Lepas assembly dah habes, ada spotcheck. Cek baju, rambut, kasut. Well, tidaklah saya takut dengan spotcek itu. Sebab miyn tau dia budak baek. Dia tidak membuat sebarang kesalahan. Yang salah pun ialah dia tidak mempotong kuku. Tapi tu salah kat diri sendiri ja. Well well well, bukankah saya sangat pantang dengan kuku panjang? Tapi nak buat macam mana sebab saya tak potong kuku hari Selasa. Jadi kena tunggu Khamis pulak la kan kan...
Semalam cekgu dah pesan, hari ni pakai comel-comel. Make sure nama kamu takkan femes. Budak IB jangan nak ngengada burukkan imej sendiri (ini ayat saya kepada diri sendiri ekceli, bukan ayat cekgu harap maklum).
Untuk perhatian semua (cece, macam org nk tau sangat je pasal aku kan), saya pergi ke sekolah hari-hari pakai kasut Momoe berkaler putih. Saya sangat sayang kasut tu sebab bila pakai dia membuat saya terasa cool. Kasut tu sangat comel malah diakui sendiri oleh beberapa manusia yang laen termasuklah cikgu2. Jadinya, memang saya tersangatlah sayang dan berasa gembira boley pergi ke kelas hari-hari bersama kasut tu.
Tapi dalam buku peraturan rupanya tertulis yang kasut kena berkaler hitam ataupun gelap. Alamak! Manala aku nak p ada kasut kaler2 gelap ni apatah lagi kasut kulit. Jadi saya pun mengkorek2 celah-celah rakk, celah-celah almari dan tak lupa jugak celah-celah gigi (haaa?), mencarik kasut tinggalan orang ataupun mana-mana kasut rabak yang berkaler hitam.
Walarh! Jumpak jugak. Tapi kanvas punya la. Boleyla kot kan? Jadi saya pun pakai dengan konfiden pergi ke dewan. Masa spotcek tu cekgu tak kata apa pun. Saya pun tak takut sebab saya tak rasa bersalah langsung. So, dalam hati gembira sebab tak kena apa-apa.
Tiba-tiba, masa saya nak begi sesuatu dekat Paklan, cekgu yang check tadi perasan. Dia cakap macam mana saya boley lepas ni? Mesti saya lari-lari masa orang tengah ramai. Saya cakapla taaaaakkkkk, saya jalan macam biasa ja. Takde sapa cakap apa pun, walaupun time tu ada 2 orang cekgu.
Dia cakap tak boleh jugak dan dia mengambek nama saya. Saya cakapla, sori saya taktau kasut tu tak boley pakai. Saya ingat kasut yang comel-comel boleh dipakai. Ternyata la kasut comel hanya layak dibuat berjalan ke shopping complex dan jangan sekali-kali mengguna untuk dibawak ke kelas kerana kecomelannya akan menambahkan masalah anda.
Takpela, saya bagi nama dengan kelas sambil nanges dalam hati *wuaaaa!!*. Dalam tu, ada lagi 2 orang. Kiranya 3 orang dah kena amek nama, sebab kasut.
Lepas tu, sorang cikgu tanya, ada sapa2 kena amek nama tak? Saya diam je. Lepas orang balik, saya pergi jumpak cikgu tu. Saya mintak maaf. Saya cakap saya memang sungguh2 takde kasut hitam. Soriiiiii, saya tak sengaja.
"Kan cikgu dah pesan semalam....takpelah, nak buat macam mana."
Time tu, saya tak rasa takut nak kena bunuh ke, hantar surat masuk jail p rumah ke, kena gantung ke, kena sebat ke (macam berat pulak kesalahan pakai kasut comel ke sekolah ek?), tapi saya rasa bersalah sebab cikgu tu membuat muka sangat sedih. "Kan cikgu dah pesan semalam..."
Sangat sedihla tau tak bila dalam 97 orang tu, ko jadi antara orang yang membuat salah. Dan saya takla kisah sangat, cuma saya rasa bersalah dekat cikgu. Sangat-sangat. Kalau cikgu marah saya tak kisah (err, bukanla tak kisah, kisah jugakkk) tapi bila dia bercakap secara sedih dan sayu, saya lagi sedih.
Dan lagi menyedihkann bila budak laki tak kena pun. Budak feremfuan je.
Benci betulla tau tak bila jadi macam ni. Sangat tak suka tak suka tak suka! Sebabnya rasa kredibiliti sebagai seorang feremfuan tercabar (what the kes la pulak). Sama macam saya tak suka bila datang lagi lambat dari lelaki ke kelas. Tapi datang lagi lambat dari lelaki ke meeting kelab takpe. He he he. (Sori bossss! *senyum besarr besarrr*)
Jadi, dalam bilek tadi jiwa saya rasa tak tenteram. Asyik rasa bersalah, takut, entah apa kena pun tatau. Semuanya gara-gara si kasut comel.
Lepas hantar mesej dekat mak, saya tido sebab malas nak fikir dah. Saya tau mak saya tak pernah kisah apa-apa salah saya buat sebab dia tau saya tak buat dengan sengaja. Silap haribulan dia akan talipon sekolah komplen-komplen jadi kadang2 lebih baek jangan cerita kat dia. Ho ho ho..
Masa tido, kawan saya gerak suruh semayang Asar. Tapi adegan menarik berlaku di mana saya telah mamai dengan sangat dasat dan memalukan sekali...
"Miyn, miynnnn, bangun semayang Asar.."
"Haaaa?"
"Bangunnnn, semayang Asar. Dah semayang ke belum ni?"
"K nak bukak akaun. Nak beli kasut hitam."
"Haa?"
"Niii, nak bukak akaun dengan Ali. Kena beli kasut hitam." (ni apa kess tiba2 sebut nama Ali ni?)
"Apa Miyn cakap ni? Miyn mamai ni."
*diam sekejap, cuma nak sedar balek*
"Haaa, tak, K dah tau dah K nak cakap apa. Akaun tu nak kena bukak, kasut hitam nak beli esok."
*rumet gelak guling-guling, kot*
Yang tak tahannya, aku sedar apa aku cakap tapi aku still mamai jugak. Jadi untuk kaver malu, aku sambung tido dan tak bangun-bangun lagi sampaila pukul, errr, tak payahla tau kot. Bangun-bangun tido ja, rumet aku tanya bila nak nak beli kasut hitam?
Aku rasa dia macam dah puas je kot hidup dalam dunia ni. He he he. Malu tak habes2 lagi ekceli..
Jadi, malam ni aku kena merempat lagi mencarik kasut hitam untuk dipakai esok. Mamai tu menunjukkan betapa teruknya krisis dalaman aku tentang kasut hitam ni. Haishhhh, hebat betul penangan dia. Apa nih apa nih haaa haaa haaa? Tolonglah rasional sikit. Jangan fikir benda2 takda pekdah. Baek fikir macam mana nak mentopap perut sebab petang tadi terlepas dinner. Semuanya sebab aku tido.
Dan semuanya sebab sepasang kasut comel yang aku sayangi..
Sapa nak bagi kasut hitam kat aku?
No comments:
Post a Comment
hai!~