Thursday, February 26, 2009

Simptom-simptom Miynamin Telah Dewasa

[1] Menaip mesej secara penuh sepenuh-penuhnya.
Antara bakat baru aku yang terpaling latest inilah. Semua mesej aku akan bertaip penuh 90%, dah takde short form secara dasat dah. Perkataan 'mmg' pun dah jadi 'memang'. tlg pun jadi 'tolong'. Dan semua mesej boleh p sampai 2 page walaupun aku cuma tanya nak g makan kat DS ke tak. Aishh, mesti terpengaruh dengan propaganda mak aku yang melarang keras menaip mesej secara singkat2 kepada orang tua, sebab katanya orang tua tidak paham. Omaigod! Adakah itu bermaksud aku da tua? Ooo tidakkk tidakkk~!!

[2] Taliponn banyak, mesej sikit sikit je.
Saya sangatlah malas menjert, memanggil atau menaip text sampai saya suka menalipon je walaupun bilek orang tu cuma selang 3 bilek dari bilek saya. Dengan mak pun memang saya akan call, sebab mak saya pun takkan text saya. Dengan ayah, errr, saya akan mesej sebab saya tak reti sangat bercakap dengan beliau. (jangan komen apa2, tolong tolongg) Dan bukan salah saya kalau saya suka call, sebab kredit saya memang sentiasa ramai. Al maklumlah, saya tiada apa-apa sebab nak bertext tak tentu pasal. Dan kredit saya disponsor oleh pakcik Amin. Jadi, rasa nak bersep sep kredit tu memang tak penah wujud. Ho ho ho..

[3] Tidak melayan missed call serta mesej bodoh.
Tolonglah woiii, aku dah 19 kottt. Manada orang umur 19 layan mesej 'hai boleh bekenalan' lagi. Piraaaaah! Kalau wujud mesej mcm tu dalam inbox aku, aku tau dah sapa yang hantar. Mesti kawan-kawan adek aku (muda sangat ke muka aku ni? tak nampak macam mak org ke haaa haaa? Rotan kanggg!). Lagi lagi missed call. Zaman kegemilangan meninggalkan missed call dengan harapan akan mendapat missed call balek dah berlalu pergi sejak tahun 2006 lagi. Korang ada maen missed call lagi ke?

[4] Tinggal henset rata-rata.
Saya tak bawak henfon pegi kelas. Saya reply mesej lambat. Saya kadang2 tak reply terus. Jadi mintak maaf kepada semua kawan2 yang penah di'boo' layan tu. Bukannya sengaja, tapi dah memang wujud tabiat macam tu. Henfon tu dah jadi macam biskut yang boleh dibaling -baling sana sini. Tengok, betapa tak pentingnya henfon dalam hidup saya. Bateri pun kadang-kadang mati selama beberapa hari sampai asyik kena marah dengan mak kononnya ada henfon tapi taktau bahawa kegunaan henfon ialah untuk bergayut bukannya bermaen game (ce ce, mentang2 saya tengah mengguna N-Gage kepunyaan adek). Oh ya, henset saya juga rosak dan sebab itulah perlu mencilok ex-henset adek untuk sementara waktu.

[5] Ketagih Nescafe yang dasat.
Aku dalam proses nak berenti la ni....ingat senang ke? dah terbiasa hidup dengan nescafe, tiba2 tak minum terus, Boleh mati tau? Sama macam orang merokok la. Cuma bezanya, saya selalu rasa orang minum nescafe panas itu cool, manakala orang merokok pulak sangat pathetic, lagi2 kalau orang itu saya jatuh cinta. Tapi alhamdulillah saya tak penah terjatuh cinta sama perokok.
Sekarang ni saya tengah berjinak-jinak dengan Teacinno Boh, sebab dia ada teh feveret saya dan jugak cappucino yang jugak adek bradek kopi la lebih kurang. Saya memang tak boleh berpisah dengan kopi, jadi saya harap dengan meminum Teacinno yang jadi alternatif kepada nescafe ni, saya takkan dimarahi oleh Dawa dan jugak mak saya lagi.
Oh ya, tryla 3 in 1 Teacinno tu. Sedap sedap sedap! Sampaikan perlu 2 peket utk membancuh satu cawan. Punyala lazat sampai teringat ringat jeee.


