Salam.
HAI! (dengan superexcited sekali)
Awak, adakah awak tahu yang bila awak sakit kepala, maka awak harus menghalang diri dari memakan Panadol? Segala jenis ubat-ubatan sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Selagi awak tak nazak nak mati, tolonglah bertahan dulu dan bagi sistem imunisasi awak melakukan kerjanya dahulu ya. Hey, percayalah sikit dengan kekuatan badan sendiri! Mereka pun ada kerja. Kita bagi depa makanan bukan suruh depa dok rilek. Mereka perlu bekerja okay! Oh tak saya tak emo.
Nah, :D
Dan sebab itulah saya rasa sangat lawak memakai koyok di kepala sekarang ni. Hi hi hi. Macam clown. Eh wait, kalau clown memakai koyok mesti tak semenakutkan seperti memakai pemerah pipi bulat-bulat tu kan? Kalaula dia tak menakutkan macam tu, mesti saya akan jemput dia ke parti hari jadi anak saya yang ketujuh.
Dulu saya suka memakan panadol Actifast sebab bila sakit kepala tak boleh stadi. Jadi untuk kelegaan cepat makanlah panadol actifast! Banyak saya makan sampai saya rasa saya layak dilantik sebagai duta panadol Actifast yang seterusnya memandangkan hajat hati nak jadi duta Domino tak kesampaian. HA HA HA. Ok tak lawak.
By the way, taukah awak kaum lelaki, kalau adik perempuan awak, kakak awak, atau mungkin kekasih hati pengubat jiwa mengadu sakit PMS, awak hanya perlu memberikan mereka koyok yang berharga 2ringgit tigaposen?
YA, hanya bagi mereka sekotak koyok dan suruh mereka tampalkan semua di perut. Ya, SEMUA SEKALI. Oh ya, entah-entah ada yang taktau koyok tu apa kan, ye dok? Haaaa ni, yang pelekat kita tampal kat badan kalau sakit belakang tu la. Atlet-atlet hebat kaki bola mesti tauuuu ni. Tapi yang berjenama tu mahal. Baik beli je koyok yang apek Cina selalu letak kat kepala bila dia orang sakit kepala itu. Lu tau tak? Lu tatau pergi la tanya itu mana-mana kedai. Wa tatau macam mana mau explain. haiyaaaaa!
Dan setelah tampal, maka barulah boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa seperti menjemur baju, mengemop lantai, menanam cili di belakang rumah ataupun mengembala kambing. Rasa sejuk la macam perut kena simbah dengan ais sebaldi tapi ia berkesan okay dan tak rasa sakit InsyaAllah. Lagi menyeronokkan daripada perlu terlantar di atas katil dan meletakkan sebotol air panas di atas perut sambil menahan sakit.
Kaum wanita bolehlah cuba selepas ini ya?
Saya harap ini membantu. Tadi ada sorang kawan lelaki saya call pukul 7 pagi dengan suara ketakutan. Saya ingat rumah dia terbakar! Tengok-tengok adik perempuan dia period pain. Kesian. Comel pun ada, kan kan?
Ok sekian tips untuk hari ini.
Take care!
No comments:
Post a Comment
hai!~