Friday, March 27, 2009

Syukur : Cerita Tentang Kemboja

Assalamualaikum.

Tadi saya disuruh bercakap pasal pengalaman di Kemboja masa sesi Fardhu Ain. Sesi Fardhu Ain tu sesi mendengar usrah ataupun mengaji bila budak laki semua p sembahyang Jumaat.

Masa Aisyah mesej semalam, saya cuma jawab, ok, tak kesah. Bagi gambar sikit, sebab nak tunjuk dekat orang. Jadi saya carik gambar2 yang berkenaan dengan tajuk syukur. Makanan dorang, tempat tinggal dorang, pakaian dorang.

Bagi talk pasal pengalaman dekat Kemboja. Bunyik macam senang kan?

Tapi once Aisyah pass mic dekat saya, saya macam, clueless. Terdiam. Saya pandang Syasya. I could feel something from the look of her eyes but I couldnt explain it. Saya pandang semua orang. Semua mata tengok Nur Aminah. Ok, apa yang aku nak cakap ni?

To be honest, sebelum tu saya dah susun ayat sikit2 nak cakap apa lepas apa. Nak share semua benda dengan dorang, so that dorang boley rasa apa yang saya rasa, perasaan yang saya taktau nak cakap macam mana. Saya nak dorang bersyukur dengan apa yang dorang ada, dan cuba ubah diri pelan2.

Tapi saya cuma berjaya cakap sikit. Sebab pipi dah panas. Badan dah menggigil. Lagi-lagi bila tengok gambar. Tak tahan sangat-sangat. Tapi terpaksa kontrol. Sebab ada ustazah dengan sinier dengan kawan2. Saya tak sanggup nak buat drama pukul 1 petang. Walaupun itu bukan drama tapi kenyataan. Paham tak betapa dasatnya effect Kemboja dekat diri semua orang yang pegi tu?

Macam mana pun, Alhamdulillah sebab at least Aisyah, Syasya and I delivered our best. Even though susah sangat2. Tak penah saya rasa susah macam ni nak cakap depan orang.

Dan saya taktau sampai bila saya akan terus teringat-ringat dekat orang sana. Mungkin sampai saya mati.

No comments:

Post a Comment

hai!~