Wednesday, August 4, 2010

Let The Right One In

Salam.

HAI!

Saya baru habis tengok seketoi movie dari Sweeden, yang diadaptasikan daripada seketoi buku bertajuk seperti di atas : Let The Right One In.

Sebenarnya movie ni Dayang Ieqa yang promot. Beliau sungguh-sungguh cakap kat saya buku tu sangat menakutkan sampai dia tak berani baca malam-malam takut hantu mai ikut tingkap ngeh3. Pastu dia takkan tido kalau buku tu ada kat tepi dia.

Saya tak pasti fakta tu betul atau Ieqa yang hiperbola. Sebab masa Ieqa nak mintak movie kat saya kat kolej dulu, ada satu movie ni yang takla takut sangat, tapi Ieqa cakap dia takboleh tengok sebab dia takut aksi bunuh-bunuh leher terputus pastu muntah hingus hijau, erk? HE HE HE, innocence itu comel, korang tau tak?

Dan buku ni pasal vampire. Dang! Saya mana minat penghisap darah ni. Dari sekecik kecik nyiamok toek sampaila seputih melepak EdwardCullen saya tak gemar. Tapi saya gagahkan jugak download movie dan novel dia sebab :

1. Novel tu dari Sweeden
2. Dayang Ieqa yang promot

Tau tak Millenium Series yang tgh fofuler sekarang ni?
- The Girl With The Dragon Tattoo
- The Girl Who Played With Fire
- The Girl Who Kicked The Hornets' Nest

Semuanya dari novel yang diterbitkan hanya selepas penulis tu meninggal dunia. Terus meletops kau, pastu terus buat filem. Apa yang best pasal Swedish movies ni bagi saya?

1. Dia tak putar belit macam movie Hollywood. Semuanya amek sebijik-sebijik.
2. Kalau boleh dorang nak tunjukkan sebanyak mungkin isi yang ada dalam novel tu ke dalam movie. Dalam Millenium series tu, ada scene Lisbeth Salander kena sodomy, lesbo la apa la, dan semuanya ditunjukkan tanpa segan silu.Aku google perempuan tu, la dah kahwin ada anak rupanya. Tapi lakonan mantops la kak, scene tu pun tidak berbaur lucah walaupun ada nudity. Nak dekat 3 jam satu movie!
3. Hero dia tak hensem sangat. Heroin pun sedang-sedang saja :) Apa motif? HA HA HA.

Berbalik kepada movie "Let The Right One In", ia nya pasal sorang budak nama Eli yang merupakan sorang vampire harum tak sundal yang dah berusia 12 tahun sejak berkurun yang lalu. Dia tinggal dengan sorang pakcik tak kachak yang membunuh orang lalu diambil darahnya sebagai nafkah kepada Eli. Eli ada jiran. Nama dia Jacob kot (mampoih aku lupa!) Jacob baru 10 tahun (kot jugak) dan satu hari depa berkenalan. Jacob agak gatal lalu beliau menyukai Eli dan mereka muka bercinta.

Dalam movie tu, banyak babak pasal depa dua orang je. Tak siokkkk ah! Wa mau tengok scene darah leleh-leleh macam jem strawberry wa tamau tengok scene jiwang-jiwang alaaa lu niii tak rock ahh!

HOI APA BIADAP NIH?!

Ok sori. Stress sebenarnya. Saya tak baca novel lagi. Tapi Dayang Ieqa cakap ada scene bukak baju jadi dorang mana boleh bogelkan budak 10 tahun dalam movie ye dok? Mau kena saman nanti haaa. Jadi movie ni banyak cut dan takde aksi ngeri pun. Paling ngeri ialah scene last sekali di mana budak2 yang membuli Jacob dikerat kepala, tangan dan kaki oleh pontianak harum tak sundel tu.

Stress. Tapi still Ai vote for Swedish movie! Bahasa dorang sedap dan manis didengar. Ai laik :) Pelakon pun tak hensem (heh?)

Kalau rajin download la Millenium Series tu. Novel pun tengah best-selling sekarang ni. Movie dia pasal investigation (bukan crime scene) tapi lebih kepada korupsi dan komplot. Takpayah tengok kalau senang tertidur. Tapi kalau Miyn si ratu tidur boleh tahan mata, kenapa awak takboleh kan kan? :P

No comments:

Post a Comment

hai!~