"Aku tak pernah pun emo. Pernah ke aku emo? Aku rasa tak pernah."
Dan percakapan beliau disampuk oleh Elizabeth bukan nama sebenar,
"Please la, semua orang AKAN emo. It's just whether we affect the people around us or not."
* * *
Yeah, right. Siapa cakap dia tak pernah emo ialah pemuhong terpaling besar dalam Bumi. Tak salah untuk kita marah, beremosi lebih, berjiwa sentimental dan bebai (marah dalam bahasa anak muda Kedah) sebab kita maknusia punya hati dan perasaan yang ingin difahami ewah ewah. Tapi sebagai maknusia yang punya hati dan perasaan yang ingin difahami ewah ewah, kita jugak kena tahu sekeliling kita ada maknusia lain jugak yang perlu dijaga hati dan perasaannya yang ingin difahami ewah ewah.
Sepanjang tujuh belas tahun aku hidup (ok tipu HAHA takmau bagitau umur sebenar yeay!), ada beberapa jenis perangai maknusia bila dia bebai.
Satu. Semua-orang-kena-tahu-yang-aku-tengah-bebai
Hempas pintu. Letak barang kuat-kuat. Hentak kaki. Dengan harapan orang sekeliling faham lah yang dia tengah marah dan sila beware ataupun jangan kacau kalau taknak kena marah jugak. Kadang-kadang tu terlanggar meja je pun, pastu dia marah dia pergi tolak meja tu dengan kaki pastu cakap "bodolah kau meja apasal dok kat sini?" , tambah lagi sakit. Siapa yang rugi? Meja tu dengar ke?
Kita tak sedar, kadang-kadang kita buat macam ni dekat mak ayah kita, adik kakak, dan kawan-kawan. Niat kita mungkin cuma nak orang faham yang kita tengah marah. Mungkin jugak ada yang harap ada orang akan datang tanya "are u okay?" tapi dengan perangai macam tu, what do you expect?
Kita dah tunjuk kita marah. Okay. Apa yang kita dapat? Selain dari hati sendiri yang tengah marah, ada hati-hati lain yang tersentap, sedih dan terasa dan takut dengan apa yang kita dah buat pastu tak cakap beberapa hari. Who wins? Syaitoniirojim.
Dua. Menyumpah-nyumpah.
Haritu masa nak masuk simpang, tiba-tiba ada driver toek ni pergi cross dan melawan arus lepas tu dia stop tengah jalan maka aku selaku driver amatur terus terjerit "bxuasj5842tvfjs#^&@dg!!!!"
Kalau ditakdirkan aku mati time tu, maka perkataan last aku ialah sumpahan tersebut.
Memang tak nafi bila marah, rasa besttttt kot bila keluarkan perkataan macam bangangggg gila budak tu dia ingat dia best sangat ke prangai macam tuuuttt tak sedar diri vaviiii! *contoh je*
Rasa lega teruih! Well, kalau semudah itu maka takde la Imam Ghazali cakap "Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya"
Cuba hilangkan marah tu tanpa mengeluarkan sebarang perkataan yang tak elok samada di Facebook, Twitter, kata-kata mahupun dalam hati. Boleh?
Telan.
Tiga. Muka tarik patblas.
Mak saya cakap kalau saya bebai muka saya akan berubah jadi empat belas rupa.
Kalau orang tu biasa jenis ceria-ceria je, lepas tu dia tengah bebai, mesti semua orang boleh tau. Daripada suka bercakap, tiba-tiba haritu dia diam je. Tapi kalau Miyn jadi begini pada hari Isnin dan Khamis randomly makanya Miyn sedang berpuasa (in case satgi ada orang cakap aku tengah bebai which is memang selalu punnnnn sobs).
Pernah tak korang duduk dengan orang macam ni lepas tu rasa Ya Allahhhh, awkwardnya..nak cakap apa pun taktau sebab takut nanti tersalah cakap. Pernah?
Last-last semua orang diam. Semua orang berlakon. Semua orang buat taktau.
