Saturday, May 24, 2008

:: Orang Kaya Malaysia ::

Semalam aku baca New Straits Times..



Pelik bila seorang Nur Aminah membaca paper pada hari Jumaat okes? especially paper English pulak tu..



Ekceli adek aku dekat hostel yang call suruh belikan. Dalam rumah ni selalunya takkan ada paper pada hari2 biasa selain paper hari Ahad. Kenapakah?



*Nak baca guzipan2 la adek manees..*



ahahaha, sebab lain pulak, mak aku dah TERlanggan TheStar yang terus send masuk inbox tu. Aku pulak, sendiri memang tak baca paper lagi2 nak nengok Buletin Utama.



Disebabkan penat keluar pukul 9malam carik paper, aku pun belek2 tengok apa benda la budak ni nak sangat dalam paper, siap request New Straits Times lagi...mana tahan~





Cesss, ManU punya crita ka. Tiba2 rasa teruja tengok Cristiano Ronaldo posing dengan begaya...



*sengeh peliz!* klik!



Gamba David Cook pun ada, piwitt...beseri seri nya dia..tapala, aku dah buleh terima hakikat Archie tak menang...



Tapi menareknya bila aku nampak article ni..



..'THE TOP 10 RICHEST IN MALAYSIA'..



1. Tan Sri Robert Kuok (US$10 billion) - ofkoz la nak banding dgn artis Hollywood dalam carta Forbes yg nomot #77 pun, jumlah 10billion ni sikit ja. Tapi still, kalau aku mati hidup balek pun, belum tentu aku dapat kumpul duet 10billion tu. Murah rezki Tan Sri ni, yang merupakan tokey perusahaan gula dan benda2 lain.



2. Ananda Krishnan (US$7.2 billion) - ehem ehem, aku menyumbang sikitla dkt kekayaan beliau ni, kan kan? [asal dia takdak datuk ka tan sri ka? ngeee!] oh yeh, beliau ni tokey Maxis yg stai tu.



3. Tan Sri Lee Shin Cheng (US$5.5 billion) - Penah pegi IOI mall? Itu beliau punya la..dia ni tokey IOI Group, salah satu syarikat minyak kelapa sawit plg besar dlm dunia. Fuhhhh...



4. Tan Sri Teh Hong Piow (S$3.5 billion)



5. Puan Sri Lee Kim Hua & family (US$3.4 billion) - mendiang Lim Goh Tong yg kiut tu, hihi. Aku penah baca buku Lim Goh Tong ni, mnarek jugak dgn susah payah dia zaman muda2 dulu. Lim Goh Tong ni jugak merupakan orang feveret pengetua aku kat Beseri dulu. Tiap2 ucapan sure ada nama manusia ni. Aku pun tau kewujudan dia dari beliau la, ngeh3. Tak payah tanya la bisnes apa. Sapa tatau sila tembak diri snirik. Kalau malas nak cari, sila buzz di YM.



6. Tan Sri Quek Leng Chan (US$2.4 billion)



7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay & family (US$2.1 billion)



8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$1.8 billion) - ALHAMDULILLAH, igtkan tak wujud dah manusia Melayu. Banggge oo bangeee! Beliau ni tokey Souq AlBukhary yg ada Giant kt AlorStar ni [tempat feveret mak aku]. Universiti dia pun dah hampir siap. Nanti bulehla hanta anak2 anda kat sana. Masjid dia pun cantek sgt2. Rumah mak dia? Entahlah, tembok tinggi la yang. Aku intai2 tak lepas jugak, hihi. Harap2 tahun depan dia naik duduk Top5 pulak. Amiiin.



9. Tan Sri Vincent Tan (US$1.3 billion) - Tau Bukit Tinggi? oh ya, nama tu dh tukar jadi Berjaya Hills. Pernah lepak Berjaya Times Square? Tu suma beliau punya la..



