Saya baru mendapat tau rupa-rupanya banyak manusia di Kolej Mara Seremban ini membaca blog saya, siap ada yang boley menyebut balek sebijik-sebijik ayat saya (yang semestinya sgt kanak2 mcm ayat yang saya tgh tulis ni). Wohh! Hebatlah korang. Saya sangat terharuuu dan rasa mahu tereyak! Rasa macam malu pulak. He he he, nampaknya tidak boley mengutuk orang lagi. Nanti kantoi lalu di cop si gadis jahat.
Oh aminah, pelissss lah woiii. Behave ok, behave. Buat malu orang kampung je.
Malam tadi saya menjaga koop. Well well well, matlamat utama ialah untuk melawan untung yang didapat oleh Si Hazman dengan Si sapa entah sori saya kurang ingat. Maklumla kurang bersenam lalu maken nyianyiokkk. Depa dapat 2 ghatuihh hampa tau dakk. Tak aci betoii. Apa depa buat kami pun tak tiaww~ (HA HA HA!)
Saya maseh tak tahu harga banyak benda. Selalunya saya cakap takyah beli, beli esok je pastu bayar kat makcik. Sangat tak bertamadun kan saya ni? Ada jugak yang saya terletak harga mahal, pastu saya cakap siap2, kalau silap tolong halalkan dan maafkan saya. Saya kan manusia biasa buat banyak silap. Ada jugak yang saya terkurangkan harga. Dan saya menyesal la pulak. Ada ka patut saya menjual ubat gigi dengan harga seringgit??? Tak logik sungguh. Kodomo Lion pun nak dekat 4 rengget tak silap saya. (oh sori saya tak pakai kodomo lion. saya baru nak belaja pakai halagel. BELILAH UBAT GIGI HPA BUATAN BUMIPUTERA. sekian tima kaseh).
Dan salah satu sebab saya suka menjaga koop ialah saya telah mendapat banyak kawan. Suka suka oh suka! Tadi saya berjumpak dengan sorang budak. Muka macam mat hindustan kott. Saya pun tanpa segan silu bertanya "eh ko orang penang ke?" (bengong la nak tanya budak penang ke tak, tapi cakap KL, piraaaah dekat miyn!) Dan dia pun cakap "A'a, kenapa?"
Wuaaaaaa, hebatlah Miynamin! Boleh mendetect orang utara dengan sangat tepat! Bangga bangga oh bangga! Saya cuma cakap, muka dia nampak macam anak mami, takpun mat2 hindustan sikit, sebab tu saya teka orang Penang ke tak. Dia cakap family dia takdak kaitan langsung dengan keturunan tersebut pun.
Heran betul, orang Penang mesti menarek2. Kenapa entah. Ajaib betul. (Ummi, kenapa tak beranak saya dekat Penanggggggg???)
Dan hari ni saya telah membuat kawan lagi. Ada jugak beberapa orang yang saya dah tau nama tapi telupa. Pastu tanya. Dan bila jumpak lupa nama lagi. Rasa besalah oh bila taktau nama orang yang kita kenal. Dan untuk membuang rasa bersalah, saya membuat muka tebal setebal kulit bawang (ekceli nak cakap yang kadang2 aku telupa kewujudan rasa malu secara extreme) lalu berkata "err, sori. aku tau aku dah tanya nama ko byk kali tapi aku lupa lagi. nama ko apakah?"
See, bunyik macam orang tak belaja sivik je kan? Tapi memang aku tak penah belaja pun.
Tadi kan, nak tau takk. Ada mamat ni beli panadol. Pastu dia beli dua ketoi. Dia baya singgit. Saya tanya dia harga panadol tu berapa? (Ya Allah! merengnya saya p tanya harga dekat customer. *hentak kepala dekat dinding sampai darah darah*) Dia pun tanya saya ni senior ke junior, budak IB ke A-Level. Lepas saya jawab, saya cakap, harga panadol tu lima kupang kot. Then dia pandang saya dengan pandangan yang seperti oh-aku-hensem-tengoklah-aku-tanpa-kelip-mata dan jugak ada sikit sikit macam ko-ingat-ko-best-sangat-ke-maen-letak-harga-sukati-haaaa-haaa?
Then saya tanya dia, apasal pandang macam tu? Dia punya telinga macam dah tak berfungsi dah time tu. Saya ingatkan dia dah terkeras kat situ sebab dia pandang lama kottt. Pastu dia blah then ngadu kat kawan dia harga tak relevan. Saya pun cakap sorila kalau silap. Mahal sangat ke? Tapi dia punya telinga memang dah rosak terus lalu dia blah. Saya pun lari dekat rak ubat dan tengok harga. PANADOL SEBIJI 25SEN.
Bongok! Tu ja saya nak jerit dekat mamat tadi. Tak relevan apanya. Aku kasi harga tepat, cermat dan betul lagi tau takkk. Takdak unsur gharar jauh lagi riba. Sedap dia ja tengok orang lama2. Takut tau tak. Aku tak suka orang tengok tengok lama2 ni. Aku terasa macam aku pakai baju tebalek. Takpun ada cili melekat celah gigi ke, kulit epal ke. Hishhhh!
Mungkin saya dah terperbesar benda kecik. Ekceli tak pun. Saya cuma nak berkongsi fakta yang saya tak suka orang tengok saya lama-lama tanpa bersuara sebab saya takuttttt.
Tapi saya suka hati malam ni. Dapat banyak kawan lagi hari ni. Suka suka oh suka!
No comments:
Post a Comment
hai!~