Salam.
Hi!
Cuti sekolah kali ini sangat bosan. Sebab semua sudah sedia maklum Miynamin tiada sebarang gol untuk dicapai. Well, ada la sikit kot. Antaranya ialah:
. khatam buku sejarah seperti yang dijanjikan. tapi kejap, ehhh tak ingat buku tu masih wujud ke tak :)
. habiskan buku Campbell yang masih lawa tu, haa hamek ko
. habiskan semua muvie dan drama dalam hdd
. menghilangkan perut jerawat
. membangunkan diri secara awal sebelum pukul-pukul tertentu dan elakkan tidur 14 jam.
Cuti kali ni agak menarik la jugak. Ayah tanya "cuti ni nak buat apa?" Saya jawab, "nak menjadi Muslim yang lebih baik." Ayah tanya, "aik, nak masuk sekolah pondok ke?" Saya jawab lagi, "Tak payah, internet kan ada semua. Cuma nak amek tau hal-hal semasa ja. Selama ni oblivious sangat, taktau apa-apa pun." Ayah cakap, "kerja dengan abah nak? Abah bagi la gaji."
O_____O
Balik rumah, mak tanya "cuti lama-lama ni duduk saja la kiranya?" Saya jawab, "a'a, makan tidoq hehehehe." Mak cakap, "tolong Ummi mark paper. Ummi bayar sekian sekian sekian."
O_____O
Terharu. Saya jadi rebutan kedua-dua ayah dan ibu saya. Maklumlah saya tak dibenarkan bekerja di luar entah kenapa pun saya taktau. Saya pasti, kalau duduk dengan ayah, maka mungkin akan dibayar lebih. Tapi ada kekurangan di situ. Saya takkan dapat bangun lewat. Saya takkan dapat membancuh milo feveret sesuka hati saya. Saya perlu mengawal segala tingkah laku diri. Saya tak dapat online sesuka hati. Saya akan berada di dalam kereta dalam tempoh yang lama hari-hari. Saya akan terperangkap dalam traffic jam KL yang sangat membencikan. Saya akan makan di luar semata-mata. Dan saya takde kerja-kerja rumah untuk dibuat which is boringggg.
Dengan mak, well bias la sikit kan sebab saya consider AlorStar ini heaven saya. Heaven la ok takdak pendatang asing yang scary tu. Barula rasa macam kampung halaman sendiri. Plus kalau mak saya tak cakap dia nak bayar pun, saya akan tolong beliau dengan penuh rela hati sebab dia kan ibu saya. Auwwww, sweetnyeeee anak ini. :))
Ok, takde kaitan.
Semalam sangat bohsan lalu ternampak iklan Pencarian Gadis Melayu kat TV9. Saya cakap kat Ummi, "Ummi, nak masuk gadis melayu ni boleh tak? Dah takdak apa nak buat cuti ni"
Ummi respon, "eh, muka ada jerawat boleh masuk ka?"
=_=''
Bohsan. Ok, nak sambung tengok The Mentalist. Patrick Jane sangat adorable and sweet as a guy. Kenapala mat salleh sangat charming lagi-lagi bila dah sampai middle age? No wonder la anyone could easily fall for them. HOH! Masa lapang sekarang cuma dihabiskan menjawab soalan-soalan kat formspring. So guys, feel free to drop your question there. :)
No comments:
Post a Comment
hai!~