Jam menunjukkan pukul 3 pagi dan saya masih lagi di sini.
Tipu betul. Semalam bukankah sudah berazam mahu tidur awal dan bangun awal? Tapi pagi tadi jugak terbangun pukul 2 petang. O mak aih terbuka pekung di dada lah pulak, ewah ewah. Tapi nak buat macam mana saya siries tidak terjaga. Tapi bila buka mata sudah pukul 2 lebih dan saya cepat cepat mandi untuk menonton Jelita. (ya agnes monica sgt santek dan comel). Tapi lepas mandi yang ada cuma cerita Incredible Hulk. Tapi saya tengok jugak sebab heronya agak kacak. Haishh, banyaklah pulak tapi kan?
Hari ni buang masa dengan melipat baju, membentangkan badan di atas katil ummi, memasak makanan pelik dan juga memasukkan barang barang ke dalam beg untuk dibawa pulang ke hostel. (oh i laikk, bunyi seperti di sekolah sekolah hebat). Dan saya sangat berasa akan perlunya abah mengambil saya di sini kerana ummi masih belum membeli tiket. Aiyoyoyo, nak balik naik bas jugak! (berdoa duduk di sebelah si hensem, ooops). Ha ha ha ha.
Hari itu abang dari kedai tshirt talipon. Katanya design baju sudah siap jadi boleyla ambil. Beliau tanak pos sebab takut sampai lambat. Nak pos ke kolej pun, kolej suka sangat bagitau lambat. Jadinya dia cakap jugak, sila ambil di kedai. Dan dia cakap, kalau susah dia nak tolong jadi posmen datang ke rumah. Ewah ewah sudah menjadi melampaulah pulak. Lantas saya jerit TAK PAYAH! Dia terdiam. Ha ha ha ha. Ekceli tujuan sebenar cuma nak bagitau saya dah jadi runner Bizandry untuk Kolej Mara Seremban, hureyy! Nak beli atau buat tshirt datangla cari saya. No talipon sila cek di Yellow Pages. Tapi mahal la kot.
Ni nak marah ni. Entah kenapa orang suka cakap tshirt harga 30 ringgit mahal. Mahal ke? Kalau kain santek pun mahal? Ok ok taula tiada brand Adidas ke, Nike ke, ataupun VJ Jeans. Eh itu seluar. Ho ho ho. Tapi saya secara jujurnya berasakan 30 ringgit itu tidak mahal. Topap pun beli dengan sukahati je lepas tu habis. Kenapakah tshirt yang boley dipakai sampai ke anak cucu dikatakan mahal. Mahal ke hah hah hah?
Marah.
Korang. Bayar jugak tshirt tu! Ha ha ha ha ha. Tak kira tak kira tak kira.
Di tahun baru ini saya nak jadi garang. BAYAR JUGAK! Cukup garang tak? Ngeeeee. Kadang2 terlalu baik pun membawa masalah. Bosanlah bukan menjadi baik bila dah semakin besar ni? Seperti contoh saya hanya memberi cerita yang saya download sampai tak tutup laptop selama 3 hari 3 malam secara free. Dan kawan saya pulak membuat bisnes dengan menjual cerita tersebut. Akibatnya, dia mendapat 600 ringgit hasil penjualan cerita cerita tersebut. Bukankah kaya itu? Tapi ai tak sangguplah sebab ai pun suka meminta minta.
Contoh lagi. Tadi ummi mengatakan beliau lapar. Maka suruhnya saya menggoreng telur untuk dibuat roti kapit. Taukah roti kapit? Oh, baru terdevelop ayat itu 5 saat yang lalu. Jadinya saya terasa baik, kesiannya bagi mak makan roti dengan telur bodo je. Lalu saya membuat resipi roti pita beintikan ikan tuna yang digoreng dengan berempah ratus berdaun thyme dan berserbuk oregano. Tiba tiba beliau datang dan mengatakan "I dont eat Tuna." Omaigod, rasa mahu membunuh diri sendiri. Jadinya saya tanya, "how come tak pernah tau pun ummi tak makan tuna? selama ni tu apa?" dan dia membalas "I eat sardin but not tuna. Never."
Ummi semacam peliklah pula suka berspeaking dengan saya. Saya tak suka lah ish ish ish. Kerana dia memaksa saya membalas dengan berspeaking jugak. Dan sori ye, saya tidak ikut kerana saya suka cakap merapu dengan bahasa melayu loghat utara yang semestinya kedengaran seperti best. Ha ha ha ha.
Pembaziran. Lain kali belajar mendengar arahan. Orang cakap buat roti dengan telur, jangan nak mengada buat advance advance.
Baik.
Haishhh, mengantuklah pulak. Esok mau ke Shahab mencari tiket bas saki baki. Tolonglah ada tolonglah ada. Taknak balik dengan abah. Terasa seperti mau mati melihat dia membawa kereta. Oh ya, juga ada deting dengan abang kedai tshirt. Wuaah, sangat tidak sabar melihat design.
Selamat malam!
No comments:
Post a Comment
hai!~