Saturday, August 20, 2011

49 Days


Salam.

HAI !

Semua orang dah tengok 49 days? Kalau belum, sila pergi tengok sekarang! Ini arahan. Ok bye.

Tipu je. HI HI HI.

Semalam dan harini aku buat marathon series 49 Days ni. Yerp, it's a Korean series. It's been a long time since I last watched one, sebab aku selalu menepis drama Korea yang pada pendapat aku, lebih banyak fokus part cinta compared to drama Jepun yang lagi comel secara natural, cheeky dan tak berfokuskan cinta.

Peminat Korea jangan baling cili kat saya please :(

Since sebelum balik haritu aku duduk di bilik Yana dan dia sungguh2 promot drama ni, jadi aku pun godek2 hard disk pastu terbukak la hati untuk tengok.

And Im happy I did so :)

Minus the lovey dovey part, aku sangat suka dengan karakter Shin Ji Hyun yang sangat comel. Pelakon dia pun sangat comel dengan mata bulat comel heee geram, if I were a boy I'd definitely fall for her cute character. Dia nampak sangat innocent, clueless dan oblivious.

And this character suits the hero. Seorang yang sangat ego, reserved, penyayang tapi sayangnya tak cukup berani untuk pegi confess. Sebab apa aku suka? Rahsiaaa, hihi.

So let me give u a brief summary, okay? Miyn janji tak spoil ending dia :)




Ji Hyun ni anak orang kaya dan dia dah bertunang. Dia ada 2 orang kawan baik perempuan, dan 1 kawan baik lelaki iaitu si hero tadi (Han Kang). Sejak sekolah lagi, cuma dia je yang boleh buat Han Kang ni buat itu ini, kiranya dia je la yang boleh buat Han Kang ni turunkan sikit ego dia.

Satu hari, Ji Hyun eksiden dan hampir mati. Tapi rupanya dia ni tak sepatutnya mati time tu, jadi dia diberi peluang untuk kutip 3 titik ayaq mata dalam masa 49 hari. Dan dalam masa tu, dia kena hidup dalam body orang lain. Air mata family takleh diamek kira okay. Kalau dia berjaya, dia akan sedar dari koma dan hidup bahagia hingga ke anak cucu, Yeay!

The 49 days are the best part of the drama.





Somehow, drama ni buat aku sentap sikit, sebab kadang-kadang kita rasa yang kita dah buat yang terbaik, dah cuba untuk happykan semua orang, tapi kita tak sedar kita ada sakitkan hati orang secara tak sedar. Dan dalam kita tak sedar, sebenarnya kelakuan seseorang tu depan kita, tak mencerminkan apa yang ada dalam hati dia.

Contoh senang, kalau mak kita marah-marah, pastu kita kurang ajar, padahal dalam hati mak kita tu sayang sangat kat kita cuma dia tak tunjukkan sebab dia takut anak dia naik kepala ke maybe? Jadi, kita kena la belajar untuk menilai seseorang tu dengan mata hati, barulah takde cacat cela :)

And the most important thing, is your character. Perangai dan kelakuan kita yang menjadikan siapa kita. Letaklah kau dalam badan si tempang ke, Justin Bieber ke, si Jennifer Lopez ke, people will remember for who you are inside, not who you are on the outside coz u can fake that but you cant fake a true heart :)

Mungkin ni pertama kali aku tengok cerita Korea dengan mata hati dan sangat rational, jadi aku tak menangis langsung. Sebak ada la sikit, tapi banding dengan dulu (bunyik lagu tema je ayaq mata meleleh sebanyak satu baldi), I improved a lot.

Saya sangat suka karakter Han Kang :) Tapi aku tak rasa ada lelaki Melayu macam tu.

Papai !




p/s : ...pastu aku terfikir, berapa titik ayaq mata boleh aku kumpul agaknya? *straight face*

Satu Hari di Lapangan Terbang Bengaluru


Salam.

HAI !

Ingat tak dulu aku cakap dekat Miyn, "Agak-agak ada tak pakcik hebat kat Malaysia friendly mcm pakcik India dalam train ni?"

Alhamdulillah, Allah jumpakkan aku dengan pakcik tu!

*sukanya hati yey yey menari hula hula hula golek golek* OOOPSSS!

By the way maksud cakap dekat Miyn itu ialah cakap dalam hati HE HE HE. Ok tak lawak.

Jadi ceritanya berbunyi begini..

* * *

Aku dan Hippos tengah tunggu flight dari Bangalore ke Malaysia pada petang itu, bila tiba-tiba seorang pakcik Melayu menegur "Assalamualaikum dik.."

