Tapi saya suka cuti. Jadi u oll jangan pandai pandai nak cakap ai mereng ok.
Dan hureyyy! Saya telah berjaya menghabiskan minggu pertama sekolah. Suka suka oh suka.
Sebab saya suka cuti :
[1] Tido 14jam adalah mungkin.
Kalau sekolah bukan saja tido kurang dari 5 jam, tapi nak letak ponggong atas katil pun seperti tidak sempat. Konon konon nak kejar prep lah. Ha ha ha ha, itu cuma hiperbola nak cakap saya ni sangat rajin bersiram selepas pulang lalu menuju ke library untuk membuang masa. Ok, saya sebenarnya obses dengan penghawa dingin. Ke pendingin hawa eh? Tak tau tak tau. Selain itu, saya bolehlah bersembang dengan rakan rakan yang jugak muka membuat rajin tapi sebenarnya takdela rajin pun. Semua pun tergila-gilakan ekon. Semua pun tergila-gilakan nak online. Tapi itu saya tak ah, sebab tahun baru ni sudah boley meng-online di dalam bilik. Jadi alasan sebenar pergi ke library ialah untuk mendapat secebis ekon dan jugak mengelakkan diri dari tertido siang. Sebab kalau tertido waktu yang saya hanya akan bangun ialah 6.30 petang, iaitu waktu di mana rumet menggerak untuk mengandung nasik.
[2] Ada gotong royong.
KAH KAH KAH. Muhong betoilah suka cuti sebab ini. Tapi sikit sikit jugak suka. Sebab toilet tidak bersepah dan saya jugak terpaksa bangun awal. Seperti kes pagi tadi, saya sepatutnya menjadi instructor erobik bagi puteri puteri tersayang dengan 2 orang lagi ahli kelab dancerobik. Malam semalam sudah melatih seperti hendak patah pinggang. Sangat gigih ok, sampai terpaksa mengingat istilah erobik seperti kneel touch, arm circle, easy walk dan menggapai langit (hak cipta nur aminah sebab tangan diangkat ke udara seperti hendak mencekik orang).
Tapi kan tapi kan, pagi tadi saya terbangun lewat. Sedang enak bermimpi makan nasik tomato, henpon bernyanyi dan ternampak nama Fatin. Omaigod omaigod. Tapi nasib baik saya bukan jenis mamai atau melamun. Terus angkat dan faham apa beliau cakap.
"Miyn, tido lagi eh? Miyn ajar erobik kan? Turun eh, sebab ada orang dah datang ni. Assalamualaikum..."
Tetiba rasa macam, oh besalahnya ai. Terus intai ke bawah, tengok tengok dah selambak perempuan tunggu nak bejoget bersama. Saya pun terus ke toilet. Yang lagi 2 pun baru bangun. Sangat tak senunuh. Tapi nasib jugak Kak Rab dah terpanggil ke depan utk mengajar memanaskan hati dan limpa. Lalu saya turun, mintak ampun dari Fatin dan naik balik untuk tido. Sebabnya bilek sudah terasa seperti cantek dan tak perlu dikemas lagi. Ngeeehahahaa, langsir sudah dapat. Malam ni tidak perlu takut digoda hantu lagi.
[3] Boleh keluar shopping.
Adalah mustahil pada minggu ini sebab duet tidak ramai. Lagipun perlu membelanja orang. Kena buat dulu nanti takut mati. Saya suka keluar sebab boleh mendapat makanan yang sedap dan meluaskan pandangan mata dengan menengok muka selain muka manusia di sini. Selama seminggu melihat muka orang yang sama adalah sangat tidak tahan. Bukan tak suka, cuma saya terasa seperti sudah menghafal. Saya sudah tau kamu itu sinier IB, kamu ini junior A-Level. Kamu ini ambek kos bla bla bla. Dan kamu ini yang hebat hari tu naik pentas sebab dapat 15 kan kan? Wuahh hebat!
Hueh, memang mudah menghapai muka. Kadang kadang pelik jugak ada yang masih tidak kenal siapa itu sinier atau junior. Tempat kecik, hari hari jumpak. Cuma saya tidaklah sampai ke tahap menyimpan nama kamu dalam otak.
[4] Kerja boleh dilambatkan.
Bertangguh adalah seronot tau? Tapi hanya menangguh setakat hari Sabtu saja. Malam ini saya perlu berkejar marathon bersama Incek Budiman sehingga saya sudah habis segala lab report, surat rasmi, editorial board punya things, dan jugak menonton 2 episod drama mat salleh yang terdapat si hensem di dalamnya. (tau tak melihat mat salleh hensem adalah suatu bentuk terapi minda? ngeh ngeh ngeh).
Jangan nak kata saya gatal pulak. Itu adalah normal jika anda seorang perempuan. Tapi tidak normal jika anda lelaki. Lelaki perlu melihat Gossip Girls, sebab ada si cantek. Oh, mungkin sebab tu saya tak suka Gossip Girls.
[5] Makan nasik adalah awal.
Masa itu ialah 12.30. Dan masa itu ialah sekarang.
Oleh itu,boleh saya pergi makan? Jom!
No comments:
Post a Comment
hai!~