10. Tan Sri Tiong Hiew King (US$1.1 billion)




Prasan apa yang aku prasan? :D



Arap2 satu hari nanti akan ada 5 atau lebih 'Syed Mokhtar'...mungkin salah sorang tu kita ka? Who knows? *Ganbatte!*


Wednesday, May 21, 2008

Sambung Belajar Dekat...

Bulan 6 ni cukupla lebih kurang 7 bulan aku cuti. Aku rasa ni la cuti paling lama dalam hidup aku. Cuti pantang pun tak panjang ceni kan? Hehe..



Kawan2 aku dah siap orientasi apa suma. Budak bijak pandai maktab aku dulu, bulan 9 ni nak fly pegi Russia dah. Murah betul rezeki...aku ni buleh makan tido lagi.



Budak2 yang dapat asasi UM akan daftar 25 Mei ni. Kalau tak, aku pun daftar skali ngan mereka2 la. Tapi tak jugak, sebab aku nak pegi tempat lain. Tempat apakah? Sila klik di bawah untuk menyebok...





Alhamdulilllah, aku akan p Kolej Mara Seremban. [tima kaseh dkt Loque yg beria-ia suruh aku call Mara hari tu].....Hoorey??



Mula2 mmg hooreyy la sana sini, tapi skrg biasa2 ja..entahlah, tapi aku bersyukur ja sebab dari Form4 aku aim nak pegi oversea. [oversea la sgt~]



Dekat sana nanti, aku akan buat IB (International Bacaulaureatte) untuk pergigian. Apa itu IB? klik sini kalau nanak tau okess?



InsyaAllah kalau aku lepas...kalau aku berjaya lepas program ni, aku akan ke India. Sak Ruk Khan??



Hahahaa, terus terang cakap, aku tak letak harapan tinggi2 sangat. Tapi still aku akan usaha la sungguh2, kalau takdak godaan yg mendatang, ceywahhh...



Termasuk aku, ada 3 lagi kawan aku yang bakal menyemakkan KMS nanti. Taniah dkt Myra, Ika dan jugak Hakim, itupon kalau Hakim ni betul2 nak p.



Dari 8hb hari tu sampai sekarang, surat Mara still tak sampai2. Yang sampai semuanya surat mak aku. Nak jadi cerita, tiba2 satu hari, ada surat atas nama aku sampai. Yeyyy...



Tapi, surat tu dari Japanese Information Service aka JIS aka Monbukagakusho [ntah btoi ka tidakk]. Alahai, memain ja aku apply pun. Print borang, isi maklumat pastu bagi salinan slip SPM. Senang kan? Oh ya, dan syarat utama, kena skola selama 11 tahun. Hahaha, lawak betul. 11 tahun cukup2 maksudnya takdak cuti akhir tahun la kan?



*toink toink*



Surat tu ckp aku dpt tempat utk amek test 1 Jun ni-Kimia, English, Bio, AddMaths dgn Bahasa Jepun. Tapi kalau tatau Bahasa Jepun pun takpa katanya. Sapa yg tau tu spesel la sikit kan. Lepas tau result akhir bulan Jun, org yg pass tu kena interview pulak. Banyaknya proses...



Waaaa, Jepun tu...mana tau buleh jumpak lelaki muka kecinaan? Yang rambutnya mcm2 fesyen? Hihi..tapi aku dgn Myra [oh ya, dia dpt jugak] igt nak g amek exam tu memain ja. Memain2 pun, aku dah punggah semua buku rujukan aku, termasukla pegi blaja Japanese online. Tapi nak baca tu, tatau la...apakah tiba2 baca buku masa cuti? sasat?



Semangat ja, piraaaah!



Apa2 pun, semua peluang kita kena ambek dengan sungguh2 kan. Sekali seumur hidup ja dia nk datang, hidup pulak bukan 2-3 kali.



Tapi, macam mana pun, aku still ada lebih kurang sebulan untuk berpoya-poya. Err, untuk rilek maksud saya, hihi. InsyaAllah, 24 Jun ni aku pegila N9.... *peace!*


Monday, May 19, 2008

Tag Dari Deen-na-Sour

Baca title pon dah tau dari sapa kan ? Dari Abg Deen lah. Mula2 baca ja dah rasa teruja, sbb semuanya pasal no7, which is one of my febrets la. Tagnya berbunyik cenggini..



