Wednesday, January 28, 2009

Rumah Sinar Harapan

Tajuk entri ini sama dengan Safwan, ngeee..

Ok, saya nak bercerita. Hari ni saya pergi ke Rumah Sinar Harapan Tunku Ampuan Najiah, Seremban. Percutian ini cekgu saya yang buat. Dia bahagi2 kami ikut kelab, lepas tu hantar kami ke rumah2 kebajikan tertentu untuk melawat. Dan alhamdulillah saya mendapat tempat ini. Sebab penghuninya ialah budak budak.

Ada sapa tak suka budak budak? Ish ish ish, sukalah anda walaupun mereka kadang2 mengada yang amat sampai rasa nak bagi sepakan berpadu ataupun penyepak bercampur kasut free. Saya pernah buat. Pastu budak tu repot mak dia. Mak dia mana berani nak marah. Sebab dia sedang menyebok di rumah saya ketika itu. Berani ke? Saya halau masa tu jugak kanggg. He he he, saya pun kadang2 tak suka jugak budak2 ni, especially yang masuk rancangan nyanyi2 ataupun macam2 aznil tu. Sebab saya rasa mereka bajet best. Padahal tak best ponggg.

Ok, cut the crap.

Rumah Sinar Harapan tersebut adalah untuk mensumbat kanak-kanak OKU akal. Maksudnya mereka ini normal fizikal, tak cacat. Tapi mereka punya mental macam lembab sikit. Itu je la. At least, itu yang saya expect masa briefing.

Tapi kan tapi kan, masa saya masuk kat asrama feremfuan tu, yang mana budak2 dia umur 1 hari sampai 13 tahun, saya rasa takut. Saya takut mereka akan sepak kepala saya. Tendang kaki saya. Tarik tudung saya. Jerit jerit, maki maki ataupun halau kami semua keluar. Makcik yang jaga mereka itu cakap, pergila borak2. Dorang tu budak baek.

Dan saya pun pergilah dekat sorang budak ni. Time tu ada budak laen jerit "KAKAK!! KAKAK! SINILAAA!" sambil senyum besar besar. Saya pun lambai2 macam jumpak boifren dan senyum besarrr besarrr balik. Dan saya tak pegi dekat budak tu. Saya duduk dekat budak yang first tadi. Saya tanya nama dia. Dia cakap Gon. Entah apekebenda la, mungkin saya yang tak paham. Budak tu baekkkkkkkk saaaaaaangaaaaaaaat. Dia tanya nama saya, tinggal dekat mana, mak ayah duduk mana, blaa blaa blaaa. Comel. Kalau budak tu anak saya, mesti saya sayang gila gila kat dia dan nak borak dengan dia sampai malam. Eh, tercakap pasal anak pulak. Overnyaa! Ok, sori.

Lepas tu budak sebelah dia pun mau menempek jugak. Dan dia ternampak benda berharga dia tangan saya. Apakah apakah apakah? Jeng jengg jengg!

GELANG! bukan yang emas pun, yang bodo2 je. Dia cakap cantek. Dan dia cakap dia nak. Saya cakap tak boleh. Dia cakap boleh. Dia terus tarik sampai nak tercabut. Saya menjadi takut dan terus sembunyik tangan lepas tu blah. Terasa malu dengan diri sendiri. Budak tak normal mintak gelang pun ko nak takut ke? Bukannya dia boleh bunuh ko pun. Saya terasa sangat mangkok.

Lepas tu, budak2 lain terus mencarik gelang kat tangan kawan2 saya yang lain. Dan ada sorang ni berjaya tarik. Kawan saya takde pilihan, so dia ikat elok2 dekat tangan budak tu. Lepas tu dia nangis.

Kalau saya pun, mesti nangis kot. Lagi pulak semua gelang tu bukan kami pandai2 beli, tapi orang bagi.

Habis bersembang dan berasa takut, kami pergi pulak dekat tempat kanak2 yang kebanyakan terlantar atas katil. Tempat ni, sangat sedih dan mensayukan hati semua orang rasanya. Sampai saya sendiri pun tak terlepas dari merembeskan beberapa ketoi air mata.

Sedih tengok baby yang kiut terlantar atas katil. Sedih tengok tangan budak2 tu diikat dekat tiang katil sebab buas. Sedih tengok kulit kepala dorang berdarah. Kaki tangan semuanya berkudis. Sebab apa saya tak tau. Nak tanya tak berani.

Tapi sebab utama saya sedih mungkin agak bodoh bagi sesetengah orang. Masa tu ada sorang budak laki ni duduk nak makan. Lepas tu kakak penjaga suruh dia basuh tangan. Dia pun pergi toilet, basuh tangan, duduk elok2, baca doa makan, lepas tu makan dengan sopan macam dia duduk dalam dunia dia sendiri. Tumpah2 itu tak kesah lah. Saya rasa macam, hmmm. Entahlah. Tapi masa tengok dia makan tu, sedar tak sedar pipi sudah terasa panas. Mungkin saya kagum dengan dia. Walau tak normal pun, dia tau dengar arahan dan jadi budak baek.

Saya suka budak baek.

Dan sepanjang duduk dekat situ saya terasa takut. Dan saya rasa macam orang bodoh.

InsyaAllah, lagi 2 minggu, saya nak pergi tempat tu tapi taknak dah rasa takut takut. Patutnya saya rasa suka hati. Mungkin sedih akan ada sikit.

Dan sila ingat, jangan pakai gelang ok!

Monday, January 26, 2009

Marah

Tadi petang saya berasa marah dekat kakak saya.

Sebabnya simple ja. Ayah saya call, tanya esok nak balik pukul berapa. Saya taktau nak jawab apa, jadi saya bagi fon dekat kakak saya. Lepas tu kakak saya potpetpotpet, tup2 dia cakap "esok abah ambek pukul 6."

I was like "What da heckkk?" Tapi dalam hati ja la. Lepas tu saya buat muka macam kuih apamalek bekulat dan blah dari bilek. Kakak saya tanya kenapa. Saya jawab, "malam tu orang ada hal la. Balek lewat2 pukul brapa nak sampai kolej! Kekna cakap dengan abah tu bukan nak tanya orang dulu."

