Saturday, August 21, 2010

Transformasi Bas Sekolah

Salam.

HAI!

Tadi masa lepas solat Subuh, tiba-tiba terdengar bunyi hon bas sekolah "pon pon ponnn HEY CEPATLA KELUAR!.." okay tu sangat tipu tiba-tiba hon boleh bercakap la pulak kann... Pastu kejap sikit, dengar bunyi bas sekolah berderet-deret tengah jalan. Haaaaa, macam mana nak tau tu bunyi bas sekolah ke tak? Senang je. Bas sekolah ni sat dia pecut, sat dia berenti. Sebab apa? Sebabbbb, dia nak kena amek orang dari rumah ke rumah , sebab tu enjin dia kejap kuat kejap pelan pastu akan kedengaran budak ketawa riang :)

Silalah tahu, saya telah merasa nikmat sebuah bas sekolah sejak saya tadika lagi. Mak ayah saya tak la kaya nak sewa limosin suruh amek hantar tiap-tiap hari malah mengupah driver juga tiada mampu, jadi disebabkan mereka bekerja mencari nafkah demi menyara anak-anak yang masih comel tidak berjerawat ketika itu (apa kaitan?), maka kami telah terpaksa mengambil van sekolah.


1. Van tadika
Saya bertadika di dua tempat. Ha masa tadika saya naik van PakMan. PakMan muka dia macam sorang pelakon yang nyanyi lagu "Ayamm, bermacam ayam, ada ayam kampung ada ayam.. bla bla.." tu, tau tak? PakMan baik, ada sekali tu van dia rosak. So dia hantar kami sorang-sorang pakai motor. Saya rasa tu pertama kali saya naik motor kot sebab bapak saya takde motor pun. PakMan jugak sanggup menunggu kalau saya lambat bersiap disebabkan baru nak sikat rambut.

Tadika seterusnya tadika Cina. Maka marilah mengambil van pakcik Cina agar dapat berasa menjadi sepet juga (erk?). Tapi pakcik ni bermasalah sikit. Dia suka bawak van sambil bajunya diangkat hingga ke paras dada, menampakkan nipnip dan perutnya yang boroi. Pastu dia suka panggil saya duduk sebelah dia. Mentang-mentang aku kiyut ko asyik panggil aku je kan kannn? Saya tak suka van tu sebab budak-budak dalam tu nakal (budak Melayu). Sorang tu suka tarik baju saya, main rambut apa semua. Alih-alih aku jadi kawan baik dengan beliau masa Tingkatan 1. HA HA HA. Hidup ni ironi betul :)


2. Bas/van sekolah rendah
Saya pergi sekolah dengan kakak maka kehidupan ialah bahagia macam berada di syurga. Pada darjah 2 saya bersekolah petang manakala kakak maintain di waktu pagi. Hari pertama je saya dah nyanyok sebab saya lupa bahawa saya tak masuk kelas lagi pastu saya pergi letak beg dalam bas ketika pelajar sesi pagi nak balik rumah (bas tu selalu tunggu siap-siap 10 minit sebelum loceng bunyik) sebab saya ingat saya kena balik dengan kakak. Pastu bas tu tinggal. Pastu saya takda beg! Pastu saya merepot kepada Pakcik Amin. Pastu Pakcik Amin mentalipon makcik bas lalu beliau baik hati menghantar beg sampai ke depan rumah. Maka selepas itu mak mengupah van untuk saya dan hidup tiadalah lagi seperti heaven sebab kakak tiada :((

Hadirin, tahulah bahawa van itu dikemudi oleh PakPin. PakPin ni agak tempang. Orang buat cerita bahawa beliau tempang sebab beliau pernah menjatuhkan van sehingga ke dalam longkang. Hakikatnya? Tiadalah saya tahu. Tapi dia selalu tak amek kitorang pastu diam tanpa khabar berita sampai kawan saya nangis-nangis. Saya tak pernah nangis kalau van tak amek. Sebab apa? Sebab saya kuat. Saya kan SuperMiyn! Mana main nangis-nangis. HE HE HE.