1. 7 fakta tentang shaye

2. 7 perkara menakotkan saya

3. 7 lagu buat masa skarang

4. 7 pekataan yang saya suka sebut sebut

5. 7 perkara sangat bernilai

6. 7 'pertama kali' dalam hidup shaye

7. 7 blog kena tembak teng tenenggg!





7 FAKTA TENTANG SAYA

:: sng maapkan org, baek tak?

:: ada adek laki sorang ja, adek pompuan tarak, syukurrrr..

:: sgt senang kena flu, tp bukan bird flu okess?

:: suka no 7,17 dan 9

:: sgt senang sayang org, meluat/tak suka org jugak senang..

:: tak suka deal dgn org [kol operator, jmpak boss, meeting, benci benci]

:: cepat terasa tapi pandai2 la kaver, kang org ckp emo lak..




7 PERKARA MENAKOTKAN SAYA

:: God's wrath

:: org2 terchentaa mati

:: diri snirik mati dalam keadaan dasat

:: sexual harassment [laki2 gatai tobatlah anda]

:: hantu

:: labah2 rumah

:: gado dgn family or kwn2, seganla nk mntak maaf balek. *wink*




7 LAGU YANG MENAREK SKARANG

:: Coldpay-Viva la vida [coldplay suma lagu dia aman damai jaaa]

:: Usher ft Young Jeezy-Make love in this club [beat yg best, ala2 disko lentok2 tuhh]

:: Colby O Donis ft Akon-What You Got

:: Camera Obscura-Lloyd, Im ready to be heartbroken

:: semua lagu David Archuleta

:: Matt White-Love

:: Rihanna : Take A Bow




7 PEKATAAN SAYA SUKA SEBUT

:: Ya Allah..

:: blahh aaa, cam pa g

:: I mean..aaa

:: mangkok laaa, ish

:: Assalamualaikum, yayah ni sapa? [gaya2 angkat fon]

:: agak aa..

:: hahahahahaha



7 PERKARA SANGAT BERHARGA

:: setiap saat n still counting

:: org2 terchentaaa [u guys noe who u r]

:: program Mara

:: kesihatan yang brada pada tahap alhamdulillah..

:: duet [no money no talk aaaa]

:: academic achievements [utk elakkan ummi dari murka]

:: pengalaman idop especially tahun 2007



7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP SAYA

:: bela kucing masa 5taun, nama dia Ali, kaler orengg

:: kapel masa Form3, tahan 3bulan ja, hihi..

:: guna facial wash masa Form2, terus jerawat naik..

:: naik beskal roda 2 masa dajah 3 [gila lambat, hahaa]

:: puasa penuh dajah 2, ebat tuhhh...

:: tgk muvee dekat Bukit Jambul, Png, crita anak mami

:: merasa skolah dengan boys masa Form4



7 BLOG KENA TEMBAK

:: Ifanss [di mana jua anda brada, balek nnt wajib buat okess]

:: Myra my lalink yg merenk [in BM plizz my dear, in BM, haha]

:: My lalink too, Ariat tomato yg gedik

:: Abg Feroz [takdak alasan tak update dah]

:: Dr Sharifah

:: Mama Bell

:: Wawa




Tadaaa! Siap. Thankx to Abg Deen lagi skali. and to those whose names are mentioned above, NO EXCUSES!




