Friday, January 28, 2011

Lelaki berkening Blonde

Rasa macam baru semalam gua kutuk-kutuk dia dalam dewan disebabkan sikap beliau yang suka cakap tak pernah nak pandang orang. Gua stress bila nak cakap dengan dia. Selalu takut nanti aku yang cakap sorang-sorang. Dia pulak cakap dengan lantai.

Baru 5 minit lepas aku kutuk, tau-tau je aku dah ada depan mic. Tuhan tu Maha Mengetahui.

Sebab apa aku suka kawan dengan dia? Sebab cerita-cerita dia lain dari yang lain. Dan banyak ilmu yang aku suka dengar. Dan sebab kalau jumpa tepi jalan belum tentu dia nak tegur aku.

And he turned out to be one of my best buddies ! Boleh pulak mcm tu kan?

HAPPY BIRTHDAY (!)


Aku arahkan kau pergi naikkan jisim tulang dan muscle.

Please jangan garang dengan aku sebab aku ketakutan. Dan please jangan emo.

Tapi aku sabar je la sebab aku tau hati kau baik :)

Wednesday, January 26, 2011

Jaymie stands for Zet, Myra, Alya, Ming, Majid, and those who understand :)

Salam.

HAI !

Minggu ni bermula dengan baik-baik sahaja. Banyak benda telah terjadi walaupun baru 2 hari kot.

Pertama. Saya dah menjadi pemilik sebuah scooter yang kiyut, yey! Bertuah sebab ada mak ayah yang senang percaya dengan kata-kata anak dia yang penuh confident ni.

"Ala, Ummi, Manipal ni macam dalam taman mainan je. Dont worry takde apa laaaa..."

"Boleh la ek, Abah? Nanti kat Malaysia takleh bawak dah. Nak bawak kat siniiii je, siniiiii jeeeeee.."


Sorry saya tanak post gambar sebab taknak awak tahu HA HA HA. Manipal kan kecik macam taman mainan. Sekalung terima kasih diucapkan kepada Hazman yang selalu disusahkan saya. Nak isi minyak pun saya suruh beliau sebab saya takut. Dan saya ada sebab yang lebih utama untuk takut.


Semalam saya jatuh motor.


'Tempe' yang selalu dikutuk kawan-kawan dan diri sendiri selama ni rupanya takdela kejam sangat. Di saat motor saya dah terbaring 180 darjah dan saya sendiri macam terkejut rasa macam hampir meninggal, lebih kurang 10 Indians datang berkerumun dan bertanyakan "are u okay? are u sure? do u need anything?" dan tak kurang jugak pekerja binaan yang takreti cakap English tolong angkatkan Jaymie letak dia elok-elok.

Mungkin sebab ini la mak saya tak bagi bawak kereta. Dan saya perlu ingatkan diri sendiri untuk baca doa sebelum menaik moto tu lainkali.


Kedua. To Zet, I feel you. Kucing dia Tiger dah mati. Saya faham sangat macam mana rasa bila kucing kita mati. Dan disebabkan tu saya tak ready nak bela kucing sungguh-sungguh sampai sekarang sebab effect kematian kucing yang kita sayang, sama je macam kematian orang yang kita sayang.

Ketiga. Kepada Fanarosli, kami sentiasa menunggu awak untuk bersama-sama menikmati keindahan angin pagi di End Point pada hujung minggu. Yang tidak dapat dinikmati pada hari-hari biasa disebabkan kekalutan ke kelas ataupun ketakutan akan ditanya oleh lecturers Dental Anatomy tentang tajuk semalam :)) Tapi takpe, setahun setengah lagi yang. Sekali pun boleh la kan?

Keempat. Saya nak kawan-kawan medic saya dari KMS hantar kitorang budak BDS masa malam kitorang nak bertolak pergi bercuti tu. It would mean a lot to us, boleh kannnnn? :P
Please be freeee on the 4th night, walaupun sekadar 5 minit :D

Kelima. Esok start theory exam untuk Block 2. Semoga Allah permudahkan, amin.

Saturday, January 22, 2011

Ahad yang Dingin


kedinginan angin pagi yang masuk melalui celah-celah tingkap yang berhabuk menjagakan aku yang lena tidur disebabkan malam semalam lampu bertutup. nikmat! matahari masih belum muncul. lalu aku segera ke sinki, membuat apa yang patut dan terus mencapai jack black untuk meng-bbm seseorang.

