Hai!
Saya mulakan entri saya hari ini dengan memberitahu anda bahawa saya sangat bosan pagi tadi lalu saya membasuh semua baju di dalam beg pakaian saya yang sepatutnya disusun di dalam almari. Yes, saya pergi basuh, pergi sidai, dan pergi lipat, pastu susun cantik-cantik dalam almari.
Wangi! Kemas lah almari, saya suka! *senyum besar besar*
Perasan tak, bila kita bosan, lagi pulak takdak sesiapa untuk nak bersembang, maka secara tidak langsung kita akan membuat benda pelik-pelik. Tadi saya melipat cadar yang baru dibeli. Masa nak susun, saya rasa semua cadar dalam laci tu macam kotor. Dan saya bawak keluar semua lalu lambakkan dalam bakul pakaian untuk dibasuh pada esok hari pulak. He he he, cakapla aku gila tapi aku memang takde apa nak buat.
Memandangkan saya tak suka kerja-kerja bermain habuk, jadi kegemaran saya ketika ini ialah bermain dengan baju. Gosh, tolonglah dobi amek saya bekerja saya rela basuh baju lipat baju tido dalam baju sampai saya dapat result nanti. Dan saya baru perasan, baju yang saya lipat semakin hari semakin cantik. Betul apa orang cakap. Alah bisa tegal biasa. Lepas ni mungkin saya akan membasuh langsir pulak.
He he, apa kaitan saya jugak tak tau. Mari kita tukar topik lah, nak?
* * *
Kamu nampak (you see), sebab utama saya tak suka cuti panjang-panjang ialah kerana saya berseorangan di rumah. Mak pergi kerja awal pagi dan hanya pulang lewat petang. Sebab itula saya memilih untuk berjaga malam, tahu? Malam-malam mak saya ada walaupun dia tengah tido. Pagi-pagi takda siapa, sunyi sepi ibarat ditinggalkan di tepian pantai (ho?).
Bila sunyi, saya hanya boleh bercakap dengan diri sendiri. Hari-hari cakap dalam hati. Sendiri tanya soalan, sendiri jawab. Stress la macam orang gila kau tau? Tolonglah sapa-sapa yang tak berumah dan bukan perogol (semestinya wanita) marilah menemani saya auwwwww bosan niiiii. Saya rindu saat-saat saya tak fikirkan pasal hidup saya. Sebab bila saya terlalu fikir, saya akan mula berfikiran yang pelik-pelik dan ai dong laik that lah okayyy.
Saya dah hilang bakat untuk menulis blog. Ye, blog saya bosan. Saya baca pun macam nak kutuk diri sendiri. Macam, "hoi kau baik pergi belajar masak dan jauhkan diri kau dari blogger pelis blog kau tak menghibur langsung ah bosan bosan bosan."
Bila saya tak suka apa yang saya tulis, itu adalah masalah besar bagi saya. Macam perasaan yang saya rasa bila saya jawab English Standard Level haritu. Dang!
Ok berhenti di sini. Saya nak membuat entri yang kedua. :)
No comments:
Post a Comment
hai!~