Saturday, January 30, 2010

Frustrated.

So, petang tadi aku dengar dia keluar dengan girlfriend dia.

Fine, aku taula aku ni tua pun. Keluar laa, keluar laa..

Nasibla muka engkau macam pelakon Korea yang aku suka nak mamm. Dan engkau jugak tinggi macam laki tu. Cuma mungkin engkau tak cukup tembam macam burger seperti Aizat ataupun Hafiz. Tapi engkau tetap menarik sebab engkau kiyut macam French Fries.

Nampaknya kena tunggu Aizat break dengan Liyana Jasmay jugak la.

Nasib baek tadi aku dah hilangkan stress aku ni. Aku kerat rambut, lagi. Tapi kali ni bukan rambut aku. Kali ni rambut mangsa-mangsa sukarela yang merelakan rambutnya dikerat. Sorang tu aku kerat bagi pendek teruih, sorang lagi aku buatkan fringe je.

Alhamdulillah, semua cakap lawa. Sebab syarat untuk dipotong rambut oleh aku ialah, JANGAN KOMPLEN. Terima seadanya ok, sebab itu akan membuatkan rasa bersalah mencacatkan rambut korang hilang dengan serta merta. Ngeeee, rasanya kalau aku tak pass IB ni, aku bukak la salun kat mana-mana kampung ke, macam best la pulak kan. Pastu dengan mengerat rambut, boley mendapat skil mengerat kain, boley la membukak kedai jahitan baju. Nak baju apa, kurung? kebaya? langsir? cadar katil pengantin? beg tangan? kasut? Semua ai boley buat okayyy.

Lepas mendapat skill mengerat kain, mungkin jugak aku akan berjaya mendapat skill mengerat rumput. Pastu beli moto seketoi pegi rumah sorang-sorang, tanya suri rumah, "kak, nak potong rumput kak?" Kalau rasa-rasa macam takde orang nak, pegi la tanya SURA rumah pulak, "banggggg, nak potong rumput tak, banggg??"

Auwww!

Nak muntah aku. Ya Allah, apa aku cakap ni? *carik sink!*

Bila otak bercelaru, selalunya akan cakap merapu. Ok miyn, diam sekarang!

Wednesday, January 20, 2010

Ye Lah, mari menderma Darah!

Saya meng ada English oral hari ini. Saya ingatkan pada pukul 10.55 pagi. Lalu saya menolak pelawaan untuk pegi makang time rehat dengan alasan nak tenangkan diri sebab takut nanti termuntah. Haaa nak buat macam mana. Bila takut atau ketaq, mesti rasa nak muntah walaupun hanyalah untuk membebel macam tak pernah la pulak kan.

Menjelang pukul 10.45, saya tengok balik jadual...

Supermiyn anak Pak Amin - Preparation Time = 11.55am

Dang. Kesian si perut. Sorang-sorang dia hari ni takde karipap nak teman. Dengar kata makan kotiaw. Dang lagi sekali.

Masa sesi ketiga oral iaitu 4 minit terakhir, saya bercerita pasal One Tree Hill.

Teacher :So, what about your friends? Is there any of them who likes this series as well?

Supermiyn : Of course, bla bla blaaaa. They are even willing to spend the whole night watching the whole season again bla blaa blaaa.

Teacher : The whole season? How long is that?

Supermiyn :One episode is around 45 minutes, and there are about 24 episodes for each season. Sooo..He he he.

Teacher : 24 EPISODES????!

Supermiyn : Ye lah.

Teacher : ye lah?

Supermiyn :Ohh, Ye Lah is the name of one of the girls in the series, if you spell it backward. Her real name is actually Haley. Ngeee~

Teacher : $#%&*%@#

Nasib baik watak Haley memang wujud.Macam toek lah kan. Tapi at least saya keluar daripada bilik tu dengan perasaan gumbira sebab teacher sangat cool. Tak macam oral langsung. Masa oral BM dulu, keluar-keluar dari bilik je dah banjir-banjir sebab jawapan semua macam bangggangg tahap perasan mat salleh baru belajar bahasa melayu.

