tinggi dekat golongan2 seperti ini walaupun (oh! penanda wacana lagi!) dulu saya pernah berpendapat bahawa mereka ni tak cukup zat makanan, itu sebabla mereka sangat gemalai. He he he, janganla marah ye. Masa tu saya lower form dan saya memang jahat sikit. Sekarang dah besar maka itu saya baek.

Dulu ummi selalu marah bila saya cakap saya cuma nak beli slipar sebagai kasut raya. Sebab saya tak suka kasut yang dia pilih. Macam kasut perempuan. Dahtu kena marah, hang tu bukan perempuan ka? Pastu saya beli jugak sebab nak jaga hati mak, tapi lepas raya saya bagi dekat kakak, takpun buat pengumpul habuk dalam almari, lepas tu bila dah tak muat, saya buang.

Naik form 5, saya dah boleh pakai kasut perempuan. Sebab saya jeles tengok kawan2 pegi prep pakai kasut santek. Dan bila saya request dekat ummi, dia senyum dan gumbira sekali sampai saya nak dua tiga pasang pun dia tak kesah. Itu belum masuk dia beli pelbagai produk kecantikan untuk saya pakai.

Tapi sumpah, saya takde la lari dari ciri2 feremfuan pun. Cuma kurang gadis ja. Dan saya tak rasa itu salah. Saya masih lagi jaga pemakaian saya, walaupun mungkin kurang sempurna.

Kawan saya pernah cakap, kalau kita tak boleh buat, kita pura-pura buat kejap. Lama-lama mesti boleh buat.

Dan saya rasa saya dah boley kot. Cuma ada sikit-sikit yang tinggal, dan saya rasa saya nak biar je, melainkan terubah sendiri. Contohnya duduk bersila atas kerusi, cakap seperti keling, ataupun akan berjoget secara tiba-tiba bila dengar lagu rancak.

Ye la ye la, memang saya ni pelik. Tapi takpela, kan itu yang membuatkan saya ini saya.

Tapi tolongla jangan membuat muka pelik bila saya menjadi hyperactive secara tiba2, boley tak? Jadi manusia ni, kena belajar terima orang sekeliling seadanya. Tak kira macam mana paranormal nya beliau.

Dah, lepas ni sapa berani buat muka, saya akan tibai beliau dengan penyapu.

He he he, takdela. Gurau je. Bye.

Nadwah, Cuti dan BBQ

Saya dalam dilema.

Tolong. Bawak saya ke Siam sekarang jugak! (MERENK KA WEY?)

Ok. Cerita hal betul. Tolong jangan mengarut, tolong tolong. Ok?

Cerita nya begini. Bismillahirrahmanirrahim. Esok kolej saya akan dipakai untuk jadi tempat tido budak2 dari segala anak menakan Mara; Kolej Mara + Kolej Professional Mara dari seluruh ceruk Malaysia. Dari utara ke selatan. Dari Timur ke Barat. Teringin gak nak tanya, MRSM ko tanak angkut sekali ke??

Dahla kolej saya ialah kecik, muat2 je untuk students sini. Perempuan dah macam sardin satu blok, lelaki macam ikan kembung 3 blok. Eh, kita kasi ikan besar sikit kat dorangla. Sotong kurita, boleh?

Lelaki macam sotong kurita 3 blok.

Tak ke sempit?? Nak menanggung anak2 Mara pulak tu. Walaupun sebenarnya kami takla kesah. Cuma kami kesah sebab kami kena balek bagi membolehkan mereka tido di atas katil kami. (Katil aku ada air liur basi banyaaaaaaaak. Hamekla sapa si malang tu. Huahuahuaaaa!!)

Dan lagi malang bila kami kena balek hari Khamis, datang balek hari Isnin, sekolah Selasa-Jumaat, pastu cuti midsem. CUTI MIDSEM SEMINGGU LEPAS DIPAKSA BALEK. Tak ke sedess tu? Pembaziran tiket betul.

Tapi kan, ekceli saya tak kesah. Sebab saya memang nak balek. Dan ada je orang yang tak balek, mereka menjadi sukarela. Oh ya! Saya tak cakap lagi apa tujuan anak2 Mara tu datang. Mereka tu budak2 Nadwah Islamiah. Saya ingatkan zaman MRSM je ada, tengok2 dah besar pun ada lagi. Hebat betul.

Meh sini nak cerita isi terpaling penting. Pasal saya. Diulang, pasal saya. Ye la kan, blog saya takkan nak cerita pasal anda pulakk. Haishhh.

Saya akan balek esok, bersamaan hari Khamis ke Alor Star yang terchentaa, terpaling sayank dan terpaling sweetheart buah hati jantung manisku oh oh oh! Saya akan berjumpak Ummi! Kekasih hati saya juga tu. Dan jugak adek saya! Tukang bagi saket hati yang terpaling utama namun tempat beliau masih di antara yang terpaling tinggi dalam jiwa raga. Nak buat macam mana, hati saya melimpah ruah dengan kaseh sayang kurniaan Ilahi.