[6] Tidur 4 jam sehari
AKU NAK TAMBAHAN 10 JAM! Sapa yang boleh tidur 5 jam tu, sila datang depan aku dan tarik rambut sendiri. Mana korang dapat lebih sejam tu haaa haaa? Hee, tau tak sangat sakit hati bila aku dah tido petang, tapi malam pun menantok serupa tak tido petang je. Tapi lagi sakit hati bila nantok pukul 11 tapi pukul 2.30 baru dapat tido. Pastu pagi2 asyik nantok je. Buatla apa pun, nantok jugak. Masalah betul. Bila la aku boleh jadi normal dan sudah cukup segar walaupun tidur 4 jam je? Tolongglahh tolonglaaah...nak tidur yang banyak dulu pelissss! Nak mimpi makan prosperity balekkk..sedih.

[7] Homeworks takkan pernah siap.
Bahasa hebat dia, kita panggil assignments. Ceywahhh, macam hebat sangat je. Sedarlah diri ko tu masih bersekolah wahai sayang. Dan tabiat tangguh menangguh dah sebati dalam diri, macam mana nak buat? Tapi dalam kebanyakan kesnya, saya terlupa kewujudan keja rumah tu sendiri. Tengok2 cekgu tanya dah buat ke belom? Ho ho ho, naseb baek ada si Dawa yang sejak kebelakangan ni menjaga kebajikan saya, barulah homeworks itu siap sikit sikit. Tapi setakat ni tak pernah sekali pun saya sentuh buku Campbell, Chang ataupun mana2 buku rujukan. Kan saya ni over perasan bz mengalahkan VVIP?

[8] Hati semakin penuh dengan kaseh sayang.
Sejak balek dari usrah hari tu, mana2 pegi pun asek mendengar topik kawengg kawengg. Yang tak kawen cakap nak kawen, yang ada boifrengg pun nak kawenn, yang takde pun sebok jugak nak kawenn macam tak sedar sedar je diri tu orang taknak. (HA HA HA ekceli saya ckp dekat diri sendiri jadi yg laen tlg jangan terasa ye).
Usrah hari tu lah ni, membukak topik kawen. Macam mana kamu patut behave sebelum kawen, semasa kawen dan selepas kawen (eh? eh? eh?) Tapi saya tak pulak terasa mahu kawen. Saya terasa mahu memintak mak mencarik jodoh utk saya konon2 nya nak bercinta selepas kawen sebab saya baca dalam novel macam bes je. Lagi2 pulak kalau dia tu hensem dan kaya serta rumentik dan akan menghidangkan breakfast kepada saya setiap pagi dan meletak sos cili atas roti dengan bentuk 'love', menarik kan? KAH KAH KAH. Bukan bukan. Bukan macam tu. Tujuannya ialah sebab saya rasa insaf selepas mendengar tazkirah Kak Asmaa' bahawa kapel itu haram (tapi hati masih tanak terima hukum tersebut kan?) Tapi saya tak cakap saya takkan buat. Saya manusia biasa. Mungkin esok saya buat ke? Sapa tau kan kan..

[9] Wujud naluri hendak menjadi wanita.
Nak handbag besaq! Nak pakai high heels! Nak mekap tebal! Kah3, bengongkah kamu? Haaaaa, tapi itu cuma teringin ja. Saya takde handbang besar sebab saya takde purse besar ataupun Blackberry nak sumbat dalam tu. Saya jugak takde heels walau seketoi sebab saya dah cuba pakai yang Umi punya tapi jatuh terpenyet lepas jalan 3 langkah. Dan mekap lagilah saya takde. Saya cuma ada bedak baby dan barang2 kanak2 ribena je. Comel kan? (ada kaitan ke?)





Dahlah. Tak payah tertipu. Aku masih seorang budak yang tidur dengan posisi yang comel serta memakai sepit rambut berkaler pink. Mempunyai teddy bear yang diberi nama Debab dan memakai produk bayi. Kegemaran ialah memakan aiskrim dan makan coklat yang mencomotkan muka. Sering terpakai slipar secara terbalek. Paling burok ialah suka meminta gula2 dari orang sekeliling dan akan merengek-rengek tak tentu pasal. Dan itu bukti yang lagi nyata bahawa aku belum dewasa.

HA HA HA.

No comments:

Post a Comment

hai!~