Dorang cakap bahasa Melayu lagi hebat rasanya. Ngenggg!

* * *

Oh ya, harini ada blood donation. Masa dalam dewan tadi, banyak orang bertanya,


"Tak derma ke?"

"Tak, underweight."

Mula-mula rasa lega sebab tapayah tipu. Yeyeyy ada alasan untuk tak derma sebab hakikatnya saya tak suka jarum. Pastu saya pegi tengok sorang-sorang penderma masa nurse tu cucukkan jarum besar macam ibu jari kaki saya kat dalam urat tangan tuh. KAH KAH KAH. Ekceli bajet ibu jari kaki saya kurus macam Liyana Jasmay barulah kelihatan hot kan kan?

Dang, LJ tu mana hot pun. Sapa-sapa yang amek Aizat semua tak hot.


Scary! Jarum tu besar saaaaaaaaaaaangaaaaaaaaaaaaat. Tapi takpe. Saya pegi tengok lagi. Bila dah last-last baru rasa tak takut. Rasa macam nak menderma pulak. Tapi hakikatnya berat badan masih tak cukup. Tu laaaaa, sapa suruh ketot dan keping sangattt?


Comel betul plastik darah tu. Lagi-lagi yang Syasya punya. Gemok macam burger. Tembam!


Dan saya habiskan masa IRP Bio hari ini dengan menyebok di dewan dan mengacau orang yang derma darah. :PP

Tuesday, January 19, 2010

Happy 54th Birthday, Ummi!

Happy Birthday to Ummi. I love you with all my heart. I put you first before the second. And the second before the third. And the third before the forth.

Ayat macam kanak-kanak. Tak kesah. Yang penting saya sayang mak saya. Dan saya harap Allah panjangkan umur Ummi so that Ummi boleh senyum besarrr besarrr pada hari saya grad dari U nanti.

Sebenarnya saya masih tak berjiwa tenteram. Dengar cerita cuti raya Cina ialah sebanyak 4 hari. Dan saya sangat teruja nak balik. Nak bagi hadiah hari jadi mak. Nak pergi Kuala Perlis sama-sama makan ikan bakar. Nak pergi shopping kat Queensbay, sebab memang konfem ada sale Raya Cina. Jalan satu hari dari pagi sampai malam sampai lutut tercabut dan buku lali terpenyet.


Disebabkan itu, saya telah pun membeli tiket bas pada minggu lepas. Punyala takut tiket habesss.

Tapi saya baru mendapat tau yang Ummi takkan ada kat rumah. Beliau terpaksa pergi ke Inndonesia mencari pasangan hidup untuk saya sebab saya sangat gatal maka perlu segera diselamatkan.


Ok takde kaitan.

Kesimpulannya, lainkali nak beli tiket tolong telefon mak dulu, tanya dia available ke tak. Kan dah susah. Dan tolong jangan suruh saya balik Putrajaya. Saya taknak.


Mungkin pada raya cina nanti saya akan menetap di mana-mana pusat Rehat & Rawat yang berhampiran.


Ok tipu. HA HA HA.

Pandai-pandaila nak hidup kan. Backpacking around Malaysia ke :P













NAK BALIKKKKKKKKKKKK!!!!
*nanges*

Saturday, January 16, 2010

Panadol Supercepat!

Salah satu kelemahan saya ialah saya selalu bertindak secara tidak tau malu dan hanya sedar beberapa saat kemudian.

Masa Form 5, saya pernah berjalan-jalan secara zombie dan tengok-tengok saya dah keluar melalui blok lelaki!

Gila! Nasib baik dah jadi senior maka junior cuma boley tutup mulut dan tengok saja. Berani nak kutuk-kutuk? Otak tengah tak betul time tu. Silap haribulan akan keluar melalui poket Doraemon tiba-tiba berubah menjadi Alyssa Milano auwwww!

