Monday, January 5, 2009

Hari Tersampai Kolej

Satu.
Saya terdengar bunyik seperti orang menggoreng kacang goreng di dapur. Oh yeah, ummi mesti sedang memasakkan sambal tumis ikan bilis. Untuk tidak memurkakan ummi pada pagi terakhir saya di rumah, saya pun mengangkat punggung dari katil dan berlari-lari comel ke bilik air untuk bersiram.


Dua.
Makan nasi sebagai breakfast. Pada ketika ini sudah terasa sedih. Sebabnya ummi memasakkan daging ding ding yang saya mintak. Sedih bila tengok saya tak sempat membaham keseluruhan daging tersebut. Ummi bersembang menceritakan kegembiraan beliau di ofis sambil menunggu cili pecah minyak. Ho ho ho, tidaklah saya tau apakah itu pecah minyak. Ibu anda mesti tau, melainkan ibu anda ialah seorang yang tidak memasak. Tapi saya tau jika tidak pecah minyak perut anda akan menjadi kesakitan dan mungkin anda akan termuntah, kot. Ho ho ho, sekali lagi, saya tidak tahu.


Tiga.
Sudah pukul 11.15 pagi, dan sambal itu seperti tidak menunjukkan tanda tanda mahu siap. Saya sudah risau. Bas pukul 12, lagi pulak pernah ada pengalaman ketinggalan bas. (Marah Transnasional, marah marah!). Tapi pukul 11.30, semua sudah setel. Ummi bersiap-siap hendak ke ofis. Dan saya sangat terharu beliau mengkenselkan consultation hours beliau dan jugak kelas beliau sendiri untuk menghantar saya ke Shahab. Tima kaseh ummi, i lafff u much much!

Empat.

Menggerak si baloq liat adekku heroku pahlawanku untuk mengatakan saya sudah hendak pulang. Beliau bersalam dan terus menunggu di depan pintu dengan muka busuk.


Lima.

Berlumba dengan dasat hendak ke Shahab. Emak saya seorang penggelecek kereta yang hebat! Tapi melihat orang alor star membawa kereta sangat menyakitkan hati, seperti mereka sedang melihat pemandangan yang indah pula. Sambil menyumpah dalam hati, saya berdoa berharap semoga sempat sampai dan tidak perlu mengejar bas. Sangat memalukan ok. Tetapi ummi tetap tenang, beliau cakap tiket habis beli lain jangan marah marah.


Enam.
Saya mengucapkan alhamdulillah dengan sifat Melayu yang pelambat. Sungguh tidak tersangka kadang kadang sifat ini berguna juga ye.

Tujuh.

Bersalam dan memeluk ummi dengan erat. Saat ini sudah hendak menitikkan air mata satu kolam namun saya masih berlagak macho. Sudah sudah jangan bercakap nanti terbanjir. Malu malu, saya tak suka menangis depan emak. Sebab emak pun tidak menangis depan saya, dan sememangnya beliau lebih kuat ribu ribu kali ganda dari saya dari segi ketahanan kilang air mata.

Lapan.

Ok, sekarang saya pulak terasa hendak menangis menulis pasal ibu ni. Ummi, terima kasih masakkan semua benda tu, ayam daging ikan bilis. Dan jugak laksa. Semoga Allah jaga ummi macam ummi jaga kami semua.


Sembilan.

Pukul 6 sampai di Stesen Putra. Tersesat jalan cari tempat keluar tidak berjumpa. Akhirnya berjumpak pak bangla yang boley tahan hensem namun beliau tidak tahu bercakap Melayu. Spoil lah. Termalu sendirian. Hampir termasuk ke dalam toilet.


Sepuluh.

Abah sudah sampai. Merayu memohon minta dibawa ke UIA menghantar ikan bilis untuk beliau si kakak. Abah tak kesah lalu terus memecut ketakutan jam yang amat sangat.


Sebelas.

Percubaan memohon kakak untuk menghantar ke kolej tidak berjaya. Aishh, kenapakah kelas mesti diadakan pada awal pagi? Benci benci benci.


Dua belas.

Tiba di rumah. Dipaksa untuk memandikan diri dengan cepat kerana hendak menshopping barang barang. Selepas makan terus menuju ke Giant.


Tiga belas.

Giant sini sangat tidak best. Apakah sabun dan shampu saya tidak ada? Kenapakah kenapakah? Tensen tawu tak tensen. Sudahla tempat parking menakutkan. Naseb tidak ada penjenayah upahan. Tapi saya belajar, bila shopping dengan ayah jangan komplen sebab lelaki tidak suka berjalan banyak melayan anda yang menyampah. Jadinya saya ambil je segala bagai yang tidak best. Omaigod, berdoa rambut tidak rosak kekal bersinar seperti lepas mendapat rawatan stim.


Empat belas.
Esoknya saya bertolak pukul 7 pagi. Hooooi, tujuh pagi hoii! Banggee ni banggee. Dalam perjalanan melihat budak sekolah baru nak masuk. Ada sketoi budak skolah rendah ni, rambut macam Noh Hujan. Makkk aih, advanced lah budak2 KL zaman sekarang. Nanti ai ada anak bagi dia sekolah pondok je. Habis cerita.

Lima belas.
Pukul lapan sudah tiba di kolej. Saya bergiat mengemop menyapu menyidai mengkilat membersih dan membersin seperti orang kena sampuk hantu Meriam. Oh, femeslah meriam ini tiba2 kan? Bertuah rumet saya nanti sudah tidak payah bermain habuk. Saya benci habuk! Habuk membuatkan saya kelihatan tidak kool. Saya bersin dan perlu menghabiskan tisu muka dengan banyak. Hidung menjadi merah seperti badut sarkas. Rambut serabai seperti megi hangit.

Enam belas.
Melepak di Terminal One yang menakutkan. Bershopping bagai esok mahu raya. Orang perempuan macam ni lah. Kaum lelaki sila ambil perhatian. Pastikan anda kaya raya jika mahu memilih si kaki shopping.

Tujuh belas.

Tido. Sampaila rumet saya pulang pada pukul 6 petang. Ha ha ha ha, baloq baloq! Ok, hari pertama ada exception kerana selesema. Maafkan saya. Esok mesti tidak tidur banyak dah. DS masak masakan masak lemak. Pedas! Menerukkan lagi selesema saya. Haishhh, esok mesti kelihatan semat untuk ke kelas.

Kerinduan pada kawan-kawan menebal. Tapi pada mak lebih lagi. Tiba tiba terasa mahu menangis. Teringat Crunchie yang tinggal sekerat dalam peti ais.

Oh, sekarang hujan. Mari ke katil!

No comments:

Post a Comment

hai!~