*hugs and kisses*



Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU, cikgu!


hee, walaupun saya ni bukan budak skolah lagi, saya ingat lagi tau cikgu2 yang ajar saya dulu. Betapa siokkkknya blaja kat sekolah, kecuali bila cikgu yang busan2 ajar. Hihihi, tapi tak kira sebusan manapun, semengantok manapon cikgu tu ajar, sebab cikgu2 datang dalam hidup sayala, saya jadi Nur Aminah yang baik sekarang , ceywaah~

Jadi cikgu, sempena 16 Mei 2008 ni, saya nak ucap tima kaseh sangat2 atas segala jasa baik cikgu2 yang ajar saya sejak tadika, sekolah rendah dan jugak sekolah menengah. Zaman sekolah dah habis, saya dah takdak uniform nak pakai. Takdak kasut sekolah+stokin nak basuh, takdak cikgu utk dingumpat kan, dan takdak homeworks. Best? Entahla, because school life is everything. Baik buruk orang tu begantung kat perangai dia kat skolah la.

Dear teachers, here is my gratitude towards u...

Cikgu Nordin Ahmad : Saya tak penah pandang cikgu lain setinggi saya pandang cikgu. Tapi bukan bermaksud saya pandang rendah cikgu2 lain. Tak, semua cikgu sama ja. Tapi sejak cikgu jadi cikgu guru kelas saya dan ajar AddMaths kat MRSM, saya rasa cikgula salah satu sebab saya kuat. Cikgu tak penah givap bila saya lembab+tak paham. Saya tak buat homeworks pun cikgu tak marah. Cikgu selalu kata "takpa, buat pelan2". Cikgu puji semua students tak kira dia pandai atau tak. Paling saya ingat, cikgu cakap.."Yang lepas biar lepas. Yang penting gunakan masa sekarang dan seterusnya."



Cikgu Amin : Cikgu tak ajar saya. Mungkin cikgu tak kenai saya pun. Tapi saya respek cikgu. Walaupun masa saya Form4, banyak students suka cakap yang depa susah faham apa cikgu ajar. Tapi bila saya selalu jumpak cikgu waktu rehat, tanya belas2 soalan AddMaths, cikgu ajar dengan sangat sangat sangat sabar. Entah kenapala orang buleh cakap tak paham. Terima kasih cikgu, saya harap cikgu cepat sembuh dan menten cumey~



Cikgu Raihan : Aaaa, cikgu yang paling cantek bagi saya [maybe sbb ckgu ja mekap?] hahahaa. Sebab cikgu la saya chenta sama subjek Kimia. Walaupun tak pandai, tapi siries Kimia best gila bila saya blaja dengan cikgu. Cikgu mark semua kertas2 Percubaan dari negeri2 lain yang saya buat, lepas tu explain satu2. Manala saya nak jumpak cikgu macam ni lagi.



Cikgu K : BM jadi best sebab ada cikgu laaa. Cikgu ajar sungguh2, dan sangat menarek skali. Maybe bila cikgu cakap, dengar mcm lawak kot. Hahaaha..



Sir Jamil : Aaahhh, u r the most tolerant of all. You stood beside my desk yet never woke me up everytime I slept. Sometimes I did take advantage of your kindness to sleep, because I know you would ignore me sleeping. Sori Sir, I feel ashamed of myself. But thanks again for giving me the highest mark in English since Form 4 until Form 5 so that the girl I hate could never beat me, hahahahahahaha!!! *ooopsss!*



Teacher Ida : You should know that English department is the most sporting and fun. All the teachers are great. Plus as u became PRS advisor, we got closer and closer. You praises people easily and never judges a book by its cover. No matter how we tried to bad-mouth some students, u still look at her/him on the bright side. Thanks teacher, u give me the best lesson.



Cikgu Faridah Baharom : Fizik jadi best bila cikgu start amek alih kelas saya. Err, doesnt mean that I dont like the previous teacher. But, u know, hehe.



Sir Zolkofli : Saya tak penah tau Biologi ni susah nak mamposs format dia kalau cikgu tak ajar kelas saya. Fuhhhh, macam2 kena bubuh dalam jawapan. Tapi sebab cikgu, saya pandaila sikit even tak banyak.