Tapi masa terpaling teruk ialah pengalaman sepanjang menjadi ahli koop. Setiap kali saya dengar orang cakap "ini berapa kupang?" maka mulut akan jadi sangat lancang lalu bertanya..

"Orang Kedah kaaa?"

Disebabkan ketidakmaluan itu, maka saya telah berkenalan dengan beberapa manusia hebat. Saya tau yang Abang Din top of The World rupanya tinggal di Mergong saja. Dekat dengan Kotiaw Iman. Boley mengepau beliau apabila balek dari UK nanti yeyy! Hebat, sapa cakap orang Kedah tak hebat. Orang Kedah yang berlagak dia kononnya super je yang tak hebat sebab dia pi-o-wai-o.

Aku tau kau mesti tak faham sebab orang super je buley faham. Ciywahhh!

Dan tiba-tiba terjumpak seorang Abg Ashraf (abg?) yang dulu penah besekolah dekat Syed Omaq. Masa tau tu saya jadi macam "LA YA KA TAPENAH TAU PUN EH EH ALORSTAR AREA MANA OH DAH LAMA KE SEKOLAH SITU BEST TAK BEST TAK APASAL TAK DENGAR BUNYIK KEDAH PUN BLA BLA BLAAA?"

Macam menyampah betul la dengan perangai diri sendiri. Kalau aku jadi senior tu mesti aku dah bagi kasut. Al kisahnya pulak la saya memang tak reti nak mengawal keterujaan bila finally ada orang tak ejek saya punya "singget pat kupang!"

Banyak lagi la cerita tapi malas nak cerita. Sebenarnya motif nak cerita pasal seseorang.

Ingat lagi tak Mr Panadol?

Haritu dekat Facebook, ada reminder birthday beliau. Saya macam, oo harini ke birthday dia..

Pastu, masa tengah amek air dekat Dewan Selera, kebetulan dia pun tengah amek sekali. Saya pandang dia. Dia pandang saya.

"Harini birthday kau kan?"

Dia diam. pastu sengih. Dalam hati saya dah menyumpah nyumpah. Ya Allah apa aku dah buat niiiii bapak tak malu gilaa macam apai saloii tiba tiba cakap dengan The Superior Mr Panadol!

Kesimpulannya maruah saya dah tercalar walaupun taktau sebab apa. Dahla tiba tiba rasa macam beliau berada di mana-mana. Dangg danggg danggg! Rasa macam nak koyak je mulut ni, suka sangat terlepas cakap macam-macam. Saya dah cuba diam. Tapi sekali perkataan keluar, mesti tak kira tempat pastu keluar benda-benda toek je yang memalukan diri.

Mesti mengkunci mulut lepas ni! Berfikir secara rational. Jangan mencalarkan nama ibu ayah. Biarkan ibu menangis kerasa kejayaan kita jangan biarkan beliau menangis kerana kegagalan kita!

Apa motif?

Hehe, ok nak tidur.

#menyesal cakap macam-macam dekat mr panadol dulu. sekarang aku pun dah jadi pemakan tetap panadol. yo alamak!

Monday, January 11, 2010

Sardin dan horlicks

Hai. Pagi tadi breakfast roti sardin dengan timun dan tomato.

Roti sardin dengan timun dan tomato.

Roti sardin dengan timun dan tomato.

Ok, taktau apa motif ulang sampai tiga kali. Saya cuma berasa pelik Dewan Selera menghidangkan hidangan yang sangat berprestij lagi marveles beserta air horlicks yang sangat amazing sampai secawan besar saya minum. Semalam Naurah membagi tips : nak daging banyak kena mintak kuah lebih. Kalau dengan tender lama kau nak mintak daging lebih (yang mana saya tak pernah mintak), dia akan cakap "DIK, BANYAK LAGI ORG TAK MAKAN LAGI, DIK!"

Scary. Tapi kadang-kadang rindu.