Then dia suruh saya call ayah, cakap kat dia ambek awal sikit. Tapi saya cakap, biar lah. Takkan nak cakap suruh abah ambek pagi kot. Lagipun masa dia call tadi pukul 5 petang. Dan dia call dari ofis dia. Maksudnya, beliau berada di ofis beliau di KL. Maksudnya lagi, beliau akan drive ke AlorStar, ambek kami, dan drive ke KL balek. Mungkin Seremban jugak, untuk hantar saya.

Saya terus pergi ke depan Incek Budiman, mencarik resipi cupcakes. Tapi dah takde mood. Mood nak buat cupcakes pun dah mati. Dalam hati menyumpah-nyumpah. Saya terus mesej Hazman. Saya cakap, masaklah spaghetti tu dulu. Saya balek lambat. Korang enjoyla. Lepas tu dia mesej lagi. Dia cakap carbonara susah nak cari, buat bolognaise boleh? Time tu saya sangat hangat hati. Saya cuma balas, sukatilaaaa, bukannya aku ada pun time korang makan2 tu.

Padahal saya yang beria nak mampusss sejak tahun lepas suruh Hazman masakkan carbonara untuk saya. Tapi bila tiba time dia nak masak, saya pulak takdak. Sedihlah bukan? Ekceli kelas kitorang nak buat makan2 malam esok, sebab Hazman cakap dia nak masak untuk satu kelas. Ho ho ho, nampak sangat saya ni tak spesial. Dia tanak masak untuk saya sorang je.

Sakit jiwa saya tak habis lagi. Saya pergi ke sofa dan sembamkan muka atas kusyen. Sambil cuba tenangkan hati sendiri. Betullah orang cakap, orang yang berjaya menahan marah adalah orang yang paling kuat dalam dunia. Sebab untuk menghilangkan marah memerlukan kekuatan mental yang hebat. Dalam marah, perlu ada sesuatu untuk comfort kita. Marah itu datang dari hati. Hati yang suka sangat ikut perasaan. Dan otak itu pulak, akan tolong kita untuk berfikir dengan rasional sampailah marah tu hilang.

Dah macam ahli falsafahlah pulakkkk...

Masa saya tengah menyembam muka tu, saya terfikir. Kalaula esok dalam perjalanan saya balek ke KL, ditakdirkan kereta saya eksiden dan kami semua mati, takkan saya nak mati dalam keadaan marah dengan kakak sendiri? Lagipun peluang tu selalu ada sebab ayah saya suka bawak 180km sejam. Okla, sekarang mungkin dah kurang sebab tahun ni uban beliau sudah bertambah. Lepas tu, takkan saya nak membuang cuti sehari saya dengan bermoody je dan menyebabkan orang lain jugak turut terasa tak best hidup di dalam rumah? Takkan saya nak berdiam diri terus menyumpah dalam hati pastu tidak mendapat apa2 selain dosa dan jugak sakit kepala?

Sedar tak sedar saya tertido. Pukul 6.30, saya bangun dan terus mencarik Dafi di Spa Q. He he he.

Selalunya, apa yang saya buat bila saya marah ataupun berasa sakit hati ataupun berasa sedih ialah, berfikir, apa yang saya akan buat kalau itu merupakan hari terakhir saya? Macam mana saya nak buat kalau saya ada peluang untuk membaikkan keadaan? Dan apa yang saya akan menyesal kalau saya terus ikut perasaan?

Alhamdulillah, saya terasa yang Allah sayang saya. Selalunya saya lawan jugak la perasaan ego tu, dan cuba merendahkan diri dengan berlagak seperti tiada apa yang jadi. Nak memintak maaf, saya tak cukup kuat. Lagi2 pulak bila ada alternatif lain. Malu itu ada. Kadang2 pelik jugak, nak mintak maaf pun malu. Buat dosa tak malu pulak. Well, manusia memang spastik sikit.

Secara jujurnya, saya sangat pentingkan perkataan 'maaf' tu. Even korang buat salah besar pun, bila cakap 'sori', InsyaAllah aku maafkan je. Tapi sapa2 yang tak sedar diri tu memang nak mati awal la jugak. Dahla tak cakap sori, pastu buat pulak benda yang sama banyak2 kali. Macam tak pernah pegi sekolah.

Aku la tu. Tapi tu dulu2. Sekarang dah insap, sikit. Heeeeee.




Post kali ni macam emosional lah bukan? Mungkin sebab esok saya dah nak balek Seremban.

Dan tadi kakak saya cakap "esok abah ambek pukul 3...."

Saturday, January 24, 2009

Heyy, Cuti Laya Cina!

Banyak sungguh ranjau yang perlu ditempuhi oleh saya untuk membalikkan diri ke Alor Star cuti kali ni. Nasib baik saya telah meng'install'kan diri dengan sifat sabar yang tinggi, jadi redahh aje lah. Janji sampai rumah. Janji boleh jumpak ummi. Janji tak duduk dekat Sekolah Dunia IB, Kolej Mara Seremban selama 5 hari macam banduan penjara. Ho ho ho.

Ranjau pertama : kesesakan yang dasat di Seremban.
Dan masalah ini lah yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menaik bas, dan bukan KTM seperti selalu. Eh eh, silap silap. Patutnya saya cakap, masalah beliau ialah ''kebanjiran manusia yang menyemakkan kepala hotak." Sebabnya, saya terfikir pulak, balek dengan KTM ialah lebih smooth, tidak perlu mendengar bunyik hon hon yang x hensem. Tapi perlu menahan hidung kerana terdapat banyak manusia busuk di dalam itu. Kamu pernah bau? Pergilah cuba. Perghhh, lebih rela saya membau air longkang di depan rumah cina yang anjing nya garang itu. Bau dalam KTM boleh membuatkan manusia normal seperti saya ini nazak. Silap haribulan boleh termasuk paper Kosmo muka depan "pelajar KMS mati disebabkan kebusukan badan manusia yang extreme."

Sambung balik cerita naik bas. Saya keluar kolej pada pukul 4petang. Sebabnya saya tidak mau tersampai awal di ofis abah, sebab tau keadaan sana adalah bosan. Dan semasa bersiap jantung saya berdegup kencang dupdapdupdap. Sebab saya sudah berjanji dengan Suleiman. Manusia ini adalah yang terpaling punctual saya pernah kenal. Jadinya saya takut berasa malu bila saya bersiap lambat. Tapi alhamdulillah, saya berjaya sampai di depan koop sebelum beliau. Dan alhamdulillah, ada McD yang kebetulan balek sorang jugak. Jadi kami ada berdua pasang, Syazwan Suleiman McD dan saya.