*Hippos ialah panggilan comel aku kepada kawan-kawankuuuu*

"Waalaikummussalam.."

"Tumpang tanya, adik ni dari mana? Jarang pakcik tengok budak Melayu kat sini"

"Err, Manipal. Nak balik Malaysia. Baru cuti ni..."

Pakcik tu agak cool bagi aku. Beliau cuma berT-shirt dan berseluar jeans, dan berbeg galas. Berdiri pun kaki sebelah je. Tapi percakapan sangat sopan dan lembut dengan volume yang lebih rendah dari aku. Maka aku cuba untuk senada dengan beliau. Ehem ehem, kita cuba pelan-pelan ye :)

"Oh, lelaki tak ada?"

"Yang lelaki balik dari Kochin. Yang ada kat sini semua perempuan je.."

Maka, perbualan kami pun bermula..

Menurut pakcik tu, dia merupakan seorang 'cardiothoracic surgeon', dan dia ada practice kat Bangalore.

"Awak tau Hospital Narayana?"

"Errr, tak. Tapi Satyanarayana saya tau," aku membalas tanpa rasa bersalah (oh kenapakah aku memperbodohkan diri aku masa tu)

*Satyanarayana ialah nama penulis buku Biochemistry aku* T__________T"

"Ok takpe, awak baru 1st year kan. Hospital Narayana tu....."

Nah baca ni :

Narayana Hrudayalaya
was established in 2001 as a cardiac facility. Now, it is Asia’s Largest Cardiac Care center and also houses the World's Largest Cancer hospital.

The hospital is both JCI & NABH accredited and it is the first center for Artificial Heart Transplant in Asia. We carry the World's Largest Telemedicine Network and the infrastructure to perform over 150 major surgeries in a single day.

NH attracts patients from 76 countries to Multi specialty hospital for Bone Marrow Transplant, Cancer care & Heart care.

We have initiated the concept of Micro Insurance- world’s largest self funding insurance scheme for the farmers of Karnataka where in the members are covered for maximum surgeries at a mere cost of Rs. 10/- per month.

* * *

Pakcik ni sorang yang sangat hebat. Dia cerita dia amek itu 2 tahun, sambung ini 4 tahun, amek ini lagi 3 tahun, buat itu 3 tahun tapi muka dia serius mudaaa remajaaaaa je gua tengok? Tak macam pakcik pakcik pun?

Tiba-tiba satu soalan tersembul di mulut aku secara tak malunya dan tanpa rasa bersalah..

"Pakcik, mintak maaf saya nak tanya something personal boleh? Pakcik macam banyak ke sana ke sini je. Urm, family pakcik?"

Beliau sengih. Oh, awak nak tau pasal family saya?

Menurut beliau, beliau berasal dari kawan pedalaman. Mak beliau memang sangat superstitious dan sangat percayakan tok bomoh. Satu hari pak dia kena intestinal infection dan mak dia dah bawak p berubat kat seluruh dukun yang ada kat negeri tu (dirahsiakan dulu) tapi tak okay okay jugak. Sampai satu hari ni dah kronik sangat, jadi depa terpaksa p hospital.

Bapak beliau dibedah 2 jam selepas dimasukkan ke hospital dan atas izin Allah, bapak dia berjaya diselamatkan. Sejak hari tu, mak dia tak percaya kat bomoh dan dorang sangat semangat nak pakcik ni jadi doktor :)

It turned out that the pakcik and I shared the same primary English teacher! Walaweyyyyyy :)

Maka terbongkarlah rahsia yang pakcik tu sebenarnya berasal dari London. Ok tipu. Kedahla. *wink wink*

Beliau cakap, "I know that doctors are the worst wives and the worst husbands. So I memang taknak doktor as a wife. Nak cari dentist, zaman tu tak banyak lagi. So I married a nurse. I suka buat apa yang I nak buat jadi I cari seorang yang sangat independent...."

"So, now, my wife manages my family and my kids. Kad ATM gaji saya pun saya tak pegang. Saya cuma transfer RM2000 untuk saya guna tiap-tiap bulan. She drives my car and she send my kids to school..ehem ehem, zaman sekarang taktau la ada lagi ke tak orang macam saya kan.."

Believe me , aku ternganga mendengar kata-kata beliau.

Yerp, bunyik macam sangat best kan? Tapi beliau cakap, anak last beliau dah 8 bulan, dan beliau cuma jumpa dia 14 hari. 14 HARI JEEEEEEE!