Saya sebenarnya berasa agak marah harini sebab kucenk berak di dalam shower. *grrr* (apa motif?)

Lelaki yang makan biskut Oat Krunch adalah menarik sebab macam lawak tengok lelaki makan biskut. (lagi sekali, apa motif?) Saya dah buat kira-kira haritu. Sebijik biskut Oat Krunch yang sedap dan menjadi kegemaran ramai sampai sudah kehabisan stok di The Store Centre Point adalah berharga doposen seketoi. Maksudnya sehari saya habiskan RM1.20 sebab saya makan 2 peket. Dan saya sekarang sudah tak makan Lahuma (pakcik jual burger), err, maksud saya makan di gerai Lahuma (gila apa kau nak makan pakcik burger tu saya bukannya kanibal) sebab saya sedang proses berjimat. Susahla bila asyik berlagak macam anak orang kaya padahal bapak cumalah pesara tentera. Teringat gambar kawin mak dan ayah yang berjalan di bawah pedang berkilat-kilat.

Ok, saya tipu. Mak cakap kalau saya tak pandai, jangan cakap saya anak pensyarah. Scary kan? Dulu masa saya Tingkatan 3, saya dapat Maths gred C. Mak saya kurung dalam bilik tak bagi p sekolah.

Benci betul saya dengan sistem sekolah masa tu yang pos result datang rumah. Saya dah check peti surat hari-hari pun masih terlepas dekat mak jugak. Nasib baek masa saya fail Sejarah dapat 58 (benci benciiii 58 pun fail!) saya sempat sembunyik slip keputusan dan didenda membalut almari kelas. Mak saya tanya, apasal bulan ni takde result? Tak exam ke?

Saya cakap posmen tu terbagi jatuh dalam longkang mana-mana kot. Innesen gila jawapan.

Melalui pandangan mata mak, saya tau dia tau. Tapi dia taknak tanya.

HA HA HA. Lawaknya pengalaman masa dulu. Tapi semua saya dah bagitau mak lepas alam persekolahan dah habes. Pasal saya ponteng tusyen. Pasal saya balik asrama masa Fizik semata-mata nak tido kat mrsm dulu dan pasal macam-macam lagi. Dan mak saya tanya "laaa, apasal tak bagitau je dulu?"

"Kalau bagitau time tu, tak thrill la miii."

Aaaah, cakap pasal mak mulalah nak berasa emosional. Lagi-lagi pulak harijadi beliau dah dekat.

Ok, nak buat essay. Terima kasih sebab membaca entri takde motif ni.

Tuesday, January 5, 2010

Post 6 haribulan.

Hai kawan-kawan.

Tadi masa bangun tido aku telah mendapat azam baru iaitu berpuasa dari bermain internet selama mana yang buleh. Masa buat research tidak dikira okehhh. Maksud saya ialah membuat perkara-perkara lagha seperti mendonlod muvie, melihat facebook orang dan mungkin jugak menengok tiubkau. Berbahayalahhh. Haritu buat research, carik pasal internet addiction. Saya rasa saya dah ada banyak symptom2 dia.

Anda seorang penagih internet? Anda ialah YA jika anda..

[1] Tak kesah mengabaikan semua perkara lain kalau dah dapat tenet.
[2] Sanggup tak mandi sebab taknak lari dari depan pc.
[3] Tak makan pun takpa, asalkan dapat internet.
[4] Buleh berjaga berjam-jam lamanya di depan pc.

Itulah saya dulu. Baca betul-betul, DULU. Hoooo, hebat betul saya kalau dah dapat laptop dan internet connection yang best. Habes semua muvie toek-toek saya donlod tapi tapenah tengok pun. Makan pun cuma diganti dengan air milo panas sebab rasa macam dah kenyang, ye la dah tak fikir pasal makanan macam mana nak lapar. Selalu saya fikir masa kat rumahhh, "ala, kalau puasa pun takpa harini, bukan makan pun."

