Perghhh, teruk gila mengidam aku sampai aku mengamok bila tau klasmet aku nak buat makan2 untuk besday people. Sebabnya aku dah plan dengan sangat cantek untuk makan pizza beramai-ramai sama-sama malam tu dengan golongan yang perasan kaya padahal misken nak mamposs tapi sanggup berkorban sebab nak makan pizza sebijik.
So, malam tu aku cuma makan char koay teow dengan ayam masak sambal. Tapi still aku geram sikit sebab makcik tu tipu. Manada char koay teow kering mcm tu. Bukankah sepatutnya basah pastu ada udang dan kerang dengan bertimbun-timbun?
Korang kalau nak makan char koay teow sila p Penang. Tapi Bertam pun boley jugak. Tobat dah lepas ni aku takkan try char koay teow dekat KL ka, Seremban ka apa ka sebab semua pun tak jadi. Akibatnya aku makan sambey nanges-nanges.
Berbalek kepada cerita pizza. Aku dapat mesej promotion Domino yang cakap aku boleh dapat lagi seketoi pizza dengan harga RM3 kalau aku order at least minimum regular pizza. So, aku pun sangat teruja nak guna sms yang aku dapat tu. Pastu pulak Kumar dari Domino tu mesej, dia suruh aku promot kat kolejmates aku, kalau beli seketoi pizza regular dapat RM15, kalau besar sebijik harga dia RM24.90. Fuhh, hapai kotttt. Hebat tak?
Klasmet ai sangat tak supportive sebab Pizza Hut dah kuarkan iklan yang cakap 3 bijik pizza harga dia RM33. So, takda sapa berminat.
Aaaaaah! Apa ai kesah. Ai nak makan jugak pizza! Ai dongg care!
Disebabkan hari pertama aku terlalu kenyang, pizza projek terpaksa batal. Malam kedua ada makan char koay teow tipu tu dengan klasmet, so tak boley order jugak. Rumet aku sangat kesian. Nanges-nanges dah dia sebab kempunan pizza.
Kenapa fomfuan suka nanges? Well, tolong jangan tanya ai.
Hari Khamis aku posa sebab tahun ni tak penah posa langsung. Buroklah bukan perangai ai? So, aku tinggal swimming class walaupun aku terkial-kial lagi dalam kolam. Jadi, lepas Maghrib aku pun pegi surau sebab nak baca Yasin sama-sama ustad comel.
Bila aku naik ja blok lepas Isyak, Elly terjah aku ala-ala Nas Ahmad dalam Melodiy.
Beliau tanya aku, aku ada order pizza ka? Aku cakap, aihhh, manada gila ka pa aku nak order pizza sorang2. Aku bukanlah kaya okkk?
Tiba-tiba dia kata, tadi abang Pizza datang hantar Pizza. Dia call henfon aku suruh ambek kat bawah sekarang. Elly dengan rumet aku pun turun la gi amek. Pastu dorang nak bayar, tapi abg pizza tu cakap, ni kenapa nak bayar lg sekali? Pastu dorang tanya sapa orderkan? Abang tu cakap tadi Nur Aminah datang dengan kawan dia pukul 2 mai order pizza. Beliau suruh hantar pukul 8.40 malam.
PERGHHHH! NI SAPA PULAK BERANI2 MENJELMA SEBAGAI NUR AMINAH ANAK PAKCIK AMIN NI???
Semua orang dah kecoh. Well, bukanla semua punn. Orang2 yang tau je la kan.
Aku pun heran. Apa kess pulak la aku nak gi Domino order pizza pastu suruh hantar malam2.
Aku lari masuk bilek. Tengok2 ada 2 pizza besaq atas katey menanti untuk masuk ke dalam perut. Dahla perisa menggoda yang amat. Ai very like the topping. BBq flavour. Lagi satu tak ingat apakah tapi since nama dia pizza, dia pun sedap jugak.
Aku text Kumar, aku tanya dia order pizza untuk aku ka? (Gila bunyik mcm perasan la kunun2 ada org nak beli pizza utk aku)
Dia cakap, kawan aku tadi order. Dia tules mesej atas kotak tu.
Aku pun cepat2 tengok. Mesej itu berbunyik:
"Salam Mynn. Ini pizzanya. Ajak Farahtul, Madiha, Tia and Niza sekali ek".. and bla bla bla lagi lah! -Nadra Fatima-
Omaigod, sayangnya aku kat Nad. terus aku call dia marah2. (marah itu tanda sayang tau takkk?)
Marah sebab aku cuma gurau ja suruh dia beli pizza untuk aku hari tu. Marah sebab dia dtg Seremban tak melawat aku. Marah sebab dia dh dtg kolej tp dia patah balek. Marah sebab dia wat tekejut2.
Naseb aku tak ingat ada hantu jadi aku pastu menonong g Domino's. HA HA HA.
Tak sangka sangat2 rezeki kitorang malam tu. Nad sangat baek. Ai lafff yu much much!
Tolongla, laen kali jangan buat tekejut tekejut mcm tu lagi tauuuu.
No comments:
Post a Comment
hai!~