Hari ini saya berasa gembira. SANGAT GEMBIRA.
Pertama ialah sebabnya saya mendapat tahu kelas saya dibuat di Orang House. Tempat ala ala pondok orang membuat aktiviti mengumpat terutamanya mereka yang bergelar feremfuans. Ha ha ha, oh tidak. Saya tak penah buat. Buat kat tempat laen. Tempat terbaek ialah bilek tidur saya sendiri. Tapi sekarang saya sudah berhenti membuat. Dapat dosa tau. Bukan sahaja mendapat dosa malah akan memakan daging beliau di akhirat. Nak ke ko makan daging lelaki yang sangat menyampah yang pandang ko macam dia tu hensem sangat? Hahhh hahhh???
Ok, manusia tu tak wujud. Saya kan over. Baru nak tau ke?
Sebenarnya, Orang House tu memangla pondok. Tapi kan tapi kan, manala sesuai pondok hendak dibuat tempat mengaji. Dan saya sememangnya mendapat tahu saya tak suka susunan meja yang kononnya bakal dibuat di kelas. Iaitu susun ikut group. Anda tengok saya, saya tengok anda. Yu pandang ai, ai pandang yu, lepas tu malu malu. Ceh ceh ceh! Bukan sahaja kena teyliang kepala hendak menonton cikgu di depan, malah saya terasa hendak muntah asyik goyang kepala. Siries. Zaman terakhir menduduk dalam kedudukan itu ialah semasa darjah 5 kot. Masa tu saya semua sekolah perempuan, lagi pulak zaman kemuncak bergosip tentang cerita cerita kartun yang menarik, memanglah best. Memang kepala takde nye nak tengok cikgu. Jadi takdak sapa kesah.
Cakap pasal dajah 5 ni, saya teringat kisah saya dajah 6. Kawan kawan segerombolan saya, iaitu Myra, Zetty, Nine dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini, dorang ni mesti tau. KAHKAHKAHBEDEKAHBEDEKAH. Teringat saja sudah bergelak. Belum lagi bercerita. Over betul kan?
Nak dengar ke? Eh silap. Nak tau ke? Ok, meh saya bercerita.
Pada masa itu kami belajar BM. Cikgu BM saya, saya sangat sayang. Lalu saya pun memberi pandangan mata 100%. Sedang memfokus, ada manusia ni bernama Nurul, bukan nama sebenar, memanggil saya dan menyuruh saya melihat seseorang.
Saya pun memandang beliau, dan omaigod! Korang tau apa saya nampak???
Sori saya terpaksa berhenti. Aib orang lah. Tak baik. Tapi yang pasti, bila mana kami berkumpul, cerita ni jugak yang kami bukak. Lepas tu gelak macam setan. Kah kah kah. Bila saya cakap gelak macam setan, maksudnya memang gelak macam setan la. Volume naik sehingga 7, dan mulut terbukak sehingga boleh termasuknya Big Mac dengan mudah. Nasib tuan punya badan itu bukan geng kitorang. Jadi beliau tidak tahu kami ini bercerita perihal beliau setiap kali berjumpak. Kejilah bukan? Sudah 19tahun pun nak bergosip kisah darjah 6. Dan kami merancang pulak hendak menyebarkan kisah ini sehingga ke anak cucu. Kah kah kah.
Mesti korang sakit hati baca entri sekerat. Tapi tolonglah faham. Saya memang nak bercerita. Tapi tiba tiba insaf bila mendapat tau itu ialah aib. Dan membuka aib orang adalah berdosa.
Petang tadi saya gembira. Sebabnya saya balik awal. DS pulak menghidang lauk ayam rendang. Jadi lepas makan saya merancang untuk tido dan bangun pada keesokan harinya pulak. Ha ha ha ha, 14 jam tido ialah rahsia saya berjaya dalam kehidupan. Mari ikut mari ikut.
Tengah bermimpi makan burger special, saya diterkejutkan oleh pengumuman bahawa saya perlu ke dewan. Pulak tu terdengar bahawa ada cikgu menakutkan akan datang. Cikgu ini kan, beliau telah membuatkan saya perlu berdiri di dalam Dewan Kuliah 1 selama 2 jam hanya kerana saya lambat 5 minit. Sangatlah kejam bukan? Dahla saya yang perlu membentangkan isu pada hari itu. Sedikit pun beliau tidak ada rasa kasihan. Jadinya saya ketakutan sejarah berulang lagi sekali lalu segera mengangkat ponggong dan bersembahyang Zohor serta mempakai kain tudung dengan sangat cincai. Tu konon konon nak tunjuk protes sebab tido saya dikacau.
Sedang pakai kasut, rumet saya gelak macam hell. Dan disambut oleh beberapa orang lain. Saya blur, korang ni kenapakah? Sawan? Pastu baru saya sedar. Omaigod. SAYA MEMPAKAI KAIN DALAM SAHAJA, KAINNYA TIADA!
Memalukan betul. Nasib tak pegi dewan lagi.
Dan di dalam dewan, saya rasa budak lelaki punya attitude sangat menyakitkan hati.
Sori kalau ada kamu yang membaca. Saya mintak maaf lagi sekali.
Post ini seperti takdak hala tuju. Saya sebenarnya hendak mengatakan bahawa saya mahukan kelas yang normal untuk belajar. Sebab saya sangat bersemangat hendak belajar Matematik yang saya cintai. Baik tuan tuan siapkan kelas sebelum semangat saya dimakan oleh hati lalu bertukar menjadi benci.
Terasa hendak berhenti di sini. Babai.
No comments:
Post a Comment
hai!~