Saya tak pahamla macam mana seorang perempuan itu boleh menjadi sangat ayu dan sopan dan lemah gemalai dan manis semanis eskrim pop serta boleh pulak bercakap pelan-pelan diselangi senyuman manja dan malu-malu yang membuatkan hati sesiapa saja tertawan dan tergoda.
Hoi! ko laki ke feremfuan haaaa??
Err, sudah terang lagi nyata la saya ni fomfuan cik abang oi. Cuma saya memang tak paham. Dorang tak penat ke jalan lembab lembab? Saya ni dahla pantang sekali orang berlembab lembab secara fizikal ni. Kalau otak tu saya tak kesah sebab otak saya pun tak mencapai tahap power root lagi. Yang cakap pelan pun satu kes. Macam nak cakap kat dia je, "apa kata ko tulih atas ketas, meh aku tlg cakapkan, boleh?" Sebab tak tahanla nak menadah telinga mendengar beliau cakap, tapi last2 tak paham apa jugak.
Walau bagaimanapun (wah! penanda wacana!) saya maseh respek tinggi dekat golongan2 seperti ini walaupun (oh! penanda wacana lagi!) dulu saya pernah berpendapat bahawa mereka ni tak cukup zat makanan, itu sebabla mereka sangat gemalai. He he he, janganla marah ye. Masa tu saya lower form dan saya memang jahat sikit. Sekarang dah besar maka itu saya baek.
Dulu ummi selalu marah bila saya cakap saya cuma nak beli slipar sebagai kasut raya. Sebab saya tak suka kasut yang dia pilih. Macam kasut perempuan. Dahtu kena marah, hang tu bukan perempuan ka? Pastu saya beli jugak sebab nak jaga hati mak, tapi lepas raya saya bagi dekat kakak, takpun buat pengumpul habuk dalam almari, lepas tu bila dah tak muat, saya buang.
Naik form 5, saya dah boleh pakai kasut perempuan. Sebab saya jeles tengok kawan2 pegi prep pakai kasut santek. Dan bila saya request dekat ummi, dia senyum dan gumbira sekali sampai saya nak dua tiga pasang pun dia tak kesah. Itu belum masuk dia beli pelbagai produk kecantikan untuk saya pakai.
Tapi sumpah, saya takde la lari dari ciri2 feremfuan pun. Cuma kurang gadis ja. Dan saya tak rasa itu salah. Saya masih lagi jaga pemakaian saya, walaupun mungkin kurang sempurna.
Kawan saya pernah cakap, kalau kita tak boleh buat, kita pura-pura buat kejap. Lama-lama mesti boleh buat.
Dan saya rasa saya dah boley kot. Cuma ada sikit-sikit yang tinggal, dan saya rasa saya nak biar je, melainkan terubah sendiri. Contohnya duduk bersila atas kerusi, cakap seperti keling, ataupun akan berjoget secara tiba-tiba bila dengar lagu rancak.
Ye la ye la, memang saya ni pelik. Tapi takpela, kan itu yang membuatkan saya ini saya.
Tapi tolongla jangan membuat muka pelik bila saya menjadi hyperactive secara tiba2, boley tak? Jadi manusia ni, kena belajar terima orang sekeliling seadanya. Tak kira macam mana paranormal nya beliau.
Dah, lepas ni sapa berani buat muka, saya akan tibai beliau dengan penyapu.
He he he, takdela. Gurau je. Bye.
No comments:
Post a Comment
hai!~