Assalamualaikum :)
Hari Jumaat lepas, aku balik rumah Abah kat Putrajaya sebab nak selebret birthday Saini. Sabtu tu pulak Kekna cakap nak pegi Bad Bad Wolf. So, since tarikh last BBW ni 23 Disember, starting from 21st tu dia dah open for 24 hours. Lepas Maghrib, kitorang 3 beradik dan seorang ayah pun gerak ramai-ramai bertemankan seketoi beg luggage. Abah cakap, nanti menyesal kalau tak bawak.
Sampai-sampai je kat sana, mak oii ramai gila orang! Semua bawak beg tarik atau beg galas. Mula-mula aku sampai dekat part novel English. Tak rasa teruja sangat sebab kat India pun buku dia memang standard RM7-RM15 untuk seketoi buku. Then aku berhenti kejap dan tengok sekeliling. Allah, besar rupanya BBW ni. Buku sampai hujung sana! Slowly perasaan teruja tu datang.
Buku photography, interior design, pregnancy, semua rasa macam nak beli! Rasa macam, heyyy murah sangat ni!! Paling mahal pun RM30 je, paling murah RM3. Mahu tak rambang mata. So aku amek seketoi kotak dan jalan-jalan sambil amek buku secara tamak. Trust me, takde perasaan nak tengok orang pun sebab buku-buku tu sangat menggodakan. Aaaaaaa~
Then, aku stop dan filter sebab banyak la pulok. Bila pergi dekat Abah, rupanya luggage tadi dah penuh! Abah cakap, jangan filter, amek ja. 2nd thought tak diperlukan. Rugi dia tak cakap awal-awal. Aku dah filter banyak dah :( Huahua.
So, total buku aku beli = 19 ketoi. Campur dgn adik beradik + abah punya buku, nak dekat 100 buku aku rasa. Sampai orang semua tgk pelik dan ada makcik tu kata "Entah entah depa nak pi jual balik ni"
T_____T"
So, let me introduce you to my most favorite books and why I chose them :)
Hard cover. Biasa-biasa buku ni maybe cecah RM200 tp aku dpt for RM30!
Banyak uncle Cina hebat ambil buku ni. Yeah, tips Miyn untuk mempilih buku ; tgk golongan orang yang baca buku tu. Kak Wardina cakap, You are what u read, remember? Dia ada guide comel2 from how to fix your X-box sampaila how to teach your children how to brush teeth. Totally addictive!
Omaii. TAK BOLEH STOP SENYUM DAN GELAK BACA BUKU NI. Dia mcm tengah cakap dekat kita betapa annoying nya dia dengan orang yg jenis park kereta tak masuk kotak ataupun tak flush toilet lepas tutttt tutttt hihi! Rasa macam finalllyyyy ada jugak orang rasa apa yang aku rasa selama ni~
This is a book about frequently asked questions by our children and how to answer them :D
Kalau siapa yang tengok Swedish trilogy The Girl with The Dragon Tattoo, mesti kenal Stieg Larsson. Dia meninggal lepas tulis trilogy tu.
Buku pasal semua jenis hantu kat Malaysia. Lawak sangat. Plus ada Amir Muhammad selaku pengkomen :D
This is not just a typical book. Dalam ni ada compilation of love letters by great women from all over the world. Dari dalam penjara sampaila dari perang dunia :)
Buku ni pulak hadiah dari Abah. Antara genre buku yang aku paling tak gemar. Tapi InsyaAllah akan diusahakan baca.
Nanti kalau ada lagi BBW, pergi tau! Rugiiiii sangat sangat sangattt kalau tak pegi :)