"Dulu saya bertugas di Kuching. Sana mana ada line kan. Masa saya balik rumah, anak saya lari. Dia ingat saya stranger."

ERK !

"Jadi sekarang saya make sure saya Skype dengan family saya hari-hari."

* * *

Oh it was a very nice conversation. Blame me sebab terlupa mintak business card. Aku mula suka profession seorang doktor. Sebab dorang korbankan masa bersama family untuk berbakti kepada kita semua. (ayat skema nyeeee) Yerp, doktor itu public property. Dan orang yang paling banyak berkorban ialah ahli keluarga doktor tu sendiri. Dan aku bertambah kagum dengan beliau bila beliau cakap beliau stay dengan government.

"It depends on why u wanna become a doctor. I never planned to become a doctor, let alone a cardiac surgeon. Kalau saya masuk swasta, I can get 40k for one heart surgery. Kerajaan bagi tak banyak, tak banyak..."

Oh Uncle I salute la you! Nay, u know doctors can always do part time at private hospitals :)

Seronok dengar beliau cakap, kawan saya doktor kat hospital tu, kawan baik saya pengarah hospital ni. Akan tiba masanya bila aku pulak yang cakap macam tu.

"Doktor mana yg sambut anak you tu? Eh apa? Laa, dia tu senior I masa kat Manipal dulu."

"Doctor tu dulu classmate Mommy tu, kitorang gi makan kat Manipal Canteen sama-sama every weekend tauuuu..dia ni suka gila chicken Kashmiri sampai tibai roti nan 4 keping!"

"Eh makcik dalam tv ni, kami p Taj Mahal sekali kot duluuu. Dulu time practical Prostho nangis-nangis dia sebab susah nak buat. Dah kerja kat UK dah dia sekaranggg.."


InsyaAllah, harap-harap kawan-kawan aku semua jadi doktor yang berjaya :) dan coooool !


p/s : Lawak la kan sebab aku selalu terbercakap dengan strangers di mana-mana saja aku pegi. Sampai Myra wujudkan istilah, "Ha, Miyn dah start meng'aminah'kan diri la tuuu" HI HI HI.










Wednesday, August 17, 2011

Post Bila Miyn Tengah Excited :)

Salam.

This is a continuous writing with continuous flow of writing sebab aku sangat happppy happppy happppy sebab after a year finally dapat jumpak dengan manusia manusia yang paling aku sayang di alam semesta dan sangat happy sampai tatau dah nak cakap happy lagu mana lagi tapi ketahui je la yang aku memang sangat happppppppy!

Ok ayat di atas macam toek sedikit tapi usahlah dipedulikan yang penting untuk pengetahuan semua, Majid dan Alya ialah my childhood friends since Darjah 1 kat Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma dan kami start rapat masa masing-masing dah masuk sekolah menengah tapi aku masuk sekolah menengah Asma depa masuk sekolah menengah Bahiyah tapi hey kami jauh kami okay.

Phewww...

Dan secara tak sangka nya Aloq Staq ni sangat la kecik sampai senang sangat jumpak manusia yang aku kenai sebanyak patpuluhtujuh kali dalam sehari dan secara tidak langsung akan teringatlah aku akan kenangan masa zaman hingusan semua benda pun nak try dulu. Eherm.

Isu kami bila bertemu : Awat kita takdak boyfriend?

HA HA HA. It'd be good if Kang Zeetttty Anis join us tooo hey Zet I bawak depa p makan laksa lemak tadi Majid cakap superb sedap..looks like that is one place yg takda orang bila time bukak posa hihi. But they seem to understand yg we Muslims kalut-kalut nak bukak posa ..

Gee is my adek. Ok tipu. I call him adek and he calls me akak. That was before masa zaman hingusan (again). Tadi for the first time kami ber aku-hang. oh poyos poyos. Dia dengan Majid sekarang bekerja sebagai pelipat baju. Ok tipu lagi. Dorang kerja kat tempat jual baju baby ja dan aku dan Alya secara tak malu dan tak sedar diri pergi menyibuk kat situ bersembang sakan macam dunia itu kami yang punya yippppppieeeeee. Ala, mana ada makcik pakcik nak beli baju anak petang-petang kan? :P Majid cakap kalau ada orang marah otomatik dia berenti terus. Hihi, my Majid is shooooo kiyut :)

Ok aku tulis macam orang tak betul eh eh mana tatau nak carik titik so I guess laptop aku dah takda titik jadi, haihs semputttt okay tengok gambar je la sebab dah lama tak post gambaq kan kan kan?



