Friday, August 27, 2010

Ingin Rambut Sekachak Jackie Chan?

Salam.

HAI!

Harini saya nak kongsi dengan kawan-kawan, bahawa berada di Guardian/Watson's ialah sangat menggembirakan serta boleh membuatkan penat berpuasa hilang secara tiba-tiba. Saya boleh duduk di depan rak-rak tu selama beberapa jam dan membelek produk tu satu-satu. Terminal 1 di Seremban punya Watson's ialah kegemaran saya sebab luas dan lawa!

Disebabkan itu, saya telah mempunyai satu kegemaran iaitu membeli produk baru dan mencuba mereka. Rugi la orang buat kajian bertahun-tahun, pastu dah keluar produk takde sapa beli kan kan? Maka itu Miyn datang untuk menjalankan tanggungjawab beliau.

Setelah saya mencuba sampoo Shurei, Rejoice, Clear, Pantene, Herbal Essence's, Safi dan entah apa lagi, maka tibalah giliran sampoo bertuah bulan ini, iaitu Ba Wang.




Tak, bukan bawang buat masak tu. Ish! Tapi Ba Wang ni ....



Komen? MARVELLLOUSSSSSS! AMAZING! MAGNIFICENT! ARDENT! OUTSTANDING! Ok tiba-tiba keluar habis semua nama kelas kat mrsm dulu HE HE HE tapi memang superhebat sampoo ni!!!!

Sampoo ini membuat saya berasa seperti berada di awan tau takk. Sebab apa?

  • Ketika menyapu kepala, rambut sudah terasa seperti selembut sutera.
  • Peratus rambut gugur ketika mensampoo kepala ialah hampir tiada.
  • Diyakini dapat mengurangkan kelemumur.
  • Kulit kepala rasa sejuk dan nyaman macam membubuh ais.
  • Kekusutan hampir tiada ketika masih basah, proses mengelap mahupun ketika pengeringan berlaku.
  • Rambut tidak terpenyet selepas bangun tido.
  • Disahkan halal :)
  • Ada gambar Jackie Chan.

Serious tak tipu. Ini sampoo terpaling superhebat pernah saya mengguna. Cuma bau dia, err, agak tidak disukai. Tak harum. Tapi jangan risau, pemakaian serum boleh meneutralkan kembali bau.

Yang penting rasanya ialah hebat , diakui oleh ibu saya juga :)

No comments:

Post a Comment

hai!~