Tuesday, August 3, 2010

Do you know Im selling kuih raya?

*panjang nak mam tau entri ni. saya tak marah kalau awak baca tak habis :)

Salam.

HAI! Semua orang sihat? Masa saya pergi kem apa tah bersama senior kat surau KMS dulu, Alang pernah cakap, kalau orang tanya soalan tadi, kita sepatutnya jawab "Alhamdulillah, sihat." Maksudnya, kita agungkan Allah yang memberikan kita kesihatan. Jadi, kalau selama ni kita jawab "sihat, Alhamdulillah", lepas ni kita puji Allah dulu ye?

Dah nak dekat-dekat puasa ni, rasa syahdu bila dengar wirid lepas solat Isyak. Tak lama lagi saya akan ke surau untuk tarawikh. Weee, seronoknya Tuhan yang tau, sebab itula satu-satunya waktu saya akan ke surau kat taman ni. Sebab tu jugak saya rindu kolej. Sebab kat kolej boleh pergi surau sembahyang jemaah untuk semua waktu (well saya tak pergila semua waktu kan), dan takde budak-budak buat bising. Takde jugak bunyik mercun pom pang pom pang macam nak bunuh orang. Jujur saya mengaku, selain Ramadhan, saya memang tak ke surau sini. Walaupun begitu, semua ceramah, azan, bacaan Yasin dapat didengari dengan jelas di rumah, syukurrr. Rindu nak ke masjid dengan ayah. Tapi nak buat macam mana, dah takde peluang. Takpe, nanti saya gi rumah dia, saya nak solat tarawikh berimamkan ayah!

Cakap pasal bulan puasa, mesti rumah saya akan berbau kuih raya. Kalau korang nak tau, kecik-kecik dulu saya kena buat kuih raya untuk dijual. Ye, mak saya sangat suka menjual kuih raya. Masa saya darjah 3, dah bermula keperitan membuat kuih raya. Pulak tu, dia buat berjenih-jenih macam nak p jual kat supermarket je. Dahla time tu kecik lagi, tak faham apa ertinya banyak duit, dah kena paksa buat kuih. Time tu puasa time cuti pertengahan tahun kot, pastu sebelum ummi p keja, dia akan bancuh adunan dan tinggalkan untuk saya dan kakak saya proses. Selalunya, kuih London Almond la.

Sebab tu saya ANTI dengan kuih tu. Itu kuih paling banyak proses dan paling menyampah untuk dibuat. Kena balut badam dengan tepung. Kena bakar. Kena simpan. Kena susun papercups. Kena panaskan coklat. Kena isi kuih dalam cupcakes. Kena tuang coklat atas kuih dalam papercups. Kena tunggu kejap pastu tabur kacang kecik2 kat atas. Dahla tepung dia kena buat cepat2, nanti keras.

Malangnya, kuih ni jugak paling banyak orang nak dan paling mahal mak saya jual. Mahal pun tak lebih dari RM20 la, time tu harga gula tak naik lagi. HE HE HE. Pernah saya berdoa tolongla jangan bagi sapa-sapa order kuih dari mak saya tahun tu. MUAHAHAHA, gila jahat aku. Selalu jugak gaduh dengan kakak, pasal dia buat sikit saya buat banyak dan sebaliknya. Gaduh dengan mak pun pernah. Saya mengamuk tanak buat kuih sebab mengantuk, last-last mak saya suruh tido. Sentap terus. Rasa macam anak derhaka takleh cium bau syurga wa cakap lu. Baru dajah 3 dah feeling2, hehe. Tapi bila Raya ummi bagi duit raya banyaakkkk! Pastu dia beli baju cantik-cantik, dia cakap "ni sebab tolong Ummi."

Saya tak suka kuih yang menyusahkan, orang sini cakap renyah. Kena taruk ceri la, kena sapu telur la, kena bubuh badam la, padahal semua tu last-last sekali masuk mulut jugak, buat apa nak buat lawa-lawa ye dok? Sebab tu saya sangaaaaattt anti kuih raya dan saya memang tak makan kuih raya. Selalu mak saya cakap "rasala kuih ni, sedap tak?" Saya cakap "sorila mi, takboleh nak telan kuih kuih raya ni." Kesian dia, mesti sedih.

Lepas habis buat kuih untuk jual, kena buat kuih untuk sanak saudara pulak. Time ni la keluar kuih-kuih yang lagi susah! Kuih makmur (ummi akan buat shape ala-ala daun yang memang sangat cantik dan menggiurkan), kuih tart gulung (ummi press tepung keluar ari acuan sampai merah jari-jari-jari) dan kuih cheese. Semua ni dibuat mostly untuk tok dan tokwan, sebab dorang suka makan. Dan disebabkan kitorang tak reti buat, semua ummi yang buat! HA HA HA, time tu sukahati sebab tolong sikit-sikit je.

Paling mencabar ialah tak cukup tido. Selalu memang kitorang tak tido terus sampai ke sahur. Pernah sekali dapat nikmat tidur dari pukul 9 pagi sampai 6 petang, rasa heaven beb! Tapi saya suka. Sebab time kitorang buat kuih anak beranak tu, banyak cerita yang keluar. Sembang-sembang, sampai pukul 4.30 camtu, akan get ready nak sahur pulak. Time tu Abah ada lagi, so kena berhidang sikit la kan. Kemas apa yang patut. Kalau sekarang ni, hidup macam orang bujang je, HE HE HE.

Saya tak ingat bila kitorang stop jual kuih. Tapi yang penting kuih raya untuk family tetap jalan. Dahla budak2 kecik kaki makan London Almongg, pastu cup buang rata-rata. Family saya sendiri bukan pemakan kuih. Kesian, buat separuh mati pastu orang lain yang makan, sobs! Saya pernah cakap kat mak suruh dia beli je. Pastu dia cakap "bila ummi dah tua nanti, takde peluang la makan kuih hampa buat kan? semua beli je." Sedih dengar. Tapi time tu tak rasa sedih la, rasa lawak. Saya memang tak paham kenapa ummi beria betul nak buat kuih dan tak pernah sekali pun dia beli. Pulak tu semua buat bawak balik kampung.

Sekarang, bila saya dah buat sendiri kuih choc chips saya ni, baru saya tau nikmat buat dan makan kuih sendiri. Kualiti lebih hebat, buat pun dengan sepenuh usaha sebab saya fikir "aku nak bagi orang makan kuih ni sesedap aku makan". Sekarang hari-hari kena buat kuih, penat tapi saya seronok. Lagi pulak, kuih ni je yang saya suka dan saya boleh makan. Sebab paling senang nak buat dan paling sedap.

Tak lama lagi, kena buat kuih untuk family. Tak seronok dah. Tapi InsyaAllah saya akan jadi macam mak saya. Saya takkan jadi seorang yang membeli makanan luar. Penat macam mana pun, menyampah macam mana pun, saya akan cuba buat kuih raya saya sendiri. Sebab saya pandang tinggi dekat mak saya di atas kesanggupannya berpenat lelah membuat kuih dan memasak lauk pauk, dan saya harap suatu hari nanti anak-anak saya akan melihat saya sebagai seorang ibu yang hebat, InsyaAllah.

Niat dah ada, harap2 Allah kabulkan. Semoga Ramadhan kali ni menjadikan kita manusia yang lebih baik, lebih menutup aurat, lebih beribadat, dan istiqamah walaupun selepas Ramadhan, Amin.

No comments:

Post a Comment

hai!~