Tidak terasa lawakkah mendengar perkataan 'langsir kalis panas'?
Masa mula-mula saya mendengar Cik Puan Pengarah menyebut itu, saya terpikir, langsir itu tidak akan terasa panaskah walau terkena matahari? Akan sejuk seperti ais ketoi ke? Ataupun, tidak akan ada orang dalam bilik menjerit "woi panaslah hari ni!"?
Tapi pagi tadi, kehebatan dan kemantapan langsir pilihan beliau sudah terserlah. Bukan sahaja saya tidak terasa panas, malah terasa seperti di waktu malam la pulak. Dengan angin kipas sepoi-sepoi bahasa, saya kini tidak perlu sangat bergegas ke library di waktu petang untuk mendapat secebis nikmat ekon. Hanya melenggang di atas katil sudah cukup.
Dan akibatnya, saya bangun lambat. Kalau ummi tau, mesti dia tidak akan mengaku ada anak seperti saya. Hua hua hua, over la kan? Oh tidak, ibu mana sekejam itu. Lainla kalau saya lari ke Siam untuk bercintan dengan Dafi SpaQ.
Tiba tiba rindu pulak beliau. Agaknya apakah progress beliau dalam cerita tu? Sapa tengok bagitau skang!
Ok, back to the story. Jangan merapu jangan merapu.
Bilamana saya bangun, iaitu ketika abah mentalipon bertanyakan pasal akaun yang adik saya memandai-mandai berkata apakah dekat beliau, well saya pun hampir blurr. Adek saya ni pun satu, nak menggunakan akaun saya tidak melaporkan dulu. Bila abah tanya saya pun tercengang-cengang. Dahla saya baru termimpi indah. Nasib saya tak mamai dan memanggil abah saya 'ye sayang, u ada apa kol ai pagi pagi ni?'
HA HA HA HA, ko nak mati panggey ayah ko sayang? Silap hari ayah ko bawak senapang debik kepala ko.
Oh tidak, ayah saya takla segarang itu. Cubit saya pun beliau tidak pernah. Tapi ibu saya beliau garang woooo. Tiap kali saya kena pukul, mesti hanger itu akan terpatah. Saya pulak membagi je anggota badan saya untuk dipukul. Malas la mau main lari lari. Bukannya ibu saya nak gelak pun, lagi dia marah ada. Oleh itu, selalu ummi akan membagi warning seperti "siapla lepas mandi nanti, ummi pukul!". Jadinya saya dan kakak selalu lepas mandi akan memakai baju kami yang terpaling tebal untuk membuat persediaan menghadapi hukuman pukul.
Bersyukurlah anda mendapat ibu yang garang. Sebab kalau ayah yang garang, beliau akan mengguna batang paip dan tali pinggang yang boleh membunuh itu. Ho ho ho, itu berdasarkan cerita kawan kawan. Seperti saya cakap, ayah saya tidak pernah membuat perangai sebegitu. Beliau tidak larat nak memukul anak. Baik pergi tido lagi best.
Tiba tiba tercerita pasal mak ayah pulak. Teringat ummi terasa mahu nangis lah bukan? Ok sabar sabar, baru seminggu sayang oi.
Nak berhenti sini boleh? Saya terasa sedih la.
No comments:
Post a Comment
hai!~