Saturday, January 3, 2009

Kanak-kanak Comelkah?

Semasa saya sedang sibuk browse through channels tadi, saya terbukak TV9-Dekat Di Hati. Time tu ada rancangan Bintang Kecil ke amende tah. Yang saya komfem, ada budak budak tengah bz menyanyi. Dan perasaan saya masa tu ialah, jeng jeng jeng ; menyampah. (amboi apa ni kutuk anak orang?)

Oh mintak mahap mintak mahap. Tapi bukankah sangat meluat tengok kanak kanak yang masih comel bermekap tebal dan berpakaian seksi serta buat best? Nanti besar sudah pasti terasa seperti hendak terus fofular, sebab kecil kecil sudah diajar dengan perkara sedemikian.

Banyak sugguhla rancangan realiti yang mengarut dekat negara tercintaku ini, pulak tu semuanya klisye saja. Nyanyi, belakon, nyanyi, belakon. Bosan tawu tak, bosan. Entah kenapa aku tak terasa mereka tu comel.

Senarai kecomelan kanak-kanak yang palsu bagi diri saya :
1-Melawa dengan melampau. Pakai lipstik, pakai handbag, dan kasut tumit tinggiberbunyi pelepak pelepuk. Serta menyukai barangan Barbie. (ha ha ha aku sangat anti Barbie kenapakah?)
2-Memandang manusia sekeliling dengan pandangan seperti 'oh-kak-i-taula-i-best." Budak budak macam ni wujud masa saya bersekolah rendah dulu. Kan sekolah perempuan, jadinya masa anugerah cemerlang ada persembahan yang kebanyakan tahunnya saya masuk. Ha ha ha, orang mandom memang begitu. Tidak tahu bersukan hanya tau berfemes. Pastu kan ada sekumpulan budak dajah 1 ni masuk menari. Mentang2 dorang mekap masuk menari2 pastu boley pulak belagak. Baru dajah 1, belum dajah 6. Heee, tetiba ungkit kisah lama. Well, ada satu hari kitorang paku budak tu ramai2. Kental gila, tak menangis tu. Nasib dia tak repot mak.
3-Berperangai seperti bos dan mahu dilayan seperti bos. Ini saya sangat pantang ok. Lagi pantang kalau mak mak dorang yang suruh saya melayan mereka seperti anak raja. Kalau tak mengada takpela, kalau mengada tu rasa macam, omaigod tolongla balek, balek skang!
4-Tidak tahu apa itu kapal dalam bahasa melayu. Ni ditujukan khas kepada adek tiri angkat saya yang tidak tahu apakah itu ''nama saya ialah bla bla bla."
5-Menonton cerita katun macam esok sudah tiada. Bila orang menukar channel beliau menjerit macam terkena penyakit sawan ataupun macam baru lepas menerima suntikan hepatitis B.

Senarai kecomelan kanak-kanak yang mencomelkan bagi saya :
1-Makan dengan comot. Kan saya sudah cakap, comot itu comel. Orang besar comot pun comel apatah lagi budak budak yang comot.
2-Pakai sliper terbalik. Kah kah kah, ini sangat melawakkan, lagi2 bila jalan tekedek kedek macam itik pulang petang. Oh, tiba2 pandai berperibahasa!
3-Panggil saya kakak dengan mata yang ketakutan. Hey, u kids aaa, u jgn buat otai aaa. Call me kakak, dont ever call my name only ok? Hoi hoi dilarang keras. Manakala woi woi patut diberi sepakan berpadu Alex Yoong. oh?
4-Tersenyum dan memeluk saya dengan erat di saat terpandang muka saya yang bercirikan keibuan. Hoo? Ha ha ha ha, ada 2 orang kezen saya yang begini. Comel sangat.
5-Tau menjaga kelakuan diri dengan tidak membising melalak di majlis umum. Kalau boley berperangai seperti James Lucas Scott adalah lebih baik. Taukah? Tak tau sila mendapatkan One Tree Hill Season 6. Oooow i laff Nathan Scott. Ok, sudah lari topik.

Entri kali ini bukanlah bertujuan menghentam mana mana pihak kanak kanak di luar sana. Kasihan anda, tak aih tak aih saya tak cakap saya tak suka kamu. Mana ada. Jangan berbuat pitnah tidak baik bedosa. Saya sangat suka budak terutama yang mempunyai sifat comel yang telah tersebut. Jadi kanak kanak, depan saya sila berperangai baik ok? Nanti kakak bagi Cadbury Crunchie yang sudah dimakan separuh. Ngeh ngeh ngeh, nak bagi semua kenot lah nanti gigi rongak. Walaupun rongak itu comel.

Oh ya, teringat satu cerita. Dulu saya pergi ke rumah kawan dan di situ terdapat anak sedara beliau. Baru dajah satu, lelaki ofkoz. Masa kami berborak-borak di dalam bilik bersendirian dari hati ke hati (cewaah!), dia menceritakan kepada saya sesuatu yang bagi saya, errr, menakutkan.

"Eman dah tau dah Eman nak kawen dengan saper nanti. Eman dah cup dia awal awal. Satu kelas dengan Eman. Comei wooooo!!"

Nota : nama beliau bukan Eman. Cek pun dah tiba tiba terlupa, heeee!

Agaknya kalau dulu saya dihantar besekolah sesama lelaki, adakah saya akan se'advance' beliau? Omaigod.

#kenapakah kedah boley terkalah 3-0 dekat selangor separuh masa pertama ni? sila menang dan bagi saya pulang dengan hati tenang ok?

No comments:

Post a Comment

hai!~