Bertonggek di dalam bas selama sejam setengah adalah sangat mengantukkan tau, tu tak termasuk setengah jam terlekat dekat Terminal One. Jadi saya tido. Dan saya baru sedar yang saya sorang je tido dalam bas tu, orang lain tak pun. Hoooo, baru tau ke saya ni kaki tido? Kalau tak tau, sila lah tahu sekarang.

Sampai di Pasar Seni, saya ke KL Sentral dgn rakan usahawan saya, dan McD+Syazwan balek rumah masing2. Di KL Sentral, kami memakan nasik goreng. Salahkan kedai makan lain sebab dibanjiri dengan homosapiens yang belambak.

Dan nasib baek jugak saya sampai di ofis ayah dalam pukul 8.30 malam. Sebab dekat ofis beliau banyak pulak homosapiens yang suka datang menyembang walaupun kelas sudah ternyata telah lama habis berzaman. Tensen tensen. Pukul 9.30 baru la tak terlihat muka sesapa lagi. Alhamdulillah. Lepas tu kami mengambil kakak saya di UIA.

Ranjau Kedua : termuntah-muntah.
Perhatian, bukan saya yang muntah. Tapi kawan kakak saya. Dan tahulah anda bahawa muntah adalah antara benda yang saya terpaling geli. Nasib baik saya tidak mendengar sebarang bunyik ataupun terbau sebarang benda. Dan nasib baik tiada apa yang kotor.

Ranjau Ketiga : Kedasatan Encik Amin memandu kereta.
Setiap kali balik dengan ayah, memanglah saya terasa takut yang amat. Rasa seperti ada nyawa2 ikan je. Beliau tidaklah reti membawak kereta dengan perlahan ataupun sederhana. Memandu dengan dasat adalah kepakaran beliau. Dan saya berasa kagum sekali sebab kali ni, dia bawak saya balek Alorstar sebaik saja habis kerja. Tak berehat dulu ke, salin baju ke. Macam kasihanlah bukan? Tapi beliau yang sukarela hendak menghantar saya dan kakak dengan kereta disebabkan tiket habis.

Saya selalu menahan mata untuk membagi tau beliau yang saya tidak tido, jadi mungkin beliau akan boleh menahan mata juga. Tapi ternyata beliau lebih hebat. Boleh memandu dengan super laju walaupun kami sudah mengeluarkan saliva masing2. Ha ha ha, bila fikir balek, saya tertanya jugak, dimanakah saya mendapat bakat terpendam boleh tido selama 14 jam ni? Sebab ternyata parents saya bukan jenis sebegitu. Mungkin berlaku mutasi kot.

Dan alhamdulillah, akhirnya saya sampai jugak di rumahku yang terchentaaa. Ummi sudah bermekap hendak menyambut ketibaan anak2 beliau yang best. Tapi hakikatnya dia perlu menuju ke suatu tempat. Bukankah sedih kami sampai dan beliau pulak keluar? Huk huk huk..

Tapi tak kesahlah. Asalkan kami semua selamat sampai kat rumah.

Kepada semua orang, hepi holiday! Yang tak balek rumah tu, jangan sedih sedih ok. *wink*

Sunday, January 18, 2009

Anugerah Juara Lagu

Cuba teka saya tengah buat apa?

Tekalah tekalah.

Takpela, mesti takdak orang nak teka. Sedih.

Fine. Saya nak bagitau dengan terang terang. Saya tengah melihat Anugerah Juara Lagu secara live. Diulang, saya tengah melihat Anugerah Juara Lagu secara LIVE. Di mana? Di Dewan Selera opkoz. Ha ha ha ha, mana ada tempat lain yang mempunyai tv yang saya boley tengok. Selain DS, ada lah sbijik dua di rumah cikgu. Tapi takkan la saya nak pegi ketok rumah ustad pastu terhegeh-hegeh cakap "ustad, saya nak tumpang tengok Juara Lagu, boley? Saya teringin la nak tengok Estranged, boleyla ustad...boleylaa, pelissss~!!"

Ko nak mati awal ke? Esok dahla sekolah. Tak sedar diri betul.

Tadi saya ketinggalan apa pun saya tatau. Sebabnya saya datang lambat. Tunggu budak2 laki habis melahap makanan DS dulu, barula kitorang datang. Kalau tak nanti termalu. Satu termalu sebab over sangat. Dua, termalu sebab kantoi tak p surau. Ngeh ngeh ngeh.

Dan sini saya nak memberi komen sikit, pasal lagu+persembahan malam ni. Ala, sekadar pendapat je. Boleh kan?

Aiman : kurang alert lah apa lagu dia.
Saya secara jujurnya tak pernah dengar lagu ni. Dan jugak tak kenal penyanyi ni. Yang saya tau dia cantek. Dan saya kurang gemar lelaki cantek. Ha ha ha, ada kaitan ke? Macam macam lah Supermiyn nih. Cantek pun jadi masalah. Ok ok, kesimpulannya saya rasa suara dia ok. Lebih kurang macam Saiful la. Jenis lembut dan kurang perkasa. Tapi still lagi bagus. Lebih sedap dari suara ai. Hua hua hua.

Faizal Tahir : Cuba
Kepada peminat beliau, saya mintak maaf sebab saya tak pernah tau kewujudan lagu ni. Tapi macam biasa lah, lagu Faizal Tahir semuanya bagi saya adalah unik dan ada style dia. Maksud style di sini, lagu tu dengan Faizal Tahir macam adek bradek. Dengar ja lagu jenis macam tu, dah tau itu lagu Faizal Tahir. Faham tak? Heeee, buat buat faham lah. Tapi saya tau kamu semua bijak. Mesti faham kan?
Dan saya rasa kurang suka lah melihat beliau mempunyai kuku berwarna hitam. Kenapakah perlu mewarna kuku menjadi hitam? Nanti kalau adik saya tengok macam mana? Mesti beliau pun mahu buat, dan menggunakan alasan , eh eh Faizal Tahir buat boleh! Biasalah, budak memang suka tiru. Dan rambut panjang tu, pun saya kurang gemar. Mungkin saya kolot. Ok la fine. Saya bukannya kisah sangat. Saya rasa lelaki rambut panjang ni stylo. Dan lelaki botak itu sheksi (hanya tertakluk kepada Vin Diesel, Daughtry, Adam Levine dan golongan istimewa tertentu). Tapi style yg macam Faizal Tahir tu mungkin saya kurang gemar. Takpela, tu saya punya pendapat. Patutnya rambut tu mai bagi kat saya ni. Barula fair!

