Kenapa?
Kerana pizzanya bukan sahaja sedap, malah mereka menghantar dengan free dan akan menalipon dulu bila hendak hampir sampai.
Kerana apa lagi?
Keranaaaaaaaa, mereka menghantar dengan cepat. Sekali jus gastrik anda berbunyi, anda tunggu sekejap. Bila jus gastrik anda yang kedua tekeluar dan berbunyik dengan lebih kuat, mesti pizza tu dah sampai.
Tadi saya terasa hendak mengandung pizza. Penatlah bukan hari hari mengandung nasik? Lagipun masa cuti lauk selalu kurang enak, buat saya rasa macam nak menangis sambil makan. Dahla saya ni jauh dari family. Lepas habis menalipon dan bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dikenal pasti jantinanya, saya pun menggosok baju sekolah untuk tidak membuang masa.
Tapi dah 45 menit, bayang-bayang moto masih belum nampak. Ha ha ha ha, memangla tak nampak. Dah aku dok dalam bilek. Apakah mengongnya punya justifikasi?
Tiba-tiba.. *bunyik drum ala ala saspens*
"Hello, Miss Elly is it? I call u to say sorry that there was some error in our system. Your order hasnt been proceed yet. We are really really sorry, I know you have been waiting for about an hour right? But dont worry, your order will be processed soon. And this time, YOU DONT HAVE TO PAY A SINGLE CENT."
Ho? Yeyyy! Wah! Wohooooo! Ga ga ga ga ga!
*aku menari nari*
*aku bergolek golek*
*dan menggelak besar besar KAH KAH KAH*
*aku bergolek golek*
*dan menggelak besar besar KAH KAH KAH*
Saya lalu mengisi perut dengan pizza dengan gaya yang sangat teruja, itupun selepas membiarkan motorist tu menunggu hampir 15 minit dekat Gate B. Buli ko buli ko, hamekkk hamekkk!
Perhatian : nama saya bukan Elly. Elly itu kawan saya budak Sabah. Namanya terlekat kerana pada bulan posa yang lalu, beliau yang saya buli untuk mengambil order. Ngeh ngeh ngeh~
No comments:
Post a Comment
hai!~