Wednesday, April 8, 2009

Light Off

Aku sangat suka dengan hostel aku sekarang ni. Tengah-tengah sebok dan bersemangat membuat kerja, tiba-tiba POOOOOFFFF!

Gelap gelita.

Bukankah rumentik tu?

* * *

Light off ni memang menyakitkan hati mula-mula. Sebab mood nak belajar dan nak buat kerja bukan datang selalu. So, bila datang mood tu aku akan membuat kerja dengan sangat hebat tak berhenti-renti dan tak bangun2. Tapi bila gelap tiba-tiba terus mood aku down. (Sila sebut 'down' dengan gaya Mr W. Dooownnnn la mcm ni!)

Contohnya macam sekarang ni. Taip dalam keadaan gelap boley buat mata aku rosak rasanya. Sebab aku dah tak nampak pun keyboard ni ekceli. Dekat kelas pun dah kena pakai specs untuk setiap subjek, tapi still aku tak suka duduk depan sebab duduk depan buat aku terasa skema. Entahlah kenapa. Mungkin sebab memang dari Form 1 sampai Form 5 tempat duduk aku dekat row belakang sekali.

Dan mungkin sebab tu aku selalu tido dalam kelas.

Ok, berbalek dekat cerita light off. Light off ni start pukul 12.30 pagi dan akan bukak balek pukul 5 nanti. Ok la tu kan..

Ada benda yang aku suka, dan aku tak suka pasal light off ni. Macammm..

Yang aku tak suka :
[x] Bila gelap ja, terus rasa nak tido. Aku akan tutup segala buku dan terus terjun atas katil untuk mimpi.
[x] Bila tido awal, aku expect untuk bangun awal. Tapi aku bangun time sama macam aku tido lambat. Jadi rasa macam lagi banyak masa aku bazerkan untuk tido. Pastu dalam kelas nantok over jugak. Macam tak guna ja tido awal.
[x] Mata aku rosaaaaaaaaakkkkkk! Dan aku tak suka pakai specs sebab Isyam suka cakap aku nampak macam makcik. *sedessss*
[x] Tak boleh nak buat homework sampai lewat2 da sebab lighting tak best dan menyakitkan mata.
[x] Homework aku banyak tak siap.

Yang aku suka :
[x] Dah takde orang melalak gelak macam pocong malam2. Selalu bila aku tido, akan terdengar suara orang mengilai sana sini. Suara2 tu akan buat aku terjaga dan secara otomatik esok aku akan sakit kepala sepanjang hari kat sekolah.
[x] Aku akan iron baju pukul 12 sebelum lampu tutup.
[x] Dapat lampu meja freee, yeyy! Tapi tak penah guna pun. Ha ha ha.
[x] Boley tido awal.


Nampaknya aku kena belaja bangun awal la lepas ni. Sebab memang tak boley buat apa dah dengan light off ni. Dahla otomatik, kalau dekat hostel dulu ikot sukahati kita ja nak tutup ke tak. Aduhaiii, sabar je la.

Tapi takpa, rumentik. I laikkkk~

No comments:

Post a Comment

hai!~