Cikgu Rai : Terima kasih cikgu sebab ajar Biologi dengan sungguh2, walaupun saya amek masa yang agak lama untuk kenai cikgu. Tapi semua berbaloi~



Ustad Abu Hasan : Erkkk, kenapakah bila ustad marah org tido suma org tuduh saya? Tak kesahla, sebab ustad sangat baik. Terima kasih ustad sebab 2 markah yang ustad bagi tu. Tu markah yang sgt penting sepanjang saya dekat maktab. 2 markah tu sgala-galanya. Terima kasih lg skali.



Sir Nassli : Maths would have never been this fun if it wasnt for u, sir. U make it seemed so easy, or should I say damnnn easy. Thanks for never pressure us. Thanks for being such a cute teacher that I felt like I wanna press u like burger, haha.



Cikgu Sejarah : Alamak, macam mana saya buleh lupa nama cikgu? mintak mahap! Tapi tima kaseh sebab sangat bersemangat masa ajar kami.



Cikgu Noorzamri : Alhamdulillah, sepanjang cikgu jadi Ketua Warden, kami baik2 ja. Terima kasih sebab sabar dengan kami semua, yang mengada-ngada tak tentu pasal. Yang nakal tak pegi surau. Yang bising2 malam2. Yang liat bangun Subuh. Tima kaseh.



Warden-Cikgu Juna, Cikgu K, Cikgu Salam, Cikgu Umi, Cikgu Ainul : Terima kasih sebab jaga kami baik2. Sebab light off bila kami bising. Sebab roll call tengah2 malam. Oh ya saya suka itu semua. It gave more colour to my hostel life. Mintak maap sebab bagi cikgu pening kepala dengan prangai hudoh puteri2 mrsm beseri.



Also my special thanks to all MRSM Beseri's teachers whose names are not mentioned here. I'll never forget u, ok maybe your names, but everything will remain in my heart. It was the time of my life, my best 2 years. There's no way they can easily vanish from my normal brain. If only I could rewind the time....



Teachers of SK Sultanah Asma and SMK Sultanah Asma, thanks again. I'm me now because of u.



To my parents who are lecturers, Puan Hasni and Encik Amin, happy teacher's day to u too!


"Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji..
mendidik dan membimbing, putra putri harapan kita..."

May Allah bless u teachers. Coz without u, we are nothing.

Wednesday, May 14, 2008

Dating yang menyedesskan


Semalam aku ada date dengan Fadzliyah+Ayu. Ayu cuti seminggu kali ni, agak lama la. Sejak dia buat program fast-track dekat Uitm Shah Alam untuk budak2 bijaksana yg amek akaun ni, yang start bulan 12 dulu, susah sungguh nak jumpak dia. Hueh, aku expect dia untuk jadi lagi matured ka, ala2 kakak2 skema kt U mak aku tu. Tapi naseb baek la, prangai buruk dia suma ada lagi. Hahahaha..



Pukul 9 semalam, aku terjaga sebab Fadzliyah call. Gila la oii, dia dah ada depan umah aku. Hihi, rasa besalah la pulak. Kawan tu dah jerit2 dah dalam fon sebab tensen. Aku pun kuar dari bilek dengan muka yang tak kurang jelitanya, p bukak gate bagi dia masuk. Lawak la, rasanya sejak dia jadi driver mai amek aku p sana sini, tak penah aku siap awal. ngeh3, sabau ja la. So, bila aku g mandi, aku tinggai dia dalam bilek. Aleh2, dia lena sedapppp ja..perghhh~



Budak ni mental sket. Yala, sejak dapat offer Mara tu, dia treyak2 takut kena p Indon. Merengs aku rasa. Dulu punyala gelak kat aku kununss aku kena p India. Dah tu, dia geges nak p UM pulak. Aiyaaa, aku cakap dah, membazer la. Orang lain punyala sampai nak bunuh diri mintak2 Mara tu, dia dah dapat nak tinggai camtu ja. Dahtu, dia suruh aku masak kat dia, in case dia blah 25 haribulan ni p UM. Disebabkan kasihan, dan nak tunjuk hebat, aku pun buat ja la..



Nak tau aku buat apa? teng tenenngggggg!!






