Sunday, June 6, 2010

Ini BTN Saya.

Salam. Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Kamu tahu apa itu BTN? BTN ialah Biro Tatanegara yang diwajibkan ke atas saya dan rakan-rakan sekalian. Pendek cerita, kalau kamu bakal melanjutkan pelajaran di luar negara under sponsorship, maka kamu perlu menghadiri BTN. Walaupun status kamu anak dara seperti saya, mak orang takpun sudah berpangkat datuk, kamu masih perlu menghadiri BTN ye rakan-rakan.

Ketika saya mendapat tawaran untuk pergi ke BTN, mood ketika itu ialah sakit jiwa. Saya tak suka pergi kursus-kursus ini. Mana cool kan? Orang kachak seperti saya memang pantang lah pergi ke kursus paksaan ni. Tapi mood bertukar menjadi gembira kerana saya tau kawan-kawan batch saya semuanya akan turut pergi bersama. Maka kami akan bertemu kembali setelah berpisah selama beberapa hari dan boleh kembali beriang-ria sebagai satu batch sekali lagi. Aaahhh, nyaman sekali perasaan itu ye rakan-rakan.

Orang cakap BTN ni ialah untuk meng-torture. BTN ialah untuk membuat kita sokong kerajaan. BTN ialah itu, BTN ialah ini. Well, actually sebelum kita pegi mana-mana, or buat apa-apa sekalipun, jangan la main buat andaian ikut sesuka hati je. Pergi sana dan experience sendiri.

BTN saya tak lebih daripada nak develop perasaan sayang dan cinta kepada Malaysia itu sendiri. Dorang ajar apa itu perlembagaan Malaysia. Dorang ingatkan kembali sejarah kemerdekaan Malaysia, macam mana Melaka dijajah oleh kelalaian kita sendiri dan banyak lagi la. Bila dengar ceramah tu, barulah saya rasa betapa jahilnya saya sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Malaysia pun saya takpernah tau apa dia. Dan saya tak nampak kepentingan nak amek tau hal-hal politik dan sejarah malaysia ni. Tapi bila dah pergi BTN ni, saya rasa saya nak pergi khatamkan balek buku Sejarah tingkatan 1 sampai 5. Rasa malu sangat sebab tak tau. Sumpah malu.

Pakcik-pakcik kat sana siries best. Dorang dah la comel. Buat la garang macam mana pun, tak rasa takut sebab comel sangat. Pastu dahla baik, macam ayah-ayah. Duduk 5 hari kat sana, saya dah rasa sangat sayang kat dorang semua. Dan ada sorang pakcik ni sangat garang dan saya sangat takut dengan beliau. Takut, siries takut. Pulak tu beliau pulak yang dapat tugas kena kejut kitorang pagi-pagi. Ada satu hari tu, beliau dah jerit "BANGUNNNN, BILIK NO 16 APA GELAP LAGI NI! BUKAK LAMPU!" Pastu saya yang tido katil atas ni teruih bukak lampu, amek telekung pastu ulang alik 5 kali taktau nak buat apa. HA HA HA. Bengong.

* * *

Saya sangat bersyukur pegi BTN dengan kawan-kawan kolej saya sendiri. The last day was really painful. I had to say goodbye like I'm not gonna see them anymore. Siries sedih. Terbayang muka Wajidi senyum masa saya suruh dia buat Facebook. (ingat senang nak tengok Jidi senyum???) Lepas ni dah takde Aini dan Niza yang sangat menghiburkan tu. Takkan dengar Abe cakap Kelantan, takkan pegi Penghulu Cantik nak makan nasik lemak. Dah takde bilik depan, tepi, hujung kiri kanan bla bla bla. But the memory is there. I consider all of them, 95 people as my own family. Bila saya stress, saya ada budak-budak ni. They are my strength. And I'm thankful to be here. I never expected to be this close with so much people in just 2 years.

And peeps, dont judge a book by its cover. I used to think Fik is a samseng when he's actually a very sweet person. And I thought Dawa was a pain in the ass when in fact, she was there most of the time when I needed her. People have their own flaws tapi kekurangan itu lah yang menjadikan mereka itu mereka.

Saya suka BTN saya. Saya sayang kawan-kawan saya and I love Malaysia. Teehee!

No comments:

Post a Comment

hai!~