Zahid+Heliza : Doa Dalam Lagu
Nak Mawi nak Mawi! Zahid nyanyi tak best lah. Sengau semacam. Sampaikan Zaki mencadangkan sila bawak Alau untuk menggantikan beliau. Ha ha ha, korang budak laki memang. Bab menyakat nombot satuuu. Dan sekali lagi, Zahid nyanyi tak best.
Dan meh saya nak tanya sikit, kenapakah ko mekap si Heliza tu over sangat? Dah macam jembalang aku tengok. Menakutkan. Aduyaiiii, Heliza tu sangat santek tau. Tak mekap pun takpe. Kesian dia tiba2 jadi mangsa fesyen kena mekap over over. Tapi overall, Heliza nyanyi sedap. Dan Zahid masih lagi tak best. Sori.

Stacy : Aku Stacy
Ni persembahan paling best. Saya suka Stacy. Beliau comel. Beliau menari pun comel. Beliau nyanyi pun comel. Dan stamina beliau sangat hebat sampaikan tidak menyemput walaupun berjoget dengan hebat. Ah, saya suka lah. Pitching ok, berjoget pun mantap. Kalau saya, saya bagi dia menang kategori pop rock. Ngeh ngeh ngeh, ala, tapi ada Estranged! Cena eh?

Estranged : Yang Pernah
Drummer dia hensem. Titik.
Heeee, bagi saya Estranged susah nak sedap bila menyanyi live. Tapi macam mana pun, saya nak suka jugak. Sebab dia dah nyanyi dengan hebat hebat dan lagu ini antara fevret ai lah. Persembahan? Hmmm, Estranged-style lah. Takdak yang menarik pun rasanya.

Faizal Tahir : Sampai Surga
Lagu feveret saya jugak! Dan Faizal Tahir memang akan over pun bila perform. Dan saya tak faham apa beliau cuba buat dengan adegan mengkerat rambut dan bermekap serta membubuh kerusi meja dan segala jenis apparatus. Mungkin saya ni buta seni kot. Tapi saya rasa tak menarik pun. Kecuali part choir tu. Ala-ala Hazami je.

Ziana Zain : Dingin
Bosan. Tapi Ziana Zain sangat cantek malam ni. Suara beliau mestilah hebat, cuma lagu beliau saya kurang gemar, bukan my type lah. Tapi tetap rasa dia hebat. Mana ada orang boley jadi Ziana Zain even ko boley angkat kenin sebelah punnnnn.

Meet Uncle Hussein : Lagu Untukmu
Mekap beliau style! Dan sebab mekap tu ada si feremfuan ni bertanya, dia tu tak hensem ke nak kaver muka? Kah kah kah, apakah punya soalan. Seperti lawak. Dan memang lawak menyebabkan saya gelak guling guling. Jawapan saya? Errr, tidak payahlah tau kot. Rahsiaaaa.
Beliau berjaya ye membawakan lagu tu dengan baik. Penuh dengan penghayatan dan suara beliau boley ditarek dengan sempurna. Ada can mahu menang. Saya juga akan menyokong jika mereka menang. Sebab takde lah cacat banyak sampai tak layak menang. Masih lagi boley lawan dengan Stacy yang super hebat tuh.

Spider : Bila Nak Saksi.
Spider memang dah terserlah kehebatan beliau. Tak payah nak joget, atau pun ubah arrangement lagu. Dorang cuma perlu bawak gitar dan apparatus lain pastu nyanyi. Cukup. Dan lagu tu akan jadi sangat cantek dan sedap. Simple ja. Bagus jugak ada group macam ni. At least takde semak kepala tengok persembahan melalak over over.

Elyana : Kalis Rindu
Comel. Comel. Comel. Macam Barbie Doll. Tengok dia teringat adik saya. Sebab adik saya sangat gila dengan feremfuan ni. Dan saya pun terpaksa mengaku yang beliau comel.
Awal awal tu suara macam tak dengar sangat. Dan saya kadang2 rasa Elyana ni macam tak bersungguh ja nyanyi. He he he, sukahati ai je kan? Ye lah, suara pun tak keluar. Kalau menang saya akan rasa super tekejut. Bias betul lah ai ni..



Oklah, takat tu je kot. Saya seperti terlupa kalau ada lagu yang saya tak tulis. Mungkin kurang menarik perhatian kot atau saya yang ketinggalan zaman sampai tak terperasan lagu tu wujud. Mintak maaf ye, lagipun saya datang lambat dan dah terlepas lagu apa pun saya taktau.

Tak kesah lah lagu apa nak menang pun, beserah je. Sebab saya rasa takde sapa yang SuperSuper hebat. Sama ja semua pun. Macam takdak klimaks. Ngeh ngeh ngeh.

Oh ya, terima kaseh kepada Hazman sebab belanja saya burger. Ohhhhh mann, u r the mannn, mannn! Terharu.

Saturday, January 17, 2009

Fenats yang Amats.

Minggu ni minggu kedua di sekolah. (See, menyebut sekolah sangatlah menarik bukan? Membuatkan anda terasa seperti mudeeeee).

Tapi dah penat macam duduk 3 bulan. Siries terasa macam dah lama duduk kat sini. Padahal baru 2 minggu lepas berehat-rehat kat rumah dengan suka hati.

Hujung minggu ni lagi la penat. Tadi untuk pertama kali saya menuju ke Banting untuk berdeting dengan students yang dari sana yang jugak akan pergi ke Kemboja. Dahla kena bangun awal, malam semalam pulak tido sorang. Sebab rumet saya pergi ke Johor untuk menjadi usahawan berjaya sambil bermain Saidina.

Tiba tiba rindu dekat Pakcik Hosni, hahahaha! (sirieslah, aku dgn Tifa terasa rinduuuuu dekat ko.).

Kolej Mara Banting sangatlah luas dan menarik. Makanan pun gila sedap. Perghhh perghhh perghhh!

Nasik lemak dorang gemok. Makan sebijik pun dah kenyang. Pastu kan goreng pisang dorang saiz gajah. Panjang macam dari jari ke siku. Ha ha ha ha, dorang cakap itu pisang berangan. Huehh, mana cek nak tau. Ayah saya bukan pekebun pisang. Tapi sedap. Saya makan 3 ketoi. Ali si kacak pun makan sketoi ja. Seee seee, betapa gajahnya saya.