"Dont u feel guilty u are causing discomfort to people around u by behaving like that?"
Empat. Diam saja.
Ni lebih kurang macam kat atas la. Cuma muka dia normal tapi dia tak bercakap. Aku ada sorang kawan macam ni. Dan selalunya kalau kita tanya, "are u okay?" dia akan cakap, "Tak, harini mood tak okay, taktau kenapa."
Dan haritu dia behave macam biasa cuma dia akan diam dan banyak termenung. Tapi takde aura discomfort. Kalau kita tanya, dia jawab macam biasa. Tapi kalau kita nak ajak bersembang ke bergosip ke macam tak berapa okay sebab paling hebat dia jawab pun ialah "hmmm, ooo.."
Lima. Dia mana pernah emo.
Seronokkkkkk kalau boleh jadi orang macam ni. Dia sangat hebat dalam sembunyikkan ke-emo-an sampai takde sapa tau dia tengah marah ke tak. Tapi kadang-kadang sebab perangai macam ni, orang selalu take for granted. kot?
Dan kalau sekali dia marah walaupun sikit, semua orang takut. Hihi.
* * *
Susah nak faham bila perempuan tengah emo. Oleh itu aku sangat faham kalau lelaki cakap dorang tak faham dengan perempuan sebab aku sendiri pun kadang-kadang tak faham diri aku sendiri.
Ada sekali tu aku tengah makan dengan family aku dekat seketoi restoran ni. Kakak aku pulak ada habit suka sangat bergambar dengan makanan, walaupun makanan tu cuma seketul ikan ataupun segelas air oren. Tengah-tengah dia excited nak suruh aku ambekkan gambar sambil senyum, aku jawab, "Sorry, tengah takde mood."
Dan malam tu menjadi satu disaster untuk aku dan dia. Takde conversation. Takde tukar-tukar makanan. Diam. Maka baiklah pergi lenyek je Miyn kat bawah kereta mana-mana.
Dulu aku seorang yang cepat emosi. Be it cepat sedih, cepat marah, cepat happy etc. Aku tak suka bila aku rasa marah sebab kadang-kadang aku marah untuk benda yang entah apa-apa tapi tak boleh nak kawal kan. Dan slow-slow aku try untuk sembunyikkan perasaan tu dalam hati dan berlakon macam takda apa-apa. Dengan harapan nanti aku akan susah untuk rasa marah dah, Weeee!
Susah. Nak tenangkan hati. Nak jaga percakapan. Nak jaga mimik muka. Tapi takde sapa cakap mustahil.
Antara benda yang aku taknak buat ialah sakitkan hati orang-orang yang aku sayang dan orang sekeliling dengan perkataan aku, perbuatan aku dan paling penting mimik muka bila aku tengah emosi. Sebab kita bukannya tak tahu kita tengah emosi jadi tu tanggungjawab kita untuk kawal perasaan kita.
Dalam satu buku motivasi yang aku baca, ada auntie ni dia baru balik kerja dan sangat penat. Bila dia bukak pintu, dia tengok anak kecik dia tengah curah air dekat pinggan mangkuk atas lantai. Dia terus rasa nak marah tapi dia kawal dan dia tanya,
"Honey, why are u doing this?" Dan budak comel tu cakap, "I just wanted to help u do the dishes but I could not reach the sink."
Get it? Kalau dia terus marah, maka budak tu akan takut untuk buat apa-apa lagi lepas tu.
The whole life is a learning process and will determine what we are tomorrow. Jangan ego dengan cakap "hey ni aku, u have to accept me as I am" when u know u can change that bad behaviours/habits of yours. Kita tak hidup sorang-sorang. Setiap apa yang kita buat, akan bagi effect dekat orang sekeliling.
Dan aku berhajat untuk tinggalkan kenangan yang baik-baik saja, kalau tak mampu, saya mohon amfunn okay :) InsyaAllah.
#Kalau ada yang cakap Miyn garang, itu memang sengaja. Kalau tak garang awak taknak faham bahasa. Nyet! *sambil buat peace gaya gadis Koweaaa*