Aku buat cupcakes lah! Pukul 1 pagi tu yang oi. Rasa dia opkoz la tak jadi sesedap macam mak aku buat. Kurang garam katanya. Entahlah, aku tak reti nak merasa ni. Tapi overall, aku bagi 3/5 kat diri snirik, hihi..lain kali buleh cuba buat kek pulak.



Lepas ja aku siap dengan percubaan pertama pakai tudung ala2 Ibu Arini, kami pon blah gi umah Ayu around 10.30 pagi.



Sampai ja kat Taman Aman tu, aku call Ayu tanya umah dia kat mana. Then dia cakap dia ada kat pasar kat Kepala Batas, teman kezen dia. Fadzliyah jerit lagi. Gila kot dia ni suka jerit sungguh. Ngeh3, lepas tunggu kat depan kedai mamak mana tah, baru Ayu balik. Lagi sakit jiwa cik Fadzliyah bila dia kata dia tak mandi lagi. Yo alamak...




Dahtu, ingatkan nak amek muvee pukul 1 punya dekat City Plaza tu, tengok2 kena p amek mak si Fadzliyah ni dekat Pokok Sena. Tapala, saya tak keshahh. Pukul 2 baru la sampai City Plaza.

Aku kluar ja dari kreta tu, orang dah mula usha semacam. Ni yang aku tak siokkk ni. Duduk kat AlorStar ni bukan buleh pakai lain sikit. Kena pakai t-shet bodo dengan jeans ja. Pakai ja pelik2 sikit orang usha. So, aku pun masuk dengan beraninya mengadap mata2 manusia yang pandang aku macam aku ni gorilla. [lerhhh, apakah apakah?] Aku pesan dah, sapa2 tanya, cakap ja aku ni orang Indon, senang. Malas nak melayan. Bukannya 'cek' pakai seksi pon bang oii.. jeles cakap ja, hahah..

Naik ja kat tempat muvee, skali lagi aku hangin. Waaaa, apasal ada 3 muvee ja? Iron Man, Cinta U-turn dengan cita hantu sketoi. Iron Man dah tengok, crita yang ada Fasha Sandha kirim salam ja la. Tambah2 hero tak menarik. [erk, kijamssnya i, naseb la awie oii~] Crita hantu tu pulak pukul 7 malam japgi baru ada. Mangkukss la mu. Waaa, sedess ni. Asal la sedesss sangat penduduk alorstar yang malang ni. Bila la TGV nak mai, bila la GSC nak mai. Yang Cathay kat Pekan Rabu tu pulak, aku tak penah p. Asyik ada crita Tamil ja. Dahtu kawan aku kata sana ada tikus. Erkk, menakotkan..

So, kitorang decide tengok p la Iron Man skali g. Naseb baek Robert Downey Jr tu hensem, tengok 10x pun tak kesahhhhhhlah kan. Hihi, sementara tunggu pukul 3 tu, jalan2 sambey usha orang. Kosong ja pun, sebab manusia2 dah masuk Matrix dah kot. Tiba2 tejumpak kawan2 lama aku dekat Asma dulu, pakai baju sekolah. Dekat tudung, ada pin Kolej Sultan Abdul Hamid.

Ingatkan saja menggedik. Kot2 aa boifren depa ni budak kolej ka. Yala, kolej tu sekolah lelaki semua. Sekolah yang laki2 dia agak femes la. Sebab apa aku pun taktau, sebab stail kot? Hehhh, entahla. Aku telupa pulak yang Form6 dekat kolej ada girls. [malu malu malu!!]

Hahahahaa, lepas makan dekat Pak Hainan, tempat feveret Ayu sejak Uno Cafe feveret aku tutup dah, [sedess, semua benda nak tutup ka?] kami pon naik ah tengok muvee. [busannn busannn, muka hensem Iron Man tak mampu buat aku teruja]



Tengok gamba kat atas ni, sure nampak Fadzliyah tu buat muka meluat semacam. Hahahaa, Mek ni memang mcm tu. Err, yah, kami panggey dia Mek sebab dia orang Kelantan. Budak ni susah sungguh nak manja2 ngan dia. Suap orang dia geli. Tido satu katil dia takmau. Aiyaaa, banding dengan aku yang suka p tempek kiub [bilik] orang kat mrsm dulu, tido 3 orang atas katil pun takpa. Hahaha..