Lepas ni, tiap tiap minggu saya akan mensibukkan diri setiap Sabtu lah. Kalau tak bincang dekat Banting, mesti dekat Seremban. Maksudnya, kena tido awal. Tido awal bermaksud bukan Si Buncit lah. Apa kelas tido awal.

Tapi perlu jugak, sebab kalau tak saya akan pergi bermeeting dengan muka seperti zombie. Dan mungkin jugak tertido. Tertido dalam kelas adalah sangat memalukan ok. Azam saya tahun ni adalah untuk tidak meminum nescafe di dalam kelas setiap pagi. Sebabnya tahun lepas kalau takdak nescafe saya terasa seperti akan mati. Jadinya nescafe sejuk akan saya beli sebelum ke kelas.

Macam memakan dadah je.

Tadi sampai kolej pukul 3.30 petang, dan terus ambil dobi pastu sidai. Lepas tu tonggeng atas katil dan terus bermimpi berjumpak dengan si hero pujangga hati. Entahlah siapa, muka tak jelas. Tapi yang pasti dia hensem lah. Ha ha ha ha, tido penat penat memang senang mimpi mengarut. Nak tido yang berkualiti, silalah tido ketika anda terasa seperti hendak mati. Nescaya si kacak akan senang memunculkan diri beliau.

Saya terbangun bila Dr Anuar menghantar mesej bertanya hendak ke Zoo ke esok. Dan ooyeah, saya buat tak sedar diri yang kerja belambak macam nak mamposss, pastu satu hapa pun tak sentuh lagi dan terus menjawab, yesss! Nak pegi nak pegi! Ai nak jumpak menatang kiut kiut.

Malam ni terasa nak bunuh orang. Sapa? Tu la, sapa lagi. Si kacak dan si hensem. Wahwah, melampaulah bukan? Semua pun kacak. Haishhh, betuahlah klasmet ai ni. Sebenarnya saya menyebut tentang Si Tembon dan Si Lampai. Si Lampai ni dah makin pandai membangkang cakap saya dengan terang terangan. Dahtu mempersendakan loghat negeri sendiri yang saya sanjung tinggi.

Dan Si Tembon rupanya sangat kedekut. Tidak sanggup hendak membazirkan RM2.40 untuk membelikan saya burger special. Sangat sedih. Dan lagi sedih bila dia membuat nakal.

Hueh, saya mesti mengkontrol diri dari mengfemeskan mereka. Tak, tak mereka hanya insan biasa. Macamlah korang kenal. Huahuahua.

Bila fenats kepala pun menjadi seperti bengonglah. Saya patutnya sudah tido. Tapi nak jugak membazirkan masa menulis blog. Sebab saya terasa rindu lah.

Dan saya peliklah kenapakah saya dah tak boley berjaga lebih dari pukul 12 malam di sekolah ni. Padahal di rumah 2 hari tak tido pun keperkasaan itu masih jelas terserlah.

Nampak sangat sekolah tak best.

Ha ha ha.

Tuesday, January 13, 2009

Hari Yang Gembira

Hari ini saya berasa gembira. SANGAT GEMBIRA.

Pertama ialah sebabnya saya mendapat tahu kelas saya dibuat di Orang House. Tempat ala ala pondok orang membuat aktiviti mengumpat terutamanya mereka yang bergelar feremfuans. Ha ha ha, oh tidak. Saya tak penah buat. Buat kat tempat laen. Tempat terbaek ialah bilek tidur saya sendiri. Tapi sekarang saya sudah berhenti membuat. Dapat dosa tau. Bukan sahaja mendapat dosa malah akan memakan daging beliau di akhirat. Nak ke ko makan daging lelaki yang sangat menyampah yang pandang ko macam dia tu hensem sangat? Hahhh hahhh???

Ok, manusia tu tak wujud. Saya kan over. Baru nak tau ke?

Sebenarnya, Orang House tu memangla pondok. Tapi kan tapi kan, manala sesuai pondok hendak dibuat tempat mengaji. Dan saya sememangnya mendapat tahu saya tak suka susunan meja yang kononnya bakal dibuat di kelas. Iaitu susun ikut group. Anda tengok saya, saya tengok anda. Yu pandang ai, ai pandang yu, lepas tu malu malu. Ceh ceh ceh! Bukan sahaja kena teyliang kepala hendak menonton cikgu di depan, malah saya terasa hendak muntah asyik goyang kepala. Siries. Zaman terakhir menduduk dalam kedudukan itu ialah semasa darjah 5 kot. Masa tu saya semua sekolah perempuan, lagi pulak zaman kemuncak bergosip tentang cerita cerita kartun yang menarik, memanglah best. Memang kepala takde nye nak tengok cikgu. Jadi takdak sapa kesah.

Cakap pasal dajah 5 ni, saya teringat kisah saya dajah 6. Kawan kawan segerombolan saya, iaitu Myra, Zetty, Nine dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini, dorang ni mesti tau. KAHKAHKAHBEDEKAHBEDEKAH. Teringat saja sudah bergelak. Belum lagi bercerita. Over betul kan?

Nak dengar ke? Eh silap. Nak tau ke? Ok, meh saya bercerita.

Pada masa itu kami belajar BM. Cikgu BM saya, saya sangat sayang. Lalu saya pun memberi pandangan mata 100%. Sedang memfokus, ada manusia ni bernama Nurul, bukan nama sebenar, memanggil saya dan menyuruh saya melihat seseorang.

Saya pun memandang beliau, dan omaigod! Korang tau apa saya nampak???

Sori saya terpaksa berhenti. Aib orang lah. Tak baik. Tapi yang pasti, bila mana kami berkumpul, cerita ni jugak yang kami bukak. Lepas tu gelak macam setan. Kah kah kah. Bila saya cakap gelak macam setan, maksudnya memang gelak macam setan la. Volume naik sehingga 7, dan mulut terbukak sehingga boleh termasuknya Big Mac dengan mudah. Nasib tuan punya badan itu bukan geng kitorang. Jadi beliau tidak tahu kami ini bercerita perihal beliau setiap kali berjumpak. Kejilah bukan? Sudah 19tahun pun nak bergosip kisah darjah 6. Dan kami merancang pulak hendak menyebarkan kisah ini sehingga ke anak cucu. Kah kah kah.