Majid aka My chan :)

Alya lalito :)

Fauzi Gee Gee :) rambut cantikk!

Ini pose Miyn paksa dia buatttt~



And the rest is history :)




Soon, orang Bangi eh AloqStaq pulak balik ke kampung halaman :) oh suka!


Satu Malam ke Bangalore


Perasaan balik kali ni bercampur-baur. Aku happy, sebab nak jumpak Fadzliyah kat Bangalore. Tapi rasa syahdu, sebab kawan-kawan lain tak balik lagi. Jadi, nak rasa happy lebih-lebih pun macam tak patut.

Yerp, aku dah habiskan exam 1st year aku. Alhamdulillah. Lepas setahun kat sini, finally aku boleh balikkk, yeay!

Malam aku ke Bangalore ditemani seorang pakcik comel. Aku tak sempat tanya nama dia. Yang aku tau, dia merupakan pemilik syarikat binaan bersama-sama 2 lagi adik bradik lelaki dia dan mereka bakal membina sebuah shopping mall di Manipal yang akan siap dalam masa 3 tahun. Jadi takda sebab untuk aku happy sebab aku sudah tiada di Manipal untuk bershopping sakan di situ.

Daripada bab study aku, sampaila bab family dia. Sampai ke gambar anak-anak dia pun dia tunjuk kat aku. Fatima. Khadija. Bila aku bagitau nama aku, baru dia bagitau, anak last dia pun nama sama dengan aku. Walarh! Berjodoh betul.

Aku cakap kat Miyn, "Agak-agak ada ke pakcik hebat cool camni kat Malaysia? Yang sangat friendly dan tak kisah share cerita peribadi?"

Dia tanya lagi, apa plan masa depan? Nak sambung lagi tak? Nak kahwin? Aku sengih saja. Aku cakap "I just finished my first year. Let me be more exposed in this field, then I'd start planning"

Dia sendiri cakap dia tak plan untuk anak dia. Yang lelaki dah sekolah tahfiz. Dan anak perempuan dia nak belajar kat Malaysia. Weeheee! Aku tanya dia, apa dia suka makan kat Malaysia.

"FISH."

Erk. Fish? India also got fish meh.

Kami borak-borak sampaila datang sorang laki tuan empunya seat depan aku tu. Dan pakcik tu naik atas lalu pergi tidor. Aku pun sambung baca novel karya Rahul Saini. Hoh, novel India tak pernah fail buat aku happy :)


* * *

Sebenarnya, kawan yang tumpangkan aku kat Bangalore tu tengah exam. Rasa bersalah jugak tapi dia dah cakap berbulan dulu "takpa, aku study awai-awai so that aku boleh bawak ank jalan-jalan nanti.."

Alolololo, baiknya kan kan?? :P

Kat rumah tu, aku disambut oleh sang kachak Tom. Kachak gila baq heang. Dahla gemok, tough, mugil, gebu gemulus macam nak pijak sampai penyet tekeluaq isi perut!

Masa dorang tengah exam, aku tidor atas katil. Dan Tom telah naik dekat kepala aku lagu geget geget kulit kepala aku. Erk! Bila balik rumah, muncul beberapa ketoi jerawat hasil berbantalkan Tom.


Ok, sebenarnya dah taktau nak sambung apa. So aku stop sini je. Sebelum tu, nak cakap, saya sayang Fadzliyah dan Nabila Huda! Bye !


Monday, August 15, 2011

apa barang2 penting yg kne bawak ke manipal ?? electric appliances patot bawak siap2 x? tx

Hi awak! Nak datang Manipal eh?

Hmmmm, banyak barang2 penting tu. Electrical appliances quite expensive kat sana but insyaAllah semuanya ada tapi mostly Indian brand la. Maybe..

[x] Stationeries sebab kat sana mcm tak best sangat , unless if you're not the fussy ones (rubber sana tak best, pen pun, hehe walaupun pen tu ber'duta'kan Shah Rukh Khan) dan kat sana takde book stands.

[x] Kicap, milo dan 3in1 yang hebat-hebat tu. So you have to belajar how to bancuh everything la (so jangan lupa bawak kalau tak reti).

[x] Remind your parents to post Thirsty Hippo later on sebab bila musim hujan (will start around late July) , kulat kulat durjana akan muncul dan mengkulatkan baju baju or benda benda yang malang. Itupun kalau dapat bilik yang malang jugak la..i dont know why la kat sana takda anything near to Thirsty Hippo.

[x] Maggi (again, kalau cerewet jugak) sebab ada yang cakap Maggi sana tak sedap. But for me okay je? :P Oh dan jugak kalau awak suka Maggi Ruski..


