Perhatian : Gadis di atas baru sahaja mencecah umur 22 tahun pada 10 September 2012, iaitu sekarang.
Oh, I still look young and carefree. Hihihihi. Tadi ada junior bbm,
"my mom got married at the age of 22, so bolehla ni?" Ewah!
Mak sayeee kahwin masa dia umur 23. Dan baru tadi dia berlagak masa tengah minum petang,
"Ummi dulu 10 tahun pandai buat cendol. Tu yang hijau tu, Ummi buat sendiri tauuu."
Okkay. Tak cakap pun nak kahwin. Tapi Ummi suka sangat bagi hint dia tak kasi aku kahwin, time makan, time borak, time tgk drama Melayu. Takut sangat aku nak tinggal dia kannnn. kot?
Sebenarnya, ayah saya outstation. Mak tido lepas Isyak tadi tak bangkit-bangkit lagi. Kakak pulak kat umah tok. So I'm officially alone. Tak sedih pun. Dah biasa. Miyn kan gagah perkasa.
Oh ya. Tadi masa tgh dok facebook chat dengan Matpau (ye phone bengong habis takdak duit jadi amek BIS social ja wassap tak mampu tweet pun ngokngek maka terpaksa communicate thru laptop), dia kata, rasa macam nak bagi birthday call. Sebab mode of communication dah caca marba dah.
Sepatutnya rasa happy la "Yeay boleh gayut tepon!" tapi tapi, aku rasa nak nangis.
Rasa nak nangis sebab orang nak call. Apekah?
Aku tak rasa pun cakap telefon dengan kawan itu suatu benda yang berdosa.
Ustaz Has pun cakap, takde garis panduan dalam berkawan. Tanyalah hati. Kalau hati rasa serba tak kena, serba salah, stop it. Itu maknanya Allah cuba gerakkan hati awak dan suruh awak buat pilihan. Kalau tak, teruskanlah. Nilai sendiri. Dah besar kan.
Lama kejap lepas tu, aku figure out the reason behind my own feeling.
Dulu dah pernah buat deal sama-sama, selagi takde benda-benda yang mendesak, tak perlu lah telefon. THATS WHY! If he breaks his promise I'd be very sad. And disappointed.
Lagipun dia pernah cakap,
"If I break my promise, you're free to go. Because you deserve a man yang berpegang pada kata-kata dia"
So itsokay la walaupun aku sebenarnya, memang dah lupa rupa sebenar dan suara dia macam mana. In his every picture muka semua lain-lain.
So I hold on to his words. Cukupla kan. Oh Miyn, cakap mcm org dah besar.
Aaaaaa apa motif cerita benda ni? Entahla aku pun tak tahu, mungkin nak cakap, manusia kalau tak berpegang pada janji, maka kalau boleh elakkan dari membuat janji. Lebih baik buktikan dulu, kemudian baru boleh cakap.
Malam ni malam first tido takde kakak sejak balik cuti. Rasa pelik tahuuuuu. Tapi itsokay, esok akan pergi Ipoh, jumpak my housemates :) Nampaknya nak reunion ramai ramai tak dapat, Allah mmg takdirkan kami bertiga je yang dapat pergi. Semoga dalam masa tu, Allah jaga mak aku baik-baik.
Terima kasih Ummi Abah sebab jaga aku sampai sekarang. I hope I make u guys happy. Dan syukur Ya Allah sebab bagi orang-orang yang baik sekeliling aku. Alhamdulillah :)