3. Bas Auntie
Ini bas Auntie India. Saya diperkenalkan kepada bas ni oleh makcik saya. Bas ni best sebab dia hantar budak sekolah Iskandar (sekolah rendah lelaki). Masa tu saya gatal jadi saya suka sorang budak ni nama dia Dzafran. Dia jongang tapi saya nak suka jugak sukahati saya la kan. Saya suka van ni sebab ada cousin dengan kakak saya tapi saya tak suka sebab Auntie suka jerit "Injak Duduk Injak Dudukkkk!" Dia suruh kami duduk 3 orang satu kerusi. Amboi! Mana boleh! Sempit tau tak! Tapi nasib baik ada Dzafran jadi rasa macam luassssss gila dunia masa tu HA HA HA. Saya tukar bas lepas tu sebab saya nak menjaga pandangan ceywah! Lagipun Dzafran dah pindah sobs sobs maka tiada makna lagi untuk saya terus berada di situ..


4. Bas Makcik
Ni bas feveret saya. Saya naik daripada saya darjah 3, sampaila saya tingkatan 2. Lama kan? 7 tahun woooo saya setia dengan beliau. Makcik ni cool. Dia akan bawak satu baldi penuh dengan ikan kembung dan apabila dia masuk ke taman-taman perumahan, dia akan membagi kepada kucing-kucing yang sabar menunggu. Sekali masa pagi, sekali masa balik. Yang bestnya, para kuceng satu taman tu akan tunggu dekat satu port sambil buat muka comel macam Poosh-in-Bush. Makcik ni baik. Dia pernah bawak kami ke rumah dia. Kat rumah dia lagi la banyak kuceng! Ayam pun ada. Ayam jantan semua dia kasi nama Awie, yang betina Erra (time tu depa ni couple paling hot okayyy). Makcik ni bawak perempuan je, sebab tu kadang-kadang bila saya lambat, saya bawak tudung pakai dalam bas. Bas ni klasik la bagi saya sebab tingkap dia jenis tarik ke atas pastu bila hujan akan basah-basah dan bas ni akan bergegar dengan sangat dasyat. Tapi saya suka sebab saya kenal hampir semua orang dan bas ni happeninggg gilaaa!

5. Bas Persiaran
Bila dah tingkatan 3, saya tukar bas sebab saya nak nampak cool HA HA HA pi-o-wai-o ! Lalu saya naik bas yang besar macam bas Transnasional tu. Bas ni ada aircon. Best! Tapi banyak keburukan jugak la. Antaranya ialah ;
  • Bas tak boleh masuk taman. Tak boleh amek depan rumah. Saya perlu berjalan ke jalan besar gelap-gelap pagi-pagi sorang-sorang ditemani invisible hantu. Tapi nanti ada ramai budak taman saya tunggu di situ so dah tak takut.
  • Pakcik tu suka tinggal orang. Bas dia besar jadi dia tak nampak kalau saya lambat. Jerit pun dia tak dengar. Sedih!
  • Lelaki banyak! Saya tiba-tiba perlu menjadi sopan sebab perasaan malu sedang menebal.
  • Duduk perlu mengikut sekolah mana yang turun dulu. Jadi tempat saya direct kat tengah je.
  • Tak boleh galas beg. Kena letak beg atas paha dan share kerusi 3 orang.
  • Kena lintas jalan nak masuk ke sekolah sebab dia malas buat U-turn.
  • Yuran mahal.
  • Ada budak lelaki ingat saya suka dia. Perasan. Dia heboh satu bas. Saya stress tapi takboleh buat apa sebab saya tak kawan dengan dorang semua.
Kebaikan? Nampak cool.



Lepas tu, saya masuk MRSM. Maka berakhirlah fasa hidup saya dengan bas sekolah. Perasaan? Walawey, suka tak terhingga. Takpayah terkejar-kejar bas dan takpayah dengar bunyik hon. Takpayah jumpa budak lelaki nakal. Takpayah stress bila kena tinggal bas.

Tapi pagi tadi bila dengar bunyi bas, rasa sayu pulak. Teringat dulu masa tengah tunggu bas kat depan sekolah, van Myra akan lalu. Pastu saya akan babai dia macam orang gila HA HA HA. At least saya dah merasa naik bas yang dipandu oleh orang Melayu, orang Cina dan orang India. Seronok!


Oh yah budak bas perasan tu kan, lepas SPM tiba-tiba dia hantar mesej kat saya. "ni **** yang naik bas sekali dulu tuuu...ingat tak?"

TAK. SORI SILAP NOMBOR!


Ha ha ha ok selamat berbuka :)


No comments:

Post a Comment

hai!~