If there's anything, boleh add k kat skype (miyn.amin) *were u the one sending the question mintak id skype and phone number tu? boleh reply kt kotak kecik kt blog ya*



:))



Ruski..

Whats up, peeps?

Friday, August 12, 2011

My Daughters


Salam.

HAI ! ! !

Tak sangka ada jugak nak klik butang Follow Me walaupun dah berkurun lamanya aku tak update hihi. Aligato! *senyum sopan sopan tak tunjuk gigi*

Sebenarnya rasa macam tanak tulis dah blog ni. Sebab semua idea dan fikiran dah dihamburkan kat Twitter. Dan kadang-kadang rasa macam makin banyak rahsia aku muntahkan kat sini sampai bila aku cerita kat orang, dorang cakap "ko dah tulis kat blog." "Bukan ko dah cerita dulu kat blog?" "Aku dah baca kat blog."

Sobs sobs. Maluuuuuu sayeeee tawu~

Ok abaikan.

Jadinya, tadi petang aku berbuka dekat rumah Prof Chowdury. Beliau ialah seorang 'visiting professor' kat U mak aku dan merupakan supervisor mak aku. Jadi sejak hari aku balik haritu mak aku asyik cakap "ingat hari Jumaat ni ok, kita bukak puasa rumah prof Ummi."

Dan akhirnya Jumaat itu tiba juga, Yehaaaaa!

Sesampainya kami (aku, mak aku dan kakak aku) kat pintu pagar beliau, beliau keluar lengkap berpelikat dan berkurta dan bersenyuman manis sambil berkata...

"Ohhhh, I have 2 daughters today! They are my daughters!"

Untuk pengetahuan korang, Uncle Chowdury ni asal dari Bangladesh. Dengan kehendak Allah, beliau dan isteri tak dikurniakan anak sampaila ke usia tua ni. Sebab tu kot dorang excited sangat bila mak aku bawak kami. Nyet nyet nyet. Muka beliau ada sikit macam Doktor Somayaji (cikgu Anatomy aku). Comel kan comel kan?

Cara dorang layan tetamu lebih kurang macam kita. Yang nak makan 7 orang, tapi masak macam 17 orang nak makan. Jenuh paksa kita try semua makanan dia masak. Makanan pulak banyak berunsurkan kekacang, jadi aku tak berapa boleh go. Nasib baik dia ada buat samosa dan mak aku bawak mai roti jala. Ada satu makanan ni kacang semata, dimakan dengan terung/cili hijau salut tepung ala-ala gorong pisang. Masa mak aku tengah sibuk bersembang, aku letak sikit aku punya makanan dalam pinggan dia, HE HE HE. Pastu mak aku heran awat dia makan tak habeh habeh. KIHKIHKIH.

Ye la aku mengaku la lepas tu. *kenyit*

Selepas kekenyangan dan bersembang dengan sangat rancak pasal India (yesh this prof knows a lot about India), tiba-tiba Uncle Chowdury cakap...

"Okkkkkay, we're gonna eat rice after this okay?"

Aku macam, WOAAAAA? O.O"" uuuuuu nak tekeluaq isi perut dah ni...

"No no no, this is iftar, next is dinner.."

*nanges*

Apapun, malam tadi sangat seronok. Aku rasa dalam bahasa dorang takda huruf C kot. dia asik sebut "kesil""dusuk" dan paling tak tahan.."sintak.."

Sintak?

"yeah sintak..or is it santik?"


T____________________T"

Teringat aku dekat cekodak pisang, ayam rendung, kitchup mee, gorong pisang, ikan Thigarasa. Ni semua menu kat India ni. Masa first time aku baca menu tu, adala terguling-guling kejap selama beberapa menit macam orang gila. Pastu bila aku betulkan, bos tu taknak mengalah. Dia cakap "that is how u pronounce. This is how we Indians speak.."

Aduhaiiii...ada jugak yang kena gunting misai ni..

Ok berbalik kepada kisah Uncle cute.

Masa nak balik, sebagai seorang anak dara yang sopan santun, maka Ming pun mengucapkan lah "thanks Uncle! If only you have a son i'd definitely willing to be your daughter-in-law ngeh ngeh ngeh"

Ok tipu.

Dia potong cakap aku dan berkata "You are my daughters. You dont say thanks to your parents. Our relationship is special..no need to say thanks. Never say thanks.."

Speechless.

Dalam hati : semoga bapak mertua aku comel dan baik hati macam ni. Hi hi hi.

Ok bye!