"nak jog tak?"

"baru bgn.."

"aku pun baru bgn"

"so nak g ke taknak?"

"kalau ank p aku p"

"aku nak p, after ank siap nnt gtau ok"

setelah memasukkan jack black , combo card dan 30rupee ke dalam poket seluar, aku mengambik quinn, membuka playlist , dan menaikkan volume separa maksimum. lagu 'club cant handle me' dendangan flo rida berkumandang dan meletakkan moodku di tahap hyper. lalu ku capai kunci, dan segera menurun ke bawah.

mataku tertumpu pada basikal merah yang diberi nama samad. klasik la pulak nama dia ngeh ngeh ngeh. perasaan takut masih meluap-luap namun kekachakan samad membuatku berasa teruja untuk menunggang beliau. ku bukak kunci, stabil kan diri, lalu segera memecut ke hujung dunia di mana hanya ada aku dan dia.

lagu beggin' jeritan madcon pulak dimainkan. sambil angin pagi memberus pipiku yang tidak begitu gebu ni, aku terasa nikmat bangun pagi yang hanya tuhan sahaja tahu. jalan yang lengang tanpa sebijik kenderaan membuatkan kayuhanku semakin menggila. di satu lorong kelihatan kanak-kanak lelaki bertopi kuning berpusu-pusu berjalan dalam satu barisan sambil dihiasi senyuman dan ketawa riang. tak, mereka bukan membuat rombongan sekolah ke muzium anatomy. mereka itu pekerja binaan.

sayu hati sekejap lalu teringat anak-anak di tanah air yg lebih rela ponteng sekolah pukul kawan drpd pegi sekolah dan belajar menjadi maknusia. patut diorang tu diajar cara-cara membina bangunan, ada jugak guna. ok takda kaitan.

kayuhanku menjadi semakin perlahan. betis sudah sakit. namun sikit lagi nak sampai nehru hostel. suasana sunyi. dah agak dah budak2 ni tak bangun lagi. semua enak bermimpi makan capati.

di saat aku melalui jalan depan restoran cheff inn, kakiku berasa seperti mahu putus. rasa bagai nak tinggal je samad dan naik auto balik ke hostel. serius tak mampu dah. tapi aku seakan-akan terdengar bisikan angin.." sikit lagi miyn, sikit lagi.." maka ku kayuh jugak secara mendayu-dayu.

tibanya di lorong menuju ke sharada, hati terasa lega. saat itu jugalah ku lihat oreng sedang melintas. oreng ialah seekor kucing belang yg kurang comel tapi mampu membuatku gembira melihat beliau. suka!

akhirnya, aku sampai jugak di destinasi. sharada hostel! setelah memparkirkan samad dengan baik-baik, aku kuncikan beliau supaya tidak boleh lari. kakiku menggigil.

tiba-tiba phone ku bergetar..

"miyn, aku dah on the way ni. jumpa kat junction tu eh.."

lalu kakiku segera melangkah untuk melaksanakan tujuan utama pagi ahadku ; berjogging di end point bersama yg tersayang :)

Thursday, January 20, 2011

Block 2

Salam.

Minggu ni bermula dengan sangat sepoi-sepoi bahasa. Malam Sabtu, macam biasa rumet saya akan tido di Greenwood membiarkan saya keseorangan untuk berdamping dengan bilik sepuas hati. Lalu diri menjadi hyper bagai kanak-kanak baru dapat makan Nyam Nyam. Selak langsir. Bukak tingkap. Tutup kipas. On laptop.

Ahad saya ada plan nak pergi menikmati angin pagi bersama Myra. Lalu saya membuat janji nak gerak pukul 6.45 pagi. Sayangnya saya lupa saya akan tido pukul 5 pagi. Dan keesokan harinya, saya dikejutkan dengan cahaya matahari terik yang menembus tingkat tiga blok Sharada tepat jam pukul 8.30 pagi.

Sedih. Saya ada masalah bangun pagi. Salah sendiri sapa suruh tido lambat sangat. Tapi sapa suruh seronok sangat angin malam.