Habes ja buang masa, dan setelah menggunakan sepenuh keberanian aku untuk mengadap orang yang pandang aku pelik, kami balik la. Mangkuks si encik polis, bila dia saman kreta cik Mek ni. Aku pun taktau salah apa. Dia kata tak ikut papan tanda. Mereng ka encik? Ada 3 kereta sederet, tak pulak jumpak 'no parking' ka, apa ka. Sedess ni. Alahai, mamposs la lepas ni kalau ayah dia tak bagi p CP dah.



Fuhhh, sampai dah umah, yeyehh. Aku bantai 6 cd lanun semalam. Dengan novel sketoi. Cukupla nak isi masa bosan dekat rumah ni. :D



Alahai, semua orang dah masuk belaja. Dekat YM pon sikit ja muka bulat2 kuning yang senyum tu. Waaaaa, mengapakah?



Takpala, nanti turn aku pulak. Tapi selagi surat tak sampai, aku tak berani nak cakap aku p mana lepas ni.



Tunggu ja la~

Tuesday, May 13, 2008

Riang Ria Balek Umah

Waaah, lamanya tak balek umahhh!

Baru 5 hari kat KL, dah mula rasa rindu. Macam manala nak blah p U nanti. Huhu.

Plan gi KL tu nak shopping sikit2 barang, so that nanti tak kalut. Tapi last2, aku beli kasut heels sketoi ja. erk, HEELS??

Hahahaha, sapa sangka aku yang dulu anti barang2 feremfuan ni, sekarang tak buleh tahan tengok kasut2 cantek. Tapala, aku dah besar!

Aku tak beli barang2 lain pun, sebab takdak masa. Ayah bz dengan exam dia. Nak balik rumah pulak jauh sebab rumah kat Putrajaya. By the time sampai rumah, dah Maghrib. Lepas Isyak, keluar makan. Sampai rumah dah pukul 11. Bila taunla pulak nak beli benda alah tu suma.

Sedess la jugak sebab tak dapat ikut plan. Maksudnya, lagi skali aku p sana, kena pulun abess2 la untuk buat preparation nak sambung stadi ni. [tempat stadi tak konfem lagi, dah sure nanti aku bagitau ek~] :P

Aku amek bas pukul 10.15pagi tadi, macam biasala Maraliner punya since tu bas febret aku. Slow & steady. Teringat pulak time ayah aku amek aku dari AlorStar dulu. Kalau dia drive, memang aku takkan tido sebab dia bawak macam taknak bagi anak dara dia kawen ja. Gila oiii, pecut mcm singa! Dahla tengah malam, banyak lori pulak. Aku sempat intai gak speed dia. Dia bantai 170km/sejam, kalau over bley p sampai 190. Alhamdulillah la Tuhan panjangkan lagi umur penghuni kereta tu. Syukurrrrrr~

Ooyeah, sampai Shahab aku amekla teksi. Kajian yang aku buat, pakcik2 teksi Shahab ni baloq. Dalam erti kata laen, pemalas nak bukak bonet keta untuk sumbat beg aku yang besau tu. Sejak dulu aku balek dari Maktab, tak kira beg aku besaq cam gajah ka, tak cukup tangan ka, pakcik2 tu kalau buleh "letak atas seat ja la dik!".

Ikut hati aku tembak ja pakcik2 tu. Macam kena bayar mas kawen kalau bukak bonet. Kalau mat salleh ka, artis ka tau pulak layan elok2. Aiyaaa, sabaq ja la. Lagi satu, bila sampai rumah mereka2 suka tanya, selalu aku baya berapa. Tapi tiap2 kali aku bagitau, depa cakap aku tipu. Pakcikk oo pakcikk, naseb baekla saya sabar sikit, even purak2 ja, phewww~

Dengan bebai2, aku pun sampaila umah dengan selamat. Alhamdulillah. Lepas aku mesej ummi&abah cakap yang anak dara mereka dah sampai, ummi reply suruh masak nasik [HAHAHAHA]. So lepas mencantikkan diri, aku masakla nasik. Tiba2 tringat nak tunjuk best kat ummi. Aku masak sambal tumis udang.