Dan saya akan datang kembali ke KL pada hari Jumaat, lusa la tu. Bengong kan? Apa la balek sehari ja. Buang tabiat. Semuanya sebab saya ada meeting terakhir pasal projek Kemboja saya dekat Kolej Mara Banting hari Sabtu. Ummi cakap "besaq sangat ka benda Kemboja tu?" (dengan nada terasa hati dan kecewa~). Secara jujurnya, saya memang tersangat sedih sebab tarikh meeting jatuh dekat tengah2 cuti2. Ada la satu hari tu hampir tertonggeng kesedihan yang amat. Sebab saya takkan balek rumah untuk midsem ni. Saya akan ke Kemboja. Saya takkan berpeluang untuk berdeting dengan Ummi. Saya takkan berpeluang membuat Ummi sakit jiwa bilamana beliau perlu mengejut saya apabila saya telah tido selama 14 jam tak sedar-sedar diri. Saya tak berpeluang men'demand' Ummi masak itu ini. Saya tak berpeluang memeluk Encik Katil selama 7 hari. Sedihhh!

Kalau tak sebab meeting tu, mesti saya dah boley bergumbira selama 5 hari kat rumah pada hujung minggu ni.

Saya ada terasa nak lari tanak datang2 dah. Bagi excuse la konon. Tapi saya rasa tu perangai tak bertanggungjawab. Perangai orang takdak tamadun. Jadi tolong jangan buat. Dah ada komitmen dengan sesuatu, tolongla buat sampai ke habis. Tak baek tinggal2 bagi dekat orang lain macam tu je. Sedangkan kita tengah seronok2 sorang2.

Dan lepas balek dari meeting tu, ekceli saya takdak arah tujuan dah. Nak duduk kolej tak boleh, nak pegi rumah kawan saya terasa segan. Saya taknak balek rumah Abah, takdak kawan. Jadi saya mungkin akan mempelawa diri menjadi tetamu di UIA, tempat kakak saya. Haishhh, macam pelarian sunggoh.

Oh ya! Tadi saya mengkemas bilek untuk bakal tetamu. Saya dah semunyik semua makanan saya kecuali biskut empat segi Munchys (tiada kompromi bila sebut tentang makanan ok?). Saya dah sumbat segala benda yang mungkin mereka akan guna di dalam loker (barang saya adalah barang saya sila tau fakta itu).

Dan saya harap takdak kejadian mencurik baldi seperti yang penah berlaku kepada kawan saya. Gila la woii baldi pun mau ka? P kedai apek seketoi cumalah singgett. Belilaaaaaaa sendiri...

Di sini saya nak bercakap suatu benda (dengan harapan kamu tu antara orang yang bertuah mendapat bilek saya) :

. Saya harap bilek saya akan remain bersih dan teratur supaya saya tak hilang kewarasan bila sampai kolej hari Isnin nanti.
. Saya halalkan mereka makan makanan atas loker saya. Amekla. Tu yang taun lepas punya. Boleh makan lagi, tak mati pun. Habeskan semua pun takpa.
. Saya berdoa mereka tak mengkorek loker terutama loker ex-rumet saya.
. Saya juga harap mereka tidak melelehkan air liur basi ke atas tilam saya. Tolonglaaa, saya pun tidak pernah melelehkan walaupun setitik.
. Semoga tiada barang akan hilang terhapus dari bilek ni dari sekecil-kecil kuman sampaila ke sebesar-besar katil.
. Selamat bergumbira dalam bilek saya yang tidak seberapa ni.
. Dan tolong tunjukkan tahap keimanan anda dengan cara menjaga kebersihan. Sekian terima kasih.





Walaupun cuma sehari, saya masih tak sabar nak balek rumah. Hati dah berdegup kencang, macam nak jumpak kekasih hati je. HA HA HA HA MENGADA BETUL LA KO.

Ummi, jumpak esok!~


#Oh ya! Sebelum terlupa, saya nak cakap terima kaseh sangat2 dekat semua klasmet saya sebab BBq malam ni. Saya sangat hepi. Dan saya mintak maaf sebab tak tolong sangat. Tapi takpe sebab saya makan seketoi ayam dan dua ketoi hotdog je. Saya jugak nak mintak maaf kalau saya ada pernah terbuat salah tersakitkan hati terperangai over ataupun termengada lebih, saya tak sengaja.
Hepi holidey semua, I laaaf yu.

Monday, March 2, 2009

Alkisah Koop

Saya baru mendapat tau rupa-rupanya banyak manusia di Kolej Mara Seremban ini membaca blog saya, siap ada yang boley menyebut balek sebijik-sebijik ayat saya (yang semestinya sgt kanak2 mcm ayat yang saya tgh tulis ni). Wohh! Hebatlah korang. Saya sangat terharuuu dan rasa mahu tereyak! Rasa macam malu pulak. He he he, nampaknya tidak boley mengutuk orang lagi. Nanti kantoi lalu di cop si gadis jahat.

