Semalam mak saya call LHDN sini. Dorang cakap takpayah beli setem, kat pejabat dorang semua ada so pergi hanya untuk ambil cop.
Jadi pagi ni kitorang pergi la bangunan baru lagi hebat tu yang mengambil masa 30 menit. Lawa, terasa macam kat Putrajaya sekejap.
Sampai di kaunter, kakak tu cakap kena pergi beli setem baru boleh cop.
Ok memang cari nahas dengan mak saya. Saya tak bertanggungjawab. :))
Kesian mak saya hari ni. Kereta dahla rosak, hantar di bengkel. Dan kami terpaksa mempakai kereta Proton Saga yang diberi mekanik untuk sementara waktu yang dah berlubang rabak pastu tayarnya pancit kejap, pastu aircon rosak, pastu panas nya bontot saya Ya Allah.
"Ummi, orang yang terus takdak kereta macam mana eh? Kesian depa lagi panaihhh.."
Pastu pergi mekanik pulak tambah gas aircon dekat kereta tu. Cina yang repair tu comel. Saya suka orang Cina di AlorStar. Mereka semua friendly :))
Disebabkan ke hulu ke hilir pergi LHDN, pergi pos office dan ke LHDN balik, pergi Jitra jumpa pakcik pesuruhjaya sumpah paling cool di alam semesta, kereta rosak dan bontot panas, maka mak saya terpaksa tidak pergi ke sebuah meeting dan sebuah bengkel.
Semuanya untuk saya.
Terima kasih , Mom!
"Kira harini kita pusing satu Kedah la kan? Tak jadi semua kerja Ummi..."
HE HE HE. Nasib baiklah bulan puasa.
No comments:
Post a Comment
hai!~