Sunday, January 29, 2012

Si Vespa Pink.

YO BRO!

Selamat Happy Birthday! Semalam masa tengah golek-golek lepas makan pizza baru teringat lupa nak wish budak ni. Erk!

Mati.

Walaupun memang obviously dia tak kisah. Kalau hantar mesej paling-paling pun akan dapat reply "thanks min' .

Tanpa titik. Tanpa emoticon. Hihi.

This is gonna be my last birthday post for you , on the same land :) I always expect this kid to be the one who shares stories about medical postings in their 3rd year sebab thats what u do best all these while. Tapi sayangnya kita balik tak sama timing. Rasa pelik akan duduk kat Melaka nanti sebanyak 6 bulan, bukan dengan budak batch sendiri .

We got a lot of catching up to do. Happy Birthday again :)

Wednesday, January 25, 2012

Post Akhir Block 2 Tahun 2



Ingat tak masa kecik-kecik dulu kita selalu buat buku biodata dan tulis makanan kegemaran ialah semua makanan yang halal tak pun masakan ibu? Kalau rajin sikit tulis "Manusia yang dibenci : orang yang hipokrit", .. "Manusia yang disukai : Miyn" Eh?

Ok pointnya ialah pasal hipokrit tu.

Aku percaya dengan konsep "Faking ourselves to maintain the peaceful surrounding". Contohnya, walaupun kita mungkin tak selesa dengan seseorang, tak semestinya kita kena bereaksi macam kita ni kenot go terus dengan dia. At least berlakon la sikit, senyum-senyum sikit, ramah-tamah sikit, walaupun masing-masing tau kau dan aku ini bermasalah tapi dunia tak perlu tahu itu semua.

Bila masa kau ditimpa kesusahan dan malapetaka yang kau rasa tak tertanggung, berlakonlah seolah-olah kau ni manusia terpaling superkuat dalam dunia walaupun mungkin kau duduk diam-diam di kerusi pada waktu malam dan menangis sambil dengar lagu Yellowcard - Empty Apartment.

At least itu yang aku buat sepanjang 21 tahun lepas. Dan sekarang aku sudah kebal dengan semua benda. Perasaan itu ada, tapi aku dah boleh belajar untuk kurang mengekspresikan apa yang aku rasa. The longer you hold on to something, untuk tahan benda tu dari keluar, be it marah, sedih, geram, trust me threshold tu akan automatik naik. Benda-benda kecik datang bertubi-tubi pun dah takde hal dah. In fact, sebab ni la aku tak boleh tahan tengok orang banyak songeh dengan benda remeh-temeh macam kawan kau pinjam barang tak pulang balik pastu pergi post kat Facebook, boyfriend main kayu tiga pastu frust terus tak datang kelas 3 hari , yada yada. End up aku cuma mampu lari jauh-jauh sebab tak reti nak respond.

I also believe that those who never experienced it will never understand the real situation. Tak guna bercerita dekat orang yang cuma mampu mengangguk pastu rasa kesian kat sayeee. Itu perasaan paling sedih sekali sebenarnya lagi-lagi kalau tengok muka simpati orang tu. So yeah, I dont have one particular person to throw everything to. Also the fact that once you tell someone, even if it's a diary, it's not considered a secret anymore. And when other people know about it, you don't have anyone to blame but yourself first.

* * *

Haritu saya discover something.

Masa kelas practical, semuanya tiba-tiba jadi haru-biru. Saya mahu cepat siap dan pulang. Dan aku berasa seluruh kelas itu melambatkan pergerakan kerja saya (okay, aku letak semua sebab nak general kan je heuheu) dan akhirnya aku pulang dalam keadaan sedikit geram.

Pastu balik bilik je perasaan geram tu bertukar jadi geram kepada diri sendiri.

Reality is, aku tak boleh laaaa nak rasa marah ke geram ke kat budak-budak ni (Makcik Gerahams nama diberi) lebih dari 5 menit. Nanti rasa bersalah. Nak sembunyikkan rahsia lebih dari 2 hari pun rasa bersalah. Perasaan yang sama kita rasa kat family-family kita laaaa. Paham tak?


Kalau tak faham silalah jeles dengan saya sebab saya ada mereka :) At times bila gather ramai-ramai especially time makang-makang (yeah makan itu menggembirakan) dan bergelak ketawa tak ingat dunia, after semua orang pulang ke sarang masing-masing, mesti ada satu macam feeling LEGA. Lega to spend few minutes and forget about the burden on your shoulder.



