Salam.
HAI!
Tajuk omputeh la pulak kan? pi-o-wai-o sekejap sebab belog ni tak reti bahasa omputeh sebenarnya. Tapi takpe, alah bisa tegal biasa bak kata pembuat wau di Terengganu kat TV1. Hoh?
Kali ni saya nak cakap pasal lagu-lagu yang akan stuck kat telinga/hidup saya. Selalunya, setiap maknusia mesti ada jenis-jenis lagu yang dia suka kan? Macam Tifa dia suka lagu-lagu yang keluar kat radio je. Myra banyak layan oldies/current/ost/Jepang, Wajidi pulak layan lagu yang saya tatau nak define apa, maybe cool kot, Shakir suka instrumental HA HA HA. Omai, tiba-tiba rindu Shakir. Macam mana niii?
ABANG, HANTAR SAYA P CYBERJAYA SEKARANG JUGAK!
MiynMereng.
Faktor-faktor Lagu Itu Menjadi Kegemaran Saya.
Satu : Rupa Paras Penyanyi
Siries aku rasa macam nak tekeluaq urat naga masa aku pertama kali melihat wajah vokalis Rascal Flatts. Dahla aku angau gila kat lagu "What Hurts The Most" masa aku form 2. Tengok2 dia tak menepati suara dia yang muda dan smoking hot tu, wa nangis macam Tarzan wa cakap lu! Tapi lama-lama aku belajar menerima hakikat bahawa dia memang tak hensem, agak tembam macam Barney tapi suara sedap! Yeah, suara sedap! Itu yang penting.
Pengakuan : Sebab tu la aku sangat suka Aizat . Kamu cakap tak hensem. Saya cakap ya! Sebab dia kiyut macam burger :)
Dua : Pujukan Rayu Kawan-kawan
Dalam erti kata lain, suggestion dari kawan. Dan lagu yang aku dengar banyak dipengaruhi oleh insan yang bergelar Kang Zetty Anis capati hangit tersayang. She introduced me to Automatic Loveletter, Anberlin, Lo, One Republic, Lenka dan baanyaaakkk lagi before the hits keluar kat radio. And recently Wajidi banyak berjasa walaupun lagu-lagu dia jenis yang tak berapa melekat kat telinga sangat but still fun untuk didengar.
Tiga : Lirik Yang Menyentuh Kalbu
Sekali lagi, aku suka banyak interpretasi lirik oleh Kang Zetty Anis si capati hangit coz she can make me understand the songs really well. Walaupun lagu tu mcm takde mende, tapi baca ulasan dia tiba-tiba akan buat ko rasa macam WOW HEBATNYA LAGUU NI AKU NAK DENGAR HARI-HARI LAH! Contoh, White Houses - Vanessa Carlton.
Empat : Suara Lunak Bak Buluh Buat Lemang
Saya suka suara-suara serak seksi macam vokalis The Rasmus, Switchfoot, Goo Goo Dolls, Maroon 5, Daughtry kepada suara-suara mendamaikan dan boleh membawa saya ke alam mimpi seperti Mads Langer, Tyler Ward, The Midway State, Maher Zain dan Supermiyn. Eh? HO HO HO gelak la sekali!
Lima : Ada Jalan Cerita Sendiri
Saya maksudkan, lagu yang saya sendiri boleh reka jalan cerita dia. Ini merujuk kepada lagu-lagu kosong takda suara sumbang dalam erti kata lain instrumental la sayangggg. Favorite ; Another You ; Cromok. Saya boleh bayang saya ada kat celah-celah gunung berapi pastu ada putera muka macam Aizat datang selamatkan saya bawak saya lari ke gunung sambil main gitar atas kuda. Ok macam pelik je jalan cerita tu. Tapi sukahati saya la kannnn sapa suruh dia tak bubuh lirik. Ngeh ngeh ngeh. Lagu yang ada lirik seciput pun okay, macam M83 - Too Late dan jugak Oceansize - Music For A Nurse.
Enam : Soundtrack Filem/Drama
OST Once ialah terbaik sebab semua lagu dia saya suka. Dan saya sangat sangat sangat suka terpaling suka drama One Tree Hill sejak saya Form 2 sebab dia suka letak lagu-lagu indie yang tak femes pastu kena struggle sikit la nak cari lagu tu kan. Dan paling best sebab bila dengar, akan teringat dekat scene dalam cerita tu.
Tujuh : Mengingatkan Aku Kepada Orang Yang Memujuk Rayu
Selalunya, kalau lagu tu Zetty yang suruh dengar, everytime dengar aku akan teringat dia. Takpun kalau orang tu post lirik lagu tu kat Facebook, boleh jadi teringat kat dia jugak walaupun macam takde kena mengena sangat kan. Ataupun dia cakap dia suka lagu tu/dia tengah dengar lagu tu. Pelik kan? Tapi seriousss! Kalau nak Supermiyn teringat dekat korang, suggest la aku lagu-lagu best yang AKAN melekat kat telinga saya ye. HA HA HA, pi-o-wai-o lagi sekali. Booooo!
Lapan : Video Clips Yang Mengkagumkan Hati!
Lady Gagah punya lagu saya takla suka tapi melekat kat telinga sebab VC dia unik. Saya tak layan sangat VC ni, kalau layan pun sebab nak tengok kechantekkan+kekachakkan penyanyi dia je. Kesian kan dekat drummer/bassist dan lain-lain sebab selalunya vocalis dapat spotlight tapi nak buat macam mana dorang selalu yang terpaling hensem. Oh saya suka VC Tokio Hotel sebab Bill Kaulitz sangat cun/kachak, entahla tatau nak define tapi cukup membuatkan saya teruja tengok VC dia sebab hairstyle dan makeup selalu tukar-tukar dan sebab dia bukan gay walaupun dia lawa.
Sekian terima kasih. Bye.
No comments:
Post a Comment
hai!~