Esoknya Isnin maka bermulalah minggu yang penuh mencabar bermula dengan test practical Physio. Macam biasa, saya buat banyak silly mistakes seperti pergi tambah 4 huruf baru dekat nama apparatus. Tahniah la Ming. Nasib baik masa amek blood pressure tu, abang India tu punya pulse meloncat-loncat macam air paip membuatkan saya takda masalah nak cari.

Oh dan baru tadi saya nampak dia tido tepi jalan. Kesian pulak. Mesti dia seronok haritu ada peluang duduk dalam bilik berhawa dingin. Teringat pulak ketoekkan saya pergi cakap "Yo good morning. I wanna take ur blood pressure. Will u let me hold ur hand?" (macam nak melamar je?) bajetla dia faham kan. Tengok keadaan dia saya pasti dia ialah salah seorang yang tak reti speaking.

Bila fikir balik, saya sedar saya ada habit suka suruh orang buat itu ini secara bajet serius. Macam haritu, saya suruh Jid pergi repair basikal sebab saya rasa membazir je dia sidai basikal tu kat foodcourt. Tak sangka dia nak pergi repair betul-betul, nasib baik murah je. Masa saya naik basikal balik dari library satu malam tu, saya hampir mati sebenarnya. Basikal tu tinggi kaki ketot saya ni tak sampai. Sila nangis sekarang. Lalu saya tak reti break maka hampir nak kena langgar dengan moto virago.

Masa nak parking basikal, saya pusing depan Sharada tu dalam 5 minit sebab saya taktau macam mana nak turun. Makguard tu mesti ingat aku gila. Lepas parking tepi scooter kuning kachak Nadia, saya kunci baik-baik, dan tak sentuh dah basikal tu sampai hari ni. Tapi still, terima kasih Jid :)

Block 2 akan habis dalam masa seminggu je. Cepat kan masa berlalu? Serius tak ingat terus yang saya bakal naik sampai utara India dalam masa seminggu lagi. Seminggu! Banyak sangat benda penting nak fikir sampai bercuti pun da boleh letak tepi.

Apapun saya suka minggu ni. Sebab bila pergi library akan nampak muka-muka orang yang saya sayang.

Bye!

Silence

She was walking towards EngPun for the first time with her bestfriend, Alex. Along the way, they didnt talk much. She was listening to her ipod. And Alex was listening to hers.

There was complete silence between them. All she could hear was the song 'Melihat Bintang' by Hafiz Hamidun which is her favorite song to listen to as she started her day. And all she could feel was the cold morning breeze brushing off her cheek.

Surprisingly, she realised that the most beautiful creature on Earth was not Shah Rukh Khan or Robert Downey Jr, but it was the Sun! After 3 months and a half she'd been in Maryland, that was the first time she smiled walking under it. All these while she kept on cursing the Sun for giving out too much light and produce too much heat that almost burnt off her shoulder for whatever reason only God knows.

There was complete silence. And she felt comfortable. The mood was right. The weather was right. The person was right.

She had good conversations. With Alex. And with herself.

And she didnt even open up her mouth.

It was a good kickstart :)






*I just want to conclude that we dont really have to tell/explain ourselves to make people understand. Chemistry will do that.

Tuesday, January 11, 2011

Jay yang tidak boleh disebut namanya.

Salam.

HAI !

Pertama sekali, Jay yang saya nak bercerita ini bukanlah Jay kucing gemok kepunyaan Jang Jetty Janis si capati hangit yang tak pernah mengiaw walau sekalipun tapi cuma tau menggedik kat kaki orang dengan lubu-lubu beliau yang kay-ai-yu-ti tu..

Jay ini ialah rahsia. Tidak boleh disebut. Nanti dia bawak geng datang serang ramai-ramai.

Saya terbawak balik Jay ni sejak saya pergi Cambodia setahun lepas. Mula-mula saya ingat dia nak ikut balik Malaysia kejap je. Tengok-tengok haritu dia confess dia cakap dia suka saya dia nak duduk dengan saya lama-lamaaaaaaaaaa lagi taknak pergi Ya Allah sabar je laaaa.

Aku stress. Entah cerita apa la aku tulis ni.