Mesti korang sakit hati baca entri sekerat. Tapi tolonglah faham. Saya memang nak bercerita. Tapi tiba tiba insaf bila mendapat tau itu ialah aib. Dan membuka aib orang adalah berdosa.

Petang tadi saya gembira. Sebabnya saya balik awal. DS pulak menghidang lauk ayam rendang. Jadi lepas makan saya merancang untuk tido dan bangun pada keesokan harinya pulak. Ha ha ha ha, 14 jam tido ialah rahsia saya berjaya dalam kehidupan. Mari ikut mari ikut.

Tengah bermimpi makan burger special, saya diterkejutkan oleh pengumuman bahawa saya perlu ke dewan. Pulak tu terdengar bahawa ada cikgu menakutkan akan datang. Cikgu ini kan, beliau telah membuatkan saya perlu berdiri di dalam Dewan Kuliah 1 selama 2 jam hanya kerana saya lambat 5 minit. Sangatlah kejam bukan? Dahla saya yang perlu membentangkan isu pada hari itu. Sedikit pun beliau tidak ada rasa kasihan. Jadinya saya ketakutan sejarah berulang lagi sekali lalu segera mengangkat ponggong dan bersembahyang Zohor serta mempakai kain tudung dengan sangat cincai. Tu konon konon nak tunjuk protes sebab tido saya dikacau.

Sedang pakai kasut, rumet saya gelak macam hell. Dan disambut oleh beberapa orang lain. Saya blur, korang ni kenapakah? Sawan? Pastu baru saya sedar. Omaigod. SAYA MEMPAKAI KAIN DALAM SAHAJA, KAINNYA TIADA!

Memalukan betul. Nasib tak pegi dewan lagi.

Dan di dalam dewan, saya rasa budak lelaki punya attitude sangat menyakitkan hati.

Sori kalau ada kamu yang membaca. Saya mintak maaf lagi sekali.

Post ini seperti takdak hala tuju. Saya sebenarnya hendak mengatakan bahawa saya mahukan kelas yang normal untuk belajar. Sebab saya sangat bersemangat hendak belajar Matematik yang saya cintai. Baik tuan tuan siapkan kelas sebelum semangat saya dimakan oleh hati lalu bertukar menjadi benci.

Terasa hendak berhenti di sini. Babai.

Monday, January 12, 2009

Nak Kerat Rambut?

Mendengar H melaungkan azan ataupun membaca yasin adalah sangat menyamankan. Sampaikan kekadang saya berasa tidak kisah jika beliau membaca yasin sehingga pukul 1 pagi. Kerana saya suka mendengar. Telinga saya berasa aman damai. Fikiran juga kosong seperti tiada masalah.

Bertuahlah lelaki mana mana yang mempunyai suara yang sangat, err, saya tidak tahu istilah. Yang saya tau suaranya sedap untuk melafazkan ayat ayat Quran ataupun sekadar azan. Bukan pulak digunakan untuk menyanyi. Kerana saya tidak pernah jumpak lagi suara lelaki Melayu yang sedapnya mengalahkan Akon.

Oh ya, lagu lagu Akon juga menyamankan. Sebab saya terasa seperti dia sedang bercakap dengan saya. Ho ho ho, mesti anda semua ingat saya mental. Biarlah, saya suka Akon. Jangan sibuk sibuk.

Tadi petang saya mengkerat rambut rakan. Masuk ini sudah 3 kali saya mengkerat rambut rakan. Ini bukan berniat membuli ok. Tapi beliau yang mengada tanak membayar 8 hengget kepada nyonya ataupun akak pengkerat rambut yang mengecaj agak mahal sekadar mahu mengtrim ujong rambut. Memangla tidak berbaloi. Baik memotong 8cm terus dari membayar 8 hengget. Boley makan burger special selama 3 hari tu. Rugi woo rugi.

Sebelum ini saya dah penah jugak mengkerat rambut orang. Tapi mestilah bukan professional punya stail tu. Yu bagi ai gunting dengan sikat je, tak payah sepit2. Ai prapppp sana, prapppp sini, siap! Cantek tak cantek lain kira. Sebab saya sudah mengkasi warning sebelum mengkerat. Kalau tak cantek tidak dibenarkan merepot polis ataupun membuat aduan terdapatnya gangguan seksual. Mulot mesti diam. Sebarang komplen tidak akan dilayan. Kerana saya membuat dengan free, dengan penuh kasih sayang dan dengan penuh tawaduk semasa proses mengkerat rambut anda.

Dan saya rasa, okla kot. Tak penah lagi sampai terbotak rambut kawan kawan saya tu. Ngehahaha..

Nak tau tak, dulu dulu kan, saya suka jugak mengkerat rambut sendiri. Selalunya, saya bukan kerat bila saya rasa rambut sudah panjang. Tapi saya mengkerat bila saya berasa sakit hati, patah jiwa, sedih meleleh, ataupun meroyan.

Mengkerat rambut adalah salah satu cara membuang tension dalam kepala hotak. Dan lepas mengkerat, mood saya otomatik akan jadi ok.

Dan saya sini mau mengaku, rambut saya buuuurrroooookkkkk gila. Ha ha ha ha. Konon nak buat fringe tapi tak jadi pun. Macam Temenggung Jugah pun ada, Abu Bakar Elah sikit serta ada iras iras rambut Anita Sarawak kena elektrik shock. Penah tengok? Saya pun tak penah. Tapi belaja la guna mata hati anda. Ceywahhh. Dah boleh? Cuba bayangkan tengok. Anita Sarawak, rambutnya pendek, pastu kena letrik. Dah jadi serupa rambut Shaggy la pulak. Kah kah kah!

Tapi dalam banyak banyak cubaan tu, saya ada jugak nak membuat rambut seperti Puteri tu. Ala ala bajet comel la. "Kita enjoooyyy!" Ha ha ha ha. Jadi la jugak, tapi macam kurang puas. Lepas tu cuba lagi, last last jadi bengong. Muka kelihatan sedikit abnormal.

Mak asyik marah bila tengok saya asyik mengkerat rambut. Minggu lepas dah potong, ni potong lagi. Lepas tu akan datang potong lagi pulak. Saya diam je. Padahal dia taktau kadang kadang saya mengkerat rambut tu sebab dia jugak. Dia bagi saya sedih. Saya tak sampai hati nak meninggikan suara apatah lagi cuba memberontak. Saya sedar kedudukan saya, letaknya jauh sangat di bawah berbanding beliau selaku ibu. Lalu cara saya memprotes hanyalah dengan menghumbankan$ beberapa sentimeter rambut dari kepala saya masuk ke dalam tonsampah. Baik kan? Ha ha ha, adik adik bolehla cuba. Free saja. Tidak berdosa pula tu.

