Banyak sungguh ranjau yang perlu ditempuhi oleh saya untuk membalikkan diri ke Alor Star cuti kali ni. Nasib baik saya telah meng'install'kan diri dengan sifat sabar yang tinggi, jadi redahh aje lah. Janji sampai rumah. Janji boleh jumpak ummi. Janji tak duduk dekat Sekolah Dunia IB, Kolej Mara Seremban selama 5 hari macam banduan penjara. Ho ho ho.
Ranjau pertama : kesesakan yang dasat di Seremban.
Dan masalah ini lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menaik bas, dan bukan KTM seperti selalu. Eh eh, silap silap. Patutnya saya cakap, masalah beliau ialah ''kebanjiran manusia yang menyemakkan kepala hotak." Sebabnya, saya terfikir pulak, balek dengan KTM ialah lebih smooth, tidak perlu mendengar bunyik hon hon yang x hensem. Tapi perlu menahan hidung kerana terdapat banyak manusia busuk di dalam itu. Kamu pernah bau? Pergilah cuba. Perghhh, lebih rela saya membau air longkang di depan rumah cina yang anjing nya garang itu. Bau dalam KTM boleh membuatkan manusia normal seperti saya ini nazak. Silap haribulan boleh termasuk paper Kosmo muka depan "pelajar KMS mati disebabkan kebusukan badan manusia yang extreme."
Sambung balik cerita naik bas. Saya keluar kolej pada pukul 4petang. Sebabnya saya tidak mau tersampai awal di ofis abah, sebab tau keadaan sana adalah bosan. Dan semasa bersiap jantung saya berdegup kencang dupdapdupdap. Sebab saya sudah berjanji dengan Suleiman. Manusia ini adalah yang terpaling punctual saya pernah kenal. Jadinya saya takut berasa malu bila saya bersiap lambat. Tapi alhamdulillah, saya berjaya sampai di depan koop sebelum beliau. Dan alhamdulillah, ada McD yang kebetulan balek sorang jugak. Jadi kami ada berdua pasang, Syazwan Suleiman McD dan saya.
Bertonggek di dalam bas selama sejam setengah adalah sangat mengantukkan tau, tu tak termasuk setengah jam terlekat dekat Terminal One. Jadi saya tido. Dan saya baru sedar yang saya sorang je tido dalam bas tu, orang lain tak pun. Hoooo, baru tau ke saya ni kaki tido? Kalau tak tau, sila lah tahu sekarang.
Sampai di Pasar Seni, saya ke KL Sentral dgn rakan usahawan saya, dan McD+Syazwan balek rumah masing2. Di KL Sentral, kami memakan nasik goreng. Salahkan kedai makan lain sebab dibanjiri dengan homosapiens yang belambak.
Dan nasib baek jugak saya sampai di ofis ayah dalam pukul 8.30 malam. Sebab dekat ofis beliau banyak pulak homosapiens yang suka datang menyembang walaupun kelas sudah ternyata telah lama habis berzaman. Tensen tensen. Pukul 9.30 baru la tak terlihat muka sesapa lagi. Alhamdulillah. Lepas tu kami mengambil kakak saya di UIA.
Ranjau Kedua : termuntah-muntah.
Perhatian, bukan saya yang muntah. Tapi kawan kakak saya. Dan tahulah anda bahawa muntah adalah antara benda yang saya terpaling geli. Nasib baik saya tidak mendengar sebarang bunyik ataupun terbau sebarang benda. Dan nasib baik tiada apa yang kotor.
Ranjau Ketiga : Kedasatan Encik Amin memandu kereta.
Setiap kali balik dengan ayah, memanglah saya terasa takut yang amat. Rasa seperti ada nyawa2 ikan je. Beliau tidaklah reti membawak kereta dengan perlahan ataupun sederhana. Memandu dengan dasat adalah kepakaran beliau. Dan saya berasa kagum sekali sebab kali ni, dia bawak saya balek Alorstar sebaik saja habis kerja. Tak berehat dulu ke, salin baju ke. Macam kasihanlah bukan? Tapi beliau yang sukarela hendak menghantar saya dan kakak dengan kereta disebabkan tiket habis.
Saya selalu menahan mata untuk membagi tau beliau yang saya tidak tido, jadi mungkin beliau akan boleh menahan mata juga. Tapi ternyata beliau lebih hebat. Boleh memandu dengan super laju walaupun kami sudah mengeluarkan saliva masing2. Ha ha ha, bila fikir balek, saya tertanya jugak, dimanakah saya mendapat bakat terpendam boleh tido selama 14 jam ni? Sebab ternyata parents saya bukan jenis sebegitu. Mungkin berlaku mutasi kot.
Dan alhamdulillah, akhirnya saya sampai jugak di rumahku yang terchentaaa. Ummi sudah bermekap hendak menyambut ketibaan anak2 beliau yang best. Tapi hakikatnya dia perlu menuju ke suatu tempat. Bukankah sedih kami sampai dan beliau pulak keluar? Huk huk huk..
Tapi tak kesahlah. Asalkan kami semua selamat sampai kat rumah.
Kepada semua orang, hepi holiday! Yang tak balek rumah tu, jangan sedih sedih ok. *wink*
No comments:
Post a Comment
hai!~