*Ming tengah tengok video kahwin-kahwin Ain pos kat wall fb.*


"Adakah kita mampu atau sudi untuk mengahwini lelaki yang sebegini, atau wanita yang sebegini?"

"Kita kena sudi-sudi kan diri kita utk diterima oleh org lain dan menerima orang lain..."




Dua hari lepas Jay naik kat hidung. Serius rasa macam nak kerat hidung tinggal kat bilik. Rasa rendah diri la sayangg oi macam seluruh dunia tengah tengok muka saya. Lalu saya terpaksa tak pergi ke library sebab saya berasa rendah diri.

Ping lagi jahat. Dia kata Jay bertindak sebagai 'demarcation point' untuk Ming. Dia jugak cakap Jay itu ialah 'protuberance' sambil gelak secara syaiton pastu mulut terbukak luas nampak seluruh 36 batang gigi.

Sobs.



Kesimpulan : Ming tak sudi diterima orang lain selagi Jay tak pergi jauh-jauh. Ok takda kaitan. Bye!

Saturday, January 8, 2011

First Week of Legal Age

Salam.

HAI !

Jam di Incek Budiman : 3.44am
Jam di Quinn : 3.49am
Jam di JackBlack : 3.45am
Jam di tangan kanan MingMing yang dah 3 bulan tak bukak : 3.50am

Serius nikmat gilaaaaa rumet aku takda malam ni.

Haish, jangan salah anggap. Bukan aku tak suka dia or apa-apa maksud yang sinonim dengan itu. Cuma dah lama aku dahagakan waktu-waktu bersendirian menikmati angin malam sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui celah-celah tingkap aku yang sudah bersawang.

Sila bagi aku peluang untuk berlagak menjadi ahli sastera malam ini. Aku mahu meningkatkan kembali skill menulis karangan BM sebanyak 4000 perkataan setahun lepas.

Aku sudah 21 tahun. Kawan aku cakap, pada umur ni, aku sudah boleh :

. Kaweng
. Ber-kelab-bing
. Takpayah mintak tanda tangan mak ayah nak pergi rombongan sekolah

Tapi terima kasih. Aku takmahu kahwin walaupun aku ada 3 orang sepupu yang kahwin umur 21 (kot?). Kakak aku umur 30 pun belum kahwin inikan pulak aku yang baru melelehkan hingus semalam.

Dan aku taktau apa maksud kelab-bing.

Selain itu, aku masih suka dipanggil adik bila aku pergi ke mana-mana. "Adik nak beli apa?" "Adik cari apa, dik?" atau "Adik ni kachak la" ...... ok tu tipu.

Malam ini aku berhajat untuk tak ke library. Tapi aku fikir kalau di bilik, aku akan bersidai di tepi tingkap melihat orang bermain futsal, kriket, basketball atau tuju kasut hatta layang-layang sekalipun di court bawah ni selama berjam-jam (ye aku rasa pemandangan tu menawan lagi-lagi kriket, jangan tanya kenapa sebab aku taktau nak jawab). Jadi sebab aku sayang Ain, aku pergi. Aku rasa bahagia ada Ain di sebelah sebab selama ni aku sorang je.

Sebelum pergi, rumet aku berkata dia akan tidur di Greenwood. Lalu aku reda sahaja mengenangkan aku akan berjalan kaki seorang diri balik library nanti. Tapi takpe Ming kuat boleh tumbuk orang kalau depa kacau. Saya ada tali pinggang putih kot blaja taekwondo masa dajah 3 dulu HA HA HA, eh lawak ke?

Sampai saja bilik, terus bukak laptop, keluarkan kaler pensil pink dan purple, pengasah pensil, pisau, pemadam, amek pendrive terus cucuk. Sambil tu bukak buku Histology Dental Anatomy.

Jadi apa aku buat malam ni?

. Minum Green Tea
. Masak Megi
. Tengok video lagu rock kapak Abe post kat wall aku pastu ..
. Tertengok habis semua lagu rock kapak yang masuk Juara lagu sejak 1991 ! (Aku baru tau Shamrin vokalis Fotograf yg nyanyi lagu Di Alam Fana Cintamu tu dah meninggal)
. Aku berjaya habiskan DADH punya lukisan Histo yg mcm separuh meninggal tu. Hoyeah!

