Alhamdulillah, saya selamat sampai ke KL jugak setelah mengalami penderitaan zahir dan batin serta penderaan mental secara extreme.
Saya penat. Sangat sangat penat. Kepenatan saya tidak boleh dibandingkan dengan penatnya saya apabila menaik tangga Harry Potter di blok akademik sebanyak tiga tingkat kerana takut terlambat ke kelas Bio. Tak boleh jugak dilawan dengan kepenatan menghabiskan seketoi pizza Domino yang sangat sedap hingga hampir meletup perut. Dan sangat tidak boleh diibaratkan seperti penat menahan marah di kala orang mempinjam barang saya dan tak bagi balek dalam keadaan asal.
Penat. Titik.
Semalam saya balik dari kelas pukul 9.40 pagi. Lepas mintak izin dari cikgu dan inform semua guru, saya pun balek la ke hostel. Sampai ja depan pintu blok, tengok2 pintu kunci. Dalam hati dah terasa sangat gawat, sebab saya takut tertinggal bas. Saya taknak call ustaz yang merupakan warden, sebab saya rasa lately ustaz pandang serong dekat saya sebab dia selalu mengkantoikan saya di saat saya sedang kelihatan kurang manis (tanak cerita, taknak ingat, sedih!) Pastu saya teringat dekat seseorang; Pakcik Rahman! Penyelamat hidupku!
Saya pun lari ke bilek beliau tapi yang terjumpak ialah Kak Sarina (err, ye ke tu nama dia?). Dia pun bagi saya masuk sambil pesan jangan bagi org laen masuk (almaklumla baru2 ni hostel kena kopak pencurik saiko). Lepas bermekap dan mensantekkan diri serta mengemaskan bilek dan meninggalkan nota cinta buat rumet tersayang, saya pun beredar dengan teksi dan mintak dihantar ke Terminal 2.
Bas yang p Alor Star dari Seremban sangat tak best tau tak. Dahla kurang selesa, pulak tu manusia dia sangat menakutkan. Saya mendapat tempat di sebelah apek. Dia duduk ganas ganas. Kaki dia bukak besar besar. Dia cakap kuat kuat. Dan dia sangat tidak wangi (penyeksaan teragung abad ini). Saya rasa macam nak meninggal masa duduk kat situ. Dekat seat sebelah pulak ada mamat saiko asyik pandang orang macam nak baham burger je. Tak selesa tak selesa! Saya baru plan nak tido. Dan saya sangat marah! Saya punya seat 6A iaitu tepi tingkap. Yang apek bongok tu 6B tapi gagah jugak nak amek tempat saya kenapa?? Sapa kata first come first serve? Tak belajar sivik ke?
Ok. Stop cakap pasal apek.
Masa sampai rumah, hati saya sangat gembira sekali walaupun mak saya tak balik lagi. Saya tertidur dan pukul 9 baru mak sampai rumah. Lepas mandi apa semua, saya berdeting sekejap dengan mak. Entah kenapa perasaan balik rumah kali ni lain macam. Saya rasa macam dah lama sangat tak jumpak mak. Muka dia sangat penat. Dia cakap hari ni sebok handle group passport untuk students dia. Dah balek kerja pun duduk depan komputer lagi. Rasa macam nak buamg dalam tonsampah je semua dokumen2 tu.
Pagi ni, ummi gerak bangun Subuh. Ummi dah siap santek2. Dia p Hatyai hari ni dengan students dia. Masa saya terbangun tu, entah kenapa terus rasa nak menangis. Saya tak sempat buat apa pun dengan dia. Saya cuma salam ummi dan hantar ummi pergi. Dalam hati marah dekat students dia sebab curik mak saya tanpa kebenaran anak2. Pastu masuk bilek sambung nanges.
Saya nak duduk rumah lama-lama. Saya taknak balek KL lagi. Saya taknak pergi meeting Kemboja tu. Saya taknak sekolah dah. Saya rasa macam nak duduk rumah je teman ummi sampai saya besar nanti. Pastu kawen dengan orang kaya, suruh dia buat mahligai super besar untuk mak saya.
Tapi tak boleh. Saya dah ada banyak tanggungjawab. Dah tak boleh nak mengada-ngada tak tentu pasal. Masa naek cab tadi pun rasa nak panas pipi. Dekat stesen bas sementara nak tunggu bas datang pun, saya tahan-tahan dengan kuat. Ummi pulak call dan bagi pesanan kasih sayang. Lagila saya terseksaa. Time tu rasa macam nak patah balek rumah ja. Kenapala sekejap sangat saya boleh balek?
Masa naik atas bas, saya dah tak berperasaan dah. Ingatkan dapat seat sebelah perempuan, takpun sebelah sorang lelaki yang nice and clean tu, tapi rupa-rupanya saya dapat sebelah pakcik besar. Besar sangat sampai takut. Kenapa entah malang sangat naseb saya, asyik dapat sebelah lelaki je. Tapi nasib baik ada divider, jadi body contact tidak berlaku. Pakcik tu suka tido, jadi saya hepi sikit sebab boleh tonggeng sana sini tanpa dilihat oleh beliau.
Seat Maraliner tu menyebabkan tengkok saya hampir patah. Sakit yang amat. Terseksa kepala hotak duduk dalam bas tu. Bosan dan sedih bercampur sakit jiwa = feelingless. Ni perjalanan paling bengong penah saya buat. Pastu bila sampai dekat stesen Putra, call abah tak angkat2. Patutnya wujud perasaan marah, tapi pelik bila saya takde perasaan tu. Saya cuma tunggu macam orang bodoh. Tak buat apa2 pun. Tunggu dan tengok orang.
Lepas 2 jam tunggu, baru Abah datang. Abah tak penah macam ni. Bila sampai ofis baru saya tau kenapa Abah jadi macam tu. Sebab kawan2 dia dari utara datang. Benci betul.
Tak sabar nak duduk dengan kakak esok. Tak bestnya duduk sini. Tak rasa home langsung.
Ya Allah, rindunya dekat mak~
No comments:
Post a Comment
hai!~