Thursday, September 2, 2010

Salam Perantauan

Secara rasminya saya isytiharkan diri saya sebagai perantau walaupun tak la berapa ada di perantauan sangat.

Duduk sini seminggu saja, asyik lompat lompat tido sana sini.

  • rumah kakak
  • rumah bapak
  • rumah myra
  • rumah makcik
  • rumah myra again
Siries tak suka lompat lompat ni. Rasa macam mengemis sekejap pun ada wuaaaaaa! Tapi apakan daya family saya (bapak dan kakak) busy mengalahkan superstars maka mereka sering ke hulu ke hilir dan apabila mereka tiada di rumah di manakah lagi harus saya tiduri kalau tidak di rumah-rumah yang telah disebutkan di atas?

Ada rumah takda kereta pun tak guna kan kan? Sebab nak gi Melaka perlu menumpang Myra. Dan kalau ada kereta tak boleh drive pun tak guna jugak kan kan? Baiklah aku naik KTM superlembab asalkan selamat dan baiklah diberi sahaja lesen memandu aku kepada pihak muzium yang merasakan muka aku ni ada chinese-look dan bukannya anak mami!

*emo* aku bukan anak mami la weyyyy. hidung tak tinggi. muka tak cerah. gelang tak banyak.

HA HA HA, ok takpe. Banyak dugaan bulan-bulan puasa ni Alhamdulillah tak menyumpah lagi setakat ni. Allah tu Maha Besar. Walaupun saya lambat datang High Commisioner India haritu (lagi 30 mins before tutup), tapi saya telah dapat mempotong barisan terus menjadi orang yang kedua.

HAAAAAA, hebat tak?

Pastu kat visa centre pulak, lepas amek nombor yang lagi 40 orang tu, tiba-tiba saya ditawarkan untuk membagi passport saya kepada satu group budak KMB ni maka saya takpayah tunggu lama. Dan visa saya pun dia yang akan tolong ambikkan. Alhamdulillahhh, susah susah pun ada jugak kemudahan kan kan?

Sebab tu la kita kena selaluuuu bersangka baik dengan Allah.









Banyak lagi ranjau sebenarnya, tapi sabar je laaaaa.

Oleh itu,

saya yang sedang terletak 450km jauh dari rumah, ingin mengucapkan Selamat Berpuasa (ye la mana raya lagi maa) kepada seluruh warga muslimin dan muslimat. Semoga tahap kesabaran kita makin tinggi di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment

hai!~