Sekarang dah pukul 4.15. Aku cakap kat Myra aku nak pergi jog pukul 7 pagi. Sekarang dah mula mengantuk. Adakah aku akan mengecewakan dia sekali lagi seperti minggu lepas?

Apa yang aku dah belajar minggu ni?

. Diam itu lebih baik walaupun apa yang kita nak cakap mungkin betul.
. Aku dah boleh ketawa tahap volume 2 . Harap-harap volume 7 aku rosak terus.
. Kalau kita ini kawan baik, perkataan 'maaf' mungkin sesuatu yang tidak perlu.
. Menahan marah itu memang susah rupanya.
. Walaupun aku kerapkali mengeluh yang aku ni takde orang nak, hakikatnya masa ceramah kaweng-kaweng haritu, aku rasa biasa je. Kesimpulan : aku tak gatal. Baik korang risau dekat org yg diam-diam ubi berisi tu. Haaaaaa!




"You say it best, when you say nothing at all..."

Friday, January 7, 2011

Skrg bila isi form kena tulis 21 tahun :)

Salam.

HAI !

How are u? I hope u'r in the pink of health. Kalau dalam bahasa Melayu kita cakap "Apa khabar? Saya harap awak berada di dalam kesihatan merah jambu..."

HA HA HA takpaham apa kaitan pink dengan sihat haaa? Saya bila sihat kulit warna coklat jugak, tak jadi merah jambu pun? Ok takda kaitan.

Alhamdulillah, semua perihal transports untuk travel bulan 2 ni dah settle! HOYEAHHHHH ! Sekarang cuma tinggal nak menghitung hari dan belajar rajin-rajin jawab exam pastu boleh cari jodoh di Taj Mahal bawak balik tunjuk kat Ummi. Ok tipu.

Terima kasih dekat kawan-kawan sebab bagi saya sepenuh kepercayaan decide sendiri semua tempat nak pergi. So saya buat kepala pandai la nak pergi situ pergi sini. Rasa macam organise trip untuk anak-anak homeroom 13 org oh! Lepas tu book trains dan akhir sekali flight. Serius saya rasa ada macam kena tipu jugak dengan agent tu sebab bila handle untuk group besar ni, seorang diri pulak tanpa pembantu memang macam, kurang sedar sikit la kan. Hari-hari kena pergi sana, pastu agent tu pulak cakap nak ada pukul 4 pastu pukul 5 baru datang. Duhhh, pantang la aku orang tak punctual ni.

So, sejak tu saya set time saya pulak datang ikut sukahati. Seronok ah biar dia call-call tanya bila nak bayar padahal tiket dah ada dalam tangan aku MUAHAHAHAHA. Ajar sikit la kan kalau tak sapa lagi nak ajar dia. Jahat tak aku?

Penat otak dan fizikal fikir semua benda ni. Tapi now dah takyah fikir dah hoyeah. Terima kasih kat Dawa + DJ sebab teman saya haritu :)




Haritu saya tido dalam kelas.

OK SAYA TAK TIPU. SAYA BUKAN SENGAJA NAK TIDO MCM SAYA SELALU BUAT DULU. Ini memang betul-betul pening sebab hidung asyik berlari (runny nose) macam air terjun! Pastu kesan ubat bergelora dalam badan, maka sedar tak sedar saya tersandar kat dinding masa kelas Dental Materials. Tiba-tiba....

"YOU ! One two three four. Yeah fourth row. Whats your name?"

"Angelina Jolie" (ok tipu)

"What?"

"ANGELINA JOLIEeeee"

"Your roll no?"

"675822154586563"

"You do presentation on this topic next week okay?"

"Ok-kay" *sambil buat muka mcm dh nk meninggal*




Apa-apa je la. Salah sendiri. Pastu esok masa practical, saya gi jumpa dia. Mintak maaf supaya dia paham dan lupa yg saya pernah tido he he he. Dia still jugak tanya nama dengan roll no. Kesian dia. Mentang-mentang subjek dia takde Uni exam tahun ni, takde sapa pun pay attention.


Dan saya tau dua fakta baru minggu ini :

Satu : Saya tak reti potong buah papaya cantik-cantik.
Dua : Bruno Mars tak hensem.

Sekian. Bye!