Lepas rambut dah rosak, saya pergi kedai dan terus buat boycut. Orang kedai tu suka sibuk tanya, tak sayang rambut ke? Eh eh, sukati ai la. Ai baya ok, bukan suruh yu gunting free. Nak tanya banyak kali pulak. Balik kang..

Lepas tu saya mempunyai minat baru. Mempozing dengan gaya lelaki. Huishhh, masa tu saya Form 3. Memang gila la. Siap mempinjam baju melayu adik, songkok adik dan barang barang adik untuk mempozing. Kadang kadang saya rasa saya hensem. Bodo la kan? Jahiliah betul bunyinya. Lepas tu saya memberi sedekah gambar gambar hensem saya kepada rakan rakan. Kah kah kah, MMS sangat fofular oh dulu dulu. Best best.

Naik Form 4, insaf la. Gila la habis botak dok buat hobi burok tu. Berapa juta kali saya sakit jiwa mahupun sakit otak. Tapi tahannn tahannnn. Ambil gunting baling dalam tong sampah. Alhamdulillah, rambut sudah normal. Dan saya sudah tidak menggila mempinjam barang barang adik lagi.

Ini cuma secebis sejarah je. Tiba tiba terasa mahu membuka pekung di kaki. Cuma cerita zaman muda muda. Ha ha ha.

Sesiapa terasa hendak mengkerat rambut dengan percuma dan sanggup menerima akibat kecacatan rambut yang dasat, datanglah bilik saya. Jangan malu malu ok?

Saturday, January 10, 2009

Langsir Kalis Panas

Tidak terasa lawakkah mendengar perkataan 'langsir kalis panas'?

Masa mula-mula saya mendengar Cik Puan Pengarah menyebut itu, saya terpikir, langsir itu tidak akan terasa panaskah walau terkena matahari? Akan sejuk seperti ais ketoi ke? Ataupun, tidak akan ada orang dalam bilik menjerit "woi panaslah hari ni!"?

Tapi pagi tadi, kehebatan dan kemantapan langsir pilihan beliau sudah terserlah. Bukan sahaja saya tidak terasa panas, malah terasa seperti di waktu malam la pulak. Dengan angin kipas sepoi-sepoi bahasa, saya kini tidak perlu sangat bergegas ke library di waktu petang untuk mendapat secebis nikmat ekon. Hanya melenggang di atas katil sudah cukup.

Dan akibatnya, saya bangun lambat. Kalau ummi tau, mesti dia tidak akan mengaku ada anak seperti saya. Hua hua hua, over la kan? Oh tidak, ibu mana sekejam itu. Lainla kalau saya lari ke Siam untuk bercintan dengan Dafi SpaQ.

Tiba tiba rindu pulak beliau. Agaknya apakah progress beliau dalam cerita tu? Sapa tengok bagitau skang!

Ok, back to the story. Jangan merapu jangan merapu.

Bilamana saya bangun, iaitu ketika abah mentalipon bertanyakan pasal akaun yang adik saya memandai-mandai berkata apakah dekat beliau, well saya pun hampir blurr. Adek saya ni pun satu, nak menggunakan akaun saya tidak melaporkan dulu. Bila abah tanya saya pun tercengang-cengang. Dahla saya baru termimpi indah. Nasib saya tak mamai dan memanggil abah saya 'ye sayang, u ada apa kol ai pagi pagi ni?'

HA HA HA HA, ko nak mati panggey ayah ko sayang? Silap hari ayah ko bawak senapang debik kepala ko.

Oh tidak, ayah saya takla segarang itu. Cubit saya pun beliau tidak pernah. Tapi ibu saya beliau garang woooo. Tiap kali saya kena pukul, mesti hanger itu akan terpatah. Saya pulak membagi je anggota badan saya untuk dipukul. Malas la mau main lari lari. Bukannya ibu saya nak gelak pun, lagi dia marah ada. Oleh itu, selalu ummi akan membagi warning seperti "siapla lepas mandi nanti, ummi pukul!". Jadinya saya dan kakak selalu lepas mandi akan memakai baju kami yang terpaling tebal untuk membuat persediaan menghadapi hukuman pukul.

Bersyukurlah anda mendapat ibu yang garang. Sebab kalau ayah yang garang, beliau akan mengguna batang paip dan tali pinggang yang boleh membunuh itu. Ho ho ho, itu berdasarkan cerita kawan kawan. Seperti saya cakap, ayah saya tidak pernah membuat perangai sebegitu. Beliau tidak larat nak memukul anak. Baik pergi tido lagi best.

Tiba tiba tercerita pasal mak ayah pulak. Teringat ummi terasa mahu nangis lah bukan? Ok sabar sabar, baru seminggu sayang oi.

Nak berhenti sini boleh? Saya terasa sedih la.

Friday, January 9, 2009

Domino's Pizza!

Bilamana anda terasa hendak memakan pizza, pilihlah Domino's Pizza.

Kenapa?

Kerana pizzanya bukan sahaja sedap, malah mereka menghantar dengan free dan akan menalipon dulu bila hendak hampir sampai.

Kerana apa lagi?

Keranaaaaaaaa, mereka menghantar dengan cepat. Sekali jus gastrik anda berbunyi, anda tunggu sekejap. Bila jus gastrik anda yang kedua tekeluar dan berbunyik dengan lebih kuat, mesti pizza tu dah sampai.

Tadi saya terasa hendak mengandung pizza. Penatlah bukan hari hari mengandung nasik? Lagipun masa cuti lauk selalu kurang enak, buat saya rasa macam nak menangis sambil makan. Dahla saya ni jauh dari family. Lepas habis menalipon dan bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dikenal pasti jantinanya, saya pun menggosok baju sekolah untuk tidak membuang masa.

Tapi dah 45 menit, bayang-bayang moto masih belum nampak. Ha ha ha ha, memangla tak nampak. Dah aku dok dalam bilek. Apakah mengongnya punya justifikasi?