To have people yg boleh terima baik buruk awak, up to the point "Ala, dah faham tu. Memang 'Miyn' la tu.." is a blessing. Bak kata seseorang, kawan-kawan itu anugerah :) To be able to laugh dekat respond bila ada orang tak percaya ada cikgu ni cakap saya lemah lembut macam perempuan Melayu terakhir dan dengan sukahatinya dia bercakap "kalau dah kenal Miyn, hmmphhh takla cantik mana pon!" , priceless :P




I might be critical, garang, over the limit sometimes or saying things terbuat awak terasa, or maybe ekspresi muka ini pun menyumbang sekali. Tapi tahulah saya ini sayang awok semua. Aceys, tiba-tiba feeling. Mana tahu lepas ni tido macam tenuk pastu tak bangun-bangun dah ke, at least saya sudah bagitau sementara tengah feeling-feeling ni. Heuheu *malu*

For always be there in times of me being strong and fragile, thanks :D

Hug sikit.

Oh ya, kitorang exam 28 January ni. Doakan ye? Lepas tu balik Malaysia, weeee !






Friday, January 13, 2012

Hati. Qalbu.


Salam.

Haritu masa dinner, Jenny bukan nama sebenar sharing sharing yang sekarang ni makin banyak drama Melayu dah diadaptasi dari novel cinta, ye la sejak-sejak Lagenda Budak Setan + Ombak Rindu melatops latops kat cinema, tiba-tiba semua pun nak kena jadi movie or drama.

Novel feveret aku : Lagenda Budak Setan. Aku baca masa Tingkatan 1. Penat aku kumpul duit nak beli novel ni sebab tebalnya dah macam Kamus Dewan so ofkos la mahal. Masa aku dah finally 'memiliki' novel ni dalam tangan aku, perasaan tu, macam dunia ni aku yang punya. Malam tu jugak aku start baca, ditemani walkman yang memainkan lagu-lagu dari kaset Maksim.

Ruang imaginasi aku sangat hebat bila baca novel. Secara slow-slow aku berjaya 'build up' imej Kasyah dan Ayu dalam kepala aku. Environment sekolah dorang, rumah dorang bila dah kahwin, semua fresh lagi dalam kepala aku sampai sekarang. So malam tu aku tido dengan mata sembap sebab overnangis. Rasa puas bila berjaya habiskan novel setebal tu dalam masa satu malam. Macam berjaya kahwin dengan anak raja wo!



HEBATNYA HATI TAU TAK ANDA?

Haritu masa usrah , Kak A timbulkan isu ni. Dia cakap, "Hebat kan, masa akak tengok Ombak Rindu haritu, kawan-kawan akak semua boleh cerita balik scene dalam novel tu. Padahal novel tu dorang baca dah 5-6 tahun lepas."

"Kalau akak suruh korang cerita balik pasal Anatomy yang korang study last year tu, agak-agak boleh tak?

Diam. Aku rasa kalau nak recall balik kena tunggu 10 minit dulu, itu pun belum tentu. Tapi kalau suruh cerita pasal LBS, mesti keluar laju macam air je padahal dah 10 tahun aku baca novel tu.

Agak-agak kenapa?

Hati. Sebab bila aku baca novel tu, hati dan perasaan aku turut main peranan, terbuai-buai dengan keagungan cinta Kasyah dan Ayu (erk muntah hijau). Aku rasa apa yang Kasyah + Ayu rasa. Walaupun takde watak Miyn dalam tu (ok takde kaitan), tapi I was like drown into it so much I became a part of it. Ohsem habis. Sebab tu benda tu melekat dalam jiwa aku until now.



MANIPULATE HATI UNTUK TUJUAN BETUL okay?

Masa dalam usrah tu, ada la rasa macam kena tampar sikit. Patutlah solat tak berapa nak khusyuk. Sebab hati aku tak faham sangat apa yang aku baca. Mungkin solat aku dah jadi macam satu rutin semata. Bila dah azan, amek wuduk, pakai telekung dan solat. Lepas solat baca Quran. Aku buat sebab itu kewajipan. Tapi makna apa yang aku baca bukan semuanya aku faham. Yerp, jiwa aku rasa tenang. Tapi aku percaya kalau aku faham apa yang aku baca, mesti 'feel' dia lagi mabeles.

Sama la macam baca doa penerang hati ke contohnya. Sebelum study kita baca. Tapi kalau kita fahamkan maksud, mesti rasa lagi dekat dan direct dengan Tuhan.

“Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal ardha binuri syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin…..”

Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan rahmatMu
Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih…


Boleh faham dan rasa tak? Beza kalau kita baca yang dalam bahasa Arab je, dengan bahasa Melayu? Harap-harap boleh :) Walaupun kita dah buat kewajipan sebagai Muslim, solat, puasa, sedekah, tapi kena la ada determination untuk selalu improve. Kalau susah nak tinggal benda jahat pun, cuba kurangkan. Contohnya kalau semalam gosip 2 jam, harini kurangkan jadi sejam. Nanti tengok-tengok tahun depan dah takde langsung dah, Weee!


* * *

Atas sebab yang sama jugak mak aku tak galakkan aku baca novel Melayu tu. Dia cakap nanti banyak berangan, dan otak tak berkembang. Fikir-fikir balik, betul lah tu. Semua pasal kahwin dan happily ever after. Realitinya, hidup takla seindah tu, kan? Dan gol kita bukannya nak bahagia kat dunia semata-mata je.

Ok bye :)





Thursday, January 12, 2012

Hadiah dari Malaysia.

Salam.

HAI !

Haritu aku saja carik pasal. Mintak Abah pos kan barang-barang walaupun dalam hati rasa mcm misi mustahil je. Sebab macam pelik pulak Abah nak shoppingkan barang-barang untuk aku. Nak mintak tolong Ummi nanti rasa bersalah pulak sebab kat LoqStaq tak jumpak lagi tempat pos murah-murah. So, aku bagitau list barang-barang tu kat Abah tanpa berharap besar. Jawapan biasa orang lelaki, "OKKAY anak Abah yang manis macam intan payungggg!"

Ok tipu.

Setelah 2 bulan jugakla kami tak berkonversasi pasal barang tu dalam topik perbualan sebab memang tak berharap, tuptup minggu lepas Abah cakap, dah pos. Dalam hati rasa macam, "Alahai Abah, lagi sebulan je nak balik. Standard barang sebulan pun baru nak sampai. Mesti sampai time cuti nanti. Hmmmm.."

Kesian pulak. Lupa nak bagitau takpayah pos lah. Mana aku nak tau abah pos betul-betul. Selama ni ingatkan dia pun dah lupa.

"Ada 3 kotak semua. Harga dia lagi mahal dari harga semua barang-barang tu tauuuu..." <-- Abah cakap dengan nada monotonous. Terkejut jap. Err, benda apa yang banyak sangat tu?

Secara terkejutnya, 2 hari lepas, aku balik rumah ada 3 kotak sebesar badan sendiri kat ruang tamu. WOAAAA! Cepatnya sampai!


Maka tanpa membuang masa, dengan takde rasa bersalah dan sabar, aku pun membukak kotak tu. Secara terkejut tak sangka, inilah apa yang aku jumpak ;






Keropok ikan Terengganu :) 5 bungkus


Cordial pelbagai perisa. 12 botol


Serbuk kurma. 6 peket


Tepung gorong pisang. 6 peket. Memang kat sini menu dia tulis GORONG. hehe


Badak dahaga. 4 tapawe


Pulut hitam. 2 bungkus


Beras pulut. Sebungkus.


Sos tiram. 6 botoi


Kicap maneh cap kipaih udang. 3 botol tapi sebotol pecah :(


Tepung goreng ayam. 6 ketoi


Agar-agar. 12 peket.



Okkay, masa mula-mula keluarkan semua barang ni aku cuma mampu gelak tanpa henti sebab rasa lawak sangatttt. Mahu tak lawak serbuk kurma sampai 6 bungkus. Tepung goreng ayam. Erk. Kat rumah pun aku rasa sekotak pun belum tentu habeh. Sos tiram 6 botoi? Abahhhh, seriously?

Lesson to learn : Nak suruh lelaki pos barang, bagitau kuantiti. Be specific. Kalau tak camni la jadinya. Bak kata Abah, "kata haritu nak barang untuk setahun." Ok, tapi tu masa aku tak plan nak balik bulan Februari ni. Alahai Abahhhhh. Bersalahnya rasa. Memang semua barang yang aku nak ada tapi taktau la pulak banyak sampai macam ni. Nasib baik aku tak mintak barang mengarut macam maggi ke apa ke, kalau takkkk, mahu tambah lagi sekotak penuh dengan maggi je.

So, lepas ni kena memasak je la nampaknya. Masak dan sedekah kat jiran-jiran :) Buat agar-agar seminggu sekali. He he he. Aim aku ialah habiskan semua barang ni sedaya mampu, insyaAllah. Sayang lah sebab Abah dah beli dengan penuh kasih sayang. ehem ehem, hihi.

Tapi apa pun, takleh challenge yang ni...




