Saturday, April 11, 2009

Overnantok, Overkelolo, Over segala

Saya ada banyak sangat keja umah minggu ni. Keja umah itu bukanlah untuk dibuat di rumah, jauh sekali yang melibatkan apparatus rumah seperti pengemop, pengelap, penyapu mahupun penyepak. Sila ambil perhatian bahawa keja umah ini perlu disiapkan dengan segera kerana ia akan dikutip, ditengok dan jugak diambek tau oleh cekgu. Kenapa mesti panggey keja umah? Kerana bila buat akan teringat rumahhh (ceyy, tipu. padahal rasa macam dunia kosong kelam dan gelap gelita bila tengah membuat sebab asyik teringat nak tido).

Dan sebab keja umah tu sangat banyak la, saya ambek keputusan untuk berdeting dengan blog malam ni. Macam romentik berdeting dengan blog di pagi2 buta diterangi sinaran lampu comel jimat tenaga, kan?

Otak dah sangat sakit dan tak boleh berfungsi secara normal sekarang ni. (sapa2 tolong gigit kepala saya kejap boleh? tapi sila tinggalkan sedikit rambut untuk mengkaver kulit kepala..ho?) Tadi pagi saya pergi ke hospital untuk menjadi tukang kebun handalan. Haaaa, jangan maen-maen ok, miyn hebat berkebun tauuu. Walaupun dia cuma cat batu kaler purple ja, tapi hebat jugakla tu. Korang boley ke mengecat sambil mencangkung selama setengah jam macam nak terpenyet kuku kaki? Lagi pulak dia cuma dibayar dengan seketoi karipap, secebis apam, dan sebuah pisang. Tak lupa jugak secedok air sirap saki baki klasmet tersayang. Dan dia jugak berjaya menukar rumput yang asalnya kaler hijau kepada kaler purple.

Jawab sikit. Korang boley ke buat semua tu? Haaaa? Haaaa? (sambil angkat kenin gaya ziana zainggg)

Lepas tu, saya p post-mortem pasal projek Kemboja dekat meeting room dengan budak2 KMB. Alhamdulillah buat dekat sini ja, kalau dekat Banting saya taktau macam mana nak rush. Rasa hepi sangat sebab sangat tak sabar jumpak semua orang. Rinduuu yang amat sangat. Rasa macam nak suruh dorang stay je, tak pun sekolah kat sini ja senang. Selain boleh menengok pemandangan yang cantek, jugak boleh melihat miyn. (ngeeee??) Ha ha ha ha, motif? Entahla, aku pun taktau..

Lepas meeting habes dalam pukul 5.30, saya balek semayang. Rumet ajak makan kat Seremban Parade. Time tu rasa sakit kepala ekceli sebab tak sempat nak rehat langsung, dahla malam tadi tido lambat. Tapi rasa tak sampai hati nak tolak. Jadi lepas semayang, terus saya berjalan kaki g sana. (baguslah miyn ni, mempraktikkan gaya hidup sehat dengan berjalan kaki sampai terbanjir bajuu dan jugak bulu kenin).

Pendek cerita, daripada nak makan, dah tukar jadi shoping. Patutnya balek pukul 7, tuptup balek pukul 9.30. Tapi takpe, hati puas.

Sampai ja bilek, datang mood kerajinan yang membuak-buak sampaikan perlu ditadah dengan baldi kalau tak dia melimpahh. Hehh, apa aku mengarut entah? Ok, takpe buat dunno je.

Jadi, saya dengan rumet terus amek penyapu, bulu ayam, dan lain-lain apparatus seperti kaki dan tangan sendiri lalu bekerjasama membasuh bilek. Lepas ja mop, kami berdua dah jatuh cinta dengan keharuman bilek sendiri lalu menghabiskan masa selama 10minit membau bauan bilek yang harum semerbak dan mempuji diri sendiri. (penting tuuu)

Rasa gumbira bilik dah wangiiii. Lepas ni boleh tido atas lantai , walaweyyyy~

Dah pukul 12, tapi keja umah tak start buat jugak. Tapi takpe, sebelum hari Isnin, saya mesti siapkan jugakkkk benda2 berikut:
. IA maths sikit
. Repot Chem
. IOP English

Start minggu depan jugak, saya akan berdeting tiap-tiap malam dengan IRP tercinta saya. Nampak gaya kena mengadap pakcik garang macam bapak2 la lepas ni. Dan jugak makcik yang macam mak2. Jugak sorang budak yang sangat buass mengalahkan adek aku.

Tapi takpe, saya rasa IRP saya best. Ha ha ha ha...apa kess la puji IRP sendiri ni? Malam ni aura perasan sangat tinggi. Maaf ye anda anda. Sila bawak bersabar bila membaca entri ni. Queen tengah dalam mood perasan. Tapi takpe jangan risau, riak tak wujud dalam diri, cuma dizahirkan dengan kata-kata ja sebab cuba nak puaskan hati sendiri. Lagi sekali, IRP saya best (dgn harapan akan lebih tabah untuk korbankan masa tido lepas ni).

Omaigod, sangat nantok. Saya perlu tido dulu. Esok perlu bangun awal. Dengar kata kelab saya buat acara joging (tapi motif sebenar ialah untuk makan roti canai). Tapi rasanya macam tak berdaya nak bangun awal esok. Maaf lah ek. Tido macam lagi penting, kalau tak satu hari takda tenaga. Saya dah overkurus, takpe la kot kan? Ha ha ha ha...

Take care u guys. Bagi cukup tidur cukup rest semua. Kalau tak jadi kelolo macam aku ni.

Bye.

Esok jumpak kakak, InsyaAllah. Yeyyyy!

No comments:

Post a Comment

hai!~