Saturday, October 18, 2014

Okay.


Petang tadi practical Prostho. So, setiap group ditugaskan untuk buat cast untuk setiap seorang guna typhodont teeth yang dah di'prepared'. Group aku paling last, so harini lah kitorang buat.

Since hari ni hari Sabtu (kelas ganti deepavali), tiba-tiba walaupun dah pukul 2.15pm, lab still sunyi dan pilu. Mentang-mentang harini lab technician je akan supervise kitorang. Semua amek kesempatannnn kannn :S

Haritu kitorang ada competency test untuk crown preparation. So, typhodont set yang ada kat kitorang semua nya tak lengkap. Untuk memudahkan kerja, aku dengan DJ, kitorang sort out sendiri bagi lengkapkan 1 set. Bukak skru, Skru gigi baru.

Tiba-tiba Mr S mai, dia macam kelam kelibut suruh bukak gigi, amek gigi tu, simpan gigi ni. Basically semua orang tetibe jadi confused. Dahlah ada wax pattern kitorang buat yang belum dapat approval lecturer lagi. Dia kata takpe takpe buat je lahhhh apa dia cakap.

Otomatik mood aku berubah. Dalam keadaan takpaham, aku amek tempat aku, dan aku duduk dalam keadaan muka serupa tahi. Bila orang tanya soalan, aku cakap, aku buat je walaupun aku takpaham sebab aku malas nak tanya banyak. Dengan ada lagi seorang ni mai lambat pastu buat blurr blurrr eh kena buat apa eh ape korang buat ni arghhhh I couldnt handle it at that time. Geram.

Until Rachel suddenly asked, "Miyn, are you okay?"

I guess tu first time she saw the other side of me. And usually kan kita rasa geram betul bila kita tengah tak okay tapi orang tanya hang ok ka tak. During that situation, aku macam kena tamparan realiti sekejap.

I felt ashamed that I showed the ugly side of me. In fact Im ashamed to have that in me. Sangat lah senang bertukar mood. Apasal la susah sangat nak bertenang sikit, bersabar sikit (Walaupun aku memang anti situasi kalut kalut yang sebenarnya boleh cool je. aku kan dah cakap aku tak suka orang buat benda bagi complicated).

To cut the story short, Mr S ni pulak jenis nakai. Dalam lab main calit plaster la. Nak suap alginate dalam mulut aku la. Renjis ayaq. Bla bla bla. Dia taktau ke aku geram lagi dengan dia. Annoyed jugak sebenarnya kalau kena kacau banyak kali sangat, but I'm gonna be needing his help anyway, so layan je la kan. Guys mature later than us ladies, so....hehe.

My point is, sometimes we tend to get irritated with some people at some point of life. Benci bila receptionist buat endah tak endah. Benci bila dental assistant lambat buat kerja. Benci itu. Benci ini. But thats not the reason for us to be rude.

Setengah orang rasa dia sangat bos, dia main arah-arah je orang tu buat kerja (walaupun tu mmg kerja dia) tanpa ambil kira orang tu tua ke, sebaya mak ayah kita ke, sebaya abang kita ke. Thats not our culture. You dont wanna be hated at your work environment. You need help. YOU CANT DO YOUR JOB ALONE. And you need to make sure those people are happy to help you, bukan tolong kau dengan perasaan menyampah.

Berlakon lah. Berlakon untuk berkelakuan baik bukanlah hipokrit. Kalau hari-hari kau berlakon insyaAllah kau takpayah berlakon dah suatu hari nanti.




Wednesday, October 8, 2014

Rindu.

Allah.

Tak sangka aku dah melanggari janji sendiri untuk tulis blog. Ingatkan dah nak kena lelong dah blog ni (mcm laku smacam la pulak), rupanya boleh sambung tulis lagi yeayyy!!!

Was reading through my few latest posts. God I forgot most of events I wrote actually. That shows how important for me to continue writing! KAN?? Agree? Ah whatever.

I dont plan on what to write so lets just with an issue of mine.

I AM A COMPLICATED PERSON.

AND I DONT LIKE COMPLICATED THINGS.

Complicated things ? - they are subjective. Might be complicated to you but not to me.

Slowly, slowly aku makin benci dengan kualiti diri aku yang satu ni. Usually cepat rasa nak marah bila sesuatu complicated berlaku.

Thats why sometimes aku rasa taknak angkat phone bila Fauzie call. Usually perangai complicated aku berlaku di situ jugak dan tak boleh diundur kembali. Kalau mesej at least boleh jugak aku bertenang dan berfikir lalu reply mesej dengan sesopan yang mungkin. Untunglah beliau sangat sabar. Sampai bila aku pun tak tahu. Semoga dia sabar dengan ikhlas dan bukannya sebab terpaksa.

Just now ada someone tanya, di manakah stesen komuter di tbs. Berapa lama nak pergi situ? I answered dengan sgt malasnya ; go and figure or u can google it up.

Gila menyampahkan betul perangai miyn. Lepas tu aku diselubungi perasaan bersalah sepanjang malam. Good girl.

Pernah aku bertanya kpd Allah, Ya Allah kenapa makin lama aku makin teruk ni? Isu dalaman makin parah. And then something just occured to me ; hang ni tak cukup baca Quran ni sebab tu makin menjadi-jadi masalah hati hang. Maybe.

Kunci ketenangan adalah dengan mengingati Allah.

So, thats all. I've made my conclusion.