Tapi nomot 2 bukan saya ok? SIRIES SAYA TAPENAH BUAT.

But since saya bimbangkan masa depan saya yang entah cerah entah tidak ni, mungkin saya akan kurangkan tenet mulai, errrr, esok. Teacher dah bagi warning, dan saya rasa beliau sangat betul. Semua benda-benda ini ialah lagha, dan saya taknak jadi lagharian.

Lagharian??

Oh ya, results exam baek baek sahaja. Alhamdulillah Allah masih sayang saya. Terima kasih dekat semua cikgu dan kawan-kawan yang membuatkan hari-hari saya dekat kolej bahagia dan tak tensen langsung walaupun kerja rumah semua tak siap lagi. Minggu ni mesti siap! Mesti!

Saya dah bawak lampu meja baru. Kaler orenggg, lawa! Rumentik betul malam-malam, membuatkan saya sangat suka stay up. Satu lampu dah buley ganti lampu kuning yang tiga ketoi tu. Jimat lah pulak kan? Haaa, sheee, sejak nak kena berjimat cermat ni saya dah jadi makcik-makcik dalam kelas..

"Tutup kipas tu!"
"Ekon tu jangan tinggal tinggal. Off dulu before keluar"
"Lampu ni apasal bukakkk?"
"Ali apasal pakai beg ni? Tak lawa. Esok tukar balik beg lama!" Ok. takde kaitan hehe.

Mesti Ali dengan Hazman menyampah. Sebab dorang je yang nak melayan pun.

Oh ya lagi sekali, DS dah tukar tender baru. Carrot dia lawa, menggiurkan KAH3! Dan tak payah susah susah selongkar tray pongpangpongpang. Nasik pun macam jadi lagi banyak je.

Harapnya berjaya menaikkan berat badan lah lepas ni.

Friday, January 1, 2010

2009 in KMS weeeeee~

Looking through myra's pictures just now. Rasa hebat mengingat balek betapa banyak benda yang dah aku buat sepanjang 2009, dan terasa mcm tak tua-tua langsung. But many things have changed though some things remain (and im thankful for that). Jadi, nahhh! Post tahun baru ialah recap tahun lepas. Tahun baru tak terasa apa pun, mcm hari-hari biasa jugak. No celebration of course. Tapi entah kenapa rasa sebak, sangat-sangat. Semua orang asyik bercakap pasal ada lagi 4 bulan before we sit for the final IB exam. Danggg! Duduk kolej rasa macam duduk skolah menengah. Rules pun mcm toek but I am SUPERHAPPY when I'm there! In fact, dah tak sabar nak balek kolej pun, regardless assignments banyak nak mati tak siap lagi, tapi padan muka sendiri la. Ha ha.

Take a look yourself. (tiba2 rasa menyampah tgk sendiri buat 'peace', haha taknak buat dahlaa) :D

Random









Kizuna : Mentor-Mentee Cekgu Juriah yang vogue auwww!


CAS at National Zoo



Hospital Attachment
gambar dlm hospital takde, sbb xbley snap :D



Mega Projek CAS in Kampung Bayai




Turning 19 :))



Fasting!




Junior's Orientation


Raya (!)



Community Service in Cambodia


MD42 Photography Session


Yana's Open House



Entrepreneurship Club



*IB indeed has a lot to offer. If you treasure your CAS and all the sufferings doing 3 lab reports 11 pages every week, Internal Assessment Maths yang mcm bangang, running here and there organising things, you will definitely gain alot of thingss whether u realise it or not. One of them is lifetime friends. Jadi adik juniors, susah mcm mana sekalipun, bila rasa agak2 nak mati mengadap laptop tu, gi lari bilek kawan-kawan ok. :P


May 2010 give us a new start to be a better person, not repeating the same mistakes, and give us the chance to make full use of this short period we have while we still can. Happy New Year from Danial and I (haha pinjam adik Liyana kejap :P)