PENGUMUMAN! SEMUA ORANG TOLONG SUA MATA DAN TELINGA KAT SINI! BERENTI TENGOK TIVI, BERENTI MINUM KOPI, BERENTI BERTAREK RAMBUT DENGAN ADEK MAHUPUN BERGAYUT DENGAN BOIFRENGGG!
Ekceli saya nak cakap yang saya tak balek umah. Tu je. HE HE HE.
Omaigod! Miynamin tak balek rumahhhh? Are u seweousss???
Ofkos la. Tapi tolong jangan tanya kenapa. Sebab ai tak tawu. Ai tetiba rasa rindu rumah tapi entah kenapa hati tak tergerak nak balek. Bapak saya bahkan membuat khidmat penghantaran percuma pergi dan balek ditambah dengan khidmat makanla-engko-byk2-abah-bayar-je tapi saya tetap takmau balek.
Kununs kununs nak stadi. Piraaaah!
Ok. Ni saya nak cerita kisah dalam KTM tadi.
* * *
Tadi kan, saya membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawan kat Sah-alam. Lalu saya membangun pagi secara awal dan menuju ke stesen KTM. Untuk pengetahuan semua (ce ce, mcm org nk tau sgt je apa aku buat, KAH KAH KAH perasan selebriti sebentar boleh?), haa, ni first time aku naek KTM semester ni sebab aku kan tak suka KTM. Tapi aku tak pandai naek bas g Sah-alam so naek jugak KTM sebab takut nanti kena culek pastu org mintak duet tebusan juta juta kat mak bapak aku. Ai dahla tak kaya. Jadi sila utamakan keselamatan ok?
Dekat KL Sentral, ada kakak ni membuat ramah tegur aku pastu tolong bagitau bila KTM g pelabuhan klang nak sampai. (kakak tu tak sedar ke ada pengumuman superkuat semua org boleh dgr? tapi takpela tima kaseh byk2 ye.) Pastu dia panggey aku kakak kot. Sedey ai. Umur 19 dah nampak mcm mak org ke? Then tak pasal-pasal dia cakap pasal bapak dia buat bisnes ikan masin dan jugak kisah mak dia nak kawen laen. I was like, what the heck la akak ni? Nak jemput aku gi kenduri kawen mak dia ka?
Terus aku tanya, "dahtu ayah tak kawen laen ke?"
"Haaaa, ayah pun nak kawen laen jugak!"
Sudaaaaahhhh....habesla anda mendapat mak dan ayah secara double. Bukankah meriah? The more the meriah-er kan kan?
Pastu datang sorang pakcik ni tanya nak g Sah-alam naek KTM mana? Kitorang pun jawab then dia pun membuat ramah jugak. (hebat betul mendapat 2 buah kawan di KL sentral. oh bahagianyaa~!)
Pakcik tu umur agak tua la, around akhir 40++. Bermisai secara comel dan berjanggut secara ustad. Dia cakap dia keja dekat syarikat yang uruskan harta2 bla bla bla ni. Siap bagi bisnes kad lagi. Pastu dia terus membuat ramah.
Dalam KTM, kitorang berdiri sekali depan pintu pastu sambung sembang. Pakcik tu cakap dia kawen umur 23. Aku macam, perghhhhhhhh! Awalnya! Aku bagitau dia, mak saya tak bagi kawen awal. Dia suruh belaja habes habesan sampai nak meninggal baru boley kawengg. Yang kakak tadi tu pulak cakap dia baru putus tunang sebab tunang dia gila harta (apakah apakah??)
Aku pun potpet lagi. Aku pun ceritala betapa mak aku sangat tidak kesahkan siapakah yang aku nak sebab aku suruh dia carikkan sorang tapi dia tanak. Pastu tiba2 pakcik tu cakap anak laki dia umur 22 skang amek law. Dia suruh aku jadik menantu dia. Anak dia hensem katanya.
Pulak. Aku dah mula takut kot. Ai very dun like the topic la.
Aku cakap, aaaa takpela pakcik tima kaseh. Dia offer lagi, laaaa takpela min, nanti abang jodohkan dengan anak abang. Boleh jadi menantu abang. (sumpah. dia bahasakan diri dia abg tapi aku tibai ja panggey pakcik. dlm hal ni kita tak boleh berkompromi. mesti memanggey org berdasarkan usia beliau ok?)
Takpe takpe. Lagipun saya nak kawen umur 30 nanti. Tanak kawengg awal2, aku gitau 'abg' tu.
Then dia tanya aku ada facebook tak. Aku cakap ada! Dia mintak, tapi aku tanak kasik. Dia cakap nanti add la dia. Aku cakap tengok dulu.
Pastu aku gtau aku ada belog sebab dia tanya aku pandai guna tenet tak? (apakah punya bentuk soalan?). Then dia mintak nak baca. Aku cakap tak buleh! Saya tanak pakcik baca belog saya sebab sangat kanak2. Maluuuuuu...
Masa nak sampai, kakak tu mintak nomot. Pakcik tu nanak. Aku cakap kenotttt! Tak muleyhh tak muleyhhh. (sukahati aku je kan ckp mcm tu? hahaha apa aku kesah aku takut sgt nk bg nomot aku dkt org pelik2).
Beliau givap. Beliau cakap, takpela nanti kontekla dia. Aku cakap InsyaAllah. Dia perli la, dia kata tu maksudnya ya ke tak? Aku cakap, aaa taktawu taktawuuuu. (dgn harapan beliau sendiri paham).
Dan turun ja kat Sah-alam,, aku cakap tima kaseh kt pakcik tu pastu aku blah.
Aku tau pakcik tu baek tapi entahlah. Aku takut. Tolong jangan tanya kenapa. Aku takut lelaki pelik so sila faham.
Miynamin abnormal. ok ai tawu. Itu fakta. Sila percaya. Tapi jangan percaya kalau org cakap beliau paranormal. Itu menakutkannnn betul.
Dan tobat aku tanak kontek pakcik tu sampai mati. HUA HUA HUAAA~
No comments:
Post a Comment
hai!~