Friday, April 3, 2009

Hospital Attachment

Tadi saya pergi ke hospital untuk membuat kerja amal. Antara kerja-kerja yang berjaya dilakukan ialah seperti menyapu sampah, melipat baju, membasuh toilet, menyuci tingkap, membuang sawang dan juga membuat hiburan seperti menyanyi lagu Getaran Jiwa di wad Geriatrik.

Hebat kan? Bukan senang nak membuat itu semua tau. Anda perlu mempunyai hati yang baik, jiwa yang penyayang dan wajah yang suci bersih, barulah boleyyyy, fahaaam?

Ok, saya tipu. He he he. Yang pergi percaya semua tu buat apa? Itu bukan membuat kerja amal dah tu, tapi dah macam nak sambut Hari Raya jaaa. Overrr betul! (oh ya besdey saya taun ni jatuh pada bulan posa!)

Ekceli, tujuan sebenar pergi ke hospital ialah untuk menambahkan CAS hours saya, lebey kurang macam kerja amal jugak la tu. Kelas saya memang kena pergi ke hospital setiap hari jumaat selama beberapa minggu. Kami p la wad masing2, gilir2 setiap minggu. Dan tadi saya p wad Geriatrik (entah betul ke tidak eja ntahhh) lepas wad yang saya sepatutnya p tu takdak sister.

Wad Geriatrik tu wad untuk orang2 tua. Saya tak suka hospital. Sebab orang kat wad tu dah bukan macam sakit, tapi dah macam sakit tenat takde tenaga dah. Lembik dan sangat kesian. Sedih pun ada. Masa first time datang dulu, fikir jugak apasal teruk sangat dorang ni? Rupanya memang banyak penyakit yang saya taktau. Bukan nak memburukkan dorang, tapi betul. Cuba korang g sana, amek pemandangan sikit. InsyaAllah rasa insaf akan ada dalam diri. Kalau takdak tu, bahayaaaaa la bak kata Cikgu Jowel.

Dekat wad orang tua tadi, ada orang kena tebuk perut sebab dia tak boley makan normal. Kesiannnnnnnnn. Maksud tebuk perut tu ialah tebuk pusaatt. Bunyik mengerikan bukan? Dahla nurse tu cakap tebuk pusat tu permanent. Saya tak tanya pulak, nanti pusat dia kekal belubang ke? Sebab saya takut macam menyinggung pulakkk.

Tengok orang tua tu tiba2 terus teringat pasal Shigezo. Shigezo tu hero novel Meniti Senja yang kitorang belajar untuk BM. Masa belajar tu aku sangat2 teringat dekat tokwan aku. Sebab Shigezo tu nyanyuk. Makan tak reti. Cakap sorang2. Lagipun tokwan aku pun garang jugak macam Shigezo tu, tapi takla garang over2 tu. Pastu dalam novel tu dia cakap Shigezo tu suka senyum sorang2. Tokwan aku pun mcm tu, kejap dia datang dekat aku pastu senyum, macam baby. Comel kan tokwan aku? Seronok betul ada tokwan comel macam tu. Tokwan korang comel tak?

Sorang nurse dalam tu baek sangat. Nak banding dengan nurse2 yang laen, dorang tu buat bodo je kat kitorang. Masuk2 je dalam wad, dah kena humban dengan macam2 soklan. "Nak apa? Buat apa datang? Dari mana? Apa yang korang buley buat? Mana surat? yadayadayadaaaaaa" Pastu kena boooo layan. Dorang g buat keja dorang, kitorang tonggenggg situ macam orang kurang pandai (taaaak, taaaaakk,bukan mcm orang bodo ok?). Dah tak macam rupa manusia dahhh. Sedih kan? Rasa rejected gilaaa. Proposal EE aku kena rijek pun tak rasa sedih macam tu.

Sejak tu, aku dah bersumpah dengan diri aku. Aku tanak keja dekat hospital lama2. Nak keja bagi habes cepat2, bukak klinik snirik pastu jadi bos. Puas. Naseb baek saya tak amek Medic. Ya Allah bersyukurnya amek Dentistry~~~

Balek cerita orang tua tadi. Tadi klasmet aku yang lelaki yang disayangi; Nash, Ali dengan Hazman kena tukar lampin sorang pakcik ni. Aku berdebar-debar, dupppdapp duppdappp!! Nak tengok nak tengok! Tapi nurse tu tak kasi. Sebab privacy la kan. Alahai, bijakknya Miynamin nak g tgk pakcik menukar lampin. Kalau makcik takpe la kan?

Lepas tu, aku tanya Nash, apa perasaaan dia. Dia cakap dengan comel sekali. (aishh, semua pun comel, apa kess?) Dia cakap, terasa insaf. Sebab nampak yang pakcik tu malu, tak pandang pun muka dia. Memang sama macam kes Shigezo. Terkenang-kenang apa yang Cikgu Azizah cakap dalam kelas. Fuhhhh, masa dalam kelas tu rasa semua tu macam cerita rekaan semata ja. Tapi bila dah kena buat, kena cuci dan tukar lampin orang tua sendiri, baru terasa feeeel yang betul2.

Dan itu membuatkan aku terfikir mak aku secara dalam. Maksud? Ekceli aku nak cakap aku terbayang mak aku bila tua nanti. Aku dah ready ke nak jaga dia? Nak tukar lampin dia kalau dia sakit tua?

Dan aku dah tau jawapan dia. Yes, aku dah ready.


Ummi tapayah risau. Ummi ada anak2 yang takkan tinggal Ummi sampai bila2. Kalaupun Ummi dah nyanyuk, dah tak ingat kami semua, kami akan jaga Ummi baik2 walaupun mungkin tak sebaik Ummi jaga kami masa kami kecik dulu. InsyaAllah..


Ok, pipi dah terasa panas. Stop sekarang.

No comments:

Post a Comment

hai!~