Oh aminah, pelissss lah woiii. Behave ok, behave. Buat malu orang kampung je.

Malam tadi saya menjaga koop. Well well well, matlamat utama ialah untuk melawan untung yang didapat oleh Si Hazman dengan Si sapa entah sori saya kurang ingat. Maklumla kurang bersenam lalu maken nyianyiokkk. Depa dapat 2 ghatuihh hampa tau dakk. Tak aci betoii. Apa depa buat kami pun tak tiaww~ (HA HA HA!)

Saya maseh tak tahu harga banyak benda. Selalunya saya cakap takyah beli, beli esok je pastu bayar kat makcik. Sangat tak bertamadun kan saya ni? Ada jugak yang saya terletak harga mahal, pastu saya cakap siap2, kalau silap tolong halalkan dan maafkan saya. Saya kan manusia biasa buat banyak silap. Ada jugak yang saya terkurangkan harga. Dan saya menyesal la pulak. Ada ka patut saya menjual ubat gigi dengan harga seringgit??? Tak logik sungguh. Kodomo Lion pun nak dekat 4 rengget tak silap saya. (oh sori saya tak pakai kodomo lion. saya baru nak belaja pakai halagel. BELILAH UBAT GIGI HPA BUATAN BUMIPUTERA. sekian tima kaseh).

Dan salah satu sebab saya suka menjaga koop ialah saya telah mendapat banyak kawan. Suka suka oh suka! Tadi saya berjumpak dengan sorang budak. Muka macam mat hindustan kott. Saya pun tanpa segan silu bertanya "eh ko orang penang ke?" (bengong la nak tanya budak penang ke tak, tapi cakap KL, piraaaah dekat miyn!) Dan dia pun cakap "A'a, kenapa?"

Wuaaaaaa, hebatlah Miynamin! Boleh mendetect orang utara dengan sangat tepat! Bangga bangga oh bangga! Saya cuma cakap, muka dia nampak macam anak mami, takpun mat2 hindustan sikit, sebab tu saya teka orang Penang ke tak. Dia cakap family dia takdak kaitan langsung dengan keturunan tersebut pun.

Heran betul, orang Penang mesti menarek2. Kenapa entah. Ajaib betul. (Ummi, kenapa tak beranak saya dekat Penanggggggg???)

Dan hari ni saya telah membuat kawan lagi. Ada jugak beberapa orang yang saya dah tau nama tapi telupa. Pastu tanya. Dan bila jumpak lupa nama lagi. Rasa besalah oh bila taktau nama orang yang kita kenal. Dan untuk membuang rasa bersalah, saya membuat muka tebal setebal kulit bawang (ekceli nak cakap yang kadang2 aku telupa kewujudan rasa malu secara extreme) lalu berkata "err, sori. aku tau aku dah tanya nama ko byk kali tapi aku lupa lagi. nama ko apakah?"

See, bunyik macam orang tak belaja sivik je kan? Tapi memang aku tak penah belaja pun.

Tadi kan, nak tau takk. Ada mamat ni beli panadol. Pastu dia beli dua ketoi. Dia baya singgit. Saya tanya dia harga panadol tu berapa? (Ya Allah! merengnya saya p tanya harga dekat customer. *hentak kepala dekat dinding sampai darah darah*) Dia pun tanya saya ni senior ke junior, budak IB ke A-Level. Lepas saya jawab, saya cakap, harga panadol tu lima kupang kot. Then dia pandang saya dengan pandangan yang seperti oh-aku-hensem-tengoklah-aku-tanpa-kelip-mata dan jugak ada sikit sikit macam ko-ingat-ko-best-sangat-ke-maen-letak-harga-sukati-haaaa-haaa?

Then saya tanya dia, apasal pandang macam tu? Dia punya telinga macam dah tak berfungsi dah time tu. Saya ingatkan dia dah terkeras kat situ sebab dia pandang lama kottt. Pastu dia blah then ngadu kat kawan dia harga tak relevan. Saya pun cakap sorila kalau silap. Mahal sangat ke? Tapi dia punya telinga memang dah rosak terus lalu dia blah. Saya pun lari dekat rak ubat dan tengok harga. PANADOL SEBIJI 25SEN.

Bongok! Tu ja saya nak jerit dekat mamat tadi. Tak relevan apanya. Aku kasi harga tepat, cermat dan betul lagi tau takkk. Takdak unsur gharar jauh lagi riba. Sedap dia ja tengok orang lama2. Takut tau tak. Aku tak suka orang tengok tengok lama2 ni. Aku terasa macam aku pakai baju tebalek. Takpun ada cili melekat celah gigi ke, kulit epal ke. Hishhhh!

Mungkin saya dah terperbesar benda kecik. Ekceli tak pun. Saya cuma nak berkongsi fakta yang saya tak suka orang tengok saya lama-lama tanpa bersuara sebab saya takuttttt.

Tapi saya suka hati malam ni. Dapat banyak kawan lagi hari ni. Suka suka oh suka!