Bukan nak puji, tapi bleyla aku bangga dengan diri snirik sekejap. Rasa ok, tak payah buang. Selalu kalau tak jadi aku buang ja, pastu purak2 macam aku tak masak apa2. Hihihi, harap2 lepas ni benda2 macam tu tak jadi dah.

Ummi kata bley tahan, tapi ada cacat sikit. *malu malu*

Lepas tu, aku buat benda lain pulak. Esokla crita eh? Kawan nak datang amek esok pagi, kena bangun awal, alahai...tak merasa nikmat bangun lewat jugakla...




#my best wishes to Alya, Majid, Paan Madnoq, Ifanss, Kiah and others who went to Matrix yesterday. U guys will be deeply missed. Tc n have fun!

Sunday, May 4, 2008

:: I Am A Murderer ::

This is what happen when u don't listen to me....





SUMPAH! Aku dah pesan kat Palyah, give me anything..tapi, jgn sesekali bagi benda yang memerlukan udara untuk idop [or cahaya matahari, or air?] dekat aku.

Dia p Cameron jadi aku talam lima muka ni merengek-rengek la nanak sumthin..so what do u expect to get from there? Kalau tak bunga ros [ceywahh], sure strawberry ka, keychain buduh ka..or, well, damn shit cactus *lame*

Sedeh! sungguh sedeh!

Pokok kicik kiut ni membesar dgn sangat cantek skali. Tapi bila aku mula p sana sini, aku tlupa nak tengok si kicik ni. Al maklumla, aku letak kat belakang langsir. Siries tempat tu cukup serba serbi..tapi lepas balik dari Bertam ari tu, aku tengok2 dah pakat penyet suma. [maybe sesak napaih kot?]

Siries sedeh!

Sori Palyah, aku tak pandai jaga pokok kaktus ank bg ni, wawawawa...tapi tak sengaja la nak bagi dia mati..ada 3 batang ja yang bediri kukuh, tapi...lembik dah dan bakal penyet tak lama lagi..

Sori! I promise I'll treat you to muvee okess?

Sori ncik kaktus! I laff you!

Thursday, May 1, 2008

L-O-V-E is chentaaa


Ever wonder what L.O.V.E means to children?


"When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grand-father does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's LOVE."

[Rebecca- age 8]

* * *

"When someone LOVES you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth."

[Billy - age 4] (I love this one)

* * *

"LOVE is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other."

[Karl - age 5]


* * *

"LOVE is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs."

[Chrissy - age 6]

* * *


"LOVE is what makes you smile when you're tired."

[Terri - age 4]


* * *

"LOVE is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK."

[Danny - age 7]


* * *

"LOVE is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more.

My Mommy and Daddy are like that. They look gross when they kiss"

[Emily - age 8]


* * *


"LOVE is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen."

[Bobby - age 7] (Wow!)


* * *

"If you want to learn to LOVE better, you should start with a friend who you hate,"

[Nikka - age 6]

(we need a few million more Nikka's on this planet)

* * *

"LOVE is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday."

[Noelle - age 7]


* * *


"LOVE is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well."

[Tommy - age 6]


* * *

"LOVE is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken."

[Elaine-age 5]

* * *

"LOVE is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford."

[Chris - age 7]

* * *

"LOVE is when your puppy licks your face even after you left him alone all day."

[Mary Ann - age 4]


* * *


"I know my older sister LOVES me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones."

[Lauren - age 4]

* * *

"LOVE is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross."

[Mark - age 6]

* * *

"You really shouldn't say 'I LOVE you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget."

[Jessica - age 8]