Wednesday, June 16, 2010

Buat Apa yang Aku Suruh di Baris Akhir.

Salam.

Hi awak!

Nak tahu tak, hari ni saya mengeluarkan diri dari rumah lalu pergi bersuka-ria di pusat membeli-belah terhangat di Alor Star iaitu City Plaza dan Pacific. Aaaaah, macamla ada tempat lain. Alor Star Mall mungkin ada tapi itu belum cukup hangat. Nak hangat kenalah pergi tempat-tempat kecik yang kita boleh tawaf 2-3 kali dan mempunyai probability berjumpak orang yang sama sebanyak 0.88. Itulah Alor Star untuk pengetahuan anda. Dan kalau kau takmau tahu pun apa aku peduli kan aku nak bagitau jugak.

Sebelum keluar tadi saya tunjuk video Poo Poo dekat mak. Yang orang Uganda ajar pasal homoseksual tu la. Pergila carik kat youtube kalau rajin. Dan akibatnya mak aku gelak dengan sangat dasyat tanpa henti dan mengulang tayang video tu sebanyak berapa juta kali pun aku taktahu. Tadi dia datang bilik aku dan gelak secara tiba-tiba sampai terlimpahkan beberapa mangkuk air mata gembira sehinggakan aku naik takut. Apa yang keluar dari mulut dia ialah "POO POOO! HAHAHAHAHAH POO! POOOOO!"

Okay, memberi kebahagiaan kepada mak ialah satu perkara mulia, bukankah? :P

Hai!

Kamu tahu, Alor Star semakin panas sebab pokok-pokok semua dah kena tebang. Sayang! Usia mereka lebih tua dari saya tau tak! Sampai hati kau si pengembala kambing! Takkah kau mempunyai belas kasihan terhadap pokok-pokok tu? Kalau kau guna "The Sound Machine", mungkin kau boleh dengar tangisan pokok-pokok tu merintis kesayuan sebab tak dapat memberi teduhan kepada Miyn dah macam dulu-dulu!

Ah, inilah harga sebuah pembangunan!

Ok, taktau apa sebab kena emo tapi saya tak suka melihat langit kosong tanpa warna hijau. Zetty cakap depa mau buat fly over. Menara kat bulatan Teluk Wanjah tu tak lama lagi bakal roboh ho ho ho sedddihhhhhhhh la wa macam ni beb. Perghhhh, korang tak rasa hebat ke? Bil talipon pun boleh dibayar secara drive-thru walaweyyy hebat! *tepuk sikit*

Bila nak taruk LRT pulak? :P

Hari ni saya ada banyak sebab untuk berasa bahagia.

Pertama. Saya makan laksa lemak tadi. Laksa lemak dia sedap. Lagi sedap sebab dia guna laksa kecik. Comel betul laksa tu awak tau? Kalau taktau silalah tau sekarang. Takla comot bila saya makan walaupun comot itu comel. Tapi bila comot dengan kuah masak lemak, nanti kena pakai tisu. Pokok dah kena tebang jadi kita harus menjimat tisu. Myra jangan sesema kerap-kerap sangat okay? Kita kena jimat tisu, ingat tu. He he he okay niat di hati nak buat lawak tapi dah tak reti.

Kedua. Kaki dah kecik sebanyak 1 inci. Ini hanyala andaian memandangkan saya dah jalan sebanyak 5km saya rasa. HA HA HA. Aizat, kau takde alasan taknak tinggal Liyana Jasmay okay! Kaki aku dah kecik mari kau ke sini sekarang jugak! Dan sorry to say lagu baru kau tak sedap.

Ketiga. Dapat slipar baru berkaler putih. Baru aku sedar aku sekarang ada 3 slipar dan semuanya masih kachak. Dulu setiap kali balik cuti aku akan beli slipar baru. Motifnya ekceli nak carik Crocs satu, nak pakai kat Langkawi tapi aku lupa aku sekarang kat AlorStar mana ada kedai Crocs, boooooooo! Last-last marilah kita sedar diri lalu belilah slipar di kedai biasa-biasa aja ye.

Keempat. I have Zetty and Aina in my life :)



Oh, adakah kamu tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ada menjual CD di kaunter mereka yang bertajuk "Hari-Hari Idol?"

Isu itu telah membuatkan saya gelak secara meleleh air mata sebanyak sebaldi. Sebenarnya tak la lawak sangat tapi kitorang kan semua sakai punya kepala hotak, benda tak lawak pun jadi lawak tapi biarlah heyyyyy saya nak cakap lawak jugak tolong jangan bangkang. HA HA HA.

Hari ni jugak, masa tengah bercakap-cakap tadi, saya baru sedar bahawa ketika zaman sekolah dulu saya telah menaruh minat terhadap lelaki-lelaki yang entah apa-apa. Dan yang hebatnya, macam mana Zetty dan Aina boleh lebih tau dari aku sendiri? Mereka punya la konfiden aku pernah minat si sekian sekian sekian padahai aku sendiri tak ingat? HA HA HA. Ok, saya hidup dalam denial. Berasa malu la sikit bila tau yang aku telah mula gatal sekitar usia Tingkatan 2. Kalau mak tau pasal ni mesti dia takkan benarkan aku mula berjinak-jinak dengan mIRC masa aku Tingkatan 1 dulu. Hey kenapa guna AKU ni??

Hebat kan, betapa rancaknya zaman-zaman kita mula nak grow up dulu. Dulu saya selalu rasa zaman sekolah menengah ialah zaman paling best dalam hidup. Dan sekarang bila saya dah habis kolej, saya rasa fasa ni pulak yang terpaling best. Sebab saya dah tau siapa kawan-kawan sebenar saya. Dan saya tak boleh nak cakap saya menyesal atas apa-apa yang berlaku dulu, ataupun cakap yang saya nak ubah sesuatu dari masa dulu. Sebab, kalau benda tu tak berlaku, maka takdela sekarang kan? Setuju?

Tadi seseorang add saya di Facebook. Terus saya teringat balik semua peristiwa-peristiwa zaman-zaman Tingkatan 2 dulu. Dan saya tak suka. Yes, sesetengah perkara adalah lebih baik dilupakan. Dan saya rasa hebat bila mengingat kembali betapa ramai orang-orang yang saya dah lupa. No, bukan maksud saya yang saya ni hebat sebab lupakan orang. Aish, kamu harus faham yang saya ni kekurangan vocab. Tak tak! Maksud saya, agak dasyat jugak saya boleh tak ingat dekat mereka-mereka tu. Padahal dulu kami datang sekolah mesti mereka jugak yang menjadi tajuk utama. Mungkin orang-orang yang ada dalam hati dan kepala saya sekarang ni punya cahaya lagi terang dari awak kot?

Bila saya bagitau saya sayang awak (orang orang hebat hidup saya), maksudnya saya memang sayang la. Tahap kesayangan itu biarlah saya saja yang tahu. Tapi saya suka jugak nak bagitau, supaya awak tahu yang awak telah menjadi satu makna dalam hidup seseorang dan mungkin ramai lagi. Aaahhh, inilah jadinya bila saya membuat post pagi buta. Semuanya berbaur romantik (ho?)

Apala aku merapu ni. Okay sila buat taktau.



Apa tajuk post ni again? Hihi, cukupla awak tahu saya sayang awak. :)

*smile*

No comments:

Post a Comment

hai!~