Mendengar H melaungkan azan ataupun membaca yasin adalah sangat menyamankan. Sampaikan kekadang saya berasa tidak kisah jika beliau membaca yasin sehingga pukul 1 pagi. Kerana saya suka mendengar. Telinga saya berasa aman damai. Fikiran juga kosong seperti tiada masalah.
Bertuahlah lelaki mana mana yang mempunyai suara yang sangat, err, saya tidak tahu istilah. Yang saya tau suaranya sedap untuk melafazkan ayat ayat Quran ataupun sekadar azan. Bukan pulak digunakan untuk menyanyi. Kerana saya tidak pernah jumpak lagi suara lelaki Melayu yang sedapnya mengalahkan Akon.
Oh ya, lagu lagu Akon juga menyamankan. Sebab saya terasa seperti dia sedang bercakap dengan saya. Ho ho ho, mesti anda semua ingat saya mental. Biarlah, saya suka Akon. Jangan sibuk sibuk.
Tadi petang saya mengkerat rambut rakan. Masuk ini sudah 3 kali saya mengkerat rambut rakan. Ini bukan berniat membuli ok. Tapi beliau yang mengada tanak membayar 8 hengget kepada nyonya ataupun akak pengkerat rambut yang mengecaj agak mahal sekadar mahu mengtrim ujong rambut. Memangla tidak berbaloi. Baik memotong 8cm terus dari membayar 8 hengget. Boley makan burger special selama 3 hari tu. Rugi woo rugi.
Sebelum ini saya dah penah jugak mengkerat rambut orang. Tapi mestilah bukan professional punya stail tu. Yu bagi ai gunting dengan sikat je, tak payah sepit2. Ai prapppp sana, prapppp sini, siap! Cantek tak cantek lain kira. Sebab saya sudah mengkasi warning sebelum mengkerat. Kalau tak cantek tidak dibenarkan merepot polis ataupun membuat aduan terdapatnya gangguan seksual. Mulot mesti diam. Sebarang komplen tidak akan dilayan. Kerana saya membuat dengan free, dengan penuh kasih sayang dan dengan penuh tawaduk semasa proses mengkerat rambut anda.
Dan saya rasa, okla kot. Tak penah lagi sampai terbotak rambut kawan kawan saya tu. Ngehahaha..
Nak tau tak, dulu dulu kan, saya suka jugak mengkerat rambut sendiri. Selalunya, saya bukan kerat bila saya rasa rambut sudah panjang. Tapi saya mengkerat bila saya berasa sakit hati, patah jiwa, sedih meleleh, ataupun meroyan.
Mengkerat rambut adalah salah satu cara membuang tension dalam kepala hotak. Dan lepas mengkerat, mood saya otomatik akan jadi ok.
Dan saya sini mau mengaku, rambut saya buuuurrroooookkkkk gila. Ha ha ha ha. Konon nak buat fringe tapi tak jadi pun. Macam Temenggung Jugah pun ada, Abu Bakar Elah sikit serta ada iras iras rambut Anita Sarawak kena elektrik shock. Penah tengok? Saya pun tak penah. Tapi belaja la guna mata hati anda. Ceywahhh. Dah boleh? Cuba bayangkan tengok. Anita Sarawak, rambutnya pendek, pastu kena letrik. Dah jadi serupa rambut Shaggy la pulak. Kah kah kah!
Tapi dalam banyak banyak cubaan tu, saya ada jugak nak membuat rambut seperti Puteri tu. Ala ala bajet comel la. "Kita enjoooyyy!" Ha ha ha ha. Jadi la jugak, tapi macam kurang puas. Lepas tu cuba lagi, last last jadi bengong. Muka kelihatan sedikit abnormal.
Mak asyik marah bila tengok saya asyik mengkerat rambut. Minggu lepas dah potong, ni potong lagi. Lepas tu akan datang potong lagi pulak. Saya diam je. Padahal dia taktau kadang kadang saya mengkerat rambut tu sebab dia jugak. Dia bagi saya sedih. Saya tak sampai hati nak meninggikan suara apatah lagi cuba memberontak. Saya sedar kedudukan saya, letaknya jauh sangat di bawah berbanding beliau selaku ibu. Lalu cara saya memprotes hanyalah dengan menghumbankan$ beberapa sentimeter rambut dari kepala saya masuk ke dalam tonsampah. Baik kan? Ha ha ha, adik adik bolehla cuba. Free saja. Tidak berdosa pula tu.
Lepas rambut dah rosak, saya pergi kedai dan terus buat boycut. Orang kedai tu suka sibuk tanya, tak sayang rambut ke? Eh eh, sukati ai la. Ai baya ok, bukan suruh yu gunting free. Nak tanya banyak kali pulak. Balik kang..
Lepas tu saya mempunyai minat baru. Mempozing dengan gaya lelaki. Huishhh, masa tu saya Form 3. Memang gila la. Siap mempinjam baju melayu adik, songkok adik dan barang barang adik untuk mempozing. Kadang kadang saya rasa saya hensem. Bodo la kan? Jahiliah betul bunyinya. Lepas tu saya memberi sedekah gambar gambar hensem saya kepada rakan rakan. Kah kah kah, MMS sangat fofular oh dulu dulu. Best best.
Naik Form 4, insaf la. Gila la habis botak dok buat hobi burok tu. Berapa juta kali saya sakit jiwa mahupun sakit otak. Tapi tahannn tahannnn. Ambil gunting baling dalam tong sampah. Alhamdulillah, rambut sudah normal. Dan saya sudah tidak menggila mempinjam barang barang adik lagi.
Ini cuma secebis sejarah je. Tiba tiba terasa mahu membuka pekung di kaki. Cuma cerita zaman muda muda. Ha ha ha.
Sesiapa terasa hendak mengkerat rambut dengan percuma dan sanggup menerima akibat kecacatan rambut yang dasat, datanglah bilik saya. Jangan malu malu ok?
No comments:
Post a Comment
hai!~