Cuba bagitau aku siapa mampu habiskan semua coklat ni dalam masa 6 bulan? HOOOOYAH! Untuk habiskan semua ni, aku kena makan 50+ Cloud 9 sehari. Mampu keeee? :P

Jangan jeles. Hihihihihihihihihiih *gelak dengan nada berlagak* siapa nak nanti cakap hai kat Miyn beserta senyuman paling menawan awak boleh bagi. Nyet!


Thanks Abah. Thanks Auntie :)


Nah tayang sikit muka excited aku dapat roti tisu. Over macam orang tak pernah jumpa makanan. Heee! Ada mamak dari Malaysia mai sini. Syiok pulak boley order cakap bahasa Melayu. Syukurrrr!



Bye, semoga awak happy macam Miyn yang happy bila dpt coklat :D

Friday, January 6, 2012

Preclinical Conservative Dentistry Practical

Salam.

HAI !

Kali ni saya mahu bercerita pasal praktical subjek ini (tgk tajuk tgk tajuk pleaseeeee). Subjek ni kami baru belajar tahun ni. Yang best nya belajar ialah sebab, satu, takde universiti exam. Dua, sebab cikgu dia ada 2 orang yang supercantik. Minus part garang dan competency test dan viva on the spot time submit kerja, everything else is fine :)

So, seperti rancangan memasak bajet retis versi Miyn, marilah saya memperkenalkan barang-barang yang saya guna dalam praktikal ni dulu ye.



Mackintosh sheet untuk lapik meja dan untuk kaver kepala awak kalau terbakar he he he (taktipu memang dah banyak kes terbakar rambut tapi itu dlm subjek lain dan bau rambut lelaki tak harum ngeh3)



Mask. In case awak bosan dan nak menyamar jadi Mask Rider ke?


Gloves. Sebagai penambah gaya mutu keunggulan.

Goggles. Bila tengah bekerja rasa panas mahu berenang bolehlah mengguna benda ini.


Specs sendiri. Okay sebenarnya aku tak suka goggles dan saya rabun jadi pakailah cermin mata sendiri.


Okkay, sorry sebab mengarut. Nak tau kenapa banyak sangat protection? Sebabnya, semua gigi ni ada real caries. Jadi kita kena protect diri kita dari bacteria berbahaya ye adik-adik. Ingat, jangan pegang buku dengan tangan ada glove. Pakai jam pun takboleh. Nanti kene marah :P


Latihan 1 : Caries excavation on posterior teeth.

Instrument ni nama dia spoon excavator. Untuk mengorek caries.


Ini mouted teeth saya. Dibuat atas Plaster of Kedah eh Paris.
Dalam latihan pertama ni, kita guna 10 batang posterior teeth.


So, kita kena korek semua caries coklat yang ada dalam semua gigi ni dengan sepenuh tenaga. Trust me it's not easy. Aku dah banyak kali tercocok tangan sendiri dengan excavator tu. Tapi tgk cikgu cantik buat senang je :(( Ayat tipikal : put on more force. (Caries ni liat liat sikit macam caramel)






...sampaila dia jadi bersih dan putih dan takde serbuk yang keluar kalau kita korek dah. Tau kah anda enamel ialah struktur yang terpaling keras dalam badan kita? Jadi basically kita kena korek sampai dah takboleh calarkan dah enamel tu.




Lepas dah siap bersihkan semua gigi dari caries, kita kena restore (atau istilah biasa, tampal/palam) dan bentukkan dia menjadi seketul gigi balik. Kali ni kami guna sejenis material bernama Zinc Oxide Eugenol.

SIAP ! :))




Latihan 2 : Cavity preparation on intact anterior teeth.



6 batang gigi sahaja diperlukan dan takde penglibatan caries. Tapi still kena guna
protection ye adik-adik.




Ini ialah 'burs'. Disambung ke handpiece untuk memotong enamel.
Setiap bentuk ada kegunaan dia sendiri.



Ini pulak ialah handpiece. Harga dia saja hampir suku dari duit scholarship sebulan saya. Jadi kena jaga baik-baik macam jaga kereta. Kena minyakkan dan bersihkan selepas guna. Bila kita sambung dekat dental chair tu, nanti dia rotate dan mengeluarkan bunyi kegemaran saya, hihi. Bunyik yang awak takut kat klinik tu leeeeeee.






Dan kat bawah ni ialah cavities yang telah saya prepare mengikut piawaian yang ditetapkan.





Kali ni, kami guna 'composite' dan Glass Ionomer Cement untuk restore gigi-gigi ni. Kelebihan dia ialah lebih esthetic dan lebih mengikut warna asal gigi.



SIAP ! Cantik tak? Hi hi hi. Interesting kan? Ajaklah adik-adik awak jadi dentists jugak. Ok babai people :)