Salam.
Hi!
Sweet tak tajuk post saya? Ha ha ha, kalau la mamak-mamak tu baca blog saya mesti dorang akan bagi saya makan free tiap kali saya pergi Nasmir.
Oh ya, by the way, tadi saya pergi tengok bola. Oh yeah mannn Miyn tengok bola okaayyy! Tolonglah percaya. Miyn tengok bola! Again, Miyn tengok bola! *hooray?*
Yah saya tengok bola. Dan bola yang saya tengok hanyalah bila world event macam ni ja. Jadi taknak komen apa-apa pasal match, tak layak bak kata Abang Zetty. He he.
Terima kasih Zetty sebab bawak saya tengok bola. Seronok.
Masa mula-mula bagitau Ummi tadi, dia macam .. "haaa? tengok bola? pukul berapa?" Saya cakap, "pukul 9 satgi." Mak cakap, "tak bahaya ka perempuan tengok bola malam-malam? nanti lelaki aim ja." Saya jawab, "Eh, taklah. Awal ni. Lagipun bukan p tengok dengan laki. Tadak papa lahhhh." *senyum*
Seriously, mula-mula rasa tak sedap hati sebab tengok Ummi macam tak berapa nak lepas. Tapi dia terpaksa lepas jugak sebab Zetty yang ajak. Takboleh cakap tidak. Sebab Zetty. Haaa zet, terharu tak? Yang bestnya pasal mak saya, kalau dia dah percaya kat seseorang tu, dia akan percaya betul-betul dan takkan banyak tanya. Sebab tu saya tak pernah risau pergi mana-mana atau buat apa-apa kalau mak saya ada confident dengan saya. Restu ibu itu penting. Ingat tu. Jadi kalau mak tak bagi, jangan buat ok?
Masa baru sampai tu, orang tak ramai lagi. Kitorang datang pukul 9.45 dan masih banyak lagi meja kosong. Nasib baik p Nasmir, tempat family-family. Dan Alhamdulillah tadi kurang sikit diselubungi dengan kepulan-kepulan asap. Belah kiri ada dua orang lelaki Melayu, tidak smoking. Di sebelah kanan ada sekumpulan lelaki Cina. Muka agak kachak tapi hanya seorang saja smoke. Di belakang ada lelaki Melayu dan di kiri sikit ada lelaki Siam rasanya. Lepas tu nampak sekumpulan Nigerian. Campur mamak maka jadilah 1 Malaysia kan kan? Sweeeeeet!
Ok taktau kenapa cakap sweet. Saya dah makin kurang vocab kot tapi biarla nak cakap sweet jugak. Sweeeeeeet!
Tadi hampir-hampir nak pakai jersi Portugal tapi rasa macam pi-o-wai-o la kan. Taktau apa apa pasal bola lagi-lagi portugal mai mai nak sebok sebok pakai baju dia memang la memalukan Miyn nih, ye dok? HAHA. Nasib la aku tak pakaaaaaai sebab takdak orang buat semangat pakai baju portugal pun. Pastu terlupa pulak jersi tu sebenarnya nak bagi hadiah kat adik mana boley pakai. Ngeh ngeh ngeh.
Tadi kat Nasmir jumpak Yonn! Yonn sekarang kerja kat Esso. Comel betul Yonn. Lamaaa sangat tak jumpak. Yonn ja satu-satunya kawan lelaki zaman childhood yang aku masih baik sampai sekarang, itupun sebab dia rajin hantar mesej walaupun aku tak balas. Dan kalau tanya semua kawan-kawan pun, semua cakap memang Yonn ja la yang kitorang masih contact pun. Heeee, makin besar semua makin malas reply mesej kan kan? Myra sila angguk! Yonn dah makin berisi, makin lebar, dan sudah ada janggut :) Tapi macam aku cakap, masih lagi comel dan adorable macam dulu. Aaaahhhhh, teringat masa first time jumpak dekat Seminar Minda Pelajar dulu. :)
Rindu rindu rindu! *gaya upin ipin*
Game berakhir dengan keboringan yang nyata. Asyik tolak-tolak, Ronaldo buat-buat sakit, pastu bangun lambat. Dan disebabkan aku dan Zetty tak reti tengok bola, kitorang telah terjerit dengan sangat over siap angkat tangan lagi padahai offside! Malu malu malu HAHAHAHAHAHA. Tengok-tengok ada orang cakap "offside daaaaa". *tutup muka*
Okay, takpa mereka tak kenal kita jadi tak payah malu hehehe. Stress. Ingatkan ada gol last-last minit, maka saya bantai dua cawan neslo, seketoi roti tisu, sepinggang maggi goreng dan terpaksa menahan kensing sebanyak 30 minit. Ending? Nil-nil.
Aahhhh, memang tak tido la aku malam ni~
No comments:
Post a Comment
hai!~