Apa khabar? Sehatkah Abah? Dah baek batuk-batuk extreme satu bulan dulu? Keja ofis banyak? Pekerja macam mana? Dorang nakal tak? Suka talipon pagi2 lagi tak? Imran si kecik tu banyak cakap lagi ke? Suka kerabat2 orang tak tentu pasal lagi? Suka jerit lagi? Makan banyak lagi? bla bla bla.. (ni apa banyak sangat soklan ni haihhh haihh penat pak Amin nak jawab).
Baiklah. Kita back to the story ok. Macam ni. Tujuan saya menulis surat ni kepada Abah ialah untuk melahirkan rasa terharu saya terhadap Abah. Walaupun saya sedar saya hanya text Abah bila saya ada 3 tujuan iaitu:
[x] untuk memintak topap
[x] untuk mengemis secebis duet
[x] untuk men'demand' barang
...tapi saya sangatlah terharu dengan layanan Abah terhadap saya. Iyeee, betul ni tak tipu. muka saya ada muka si tipu ke? Takk kan takk kann?
Sebab Abah, duet saya banyak dihabiskan ke arah lain sebab topap saya tapayah beli. Omaigod, bersyukurnya saya. Sebab Abah, saya tapayah risau kalau tiket takdak time nak balek cuti sebab Abah mesti akan hantar saya balek dengan apa cara sekalipun walau terpaksa memanjat gunung meredah lautan membelah tanah dan jugak kayu api, tapi Abah akan pastikan saya sampai di depan rumah yang mempunyai kereta berkaler merah! Ohh, itu kereta Ummi saya, sila amek perhatian. Dan sebab itu, saya sangat terharu. Saya janji lepas ni saya carik tiket sendiri sebab saya kesian tengok Abah bawak kereta tersenggut-senggut tahan nantok.
Setakat ni, apa yang saya nak semua saya dapat. Masa saya men'demand' meja comel untuk letak dalam bilek dulu, Abah belikan pastu hantar jugak walaupun time tu dah pukul 12 malam sebab saya mengada-ngada cakap nak guna. Cek untuk Kemboja tu pun Abah hantar lewat malam jugak. Saya tau menyusahkan Abah. Tapi saya suruh jugak sebab saya ni kan degil. Jahat kan? Tapi takpela, saya baru nak start menyusahkan Abah dalam masa 2 tahun ni je. Sabarla ek, nak buat macam mana sapa suruh saya duduk dekat2 dengan Abah. Dulu masa kat MRSM saya menyusahkan Ummi. Sekarang Ummi boley rilek, Abah pulak la terpaksa mempenatkan diri. Tolongla bawak2 bersabar. Mengucap banyak-banyak sikit selama setaun yang akan datang ye. Anak Abah ni buas sikit.
Malam ni lagi sekali Abah buat saya terharu. Saya men'demand' printer minggu lepas. Bukan saya demand saja-saja. Takkk, sumpah! Saya dah cakap, Abah tolong beli printer yang biasa-biasa. Saya nak yang comel, yang kecik kiut dan simple. Tak payah gedabak macam 3in1 tu. Saya tak perlu scanner. Saya tak perlu kaler. Saya nak yang basic ja. Again, yang comel.
Saya penat lari-lari kat blok akademik merebut printer. Pastu bila print formula segala, semuanya jadi kotak2 kosong sebab Word dia tak sapot 2007 punya formula. Pastu report saya jadi cacat. Saya tak larat nak buat lain. Dan paling penting, saya sangat segan nak pinjam printer rumet saya. Abah tau kan saya memang tak suka pinjam-pinjam barang orang lagi2 benda yang berbayar ni. Even saya bayar pun, harga ink tu still mahal. Saya nak mintak tolong dia print kan pun, Ya Allah tebainya muka Tuhan saja yang tau.
Jadi saya tawu, Abah mesti faham sangat kenapakah saya memintak seketoi printer tu kan?
Pagi tadi saya sangat gumbira mendapat mesej dari Abah. Abah cakap Abah dah beli printer. Yahoooooooo!! Yabedabeduuuuu! Hoooreyyy! Walaweyyyyy!
*tapi kenapakah mesti sama dengan printer rumet saya?*
Abah baik. Abah beli 3in1. Terharu saya lagi sekali. Lepas tu Abah membuat comel.
"salam. Abah, boleh saya mendapatkan printer malam ini?"
"boleh cik aminah"
"TIMA KASHEH. saya akan tunggu!"
"ok, saya akan pergi"
"boleh cik aminah"
"TIMA KASHEH. saya akan tunggu!"
"ok, saya akan pergi"
See, comel kan ayah saya?
Oleh itu, saya nak cakap terima kaseh daun seri pagi. Panjang umur berjumpa lagi. Ewah ewahh, poyo betul.
Abah,
Terima kaseh sebab hantarkan jugak printer tu lewat malam. Saya tau Abah penat baru balek keja. Dan terima kaseh bagi KFC. Saya kecewa jugak ekceli sebab saya nak pizza. Tapi KFC pun boleyla. At least dia bernama makanan. Boleh disumbat ke dalam perut. *tapi saya still nak pizza, wuaaaaa*
Disebabkan Abah, saya tak perlu bertebal muka memintak printer orang. Saya tak payah mempinjam-pinjam. Saya tak payah bangun awal pagi2 lari-lari g BA macam orang hilang laki. Saya boleh hidup bersenang-lenang sebab semuanya Abah bagi.
Tak, saya tak riak. Saya cuma suka ada semua sendiri dan tak pinjam pinjam. Abah faham kan? Abah tak kisah kan buat semua ni untuk saya?
Lagi sekali, terima kaseh. Saya terharu ada ayah macam Abah. Semoga Abah sehat2 selalu.
I love u much much!~
No comments:
Post a Comment
hai!~