Tiba-tiba.. *bunyik drum ala ala saspens*

"Hello, Miss Elly is it? I call u to say sorry that there was some error in our system. Your order hasnt been proceed yet. We are really really sorry, I know you have been waiting for about an hour right? But dont worry, your order will be processed soon. And this time, YOU DONT HAVE TO PAY A SINGLE CENT."

Ho? Yeyyy! Wah! Wohooooo! Ga ga ga ga ga!

*aku menari nari*
*aku bergolek golek*
*dan menggelak besar besar KAH KAH KAH*

Saya lalu mengisi perut dengan pizza dengan gaya yang sangat teruja, itupun selepas membiarkan motorist tu menunggu hampir 15 minit dekat Gate B. Buli ko buli ko, hamekkk hamekkk!



Perhatian : nama saya bukan Elly. Elly itu kawan saya budak Sabah. Namanya terlekat kerana pada bulan posa yang lalu, beliau yang saya buli untuk mengambil order. Ngeh ngeh ngeh~

Aku Suka Cuti Sebab...

Sapa tak suka cuti beliau ialah abnormal. Atau mungkin jugak separa sedar ketika berkata sedemikian. Mungkin tercakap semasa sedang tido. Dalam bahasa saya, kamu mereng. Mereng ialah sejenis penyakit di mana otak tidak dapat menyebut sesuatu benda dengan betul lalu cakap merapu merepek seperti yang saya sedang buat sekarang ni.

Tapi saya suka cuti. Jadi u oll jangan pandai pandai nak cakap ai mereng ok.

Dan hureyyy! Saya telah berjaya menghabiskan minggu pertama sekolah. Suka suka oh suka.

Sebab saya suka cuti :
[1] Tido 14jam adalah mungkin.
Kalau sekolah bukan saja tido kurang dari 5 jam, tapi nak letak ponggong atas katil pun seperti tidak sempat. Konon konon nak kejar prep lah. Ha ha ha ha, itu cuma hiperbola nak cakap saya ni sangat rajin bersiram selepas pulang lalu menuju ke library untuk membuang masa. Ok, saya sebenarnya obses dengan penghawa dingin. Ke pendingin hawa eh? Tak tau tak tau. Selain itu, saya bolehlah bersembang dengan rakan rakan yang jugak muka membuat rajin tapi sebenarnya takdela rajin pun. Semua pun tergila-gilakan ekon. Semua pun tergila-gilakan nak online. Tapi itu saya tak ah, sebab tahun baru ni sudah boley meng-online di dalam bilik. Jadi alasan sebenar pergi ke library ialah untuk mendapat secebis ekon dan jugak mengelakkan diri dari tertido siang. Sebab kalau tertido waktu yang saya hanya akan bangun ialah 6.30 petang, iaitu waktu di mana rumet menggerak untuk mengandung nasik.

[2] Ada gotong royong.
KAH KAH KAH. Muhong betoilah suka cuti sebab ini. Tapi sikit sikit jugak suka. Sebab toilet tidak bersepah dan saya jugak terpaksa bangun awal. Seperti kes pagi tadi, saya sepatutnya menjadi instructor erobik bagi puteri puteri tersayang dengan 2 orang lagi ahli kelab dancerobik. Malam semalam sudah melatih seperti hendak patah pinggang. Sangat gigih ok, sampai terpaksa mengingat istilah erobik seperti kneel touch, arm circle, easy walk dan menggapai langit (hak cipta nur aminah sebab tangan diangkat ke udara seperti hendak mencekik orang).

Tapi kan tapi kan, pagi tadi saya terbangun lewat. Sedang enak bermimpi makan nasik tomato, henpon bernyanyi dan ternampak nama Fatin. Omaigod omaigod. Tapi nasib baik saya bukan jenis mamai atau melamun. Terus angkat dan faham apa beliau cakap.

"Miyn, tido lagi eh? Miyn ajar erobik kan? Turun eh, sebab ada orang dah datang ni. Assalamualaikum..."

Tetiba rasa macam, oh besalahnya ai. Terus intai ke bawah, tengok tengok dah selambak perempuan tunggu nak bejoget bersama. Saya pun terus ke toilet. Yang lagi 2 pun baru bangun. Sangat tak senunuh. Tapi nasib jugak Kak Rab dah terpanggil ke depan utk mengajar memanaskan hati dan limpa. Lalu saya turun, mintak ampun dari Fatin dan naik balik untuk tido. Sebabnya bilek sudah terasa seperti cantek dan tak perlu dikemas lagi. Ngeeehahahaa, langsir sudah dapat. Malam ni tidak perlu takut digoda hantu lagi.

[3] Boleh keluar shopping.
Adalah mustahil pada minggu ini sebab duet tidak ramai. Lagipun perlu membelanja orang. Kena buat dulu nanti takut mati. Saya suka keluar sebab boleh mendapat makanan yang sedap dan meluaskan pandangan mata dengan menengok muka selain muka manusia di sini. Selama seminggu melihat muka orang yang sama adalah sangat tidak tahan. Bukan tak suka, cuma saya terasa seperti sudah menghafal. Saya sudah tau kamu itu sinier IB, kamu ini junior A-Level. Kamu ini ambek kos bla bla bla. Dan kamu ini yang hebat hari tu naik pentas sebab dapat 15 kan kan? Wuahh hebat!

Hueh, memang mudah menghapai muka. Kadang kadang pelik jugak ada yang masih tidak kenal siapa itu sinier atau junior. Tempat kecik, hari hari jumpak. Cuma saya tidaklah sampai ke tahap menyimpan nama kamu dalam otak.

[4] Kerja boleh dilambatkan.
Bertangguh adalah seronot tau? Tapi hanya menangguh setakat hari Sabtu saja. Malam ini saya perlu berkejar marathon bersama Incek Budiman sehingga saya sudah habis segala lab report, surat rasmi, editorial board punya things, dan jugak menonton 2 episod drama mat salleh yang terdapat si hensem di dalamnya. (tau tak melihat mat salleh hensem adalah suatu bentuk terapi minda? ngeh ngeh ngeh).

Jangan nak kata saya gatal pulak. Itu adalah normal jika anda seorang perempuan. Tapi tidak normal jika anda lelaki. Lelaki perlu melihat Gossip Girls, sebab ada si cantek. Oh, mungkin sebab tu saya tak suka Gossip Girls.

[5] Makan nasik adalah awal.
Masa itu ialah 12.30. Dan masa itu ialah sekarang.

Oleh itu,boleh saya pergi makan? Jom!