Semalam aku pergi ke shopping mall paling femes di Alor Star untuk ambil design tshirt. Well, maksud femes di sini bukan sebab shopping mall tu besar ke, menarik ke, penuh dengan mat salleh ke, tapi sebab memang dari aku kecik sampai ke besar, kalau nak jumpa kawan2 mesti pegi situ walaupun hakikatnya penuh dengan manusia manusia pelik. Tapi still, takla menakutkan macam pegi Terminal One. Tempat pun kecik, tawaf 5 kali, 5 kali la ko boleh jumpa muka yang sama. (dan selalunya akan tawaf lebih dari 10 kali).
Masa nak jalan balik tu, tiba tiba ada sorang laki tahan depan muka. Tekejut tawu,ingatkan perompak bersiri, tapi tengok tengok rupanya cinta lamaku. Suhairi! Ha ha ha ha.
Ok, pembetulan. Dia bukan cinta lama saya.
Dan paling best bila ada Wahid dengan Syafiq Toilet sekali. (hai myra!)
Menakjubkan betul la bila aku tengok kulit dorang dah jadi licin melampau mengalahkan kulit aku sebagai seorang perempuan. Siries lah, cantik dan berseri-seri. Malah semakin kacak pula. Ngeeee, tak cakap apa tak cakap apa.
Dan entahla kenapa aku macam rasa termalu pulak. Mungkin sebab lama tak jumpak. Dorang ni seangkatan geng mIRC dulu la dan jugak kawan baik kepada Kaka. Dan hakikatnya memang sangat baik. Dulu dulu rajin call, dulu dulu rajin mesej. Dan bila aku dah sampai ke tahap tak suka mesej dan tak balas miscall, semua tu dah habis lah.
Ayat first Syafiq, "weh awat ank nampak lembut semacam ni? Dulu bukan kasaq ka?" Pastu Suhairi pun menyampuk sekali.
Well, ayat biasa aku, aku kan dah besar. Nak jadi kasar pun sampai bila. Dan hello, bukanlah kasar sangat sampai main sepak sepak orang. Cuma setakat tak sopan dan pegi mana mana suka duduk bersila. Tusyen pun bersila, mcD pun bersila, gi kenduri pun bersila. Tak dilupakan aku sangat anti dengan kasut perempuan. Sebab tu dulu aku kasut raya aku ialah kasut Adidas. Dan aku akan pakai baju kurung dengan kasut tu sampai ada budak lelaki tusyen yang tegur, dia cakap aku otai ka. Ha ha ha ha. Bukan otai, rock sikit je. Nyeh nyeh nyeh.
Masa dalam kereta tu, aku sangat sangat teringat balik benda yg kitorang buat dulu.
Suhairi ni bagi aku jenis soft la kot. Sebab aku tak penah dengar dia guna suara garau ataupun kita panggil suara jantan. Kitorang panggil dia Su. Yang paling aku ingat pasal dia ialah, masa satu hari tu ada besday party dekat rumah Alya. Pastu kitorang meredah sungai sambil kena panjat tebing. Nak elakkan aku dari jatuh, dia pun tolongla. Tapi slipar aku dengan Majid kena lumpur. (majid itu perempuan ok). Pastu kitorang bukak paip dan buli dia suruh basuh slipar kitorang. Dan dia pun dengan comelnya basuhla dengan rela sampai slipar tu bersih. Dengan kaki kaki sekali dia tolong. Nyiahahahaha, saya memang kuat membuli.
Wahid pulak, oh dia sangat berjasa masa zaman aku tusyen dulu. Dulu dulu kan, aku tak penah datang awal. Kalau tusyen start pukul 8, paling awal pun aku sampai 8.15. Paling lewat pukul 9. Sampai cikgu cakap nak bagi hadiah jam dekat aku. Dan bila masuktu aku selalu lupa nak tarik pintu sebab malu dengan budak lelaki. Kalau boley aku masuk tu nak je duduk terus. Manusia ni biasala, bila orang lalu ke, bukak pintu ke mesti kepala semua akan pandang. Dahtu, Wahid ni akan tutupkan pintu sebab bila cikgu suruh aku tutup, aku tak pegi pun.
Lagi satu, mak aku selalu datang ambil lambat. Rumah Wahid ni dekat je dengan tusyen tu. So, aku akan mintak dia tunggu aku sampai mak aku balik, pastu baru dia boley balik. Ha ha ha , buli lagi. Saya ni kuat membuli tawu? Tapi dia pun ok je. Walaupun aku rasa dia agak malu la. Sebab masa zaman dulu aku ni agak tak malu bila aku dah kenal orang tu. So aku potpetpotpet tapi dia diam je. Dan bila mak aku datang, dia pun balikla jalan kaki. Masa tu malam kan, jadi bukan saja saja nak buli dia okes?
Syafiq pulak, hahahaa. Aku mula kenal dia dekat rumah Sir Syam. Masa tu dia mintak pembaris kawan aku pastu bagi patah. Dahtu kitorang start bagi nickname dekat dia. Tak salah aku, Syafiq Toilet tu wujud sebab dia suka barang Wild Channel. Memang sampai sekarang pun aku tak reti panggil dia Syafiq saja, mesti kena ada Toilet sekali. Ngeh ngeh ngeh. Dia pun baik jugak, cakap tak penah nak jerit jerit kalau dengan kitorang, lembut ja sampai tergugat status aku sebagai seorang perempuan. Dan masa dekat rumah Sir Syam tu, dorang sangat nakal. Dorang ambil kasut Adidas aku pastu letak atas bumbung cendawan yang orang buat pakai simen tu. Macam nak sawan aku carik kasut tu. Last last Yonn pegi amek. Hueh ye ke? Tahla, dah lupa la.
Kadang kadang bila ingat balik, macam pelik ja fikirkan betapa banyaknya aku dah berubah. Walaupun tak banyak, tapi ada beza jugakla. Sekarang aku dah tak suka pakai kasut sport tu. Tapi bersila tu macam susah nak ubah. Sebab keselesaan itu penting, dan sopan itu kita mesti tolak tepi kalau taknak badan sakit. Ye ke? Ha ha ha ha.
Dulu semua nak cari cinta pertama pun, pergi dekat geng geng tu je. Biasala, orang baru nak kenal dunia. Ngeeeee, hai myra!
Omaigod, hopefully nanti adala gathering channel chatting tu lagi. Walaupun macam mustahil je, tapi nak jugak! Bolehla kali ni pegi dengan status single, dan biar orang lain pulak yang rasa bangga diri. Ha ha ha ha ha. Wuaahhh, mesti sangat best. Omaigod, terasa macam excited pulak.
No comments:
Post a Comment
hai!~